Panduan Pemantauan Beacon
Memahami bagaimana untuk memantau Beacon adalah rahsia untuk berjaya dalam DXING anda!
Isyarat dari Beacon memberikan tanda-tanda awal pembukaan sesuatu band atau jalur. Dengan penuh kesabaran, anda boleh mula CQ sebaik saja anda dengar audio dari Beacon yang anda pantau. Dengan ini, andalah station yang pertama ke udara dan mungkin akan membawa kejayaan dengan mendapat banyak contact atau qso.
Frekuensi Beacon
Terdapat Beacon dari Northern California DX FOUNDATION yang beroperasi pada 5 benua berlainan dan sentiasa menghantar isyarat selang satu minit berturut-turut pada 14.100, 18.110, 21.150, 24.930dan 28.200 MHz.
Callsignnya adalah NCDXF dan ia memancar pada kekuatan 100Watts. 10Watts, 1 Watt dan 0.1 Watts. Maklumat ini sangat penting untuk QRPers! Hampir kesemua 10 beacon ini menghantar isyarat antara 28.190 MHz dan 28.300 MHz.
Berguna kepada peminat band 10 meter.
6 lagi beacon adalah kebanyakannya memancar antara 50.0 MHz dan 50.1 MHz, 50.06 MHz dan 50.08 MHz
Senarai Beacon
senarai ringkas dari beacon yang aktif bagi peminat 10 meter ( update 9 Julai 2009)
VK4RTL AUSTRALIA 28270
VR2B HONG KONG 28200
JE7YNQ FUKUSHIMA, JAPAN 28188
F5KCK FRANCE 28110
DKOTEN JERMAN 28258
VK8VF DARWIN, AUSTRALIA 28261
I1M ITALY 28180
ZLFMHF NEW ZEALAND 28229
V73TEN MARSHALL ISLAND 28297
Antenna Untuk Pemantauan Beacon
Untuk mendapat signal yang baik dari beacon, anda boleh menggunakan antena jenis omnidirectional, tetapi ia terpulang pada kemampuan masing-masing. Secara praktiknya, dicadangkan anda menggunakan antena jenis ini untuk memantau isyarat dari beacon. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Saya menggunakan antena jenis diamond broadband untuk tujuan ini dan dipasang secara "L" terbalik. Tetapi, jika anda ada antenna jenis lain, itu terserah kepada anda.
Yagi pun baik juga, tapi ia lebih baik digunakan untuk dxing dari monitor kerana kuasa db yang ada padanya. Hehe…..
Kaedah Lain Bagi Pemantauan DX
Banyak hams memantau di DX CLUSTER untuk DX dan menggunakan maklumat tersebut untuk memulakan DXING. Selalunya, laporan yang terdapat pada DX CLUSTER itu adalah selepas contact dibuat, ingat! Masa yang tercatat itu bukan masa sebenarnya, ia mungkin sudah berlaku selepas beberapa minit atau lebih. Jadi anda mungkin terlepas saat saat propogasi membuka dengan baik.
Jadi untuk mendapatkan contact, anda sepatutnya memantau terus dari beacon itu sendiri kerana signal yang anda dengar itu adalah pada masa sebenar. Actual Time bab kata orang putih.
Pemantauan Beacon Waktu ( Time Signal Beacon)
Beacon Waktu adalah terletak 15 km barat daya Ottawa, Ontario, Kanada pada 45º 17' 47" N, 75º 45' 22" Kuasa pemancarannya adalah 3 kW pada 3330 dan 14 670 kHz, dan 10 kW pada 7850 kHz…Gulp!!!! kuatnya….
Terdapat juga beacon waktu daripada Fort Collins, Colorado, dan Kauai, Hawai, pada 2.5, 5.0, 10, 15 dan 20 MHz.
Tips Mudah
Sebelum anda memantau di beacon. Lebih baik anda menjadi proaktif dengan membuka laman Sunspot Cycle 24 . Laman ini memberikan maklumat terkini tentang propogasi. Umumnya, lebih tinggi jumlah tompok matahari - (SSN) - lebih tinggi MUF (Frekuensi Dapat Digunakan Maksimum).
Satu tindakan yang bijak, anda boleh mendengar siaran Beacon untuk status propogasi ditempat anda.
Ingat!, lebih tinggi indeks fluks suria , lebih tinggilah MUF
GUD DX AND SEE U DOWN THE LOGs,
DE 9W2ZAK 73