Friday, December 16, 2011

From South to North



Memulakan perjalanan dari Kulaijaya, Johor pada 3 Disember 2011. Setelah menempuh perjalanan selama hampir 12 jam. Akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang dituju iaitu Sungai Petani, Kedah. Sebenarnya matlamat utama adalah untuk pulang ke Kuala Perlis, Perlis tetapi singgah sebentar melepas penat perjalanan di Sungai Petani. Syukur alhamdulilah kami selamat sampai....


Di Kuala Perlis, aku tidak dapat setkan portable station kerana tidak ada kesempatan, pelbagai peristiwa berlaku sepanjang aku di sana, antaranya ialah kematian abang, majlis Tahlil 3 hari 3 malam untuk Arwah ( terima kasih 9M2GET - Hairie atas kunjungan semasa majlis tahlil, terima juga kepada semua rakan Hams Perlis 9w2ldi cikgu Lan dan DikWan 9m2amz...atas kunjungan dan juga kepada Datuk Bahari 9w2dbt atas sokongan Datuk...semoga allah membalas jasa dan budi anda...insyallah.

Pulang dari rumah arwah abang, pada keesokkan harinya pulak, aku dikejutkan dengan kematian nenek saudara aku, tak jauh rumah aku dengan rumah Tuk Roha, hanya 50 meter sahaja, kematian kedua berlaku dalam kampung aku. Perkara yang sama berulang kembali, sanak saudara kembali berkumpul, saudara yang jauh dapat berjumpa kembali, Tukang penggali kubur kembali bertugas, buat laporan di Balai Polis, Buat sijil kematian di Jabatan Pendaftaran, tempah batu nisan dan keranda, urusan kain kapan dan kapas, kenduri arwah, majlis tahlil dan yang pastinya pengalaman ini amat bermakna buat aku kerana ianya banyak menyedarkan aku banyak menginsafkan banyak memberi signal kepada aku iaitu hidup di dunia ini hanyalah sementara...kemewahan di dunia ini tidak bermakna langsung jika kita sudah memejamkan mata...penuhilah dengan amal ibadat untuk bekalan kita di alam lain pulak alam...alam barzakh.

3 hari selepas itu, berlaku pula kejadian kebakaran, kejadian itu berlaku hanya 10 kaki dari rumah orang tua aku. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Kejadian kebakaran itu berlaku sungguh cepat sekali, pada masa kejadian iaitu kira jam 8.40 pagi, aku berada dalam bilik air, pada masa itu keadaan sungguh tenang sekali. tiba - tiba kedengaran suara makngah aku menjerit-jerit dengan mengatakan rumah tok putih terbakar...rumah tok putih terbakar...sepantas kilat aku meluru keluar dari bilik air dengan muka dipenuhi pencuci muka dan mulut berbuih dengan ubat gigi. Allah Akbar...rumah terbakar. entah macam mana aku terus menghubungi Bomba....tetapi oleh kerana api sedang marak, aku berikan handphone kepada xyl aku untuk tindakan seterusnya dan aku terus membantu memadamkan kebakaran. Syukur alhamdullilah bomba sampai 5 minit kemudian dan api berjaya dikawal dari terus merebak. syukur alhamdulilah rumah aku selamat dari dijilat api. tindakan pantas bomba telah berjaya mengawal api dari merebak. jika bomba lambat datang mungkin habis rumah sekitarnya...Terima kasih kepada pasukan bomba Kuala Perlis dan Kangar serta pasukan Bomba sukarela Simpang Empat.



rumah aku yang berada ditengah-tengah gambar diatas, rumah yang ada tingkap kaca frame aluminium dan sebelah kiri pokok mangga yang kelihatan tu.


seperti biasa jika pulang ke kampung, ketam nipah ini akan menjadi makanan rasmi aku disini, agak lama tak makan ketam ni, dah dekat setahun, kesimpulannya...aku makan ketam nipah ni setahun sekali iaitu apabila pulang ke kampung...Ketam ini ditangkap sendiri oleh jiran sebelah rumah dengan mengunakan tangkul berumpankan ikan....Dulu masa remaja dulu, aku tangkap sendiri ketam ni, tapi sekarang tidak lagi memandangkan tangkul aku sudah tiada.maka aku hanya pesan ahaja dari jiran aku...jimat masa dan tenaga, harga pun murah, Ketam di atas hanya RM 15 ringgit sahaja, kalau di Johor, RM 15 aku hanya dapat sekor ahaja tetapi disini...banyakkkk..



Pantai kampung seberang alor, iaitu pantai kampung aku, dari ini boleh kelihatan pulau langkawi dan pulau berasmana serta pulau panjang di Thailand, ianya jugak boleh dikatakan sempadan thailand kerana kerana tembok sempadan thailand hanya 1 kilometer dari pantai ini. jadi semestinya pantai ini dipenuhi dengan pasukan keelamatan seperti tentera dan upp serta kastam apabila malam menjelma kerana pantai ini aktif dengan pelbagai aktiviti haram dan sebagainya...faham-faham ajelah bila dekat dengan sempadan ni..



mandi manda dan bersantai di Pantai Pasir Tengkorak, Pulau Langkawi. Menghabiskan 3 hari dua malam di Pulau Lagenda ini dengan aktiviti pantai dan Island Hoping. Sungguh aman dan tenteram apabila berada di sini, Pulau yang cantik serta barang-barang yang murah, rokok Dunhill baru rm 6.20 kat sini....best...akan datang lagi pada cuti akan datang...


berehat sambil menikmati angin petang di Pantai Seberang Alor, Kuala Perlis...



Jambatan Pulau Pinang, dalam perjalanan menuju ke Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang untuk melepas penat setelah travel jauh kira-kira 880 km. Dalam perancangan, ingin berjumpa dengan 9M2MSO tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang manakala Allah juga yang menentukan..pada masa tu arwah abg sedang nazak dan serta merta aku terus patah balik ke Perlis sejurus selepas menerima panggilan telefon dari kampung....Al-Fatihah buat abg ( Zamri b Din)




Senyuman yang terukir itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan lelah perjalanan....


Sampai ke Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang kira-kira jam 4.30 petang, itu pun setelah berjaya melepasi kesesakan lalulintas yang teruk sekitar bandar Pulau Pinang...



Pada masa ini, padi masih belum masak, jadi pemandangan hijau akan kelihatan, jika padi sudah masak, pandangan emas pula akan muncul.. Gambar diambil di tepi rumah arwah abang..iaitu kampung Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.


Jetty Kuala Perlis digunakan sebagai restoran seafood.....dalam masa setahun sahaja, Kuala Perlis cepat membangun. dari sebuah pekan kecil hinggalah ke sebuah pekan besar dan aktif dengan pelbagai aktiviti ekonomi hasil dari tempias Pulau Langkawi, 100% aku katakan bahawa Pulau Langkawi banyak membantu dalam pembangunan Kuala Perlis, Perlis...Kampung Halaman Aku...


Petai ini diperolehi dari dusun buah-buahan emak mertua aku di Kuala Nerang Kedah, kebetulan pada masa tu, buah petai sedang lebat berbuah di pokok, maka kesempatan ini digunakan sepenuhnya, sebanyak 400 papan petai berjaya dikait dan gambar diatas adalah sebahagian sahaja, selebihnya ada dalam guni. Akibatnya...aku mengalami sakit-sakit badan dan tidak selesa perut akibat makan petai terrrlalu banyak sangat...harum bau mulut aku...



dalam perjalanan pulang ke Johor, singgah sebentar ke rumah Hairie, 9m2get. saja-saja sahaja melawat beliau memandangkan beliau baru pulang dari Terengganu. terima kasih get atas kepok lekornya...terima kasih atas minum petang...minum tea bersama kepok lekor..best...insyaallah ada masa dan kelapangan kita boleh eyeball lagi....


73 de 9m2zak


Friday, December 2, 2011

Operation Kanggaroo



Cuti akhir tahun sudah bermula, maka bermula pada hari ini, aku akan memulakan satu lagi babak dalam arena gelombang radio ini, kali ini Dalbeam akan dihalakan ke sudut 129 darjah mencari callsign dari negara kanggaroo dan seangkatannya seperti New Zealand (ZL), Macquarie Is ( VK0), Chatham Is (ZL7), (VK9L) Lord Howe Is, Chesterfield Is (FK/C), Vanuatu Is (YJ), New Celedonia ( FK), VK9N ( Norfolk Is), ZL8 ( Kermadec Is) dan banyak lagi kepulauan di sebelah Oceania.

- Operation Kanggaroo -

Setelah berjaya menawan Jepun, Sepanyol, Eropah, Russia, kali ini aku bercadang untuk menjelajah pula kawasan sekitar Oceania. Hal ini kerana jumlah QSO yang tercatat dalam logbook aku amat kurang sekali, iaitu hanya 209 QSO sahaja berbanding dengan USA ( 1503 QSOs) Jepun (2927 QSOs) Russia ( 1750 QSOs) dan Eropah 4643 QSOs.


Tasmania Devil Tiger

Kelebihan yang ada dalam operasi ini ialah masa. Ini adalah kerana kawasan Oceania berada dalam zon waktu yang sama dengan 9m2, kalau ada perbezaan pun ianya hanya sekitar sejam sahaja. Jadi semestinya aku boleh merancang masa dxing aku kerana jurang masa agak kecil berbanding dengan NA dan SA yang memakan masa sehingga 12 jam. Satu lagi kelebihan yang aku dapat ialah beacon VK8VF 28.0268.10 yang terletak di Darwin. dibawah ini disertakan senarai beacon di negara kanggaroo...
14100.0 VK6RBP  Rolystone      OF87AV 100-0.1 Vertical
3694.0 VK6SH E.Carrington WAOF77XX 3 Horiz Loop
18110.0 VK6RBP 28k SE Perth OF87AV 100-0.1 Vertical
21150.0 VK6RBP 28k SE Perth OF87AV 100-0.1 Vertical

sumber dari :
http://www.keele.ac.uk/depts/por/28.htm



Aku hanya perlu memantau Beacon ini sahaja dan ianya akan dijadikan penanda aras keadaan band samada buka atau tidak. Senang sahaja, kalau kedengaran itu beacon ( band Open) kalau tidak kedengaran ( band Closed)



Pagi ini aku bermula dengan iaitu ZL2ST dan ZL1BWG di 10 meter. Dalbeam dihalakan ke 129 darjah, secara tidak langsung Indonesia, Papua akan turut masuk sekali ( short path)

Manakala negara- negara di Africa juga akan masuk jika band membuka di (Long Path). Jika negara Africa masuk, maka aku anggap ianya sebagai BONUS untuk aku.

Catatan dibawah ini akan senantiasa update mengikut hari.

26/11/2011

vk6xx/10m/599
vk4uc/10m/599
vk2im/10m/599
vk2nu/10m/599
vk2im/15m/599
vk6aa/10m/599
vk4iu/15m/599
vk4kw/20m/599
vk8gm/15m/599
vk6lw/20m/599
vk6im/20m/599
vk8gm/20m/599
vk6aa/20m/599

27/11/2011

vk7ze/15m/599
vk2dx/15m/599
vk3kw/10m/599
vk3tdx/10m/599
vk4iu/10m/599
vk4imx/20m/599

29/11/2011

LZ1PM/10M/599/LONG PATH
OM3CM/10M/599/ONG PATH

VK2ACL / MATTHEW/ 10M / 599 /1040 UTC




OE9ICI / CHRIS / 10M / 549 / 1058 UTC / LONG PATH
VK2ARZ / RILEY / 20M / 599 /1610 UTC

1 Disember 2011
VK2KJJ/KNUD/599/10 METER

2 Disember 2011
BX6AB/599/10 METER
5W1SA / 599 / 10 METER

Jumlah contact terkini dengan VK land adalah 258 QSOs ( updated 01/12/2011) de 9m2zak

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...