Saturday, December 8, 2018

Radio frequency monitoring : Kuala Perlis

Kuala Perlis
Kuala Perlis terletak di hujung sekali pantai barat semenanjung Malaysia, iaitu ke arah utara pantai barat semenanjung Malaysia. Asalnya, kawasan ini adalah kawasan penempatan nelayan. Oleh kerana ianya dekat dengan Pulau Langkawi, maka sedikit sebanyak kehadiran pelancong yang ingin ke Pulau Langkawi menjana ekonomi Kuala Perlis yang mana sebelum ini hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Dimana penduduk disini berniaga produk makanan tempatan seperti laksa, ikan bakar, dan pelbagai lagi produk yang berasaskan hasil laut. 

Perkampungan nelayan
Selain daripada itu, Kuala Perlis juga terkenal dengan kuih-muih tradisional. Boleh dikatakan hampir semua kuih-muih disini sedap rasanya seperti bahulu, kuih kapit, kuih kacang, cakar ayam, dan juga biskut untuk hari raya. Rasa kuih-muih dan makanan yang sedap-sedap disini adalah disebabkan oleh hasil eksperimen resepi dan inovasi resepi surirumah-surirumah disini dikala suami mereka keluar ke laut mencari rezeki. Disamping itu juga, surirumah-surirumah ini membantu pendapatan keluarga juga. Rata-rata penduduk disini adalah berpendapatan rendah kerana hidup sebagai nelayan ini, pendapatan adalah tidak menentu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Adakalanya, petang tu tidak makan kerana tiada hasil.


Namun sejak terbinanya Jetty Langkawi yang baru, ekonomi di kawasan ini turut rancak selari dengan arus pembangunan, penduduk disini mengambil peluang menjual produk makanan dan laut mereka kepada para pelancong, ada juga yang mengambil peluang menyediakan khidmat parking kereta bagi pelancong yang ingin ke Pulau Langkawi. Kawasan tapak rumah/kedai lama mereka dijadikan medan parking kereta. Banyak kedai-kedai dan gerai makanan tumbuh bertaburan sekitar jetty dan pekan di Kuala Perlis. Homestay dan hotel juga sama. Begitu hebat sekali penangan kehadiran pelancong yang datang ke sini, pelancong yang menjadikan Kuala Perlis ini sebagai pusat transit sebelum meneruskan perjalanan percutian mereka ke Pulau Mahsuri tersebut. Sebelum ini, Kuala Perlis adalah pintu masuk barang-barang dagangan Thailand seperti produk makanan ringan dan barangan keperluan yang lain melalui jalan laut selain daripada Padang Besar. Namun kuantitinya tidaklah serancak Padang Besar. Mungkin kerana faktor laut dan kekangan pengangkutan.      

Aktiviti radio disini juga berkaitan dengan aktiviti laut. Hasil pemantauan saya, didapati ada beberapa frequency yang aktif dan kedengaran disini. Antaranya adalah seperti berikut:
  1. VHF Analog 156.700mhz (Jetty Langkawi)
  2. VHF Analog 156.450mhz (Kapal Korek)
  3. UHF DMR 422.200mhz ( Bahasa Thai)
  4. HF CB 27.185mhz (nelayan Kuala Perlis)
  5. HF CB 27.215mhz (nelayan Thailand)  
  6. VHF V40 ( kedengaran audio bahasa Thai)
  7. VHF 9M4RGJ, Repeater Gunung Jerai

Good LOS path
Bagi radio amatur pula, kadangkala kedengaran audio dalam bahasa siam di V40. Rasanya mungkin datang dari kawasan Satun, Thailand atau pun dari kawasan Tanjung Puju, Thailand. Tapi saya lebih syak ianya datang dari Pulau Panjang, Kao Yao kerana faktor LOS. Pulau Panjang dan Tanjung Puju ini adalah kawasan perkampungan nelayan, sama seperti Kuala Perlis dan majoritinya adalah beragama islam. Signal DMR pula, saya rasa mungkin juga datang dari kawasan tersebut. Pulau Panjang boleh dilihat dari mata kasar sahaja jika kita berada di pantai Kampung Seberang Alor. Saya 

Blind-spot bagi 9M2RMK
Bagi repeater 9M2RMK, saya tidak dapat mencapainya kerana faktor mukabumi. Jika dilihat gambarajah diatas, lokasi saya terhalang oleh Bukit Kubu. Manakala repeater 9M2RMK terletak di atas Hotel Putera Palace, Kangar. Jadi LOS tidak cantik dari base saya di kampung seberang Alor ini. Maka amatlah sukar sekali bagi saya untuk mencapai repeater tersebut dari kawasan sini. Tetapi saya masih ada pilihan lagi, iaitu dengan menggunakan repeater Gunung Raya, Pulau Langkawi. Namun repeater Gunung Raya nampaknya macam tidak hidup. LOS saya dengan 9M4RGR adalah sangat baik sekali. 

good LOS 
Apabila saya monitor 9M4RGJ repeater Gunung Jerai Astra, kedengaran audio dari repeater tersebut. Jelas dan terang audionya. Jika dilihat daripada faktor mukabumi, kedudukan base saya dengan Gunung Jerai juga terbaik, tiada apa-apa halangan disepanjang laluannya. Malah station APRS saya juga pernah mencapai Digipeater Gunung Jerai, 9M4RJR-3 namun ianya tidaklah selalu sangat, kadang-kadang sahaja. Tapi oklah sebab bagi aprs, saya hanya menggunakan antenna quater-wave dengan kekuatan Low dari Baofeng UV5R.

Good LOS path
Malah, saya pernah juga sekali mencapai digipeater Bukit Bendera dari sini. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas, iaitu pada tahun 2017. Mungkin pada ketika itu, keadaan band 2m membuka dengan baik dimana signal saya terlepas sampai kesana. Tapi pada tahun ini, sepanjang hampir 1 minggu saya berada disini, belum ada satu pun packet saya terlepas ke Penang lagi.

Aktiviti pemantauan akan terus dijalankan dikawasan ini. Objektifnya adalah untuk dijadikan rujukan bagi peminat aktiviti SWL dan juga panduan bagi SWL tegar jika berkunjung ke Kuala Perlis. Sekurang-kurangnya, tidaklah mereka membuang masa melakukan aktiviti scanning. Saya akan terus update freq di dalam post ini jika saya ada penemuan baru nanti memandangkan saya akan berada disini sehingga 18 Dis. Selepas itu akan pulang ke sarang di Kulai, Johor. 73 Zaki.


Thursday, December 6, 2018

APRS Satellite Report : November 2018

Pada bulan November yang lepas, station IGATE 9M2ZAK-10 telah berjaya menangkap beberapa signal daripada satellite berikut:

  1. Indonesia LapanSat, YB0X-1                                (171 packets) 
  2. International Space Station ISS, RS0ISS               (9 packets)
  3. United States Naval Academy, PSAT                          (6 packets)
  4. United States Naval Academy PSAT-1                        (1 packets)
  5. W3ADO-1, Safe Recovery Mode untuk PCSAT    (1 packets)

Signal daripada W3ADO-1 ni saya agak dan rasa diperolehi daripada fenomena Doppler Shift. Sebab IGATE 9M2ZAK-10 standby pada frequency 145.825mhz manakala W3ADO-1 pula tx pada 145.827mhz. Pada IGATE 9M2ZAK-10 pula, saya hanya menggunakan Icom 2300. Jadi kebarangkalian IGATE 9M2ZAK-10 menerima packet daripada W3ADO-1 mungkin ada. iaitu semasa fenomena Doppler Shift. Tapi itu teori sayalah. Jika salah mohon diperbetulkan. 73 Zaki.




Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...