9W2ZAK
My QTH,
10393 Jalan Merbuk 8,
Bandar Putra, 81000 Kulai Jaya,
Johor Bharu, Malaysia.
Hp No : 019 7875056
My Kampung
111, Kampung Seberang Alor,
02000 Kuala Perlis,
Perlis, Malaysia
Band kegemaran: tempat selalu lepak.....
2 meter : 146.500 Mhz ( V56)
143.925 Mhz ( 9m3723)
10 meter : 28.490 Mhz ( calling frekuensi )
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan rakan dan pelawat blog saya
Tahun 2006 adalah tahun keramat bagi saya kerana pada tahun itulah saya mendapat tiket atau callsign saya 9W2ZAK. Bermula detik itu saya tidak menoleh kebelakang lagi….terus maju ke depan dan ke depan.
Senarai Peralatan yang saya miliki :
- Icom HF 718
- Yaesu HF FT 77
- Icom IC 2200h
- Icom IC V8
- Icom IC V85
- Icom IC A32
- Motorola Triton VHF
- MFJ Antenna Tuner
- Midland CB
- Bearcat Scanner
- Realistic Scanner
- Diamond F23H
- Diamond TF2D Broadband HF
Dalam Blog ini, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai antenna
yang baru saya buat ni. Setelah membuat beberapa research di dalam
internet dan juga merujuk kepada beberapa orang rakan. akhirnya projek
antenna saya berjaya jugak dijalankan dengan jayanya. sebenarnya rakan
kita iaitu 9w2nzi banyak membantu saya dalam projek nie...boleh dikatakan
sebagai sifu jugak la dalam hal ini. ini kerana ada beberapa perkara yang
membingungkan saya, saya dapat selesai dengan merujuk kepada beliau....
terima kasih cikgu..hehehe....
Ok, baiklah saya pun tidak mahu bercoleteh panjang lagi..apa kata kita terus
ke topik utama kita kali ini....Homebrew Yagi 2 element 28mhz.
Bahan-bahan
- 2 batang aluminium berdiameter 2mm - 2 meter panjang setiap sebatang#
- 2 batang aluminium berdiameter 1.5mm - 2 meter panjang setiap satu#
- 1 batang aluminium empat segi - 1.5 meter panjang
- 1 batang aluminium aerial tv ( 61 cm )
- 4 hose clamp
- 4 u clamp
- isi dalam coaxial kabel (61 cm)
- 1 biji SO 239
Langkah seterusnya
sila lihat gambarajah ini untuk mendapatkan gambaran secara kasar
diharapkan rakan semua memahami gambarajah ini...kalau tak faham jgk
kena buat buat faham....hehehe...ok saya rasa senanglah untuk
memahaminya...ok kali ini sila lihat gambarajah dibawah...gambaran mengenai
gamma rod pulak....
perhatikan...isi dalam coaxial yang berwarna putih itu dimasukkan ke dalam
rod aluminium antenna tv dan dipasang selari dengan radial...sila lihat gambar ini
ok kalau sudah memahaminya, sekarang bolehlah dimulakan pemasangannya....
senarai bahan tersedia untuk dipasang... perhatikan boom dan batang aluminium....batang aluminium disambung supaya mendapat ukuran seperti rajah mula-mula tadi dimana batang radial dan reflektor disambung dengan ukuran masing-masing...penyambungan dilakukan dengan menggunakan hose clamp...perhatikan gambar ini..
u clamp dipasang pada boom
pengukuran batang aluminium untuk radial dan reflektor
penyambungan batang aluminium.......
penyediaan tapak untuk so 239
nasib baik ngam...hehehe.....
yagi 28mhz 2 element yang sudah siap dipasang....
pemasangan gamma rod, hujung gamma rod mesti di pasang sesuatu untuk memegangnya, saya guna steel clamp untuk sambung dihujungnya. lihat gambar...
untuk proses swr pulak....sila gerakkan batang aluminium yang kecil tu kedalam atau keluar sehingga mendapat bacaan yang dikehendaki...kalau boleh biarlah dapat swr 1.1 tapi susah ooooo....saya hanya dapat 1.2 sahaja...itupun selepas 4 hari main sorong tarik...hehehe....sebab gamma rod ni dia sensitif...kalau bersin depan gamma rod nescaya swrnya akan lari....jadi kene hati hati..tapi itu tak jadi masalah...kena sabar dan tekun..bila dah dapat kedudukan swr yang cun. terus tandakan dengan pensil dan ikat dengan sekuat hati supaya tak berubah kedudukannya...kalau nak dapat 1.1 adjust pulak menggunakan antenna tuner....selesai masalah...akhirnya swr yagi saya adalah 1.1 dengan bantuan antenna tuner...hehehe...jangan marah...
2 element yagi yang sudah dinaikkan dan sedia untuk beraksi di udara merentasi benua dan negara lain...hehehe itu pun kalau propogasi membuka...kalau tak....hehehe....
saya gunakan batang steel 20 kaki untuk menaikkannya.....perhatikan batang steel tu teguh berdiri tanpa perlu sokongan kabel yang lain...tapi nanti saya akan pasang kabel jugak...sediakan payung sebelum hujan.....hehehe.....
oklah rakan rakan diharapkan blog saya ini dapat membantu sedikit sebanyak dan memberi ilham kepada rakan rakan untuk membuat antenna...homebrew antenna....projek yang akan datang pulak adalah antenna jenis Vertical base station untuk 143.925 mhz....tungguuuuu kemunculannya....jumpa dan jumpa lagi.....SATU HOBI SATU FREKUENSI. 73
senarai contact dengan menggunakan antenna ini :
14/01/09
9w2LLK QTH-Arau 5/6
9w2DI QTH- Yan 5/5
9w2TZ - QTH-Alor Setar 5/7
HS0ZIQ - QTH- Phuket Island, Thailand
25/01/2009
9w2XCO - Langkawi Island 56
9w2IBR - Kuala Selangor 55
9w2LLK - Arau, Perlis 59
9w6SUE - Kota Kinabalu 59
1/02/2009
E2OWXA - Bangkok, Thailand 59
22/3/2009
YC9MDX - Timor Island, Indonesia 59
VK6ARA - Ballajura, Australia 59
23/03/2009
HS0ZIQ - Phuket Island, Thailand 59
9w6SUE - Kota Kinabalu, Sabah 59
VK5BC - Gawler, South Australia 59
28/03/2009
VK4CQ - Australia 59
10/04/2009
VK6TQ - South West Australia 59
VK4CQ - Australia 59