Saturday, December 8, 2012

Home Brew Antenna: Improving TV reception

Pagi tadi semasa sedang khusyuk mengemas rumah, tiba - tiba tersepak sesuatu disebalik timbunan kain-kain didalam stor, rupa - rupanya ada sebuah tv tersorok kat sini, lantas kawan pun bertanya kepada ibunda, TV ini pasai mak? oooohhh..TV tu kena kilat...lama dah..bulan Julai hari tu kena...jawab Ibunda...ooo..hehe...lantas kawan pun memulakan operasi...selepas dua jam...TV itu pun pulih seperti sediakala...mujur kawan membawa pulang segala toolbox permainan kawan....selepas itu kawan pun ingin memasangnya sebab lama dah tak tengok TV siam...La...tak dak antenna rupanya....tanya mak lagi....

Antenna mana Mak? mana ada dah..habis hancuq kena kilat...oooo..baru teringat...rupanya antenna TV Coax 75 ohm habis hanguih...syukur semuanya selamat....Maka selepas ini, projek antenna pulak...


Sekali pandang sahaja.... saya tahu...saudara dan saudari secara automatiknya tahu yang gambar diatas adalah gambar antenna TV yang biasa terdapat di Pasaraya dan kedai elektronik. Harganya pula, boleh dikatakan murah jugak, hanya RM 5.90. Manakala prestasinya pulak, tidak sama dengan nilainya iaitu 59, bagi mereka yang pernah menggunakannya pasti tahu kemampuannya. Gambar tidaklah beberapa bagus manakala kualiti audionya agak memuaskan.

Sehubungan dengan itu, kawan bercadang ingin melakukan satu eksperiment berdasarkan dengan sedikit kefahaman mengenai antenna. Setelah meneliti cara pemasangan antenna ini dari dalamnya, barulah kawan mengerti, pengilang atau pengeluar antenna ini menggunakan konsep loop dalam menghasilkannya. Kabel 300ohm itu disambungkan pada setiap loop tersebut.. dan antenna ini bersifat directional..kita perlu mengubah kedudukannya untuk mendapat signal yang baik.

Sehubungan dengan itu, terlintas dihati kawan untuk menghasilkan sebuah antenna tv yang tidak directional, bermakna tidak perlu memusing-musing ke sana ke mari mencari signal yang berkualiti dan audio yang jelas dan kuat. Apa kata kalau semua loop tu disambungkan ke semuanya, dimana batang loop itu cover di semua penjuru...hmm...belum cuba belum tahu....bila dah cuba baru tahu.....

 selepas disambung semuanya...beginilah jadinya. Nampak macam bunga pun ada juga...ditengah-tengahnya itu kawan menggunakan satu bongkah kayu kira - kira 2 inci panjangnya. Tujuan bongkah kayu itu adalah sebagai insulator supaya mereka tidak bersentuhan. Setiap batang loop itu kawan sambungkan sesama mereka dalam 45 darjah.

ini adalah projek eksperiment...pada mulanya kawan sambung dua loop itu dalam sebaris, tetapi hasilnya tidak seberapa sangat. gambar masih lagi penuh dengan QRM..banyak bintik - bintik. Seharian kawan dok memikirkan masalah bad reception TV ini...kemudian secara tiba-tiba sahaja muncul idea ini...iaitu semasa dok layan teh Lipton panas...

Kelihatan...macam bunga pun ada...hmm...kawan namakan antenna ini adalah Antenna Bunga...selepas itu, masa untuknya beraksi pula...syukur ke hadrat Ilahi, penerimaannya meningkat sedikit serta kualiti audio semakin bagus...Low Noise...baru teringat...konsepnya loop...jadi ciri - ciri loop antenna ada padanya...

hasilnya..amat mengagumkan..sekarang kawan tidak perlu lagi memusing-musing atau berpusing lagi untuk mendapatkan signal TV. Siap ada bonus lagi...kualiti audionya jugak meningkat...agak terang dan jelas berbanding sebelumnya...selepas ini, kawan akan pasang ditempat  yang lebih tinggi lagi untuk mendapatkan siaran tv dari Thailand...
Anda pun boleh mencubanya...senang bukan...walaupun rumah anda sudah pun ada astro, tetapi tidak salah untuk mencubanya...saya ingatkan kalian disini, astro tidak boleh dapat dengan antenna bunga ini...hehe

                                   SELAMAT MENCUBA AND HAPPY HOME BREWING
                                                                      73 de 9m2zak

Friday, December 7, 2012

2012 CQ WW Contest : Raw Scores

Syukur alhamdullilah, hanya perkataan itu sahaja yang keluar daripada mulut selepas berjaya menamatkan dua sesi dalam CQWW 2012 pada tahun ini. Pada sesi pertama, iaitu CQWWSSB kawan telah berjaya mendapat 38121 mata. Begitu sukar sekali nampaknya....pada tahun ini cabaran amat hebat sekali...mana dengan keadaan cuaca yang sambung-menyambung..mana dengan keadaan band yang penuh sesak...mana dengan kena tindan sana sini...

manakala bagi mode CW, kawan hanya mendapat  137 748 mata. Semua mata-mata ini kawan peroleh dari kategori yang sama, iaitu SINGLE OPERATOR ALL BAND LOW POWER. Kawan gemar berada dalam ALL BAND ini kerana disini kawan dapat menguji kemampuan antenna kawan. Kemampuan antenna kawan terbukti keberkesanannya. Terima kasih kawan ucapkan kepada Danial, kerana menghasilkan DALBEAM 6 element 3 bander Yagi. Inilah dia salah satu tujuan contest ini diadakan. Sebagai wadah untuk para penggemar aktiviti Radio Sport ini menguji kemampuan peralatan mereka. Malah yang menariknya, mereka dalam sedar tak sedar sedang menguji peralatan mereka dengan melibatkan rakan-rakan dari seluruh dunia!!! hebat bukan? bukan calang-calang hobi ini, World Class...

Tahniah juga diucapkan kepada beberapa stesen yang kehebatan mereka amat membanggakan. Mereka ini adalah World Class... World Class Setup, World Class Shack, World Class Operator, World Class Radio Amateur Spirit dan pelbagai lagilah World Class...Sememangnya mereka layak digelar WORLD CLASS..ini adalah kerana callsign mereka berada sebaris dengan callsign - callsign rakan - rakan lain dari seluruh dunia. World Kelas gitu...antaranya ialah :

  1.  9M2SM : Operator 9m2get, 9m2out, 9m2yas, 9m2pz dan 9w2tz. Pencapaian mereka begitu hebat sekali. Pada tahun lepas ( 2011) mereka berjaya mendapat tempat pertama dalam West Malaysia bagi kedua-dua mode, SSB ( 427901) dan CW QRP ( 7680). Kecemerlangan mereka diteruskan lagi pada tahun ini, (2012) dengan barisan yang mantap, dunia ini sekali lagi ditawan oleh mereka, Syabas diucapkan kepada 9m2sm ( 9m2get, 9m2out, 9m2sbd, 9w2sbl ). Tahun 2012 ini, mereka sekali lagi menunjukkan taring mereka, malah rekod tahun 2011 telah berjaya dipecahkan oleh mereka, dengan kutipan mata sebanyak 551 518 ( ssb) dan 41208 (cw)...rekod ini pastinya membanggakan, malah sedikit sebanyak menjulang nama Malaysia di mata dunia.
SSB 2012





CW QRP 2012








2.   9M6YBG, Station ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mr Go ini memang sudah terkenal di seluruh dunia. Pelbagai award, pelbagai pencapaian telah beliau kecapi. Tahniah diucapkan kepada anda, Nampaknya pada tahun ini, anda telah pun memecah rekod anda pada tahun lepas, malah jumlah kutipannya pula bukan main hebat lagi... taraf jutawan nampaknya. Dengan kutipan sebanyak 1 558 216 ( SSB) dan 1 545 264 ( CW) 
 
Sememangnya beliau layak digelar Otai, beliau layak diberi penghormatan, beliau juga layak menerima apa saja pujian dan penghargaan diatas kecemerlangannya... tahniah dan syabas diucapkan. Sebenarnya kawan disini menjadikan anda sebagai idola kawan dan pencetus semangat dalam arena ini. Kecemerlangan beliau sedikit sebanyak menaikkan semangat kawan untuk terus beraksi dalam contest-contest yang mendatang...itulah dia 9M6YBG Mr Go, dari Kota Kinabalu ( KK) Sabah. 

Baiklah kawan-kawan, sampai setakat ini sajalah dulu coretan dan komentar saya pada malam ini, lagipun jam sudah pun menunjukkan pukul 3.15 pagi dan mata sudah pun kuyu dah ni... apapun kawan ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dan bagi yang tiada peluang, insyaallah satu hari nanti pasti akan ada untuk anda pula... 73 de 9m2zak

Thursday, December 6, 2012

Melawat Taman Ular & Reptilia Negeri Perlis

Cuaca sangat baik hari ini, cuaca cerah dan berangin dari pagi sehingga ke petangnya. "Jom kita pi Taman Ular nak tak? kataku kepada Amera, isteriku. Dia jawab..ok jom... maka selepas itu, kami menetapkan untuk pergi ke sana pada pukul 2.00 petang.


       Semestinya yang paling gembira adalah anak-anak, sebaik sahaja kawan memberitahu mereka yang kita akan pergi tengok ular dan buaya, mereka melompat keriangan. Keriangan jelas terpancar dari wajah comel mereka bertiga. Jadi kesempatan ini, kawan mengenakan syarat kepada mereka. Jika nak pergi tengok ular, kakak dan angah perlu makan nasi dahulu supaya nanti kakak dapat tenaga dan boleh tengok ular. Kawan sengaja kenakan syarat sebegitu supaya mereka makan nasi, kakak dan angah sungguh liat untuk makan nasi, terutama sekali angah, dia memang jarang makan nasi, tetapi suka makan makanan yang lain seperti ayam goreng, roti, karipap...kalau sebut nasi...tak naklah angah...alahai...


       Baiklah...berbalik kita ke Taman Ular itu tadi,  Taman Ular dan Reptilia ini terletak tidak jauh dari Kampung Syed Omar, iaitu kira-kira dalam dua kilometer. 20 minit dari Kuala Perlis. Taman Ular ini pada mulanya merupakan sebuah institut penyelidikan untuk mengkaji pengeluaran pencegah antivenom pada 1978 dan kawasan ini dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Bintang. Kemudian ia beralih tangan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis dan dijadikan sebagai destinasi pelancongan pada tahun 1995 sehingga kini.


      Taman Ular dan Reptilia ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 3 Mei 1981. Taman Ular dan Reptilia ini turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records kerana ia merupakan taman ular terbesar di Malaysia, untuk menarik minat pelancong tempatan dan luar negara, terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan Taman Ular dan Reptilia ini seperti sesi bergambar dengan ular dan juga perkhidmatan kereta api dari Taman Ular dan Reptilia hingga ke Bukit Ayer. Di Bukit Ayer pula kita boleh bermandi - manda disana kerana terdapat air terjun yang cantik dan sejuk menanti anda disana...       


       Waktu operasi Taman Ular dan Reptilia ini adalah pada setiap hari Sabtu hingga hari Khamis bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala pada hari Jumaat pula, ia dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 11.45 pagi dan dibuka semula pada pukul 2.45 petang hingga 5.30 petang.Manakala bayaran yang dikenakan pula adalah sangat berpatutan, iaitu RM 4.00 bagi Dewasa  dan RM1.00 bagi kanak - kanak. Tambahan RM 1.00 dikenakan bagi setiap kamera yang dibawa masuk.


              Apa yang menarik sangat dengan taman ular ni? ok...yang menariknya adalah Taman Ular dan Reptilia Perlis ini merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. Terdapat kira - kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 sesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa.


Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. Pengunjung juga boleh melihat buaya, landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.


       Jadi kita anda berkunjung ke sini, anda pasti akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan mengenai ular dan habitatnya serta lebih memahami dengan lebih mendalam setiap spesies ular ini. Kawan berasa amat bertuah kerana berkesempatan mengunjungi Taman Ular ini dan berasa bersyukur kerana banyak ilmu pengetahuan kawan peroleh disini...Sampai berjumpa lagi.... 73 DE 9M2ZAK

Tuesday, December 4, 2012

Kuala Perlis, Perlis. My Hometown...

Bertolak dari Padang Serai pada jam 4.00 petang dan sampai ke Jitra pada pukul 5.15 petang. Ini bermakna perjalanan dari Padang Serai ke Jitra hanya mengambil masa 1 jam 15 minit sahaja. Sebelum ini, kawan mengambil masa 2 jam jika bergerak dari Padang Serai ke Jitra. Maknanya jalan yang kawan ikut ini lebih dekat dari jalan yang selalu kawan lalui.


Sebelum ini, jika kawan balik ke Padang Serai (rumah kakak ipar) kawan akan ikut Sidam Kiri - Sidam Kanan - Jalan Kuala Ketil - Sungai Petani - Aman Jaya - dan naik highway di Tol Sungai Petani Utara dan masa perjalanannya adalah dalam 2 jam 15 minit dan kadangkala mencecah 3 jam disebabkan oleh kesesakan lalulintas di jalan masuk dan keluar dari Sungai Petani.

bersama saudara Azri Elias

Tetapi hari ini, setelah bertemu dengan rakan sekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, iaitu saudara Azri, beliau mencadangkan kepada kawan supaya ikut jalan ini untuk ke Perlis, ( Padang Serai - Sidam - Ekor Kuching - Pinang Tunggal - Taman Sejati - Tol Sungai Petani Selatan) dan ianya ternyata lebih cepat berbanding ikut jalan tadi. Patut pun beliau menyatakan yang beliau hanya mengambil masa sejam lebih saja jika hendak ke Perlis Indera Kayangan,


 Sekarang baru kawan mengerti. Terima kasih Azri Elias atas panduannya. Lagipun jalan tersebut bebas dari segalanya, bebas dari kesesakan, bebas dari Trafik light dan bonusnya pula...jalannya cantik...hanya sedikit sahaja jalan yang kurang cantik..itu pun di penghujung jalan sebelum naik ke highway. Jika hendak dibandingkan dengan jalan yang selalu kawan guna tu...memang macam langit dan bumi, kerana dah ler jalan berlubang-lubang ditambah pula dengan kesesakan dan banyak trafik light. Jem selalu berlaku di Amanjaya dan simpang empat Sungai Petani....


Syukur alhamdulilah...selamat sampai ke Batu 17, Jalan Tunjang Jitra tepat pukul 5.15 petang. Kemudian singgah sebentar rumah Mak mentua dan perjalanan diteruskan ke Kuala Perlis tepat jam 6 petang. Sebenarnya objektif petang tu adalah untuk sampai ke Jetty Langkawi sebelum jam 6.30 petang kerana ingin menghantar dua orang anak saudara ke Pulau Langkawi, Kamal dan Kamil ( kembar). Hari ini mereka berdua pergi ke Pulau Langkawi dahulu, bercuti disana sepanjang cuti sekolah ini dan tinggal bersama maksu mereka disana.



Kawan akan ke sana, Pulau Langkawi pada 12 Disember ini, dalam seminggu ini, kawan bercadang untuk meneroka negeri Perlis dan Kedah ini dahulu. Lagipun sudah lama tidak pusing - pusing Perlis. Walaupun ianya kecil tetapi negeri indera kayangan ini penuh dengan tempat yang menarik dan tidak rugi jika dilawati...ditambah pula dengan penduduknya yang ramah dan mudah tersenyum apabila bersua. Insyallah kawan akan update didalam blog ini, segala catatan perjalanan kawan...diharap rakan-rakan semua bersabar menanti perkembangan terkini dari Perlis Indera Kayangan... 73 de 9m2zak.

Sunday, December 2, 2012

Seharian di sini...Carnival Water Theme Park

The Carnival Water Theme Park

Hari ini, kami sekeluarga menghabis hampir 8 jam bermain air di sini. The Carnival, sebuah taman tema yang berkonsep air, terletak hanya 20 km dari Padang Serai, Sungai Petani, Kedah. Taman ini sebenarnya terletak di dalam Cinta Sayang Golf and Country Resort, Sungai Petani Kedah. Bayaran untuk menikmati segala keseronokan disini amat berpatutan sekali, iaitu RM 20.00 bagi dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak.

Dengan keluasan 7 hektar, pelbagai keseronokan terdapat di sini, Di sini kita boleh menikmati pelbagai permainan, semestinya semuanya berkaitan dengan ayaq... antara keseronokan yang terdapat di sini ialah :

  1. Water Coaster
  2. Wild River
  3. Carnival Curves
  4. River of adventures
  5. Wave Cove
  6. Discovery Island
  7. Jungle Playground
  8. Kiddies Cove
  9. Bubble Bay
  10. The Sand Pit
  11. Famli Bungee
  12. Sports Park
  13. Groups Garden
Bayangkan...dengan segala keseronokkan ini, memang tidak terasa masa berjalan..malah rasa macam sekejap sahaja berada disini....

ditambah pula dengan layanan first kelas kakitangan - kakitangan disini, senyuman dan keramahan tidak lekang dari bibir mereka. Kita tidak akan terasa terasing disini, mereka senantiasa berada disekeliling untuk memberikan perkhidmatan terbaik mereka...syabas diucapkan...


Apabila sudah berkunjung ke sini, ole-ole untuk saudara dan rakan taulan usah dilupa, disini pelbagai cenderahati ada dijual untuk kenang - kenangan, dari magnet peti ais sehinggalah ke keychain...semuanya ada..pelbagai warna dan pilihan..pelbagai bentuk dan corak...apa yang anda perlu lakukan hanyalah bertenang dan take a deep breath..dan pilih satu - satu..hehe...

Ayah... bila nak mandi nih...ayah...jom la....

 Aktiviti yang pertama sekali yang dilakukan adalah mandi di Wave Cove, disini..kita boleh menikmati ombak tiruan yang sentiasa datang entah dari mana datangnya...tau tau sahaja...badan kita akan dihempas ombak..dihempas dan dihempas...nasihat saya..jangan makan dulu...kalau tidak...
.
 Disamping itu jugak, soal keselamatan disini...terbaik...terbaik kerana terdapat banyak LifeGuard yang sentiasa memantau setiap aktiviti air disini, mata mereka tidak lekang dan tidak jemu memandang dan memantau para tetamu demi keselamatan mereka..terima kasih diucapkan kepada mereka kerana menjaga keselamatan kami sekeluarga dan juga keselamatan semua pengunjung disini... walaupun kelihatan anda terpajak di tengah terik matahari..tetapi air muka anda langsung tidak menunjukkan bebanan..rasa tanggungjawab jelas terpancar dari bahasa tubuh anda..terima kasih diucapkan...


Perkhidmatan pelampung disediakan dan ianya percuma... setiap pelampung ini tidak dibenarkan dibawa naik ke atas dan dipindahkan ke tempat lain..semuanya ini adalah untuk keselamatan dan keselesaan bersama, dimana tiada istilah..ini pelampung saya yang punya..dont worry...semua akan dapat pelampung...banyak disediakan..apa yang penting..kita enjoy disini...

River of adventure

Selepas puas bermain di Wave Cove, kami beralih pulak ke River of Adventure, disini kami membiarkan saja diri dihanyutkan oleh arus buatan dan menyusuri disepanjang sungai buatan disini, membiarkan diri dihanyutkan oleh arus mengelilingi sekitar taman ini, luas jugak beb...7 hektar...lagipun kita tidak keseorangan...disepanjang sungai buatan ini..ramai jugak pengunjung yang turut serta...meriah dan kecoh dibuatnya...


Seperti biasa...kanak-kanaklah yang paling seronok sekali jika berkunjung ke sini. Keceriaan jelas terpancar...keseronokan jelas kelihatan...sehinggakan makan pun tak nak...nak mandi puas - puas..nak main air puas-puas....hmm...biarlah..lagipun tujuan utama datang ke sini pun adalah kerana mereka jugak...untuk mengembirakan mereka sempena cuti sekolah...


semestinya mereka yang paling gembira, setelah berhempas pulas belajar selama 10 bulan di sekolah, inilah masanya untuk mereka melepaskan tekanan. Lupakan dulu tentang kerja sekolah..lupakan dulu tentang buku...lupakan dulu tentang cikgu-cikgu...yang penting la ni..kita mandi dulu...kerja sekolah esok pun boleh buat...hehe....

ok...sekarang ni masa untuk bapak dia pula...selepas puas melayan karenah anak-anak...anda boleh mencuba yang ini pulak...Water Coaster, ia adalah tarikan utama disini. Dengan ketinggian 60 kaki dari tanah. kawan pasti..ianya pasti mencabar...sekali cuba...pasti nak lagi...tapi indat...Water Coaster ini hanya sesuai untuk dewasa saja... dan yang paling penting sekali...sila pastikan seluar anda diikat kemas...hehe..jika tidak...hehe...


Hot Water Spa
Selepas puas bermain dan melayan anak-anak...anda bolehlah berehat sekejap di Hot Water Spa ini, suhuu airnya tidaklah panas sangat dan sesuai untuk badan. sesuai untuk rehatkan diri. Sesuai juga untuk mengembalikan tenaga kepada tubuh selepas seharian dalam air. Boleh kembangkan kembali apa yang kecut..hehe..

Apabila sudah puas, jangan risau...tempat untuk menyalin pakaian juga disediakan..malah turut disediakan perkhidmatan locker untuk menyimpan barang-barang berharga seperti Tab dan HP anda...Locker ini beroperasi  dari jam 10.00 pagi hingga jam 7.00 petang...

Baiklah..sampai disini sahaja dulu coretan perjalanan balik kampung saya untuk hari ini, insyaallah akan ada lagi catatan perjalanan saya meneroka kawasan sebelah utara ini...selepas ini kawan akan ke Pulau Langkawi pula, Pulau Lagenda, Pulau Mahsuri..Pulau Bebas Cukai...

Jumpa dan jumpa lagi, 73 de 9m2zak E E

Saturday, December 1, 2012

National Field Day 2012, 1-2 Disember 2012

Mendapat sokongan padu dari rakan - rakan Radio sekitar...
Jika mengikut perancangan asal, kawan sebenarnya ingin balik kampung dan membebaskan diri dari sebarang gelombang elektromagnet. Itu adalah objektif asal kawan sempena balik kampung ini. Sehubungan dengan itu, segala kelengkapan, segala perkara yang berkaitan dengan RF ini sengaja kawan tinggalkan...tinggalkan di Kulaijaya, biarkan mereka berehat seketika kerana setahu dan seingat kawan, mereka tidak pernah berehat....hampir setiap malam tidak jemu - jemu CQ di udara, mencari DX station dari seluruh dunia.

Semalam selepas memandu hampir 10 jam dari Selatan ( Kulaijaya) hingga ke Sungai Petani (Utara), kawan selamat sampai ke rumah kakak ipar tepat pukul 2 pagi. Syukur alhamdulilah...semuanya selamat. Allah SWT telah merestui perjalanan kami dengan memberikan segala kemudahan, baik dari segi kesihatan mahupun kelancaran lalu lintas, semuanya berjalan dengan sempurna. Terima kasih ALLAH, aku amat bersyukur kepadaMU YA ALLAH...

Pagi tadi semasa sedang asyik melayan nasi lemak ikan bilis 50 sen buatan Padang Serai, kawan menerima text mesej dari Hairie, 9M2GET... secara tiba-tiba paras adrenalin dalam badan ini terus meningkat, peluh meleleh-leleh keluar melalui rongga - rongga badan, suhu badan terus naik dan selera makan terus terbantut...Mereka sedang menjalankan aktiviti National Field Day 2012 di Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan....huhu...tidak senang duduk jadinya, keadaan seolah-olah seperti kucing nak beranak, lantas kunci Iswara Hitam dicapai dan pedal minyak ditekan menuju ke Pantai Kurung Tengar...menyertai rakan-rakan disana...

sampai sahaja disana, kawan disambut dengan penuh kemesraan oleh rakan-rakan disana. Terima kasih diucapkan atas layanan hebat yang diberikan...walaupun tidak pernah bersua, tetapi kemesraan ditonjolkan itu seolah-olah kita ini rakan karib. Inilah dia kehebatan radio amatur ini, menyatukan tidak kira sesiapa sahaja..semuanya sama dibawah hobi yang hebat ini...Tahniah diucapkan...


Kebetulan semasa kawan sampai, mereka sedang enak menjamu selera..memang langkah kanan betul...rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... Nasi Tomato, Daging rebus dan air asam... selera kawan yang terbantut tadi kembali ke paras singa..umpama singa lapar dihidangkan antelop...memang terangkat habis..ditambah pula dengan angin sepoi sepoi bahasa dari laut dan menghadap pemandangan Pulau Langkawi...nothing word cant say.... terima kasih sekali lagi rakan - rakan...


Antara station - station yang ada di tempat kejadian ialah :

  1. 9m2get
  2. 9m2out
  3. 9w2zhl
  4. 9w2zrz
  5. 9w2elw
  6. 9w2hnd
  7. 9w2cdn
selepas itu, aktiviti DX dijalankan, kawan ditugaskan untuk DX di mode CW dan saudara Yus di band 10m. Pada ketika itu, band 10m membuka dengan amat cantik sekali, begitu jugak dengan band 40m. Pada ketika itu juga, 40m Net sedang dijalankan. Kesempatan ini digunakan dengan sepenuhnya. 9M2SM berjaya check in dalam Net tersebut dengan RST 58/59. Ok la tu...bagi 50 watt dengan G5RV.

 Manakala Yus pulak sedang asyik melayan pile up di 10 meter, pile up pulak dia...dengan menggunakan antenna delta loop, saudara Yus dari Simpang Empat telah berjaya menyeberangi lautan China Selatan menuju ke Tanah Besar Negara China...beliau pile up dengan station dari China...tahniah diucapkan...kemeriahan beliau melayan serangan bertubi-tubi dari China itu memecah kesunyian sore di pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis, Tanah tumpah kelahiran kawan...hehe...

Kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan...secara tiba-tiba keadaan cuaca bertukar...bertukar dari panas terik menjadi gelap gulita. Angin yang sepoi-sepoi bahasa tadi beralih menjadi kencang...umpama memberi signal kepada kami bahawa AKUlah yang paling berkuasa...maka dengan sepantas kilat, kami berkerjasama mengemas barang-barang dan menyelamatkan pelbagai barangan daripada basah kuyup. Syukur...semuanya berjaya diselamatkan..tidak ada satu pun yang tertinggal...kawan kagum dengan semangat kerjasama yang diberikan. semuanya tahu hendak buat apa..tidak perlu disuruh...tidak perlu dipahat...Anda semuanya hebat-hebat belaka...

Menjelang pukul 5.00 petang, kawan terpaksa angkat kaki. kawan terpaksa pulang segera ke Sungai Petani. Sebenarnya hati ini amat berat untuk meninggalkan rakan-rakan disini. Jiwa kawan masih disini, tetapi apa kan daya...tugasan yang lebih penting menanti kawan disana...apa pun kawan  ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada team dari negeri Perlis ini. Kalian semua sememangnya hebat..kalian semua best...teruskan perjuangan rakan-rakan..teruskan usaha murni kalian itu...masih berbaki satu hari lagi...dunia sedang menanti anda....

begitu juga dengan station-station yang lain...dunia sedang menanti anda...antara station yang mengambil bahagian :
  1. 9M2SM Portable Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis, Perlis
  2. 9m2agc Kuala Kangsar, Perak
  3. 9m2slj Pak Lop,  Perak
  4. 9m4cme Petaling Jaya, Taman Tasek
  5. 9m4che Kuala Kubu Bharu
  6. 9m2ais Gunung Nuang
  7. 9m4chf Kuala Kedah, Kedah
  8. 9m2esm Pulau Besar, Melaka
  9. 9m2sj Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang
  10. 9m2nm Pak Nordin, Tanjung Sepat, Kuantan
  11. 9m2rdx, Temerloh, Pahang
  12. 9m2avb Pulau Duyung, Kuala Terenganu
  13. 9m2zip Pantai Sri Tujuh, Kelantan
  14. 9m2mso, Pulau Pinang
Semoga berjaya kawan ucapkan disini, teruskan usaha anda..teruskan dx anda, kibarkan jalur gemilang, kembangkan sayap kita, buktikan kepada dunia...kita rakyat Malaysia, rakyat yang bersatu, rakyat yang dihormati..kesopanan dan kesusilaan tetap dijaga tidak kira dalam apa jua mode sekalipun...tak kan melayu hilang di dunia... Dunia sedang menanti anda.... 73 de 9m2zak

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...