Monday, June 20, 2016

9M2M Crew, All Asia Dx 2016 Contest : CW


Semalam, berakhir satu cabaran contest dalam arena Radio Sport iaitu All Asia Dx CW. Dimana dalam contest ini, exchange-nya adalah berbeza sedikit dengan contest-contest yang lain. Dalam contest ini, kita akan bertukar-tukar maklumat umur sesama station yang kita dapat hubungi. Seperti biasa, krew 9M2M akan menyertai contest ini demi kelangsungan aktiviti Radio Sport tanahair. Kali ini, kami akan sertainya dengan kategori yang berbeza dari sebelumnya.... iaitu Single Operator. 

Setelah beberapa sesi mesyuarat di group Whatsapp, maka keputusan nekad dan besar ini kami ambil. Sebenarnya... dengan menyertai contest sebagai single operator ini, cabarannya adalah amat getir sekali. Ini adalah kerana setiap station perlu 100% fokus dan memberi komitmen yang tidak berbelahbagi. Single Operator sebenarnya  memerlukan daya tahan dan stamina yang tinggi untuk mengharungi 36 jam tanpa henti dan bulan ramadhan pula bukannya alasan bagi kami untuk mengalah dan tunduk kepada tekanan. Kami jadikan puasa itu sebagai kekuatan kepada kami untuk mengharunginya. Berbeza dengan station-station lain dari seluruh dunia, mereka boleh makan dan minum seadanya, tetapi kami pulak sebaliknya. Inilah cabaran yang kami sahut demi negara Malaysia yang tercinta.

Cabaran ini disahut oleh Syaiful 9M2PUL, Hairie 9M2GET, Nazmi 9M2MDX dan Zaki 9M2ZAK. Kami berempat adalah crew 9M2M dan kami pula CQ dari tempat yang berlainan iaitu:
  1. 9M2GET ( Arau, Perlis)
  2. 9M2PUL ( Utan Aji, Perlis)
  3. 9M2MDX ( Alor Gajah, Melaka)
  4. 9M2ZAK ( Kulai, Johor )
Dengan izin-NYA, kami berempat berjaya menamatkan cabaran contest tanpa mengalami sebarang masalah dan kecederaan. Cuaca pula baik sepanjang contest. Band pula menunjukkan satu keluarbiasaan. Luarbiasanya adalah... banyak station yang muncul diluar jadual dan putaran band. Contohnya, kami menerima station dari eropah pada waktu tengahari dan juga station dari Amerika Utara pada waktu awal petang. Ini sungguh luarbiasa. Manakala band 20m pula membuka sepanjang hari. Mungkin ini rahmat dari Tuhan yang Maha Esa sepanjang Ramadhan ini. Syukur alhamdulilah kami panjatkan doa kepadaNYA. Hasilnya adalah seperti berikut:
  1. 9M2GET ( 794 QSOs ) *All band
  2. 9M2PUL ( 567 QSOs ) * All band
  3. 9M2MDX ( 281 QSOs ) * 20m band
  4. 9M2ZAK ( 944 QSOs ) * All band
Secara keseluruhannya, kami berjaya mengutip sebanyak 2586 QSOs. Tahniah diucapkan kepada crew 9M2M kerana berjaya menghabiskan cabaran ini dengan jayanya. Difahamkan juga, ada beberapa station lagi yang turut serta dalam contest ini iaitu 9M2ODX dan 9M2NAL. Syabas dan sekalung tahniah kawan ucapkan kepada Dikmad dan abang Zainal kerana turut serta menjayakan contest yang dianjurkan oleh negara Jepun ini. Kawan tumpang berbangga dengan semangat juang yang 9m2odx dan 9m2nal tunjukkan. Contest ini sebenarnya bukannya berkaitan dengan kutipan QSO atau sebagainya. Ianya adalah satu simbolik yang ingin diterjemahkan...iaitu bersatu dan semangat setiakawan. Salah satu kimia yang ada dalam aktiviti ini. Jika tidak kita....siapa lagi. Seratus peratus anak watan pemakan budu dan belacan.

Makan roti di Filipina
Makan ketupat di Malaysia
Tidak pernah hati ini merana
Kerana sahabat selalu setia




Friday, June 17, 2016

qsl kad bulan May


Kesempatan cuti hari minggu ini, kawan berjaya selesaikan urusan QSL kad. Semua kad ini telah berjaya kawan selesaikan dan esok kawan akan post. Semua kad - kad ini datang dari pelbagai negara seperti Amerika Utara, Jepun, Finland, Indonesia, Russia, France, Norway dan Sepanyol. Namun kad yang paling banyak sekali, seperti biasalah iaitu dari negara Jepun.

Bertukar - tukar QSL kad ini adalah satu lagi aktiviti klasik dalam dunia Radio Amatur. Tujuannya adalah untuk kenang-kenangan dan malah ada juga yang menggunakan QSL ini sebagai dokument untuk memohon award dan juga menaiktaraf lesen mereka, contohnya seperti negara China.

Baiklah kawan-kawan...kawan tidak boleh lama menulis pada hari ini kerana kawan ada banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Semoga kita berjumpa lagi pada penulisan yang akan datang. Ramadhan Kareem dari saya dan 73.

            

Pergi ke Pontian menanam nanas, 
Pergi saya untuk memburu rusa; 
Biar orang niaga selonggok emas, 
Saya pula niaga budi dan bahasa. 

Wednesday, June 15, 2016

My 20m band report :Pile-up from EU


Homebrew single level paddle made in Jakarta

Band      : 20m
Freq       : 14037.01 mhz
Ant         : Dalbeam Tribander Yagi
Total       : 271 QSOs

Station :
LY2DX RD3MX R3QV HA1DVI IK6PRN IK2ZJR OE6GND UA3FF R6FAA UT7LA G0TQT IK00PS DL2RVL SP4AWE EW7LO YO7YO DF2BO OK1NE DL5FCZ DD3OZ RA3FF LZ60KST SP9CSZ F1UIJ YO7NWO UT3QW SP9BCH OK1FLK I2ZZU/5 R6KM YC3BFX EW6BQ R4CW OM3YAD DK1TX LX3ZL M0SBD UA4CBR R3WAL I2NKR YO7GWO OZ3CFF UT/HA5UX SV1DOJ UA3CS 4Z4DX F5TRW UA3ZJG UA3QVC YU1SY SP9IHP OM3YFY F8MS EA1AKG VU2MUD HB9DX LZ1MDU OZ7RQ DF2UD OK2BIQ RA3AOS 9A9XX OK2LI OK1JPO F5JQF OH6LW DF8XC YL3IZ DF8XC R3MO F8DGF RZ1Q R3MO G4NQQ DL1NKS OH2IS YU1AAV YU1SB R7MY YU1ED R1MM IK0CNA RM7F UR4IG RW3ZC US4IDY UA3UAD UA6LDR ON4AEF YO2AQO UX6IM YO2MOH OP4F RD3FJ RU4LG IZ6TSJ UR7MA UR5AF EA5TV EW1PDP OM4DU DL8TR UA3DTS UT4FM OH7LXL DK0ABT RV3WT HB9BMZ UT2LA UT5ZC DH2YAZ UR5TC DL7KL HA9MDN LZ2CAL R8KKO R5CW F5XX G3SEY ER1LZ S58KA UT1AA RX3AFV G6NKG I2ZGA UA6AOP UT7LZ EA1EYG UR5EPZ S51AU IS0LYN R2AG DL7FC UT1AA I2YDX IK2FYH IQ3JPV UA6DV SP3PWL R2DAS S55N SP9GMI UA3IQ DM3AZ RM7KW G4PGD ON4CN UV1IW OM3TGK IZ1JTH G3SNN UA4WCL RW9RN DL1SVA IZ3WXK UA3DEF R1CC R7TQ EA3NO LZ1LZ IW3RQT IK1AIG SP6QKP UT7LW UV5ERI OK1MLP LY1WR YO4RST EA7TG RA3DH I4ZGI UA3QDJ UR5VK SM5DGE OH7UG US5VX DL3EAD US4EG LZ1VKD OK2SFO DL1HRM UA6YH IW5BT F1ICS PA3GLQ LZ2CH R2PM SP9CUX SP3P YL2DC RU3ALR LY2CO IK2AFR SV1EMY R6NN SP5LYK RA6W ON4PS UX6IM UT4UQ PA3HIO DL1KT R4DZ SM7YIN R6YY IK1WGX R4FT R4FYC EA5DNO DJ8XE RN9RM F6CFB EW1TZ 9A2GA G3TKK EU1KY IT9SSI PA3DUB OM3MV 9A1UN F5PCV PA3GRM RN3Z ON5YA RV3LO F5LML HB9AIT UA6GO RA6FYL IK4CIE S52UF DL3JXN LA6GX IK0TWN RV6LV G4UDU EA1AYN UX4MX F6JOE F4FLF RW3DIA M0BMX OK1FJS IK3SHK IZ6ABC RW7F SM5GLC SP7FRO R3KAS UA3QUK S54X F8DNX EA3AVV CT7AEQ F/DF3FS SP2FCF LA1VFA G0JII F5LPY UT5ZY EA7BVU EA1TI UW7RV DK5FX EA5QX RN4W RN3AD UR6AJ EW3W S50X RX9WN OZ1LWT EA1MK


Malam semalam, setelah kawan meneliti keadaan band, didapati band 20m membuka dengan baik. Noise level pada ketika adalah S0-S1. Begitu syahdu suasana band pada ketika itu.jadi kawan gunakan kesempatan tersebut untuk mencuba nasib di eropah sana pula. Sebelum bermula. kawan merayau dahulu sekitar band untuk mengenalpasti station dari mana yang cq. memang sah, semuanya datang dari eropah dan semuanya molek-molek belaka. Kemudian kawan pun mengorak langkah, sebaik sahaja kawan CQ, berduyun-duyun station dari eropah menerjah masuk ke dalam CQ kawan. Taburannya adalah sekata, station dari Rusia, Germany dan Ukraine berselang seli masuk. Kadangkala terselit juga station dari Israel dan Indonesia.



Kawan ada perasan, apabila berlakunya pileup, station dari Italy pasti akan berjaya menindan station-station lain untuk mendapatkan kawan. Berapa agaknya yang mereka hantar untuk mengatasi timbunan callsign itu. Hmmm...hanya mereka sahaja yang tahu berapakah kuasa pemancaran mereka. Hasil daripada penelitian daripada laman web cluster, signal kawan agak kuat di eropah sana. Jadi tidak hairanlah kenapa station-station eropah sanggup bersaing sesama mereka untuk mendapatkan kawan. Rupanya audio kawan di eropah sangat jelas dan padu bak kata orang Kedah. AGC iaitu Auto Gain Control, bukan cikgu Lan, terpaksa kawan setkan slow kerana timbunan callsign yang datang itu kuat-kuat belaka. Pada awalnya, kawan diaktifkan AGC, namun oleh kerana pileup, AGC diaktifkan dan akhirnya kawan menjadi mudah sedikit untuk copy callsign di dalam timbunan pile-up tersebut. Jika tidak...kawan hanya kedengaran mereka seperti zoo Johor Bharu ketika penjaga zoo memberi makan.


Sayang sekali, kawan terpaksa meninggalkan timbunan callsign yang masih cuba untuk menghubungi kawan kerana pada waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Jadi tepat pada pukul 2:02 am waktu tempatan, kawan pun kembali ke Kulai dan tutup station kerana esoknya kawan bekerja. Insyaallah jika ada kelapangan dan kudrat lagi, malam ini kawan akan kembali ke eropah lagi menemui rakan-rakan kita disana. Banyak callsign baru yang kawan terima semasa pileup tersebut, malah callsign yang biasa menunggu band 20m juga kelihatan kelibatnya. Niat kawan adalah untuk memberi peluang kepada callsign baru dieropah sana untuk bekerja dengan station dari 9M2-land agar kutipan dxcc mereka itu nanti akan menjadi semakin bertambah. Insyallah... jika niat kita baik... maka yang baik-baik sahaja yang akan datang kepada kita. 73.

Lancang kuning lancang pusaka 
Nampak dari Tanjung Puan 
Kalau kering laut Melaka 
Barulah saya lupakan tuan 

Sunday, June 12, 2016

Mohd Rizal 9M2RDX Silent Key : Perginya seorang pejuang...

Silent Key 9M2RDX #2 from left

Hari ini, Ahad 12 Jun 2016 pada pukul 11:05 pm dunia radio amatur tanahair telah digemparkan dengan berita kematian sahabat kita iaitu allahyarham Mohd Rizal bin Mahmud iaitu 9M2RDX yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disamping keluarga dan sahabat-sahabat allahyarham di Hospital Kuala Lumpur. Kehilangan dan pemergiannya itu amat terasa sekali oleh kita warga radio amatur Malaysia kerana allahyarham Rizal ini amat aktif dan selalu menyokong setiap apa jua aktiviti yang berkaitan dengan radio amatur mahupun di dalam negara ataupun di luar negara sekalipun. Allahyarham pasti akan turut serta menyumbangkan bakti dan pengalaman beliau kepada warga radio amatur. Sikap tidak lokek dengan ilmu radio ini begitu amat di hargai dan disanjung tinggi.


Kawan begitu terasa sekali dengan pemergian allahyarham kerana allahyarham-lah yang sebenarnya menjadikan kawan sehingga sampai ke tahap ini. Kawan masih ingat lagi semasa kawan baru berjinak-jinak dengan dunia HF. Pada masa itu kami masih lagi 9W2, iaitu pada sekitar tahun 2006. Allahyarham aktif menulis blog mengenai aktiviti beliau di band 10m. Allahyarham banyak mengajar kawan mengenai band 10m dan juga mengenai dunia HF. Beliau tidak lokek untuk menjawab segala persoalan yang kawan selalu persoalkan memandangkan kawan pada masa itu masih mentah lagi dalam dunia HF ini. Hasil tunjuk ajar beliaulah yang menyebabkan kawan terus aktif dalam dunia HF. Allahyarham menjadi sumber inspirasi kepada kawan untuk terus maju dalam bidang ini. Beliaulah antara pengiat utama aktiviti dxing pada band 10m sekitar tahun 2006 - 2007 sehinggakan semua rakan-rakan yang aktif pada band 10m pada masa itu sudah pun berjaya melangkah ke kelas A, iaitu 9M2. Semuanya adalah kerana semangat dan dedikasi yang telah ditonjolkan oleh allahyarham. Rasanya jika allahyarham tidak menulis blog mengenai aktiviti di 10m band, mungkin tidak wujud 9M2ZAK rasanya.


Setiap minggu, iaitu pada hari khamis dan juga pada pagi Ahad. Jika ada kelapangan, allahyarham akan menjalankan Malaysian 40m net malah beliaulah juga yang akan volunteer jika tiada sesiapa yang akan handle 40m dan menjadi Net Controller Station. Panggilan CQ CQ yang mendayu - dayu itu akan terus berkumandang ke seluruh dunia memanggil dengan tanpa jemu setiap station untuk check-in dalam 40m net yang dikendalikan oleh beliau. Sungguh sabar dan ikhlas allahyarham dalam menjadi NCS dengan tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan ataupun sumbangan demi menghidupkan aktiviti radio amatur ini. Malah beliau juga ada menulis skrip untuk rakan-rakan baru yang ingin menjadi NCS. Sungguh murni hasrat allahyarham demi radio amatur tanahair.


Selain daripada Radio Scouting dan Malaysian 40m Net, allahyarham juga adalah seorang contester dalam Radio Sport dan juga menjadi ahli keluarga dalam pasukan contest 9M2M ( dulu 9M2SM ). Malah semasa kami bertanding dalam contest CQWW CW 2013 beberapa tahun yang lepas, dengan bantuan dan pengalaman allahyarham kami telah mencipta sejarah dalam dunia radio amatur Malaysia kerana telah memenangi plaque dalam kategori Multi Operator Single Transmitter dalam mode CW. Callsign allahyarham 9M2RDX juga tercatat pada plaque tersebut dan terus diabadikan disitu. Sekurang-kurangnya kenangan bersama allahyarham dapat diabadikan dan menjadi kenangan pada kami keluarga 9M2M. Ara Boys Contest Team yang berpusat di Arau, Perlis. Kehilangan beliau amatlah terasa sekali.


Semoga roh allahyarham Mohd Rizal dicucuri rahmat dan aman serta tenteram disana. Ilmu yang dicurahkan oleh allahyarham akan terus kami manfaatkannya demi pembangunan Radio Amatur Malaysia. Kami warga radio amatur Malaysia akan meneruskan lagi perjuangan allahyarham dalam bidang ini demi menyambung cita-cita allahyarham untuk terus memajukan dan mengembangkan bidang ini seluasnya. Kepada keluarga allahyarham, kami amat berharap agar puan tabah dan menerima ujian ini seadanya. Sesungguhnya, memang getir sekali ujian yang diberikan kepada puan, namun percayalah... setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Itu janji ALLAH SWT. Jadi kita perlu redha akan setiap ketentuan yang telah diberikan olehNYA.

                                                       Palas dirajut menjadi ketupat
                                                       Enak dimakan bersama rendang
                                                       Amal yang baik tentulah diingat
                                                       Budi yang baik pastilah dikenang


Mohd Rizal bin Mahmud
Silent Key
12 June 2016


AL FATIHAH

From the http://www.arnewsline.org/

GRIEF FOR MOHD RIZAL MAHMUD, 9M2RDX, SILENT KEY

STEPHEN: Hams in Malaysia associate the callsign 9M2RDX with a top DXer, a mentor, a friend. This month, however, he became a Silent Key. Here's Newsline's Jason Daniels, VK2LAW, with more.


JASON's REPORT: Members of the Malaysian Amateur Radio Transmitters Society are grieving the loss of Mohd Rizal Mahmud, 9M2RDX, who became a Silent Key on the 12th of June in a Malaysian hospital. The award-winning DXer was a noted contester and beloved Elmer who was also active in Scouting. Since becoming licensed in 2006, he filled his life with amateur-radio activities.

His friend, Piju 9M2PJU, who notified Amateur Radio Newsline of Rizal's death, described him as QUOTE "a great man, down to earth, humble. A motivated and dedicated QSL manager. Also a Scout leader. A great motivator [who] used to hold ham radio introduction classes and [was] involved in emergency communications. He helped his local ham radio community and also our national ham radio club." 

A hospital medical assistant by profession, he was described by his friend Piju as a "kind and helpful guy." As seen on his profile page on QRZ, he was also unfliching in his love of amateur radio. The very bottom of his biography page displays this sentiment: "Life is simple. Eat. Sleep. DX." 

For Amateur Radio Newsline, I'm Jason Daniels, VK2LAW. 

Saturday, June 11, 2016

My 10m Band Report : 11 June 2016

Cuaca hari ini, pada sebelah paginya adalah cerah dan panas, manakala selepas tengahari hujan turun, tetapi tidaklah lebat dan tidak berangin serta kilat. Jadi suasana kawasan Kulai menjadi sejuk dan dingin. Syukur kepada tuhan kerana anugerahkan cuaca yang hujan dan mendung pada hari ini. Jadi tidaklah terasa panas sangat dan ibadah puasa pula menjadi lebih selesa. 

Pada mulanya kawan hanya DX di band 15m, iaitu pada freq 21040.00mhz. Hasil DX disana kawan hanya berjaya mengutip 8 station sahaja iaitu :

JR6RLV - JR6ITD - JA2QH - JG3QKO - JH9VLZ - JA0DVE - JA1HLR - JH6WXF

Kemudian band 15m menjadi bising sangat, dan terus tutup tanpa sebarang signal dan hanya bunyi noise sahaja. Justeru itu, kawan pun gatal tangan memusing VFO menuju ke band 10m. Sebaik sahaja tiba di 28040.00 kedengaran band amat sunyi sekali. Tiada langsung bunyi noise seperti sebelum sebelum ini. Signal noise pulak langsung tidak kedengaran...biar betul...kata aku didalam hati aku yang suci ini. Tiba-tiba....baru kawan perasan, rupanya antenna tidak ditukar lagi. Semasa kawan di 15m, kawan gunakan dipole sahaja. Sebaik sahaja kawan tukar antenna, karektor band 10m terus menonjol. Noise memang ada tetapi tidaklah tinggi seperti biasa, iaitu sekitar S1 dan S2 sahaja. Untuk mendapatkan pengesahan, kawan terus lompat ke 28200.00 untuk memantau ke arah manakah band 10m ini membuka. Kawan menunggu tidaklah lama, selepas seminit... dengan kuatnya JA2IGY iaitu beacon dari Jepun menerjah masuk ke dalam shack kawan di Kulai Johor ini. Jadi tanpa membuang sesaat pun masa yang ada, kawan terus melompat ke freq kegemaran kawan iaitu 28030.00mhz. Freq kegemaran kawan sebenarnya adalah 28040.00 sebenarnya. Tetapi apabila kawan menuju ke situ, kedengaran noise lain macam sikit, jadi kawan turun sikit untuk lari dari kebisingan itu. Setelah ant ditune molek SWRnya... kawan pun dengan penuh keyakinan menuju ke Jepun mencari sesuatu yang tidak pasti. Hasilnya... pada petang tadi 

BX4AD - YB2HM - JA4FKX - BH8ASZ - BD5FFK - YB8HZ - JA0CXQ - JF1KMC - JF3BHV - JR8DNK - JQ1COB - BW/G4TDS - JA2AC - JH3CUL - JG1GZH - JK7WQP - 8J1SMM - BV3TO

kawan berjaya menghubungi 18 station. Dua station adalah dari Indonesia. Ini bermakna, mereka datang dari arah belakang. Jadi jelas disini ianya menunjukkan bahawa band 10m pada petang tadi begitu senyap dan cantik sekali sehingga rakan yang berada dibelakang yagi pun masih dapat terima pancaran kawan yang menghala ke arah Jepun. Kawan terpaksa berhenti CQ kerana ada tetamu datang ke rumah. 73 Zaki

                    Tenang-tenang air laut
                    Sampan kolek mudik ke tanjung
                    Hati terkenang mulut menyebut
                    Budi baik rasa nak junjung

Wednesday, June 8, 2016

9M2M : Mengaum dari Utara....



Kisah 9M2M asalnya bermula daripada 9M2SMC, iaitu pada tahun 2010 dimana contest pertama 9M2SMC ialah CQWW SSB 2010. 9M2SMC pada ketika itu dianggotai oleh 9M2GET, 9M2OUT dan 9M2YAS. Mereka bertiga bertanding dalam kategori Multi-Operator-Single Transmitter dan berjaya mencipta kejayaan dengan mendapat tempat pertama dalam kategori tersebut. Pada tahun 2011, 9M2SMC telah menukar tanda panggilannya kepada 9M2SM dan memenangi tempat pertama dalam dua mode berturut-turut iaitu mode SSB dan mode CW dalam CQWW pada tahun 2011


Kejayaan berganda ini telah membuatkan pengurus 9M2SM, Hairie 9M2GET tidak menoleh kebelakang lagi. Mereka terus mara dan mara kehadapan dalam memberi persaingan kepada pasukan yang lain di seluruh dunia. Untuk menguatkan dan melebarkan lagi sayap 9M2SM, pengurus 9M2M Hairie 9M2GET telah mengambil dua operator lagi sebagai ahli keluarga 9M2SM. Kali ini Salehan 9W2SBD dan Own 9W2SBL dijemput untuk menyertai pasukan 9M2SM. Misi mereka adalah besar, iaitu untuk memecah rekod tahun 2011 dalam mode SSB. Dengan skill dan komitmen yang tinggi yang ditonjolkan oleh mereka pada ketika itu, pasukan baru 9M2SM 2012 telah berjaya memecah rekod tahun 2011 dengan kutipan mata yang pada ketika itu adalah sangat membanggakan.


Malah kecemerlangan YL CW operator 9M2SM iaitu 9M2OUT Oja juga semakin meningkat. Beliau sekali lagi telah berjaya memecah rekod tahun 2011 dalam kategori Single Operator. Ternyata pengalaman yang dikutip pada tahun 2011 sedikit sebanyak telah mematangkan mereka dalam memberi persaingan yang sihat kepada station-station yang lain.

CW YL 9M2SM Opr, Oja  9M2OUT
Berikut dibawah ini adalah pencapaian keseluruhan 9M2SM di dalam contest CQWW SSB dan juga CQWW CW.

9m2sm cqww
CQWW 2013 jika diperhatikan berlaku peningkatan yang amat drastik sekali. Peningkatan ini sebenarnya berpunca daripada kefahaman para operator dan pengurus pasukan didalam teknik dan cara contest sebenarnya. Sebelum ini, 9M2SM masih lagi old fashion dalam mengejar mata, namun selepas beberapa teknik dan kaedah dikenalpasti. Nilai juta-juta kini sudah menjadi permainan bagi sebuah pasukan contest kampung dari Utara Malaysia ini. Terima kasih diucapkan kepada Hairie 9M2GET kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam mengharungi cabaran contest ini dan berkongsi suka duka dalam mengharungi pelbagai cabaran yang datang menguj kita.

9m2sm cqwpx
Manakala bagi CQWPX pula, peningkatan amat ketara berlaku pada mode SSB. Kutipan QSO sebanyak 1207 memberi impak yang besar berbanding 1193 QSO. Hanya berbeza 14 station sahaja, perbezaan mata menjadi 270 000. Belajar dari pengalaman ini, kami terus tidak membazirkan setiap saat yang ada dan tidak melepaskan setiap station yang check in memandangkan sumbangan besar yang bakal mereka berikan jika berjaya meletakkan mereka dalam log 9m2sm. Justeru itu, satu lagi langkah besar diambil oleh pengurus pasukan.... iaitu dengan memohon tanda panggilan 9m2m daripada SKMM. Keputusan untuk memohon 9M2M ini dibuat selepas beberapa kajian dilakukan oleh 9W2SBD Bang Salehan mengenai impak dan kesannya jika 9M2M ini digunapakai dalam contest seperti CQWW dan CQWPX ini. Kajian 9W2SBD memang tepat, hasilnya... 9M2M terus melonjak dan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Kutipan mata terus melonjak dengan rakusnya. kutipan QSO sebanyak 1207 terus menjadi 1552 QSO dengan 9M2M. Manakala bagi CW pula, Kutipan terus melonjak ke 1520 QSO. Satu kutipan yang tidak pernah dibayangkan oleh kami warga 9M2M. Jumlah mata pula terus menjadi 2267460 mata bagi mode SSB dan 2293813 mata bagi mode CW. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan boleh dapat sagunya. Sagunya kini kami kutip perlahan-lahan selepas mengetahui bagaimanakah cara ruyung itu hendak dipecahkan...Pencapaian 9M2M menjadi lebih manis lagi apabila kami sekeluarga berjaya pula memenangi plaque. Antara plaque yang berjaya kami raih adalah:

Continental Winner 2015 SSB 
Asean Winner dalam CQWW CW 2013
Segala kegigihan dan pengorbanan dalam mengharungi cabaran contest samada CQWW ataupun CQWPX kini telah menampakkan hasilnya. Dunia juga telah mengenali dan mengikuti perkembangan 9M2M. Cerita mengenai Ara Boys Contest Station kini sudah tersebar ke seluruh dunia dan yang pastinya. Hairie 9M2GET tidak akan berhenti dan berputus asa dalam melatih anak watan menjadi operator setaraf World Class dan senantiasa berusaha menaikkan nama radio amatur Malaysia di peringkat antarabangsa. Bukan ganjaran wang ringgit yang dipinta..cukup sekadar ucapan terima kasih tanda penghargaan kerana setiap tindakan dan usaha beliau itu adalah ikhlas semata-mata demi kelangsungan hidup aktiviti Radio Amatur Malaysia.


Kini, ahli keluarga 9M2M semakin bertambah, patah tumbuh hilang berganti. 9M2MDX dan 9M2PUL kini menjadi saudara baharu dalam keluarga 9M2M. Manakala Weerut 9W2RUT terus diserap dan menjadi ahli tetap dalam keluarga 9m2m setelah kesepakatan semua ahli majlis tertinggi 9M2M bersetuju menerima mereka masuk menyertai keluarga 9M2M.  Jadi secara rasminya kini 9M2M dianggotai oleh :
  1. Hairie 9M2GET
  2. Oja 9M2OUT
  3. Salehan 9W2SBD
  4. Own 9W2SBL
  5. Syed 9M2SYA
  6. Rizal 9M2RDX (SK 12 June 2016 )
  7. Azlan 9M2AGC
  8. Prof Noh 9M2NOH
  9. Zaki 9M2ZAK
  10. Ruth 9W2RUT
  11. Afiq 9W2AHU
  12. Nazmi 9M2MDX
  13. Syaiful 9M2PUL
Setiap ahli ada tugas dan peranannya masing-masing, bermula dari bahagian teknikal sehinggalah ke bahagian dapur. Masing-masing memainkan peranan masing-masing bagi melancarkan perjalanan contest agar operator utama tidak hilang fokusnya semasa bertarung di udara. Operator utama pula saling bertukar tempat dan peranan apabila tiba masanya. Jadi boleh dikatakan bahawa, semua krew adalah operator utama dan semua krew amat penting bagi pasukan ini. Antara tugas yang diagihkan ialah :

Operator Phone Mode
Semua ahli pasukan

Operator CW
Semua ahli pasukan

Logging system/Technician
9W2RUT

Logistik
9M2GET - 9M2SYA - 9W2AHU

Dokumentasi
9M2ZAK

Rawatan dan Kesihatan
9M2RDX (SK)

Timetable
9M2AGC

Makanan dan minuman
9M2NOH - 9W2SBD

Antenna
9M2GET - 9W2SBL - 9M2SYA - 9W2AHU

Siaraya
9M2MDX - 9W2SBL - 9M2PUL

Log Checking
9M2ZAK - 9M2GET

Ramalan Kaji Cuaca
9M2PUL - 9M2MDX

Band and Propogation
9M2GET - 9M2ZAK - 9M2AGC

Pileup Operator SSB
Low Band - 9W2SBL - 9W2AHU - 9W2SBD
High Band - 9W2RUT - 9M2RDX (SK) - 9M2NOH

Pileup Operator CW
Low Band - 9M2ZAK - 9M2SYA - 9M2GET
High Band - 9M2AGC - 9M2MDX - 9M2PUL

13 saudara ini bersatu hati dan berganding bahu berkongsi suka duka pahit getir dalam mengharungi cabaran contest yang semakin getir dan penuh dengan cabaran dan pancaroba. Persaingan daripada negara jiran dan juga dari dalam negara akan cuba kami tempuhi dengan penuh kesabaran. Masing-masing tahu dan tugas masing-masing. Tidak seperti enau dalam belukar, yang hanya melepaskan pucuk masing-masing, tetapi.... kami boleh diumpamakan seperti sebatang lidi yang diikat bersama....jika sebatang lidi, memang mudah dipatahkan...tapi jika diikat bersama pasti akan kukuh dan kuat bergandingan bersama. Itulah rahsia kejayaan 9M2M, bersatu hati bergandingan bahu dan bekerjasama dalam menghadapi setiap cabaran yang mendatang.






Terima kasih Hairie 9M2GET dan Oja 9M2OUT kerana masih mempercayai kami sekeluarga. Memberi kepercayaan kepada kami untuk run contest dari Arau dan berkampung disana selama 48 jam. Memang agak sukar dan susah untuk mencari dan jumpa pasangan seperti ini. Pasangan yang sehati sejiwa dan sehobi malah memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan sesuatu event atau contest. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami ditemukan dengan pengurus yang cemerlang ini. Pengurus yang berjaya menaikkan nama Malaysia dan nama Arau di mata dunia. Semoga kecemerlangan ini diteruskan lagi oleh 9M2GET demi kelangsungan radio sport Malaysia.


" GuRuh Berdentum Bumi Bergegar, Ayam Jaguh Sedang Bertarung, Jangan Cakap Sahaja Berdegar, Hulur Senjata Kita Bertarung...."
                                                                                    73 de 9m2zak

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...