Monday, July 8, 2013

CW : Pengurusan masa secara bijaksana dan berdikari membawa kemajuan CW anda.

Sebelum kita meneruskan perbincangan topik kita pada hari ini, sila renungkan penyataan ini:

“Do first thing first”
                                                                     Stephen Covey

Dengan merancang dan menguruskan masa secara bijaksana, kita dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan teratur dan mudah. Kita dapat belajar CW, Dxing, Contest, kerja, bersama keluarga dan masyarakat tanpa sebarang masalah. Hidup ini perlu dinikmati dengan sepenuhnya. Hidup seseorang akan menjadi tenang dan tidak tertekan jika masa dirancang dan diurus dengan bijaksana dengan memilih perkara yang lebih penting diutamakan dan didahulukan daripada perkara yang lain. Dengan adanya perancangan masa, seseorang itu dapat mengatur aktiviti hariannya secara tersusun dan sistematik.

Pengurusan masa dengan bijak memerlukan seseorang itu merancang dan menetapkan peraturan sendiri untuk diri sendiri. Individu tersebut perlu berdisiplin dan bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan-peraturan yang dia ciptakan itu tidak kira sama ada yang berkaitan dengan hobi, tugas-tugas ditempat kerja, rumah ataupun dalam masyarakat. Tanpa pengurusan masa secara bijak, seseorang itu boleh menjadi kelam kabut, bingung dan hilang haluannya. Semua perkara akan jadi “hangat-hangat tahi ayam” malah tugasan yang mudah mungkin menjadi sukar kepadanya akibat panik dan mudah berasa risau.

Untuk mempertingkatkan daya dan kemampuan CW kita, kita perlu membuat perancangan yang teratur mengenai pada masa bilakah aku patut belajar CW? dan bertanggungjawab untuk mematuhinya. Kemahiran merancang masa membuat latihan mendengar adalah penting bagi mencapai kejayaan kita dalam ujian CW itu nanti. Disini kawan senaraikan beberapa langkah-langkah yang boleh dicontohi dalam membuat perancangan masa untuk belajar CW:

1.      Mendengar CW (Random word) pada masa yang sama setiap hari. Contoh, semasa dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.
2.      Gunakan masa lapang atau rehat ditempat kerja untuk dengar CW. 10 – 15 minit sudah mencukupi.
3.      Luangkan masa untuk berehat dan aktiviti rekreasi.

Semasa membuatkan latihan mendengar, kita perlu menentukan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Contoh matlamat jangka pendek, menguasai 5 huruf iaitu GHJKL. Contoh matlamat jangka panjang, menguasai GHJKL dengan kelajuan yang berbeza-beza, iaitu membuat latihan mendengar pada kelajuan 25wpm, 28wpm,18wpm dan sebagainya. Tetapi jangan kurang dari 15wpm.

Selain dengan menetapkan matlamat, sama ada panjang atau pendek. Jadi, kita ingin menjadi seperti orang lain, iaitu orang yang sudah memilikinya. Maka rancanglah masa anda itu, perancangan masa itu penting. Jika kita gagal untuk merancang, kita sebenarnya merancang untuk kegagalan kita. Ini adalah contoh perancang masa saya semasa belajar CW dan sehingga catatan ini ditulis, saya masih mengamalkannya.



Isnin
6.30 pagi - 7.15 pagi ( dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah)
7.20 pagi -  4.00 ptg ( work)
4.00 petang -  4.30 petang (dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke rumah)
7.00 petang -  8.00 mlm (Chasing South Amerika)
11.00 mlm - 12.30 tengah mlm (Chasing DX)

Selasa
6.30 pagi - 7.15 pagi ( dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah)
7.20 pagi -  4.00 ptg ( work)
4.00 petang -  4.30 petang (dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke rumah)
7.00 petang -  8.00 mlm (Chasing South Amerika)
11.00 mlm - 12.30 tengah mlm (Chasing DX)

Rabu
6.30 pagi - 7.15 pagi ( dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah)
7.20 pagi -  4.00 ptg ( work)
4.00 petang -  4.30 petang (dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke rumah)
7.00 petang -  8.00 mlm (Chasing South Amerika)
11.00 mlm - 12.30 tengah mlm (CQ DX as 9M4CJB)

Khamis
6.30 pagi - 7.15 pagi ( dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah)
7.20 pagi -  4.00 ptg ( work)
4.00 petang -  4.30 petang (dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke rumah)
7.00 petang -  8.00 mlm (Chasing South Amerika)
11.00 mlm - 12.30 tengah mlm (Chasing DX)

Jumaat
6.30 pagi - 7.15 pagi ( dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah)
7.20 pagi -  4.00 ptg ( work)
4.00 petang -  4.30 petang (dengar CW dlm kereta semasa dalam perjalanan ke rumah)
7.00 petang -  8.00 mlm (Chasing South Amerika)
11.00 mlm - 12.30 tengah mlm (Chasing DX)

Sabtu dan Ahad
Menyertai Contest jika ada, jika tiada apa-apa contest. Menyertai kumpulan Yassin Jalan Tiong. Bersantai bersama keluarga.

Ini adalah contoh jadual seharian saya selama seminggu. Namun perlu ingat, kadangkala jika berlaku sesuatu diluar jangka. Ada juga masa yang saya langgarinya. Sebab kita hanya merancang, ALLAH juga yang menentukannya. Selain daripada pengurusan masa, sifat berdikari juga penting dalam mengejar impian kita untuk mendapatkan title 9M dalam arena hobi kita ini. Terdapat beberapa pepatah yang boleh menjadi panduan kepada kita untuk terus belajar dan belajar CW, misalnya:

“Anda adalah manusia, orang lain pun manusia juga, oleh kerana mereka sudah maju, maka anda pun boleh maju dan boleh buat apa-apa sahaja untuk maju”
                                                                                                                   Confucius

Pepatah ini menjelaskan sebagai seorang manusia, kita mempunyai kebolehan untuk sentiasa memajukan diri sendiri. Untuk memajukan diri, kita juga harus sanggup melakukannya sendiri tanpa bergantung pada orang lain kerana :

“Seseorang boleh membawa seekor lembu ke tepi sungai tetapi seratus orang mungkin tidak dapat menyuruh lembu itu minum disungai tersebut”

Seseorang yang berdikari akan mempelajari bagaimana belajar CW mengikut kemampuan, kebolehan dan kecekapan diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dalam menentukan pencapaian CWnya. Seseorang yang berdikari juga akan mempunyai kebebasan untuk menentukan tahap pencapaian sendiri dalam CW dan seterusnya akan berusaha untuk meningkatkan kelajuannya.

Jika seseorang pemegang lesen B, 9W2@#$ bercita-cita untuk menaiktaraf lesennya, maka dia akan berusaha sendiri untuk meningkatkan kebolehan dan kecekapannya dalam CW sama ada di rumah ataupun di tempat kerja. Dia akan senantiasa mencari dan mencuri masa yang terluang untuk mendengar CW walaupun hanya untuk 10 minit. Dengan langkah demikian, nescaya pada suatu hari nanti, dia akan mendapat apa yang dia inginkan (9M) dan menjadi seorang pemegang lesen A yang dapat menyumbangkan ke arah perkembangan hobi yang unik ini.


Orang yang demikian akan sentiasa memperkembangkan kemampuan dan potensi diri sendiri supaya berjaya dalam segala usahanya dan dia juga akan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan mencari ilmu CW dan menguasai kemahiran CW untuk membantu rakan-rakan lain yang ingin mempelajarinya. Namun perlu kita ingat, belajar CW secara berdikari ini tidak bermaksud melakukannya secara tersendiri tanpa mengambil kira dan hormat kepada pandangan, keperluan dan perasaan orang lain sama ada dalam kalangan rakan-rakan kita ataupun dalam laman-laman sosial. Semakin banyak perbincangan dilakukan, semakin banyaklah idea-idea atau teknik-teknik baru akan terhasil. Jadi pada lazimnya, kita sebagai manusia perlu hidup dalam satu komuniti dan saling bergantung antara satu sama lain. Keperluan untuk belajar CW perlu lahir dari jiwa individu itu sendiri, dan bukannya sebagai ikutan. Dengan penggunaan komputer, khususnya penggunaan perisian CW sedikit sebanyak telah memberi peluang yang luas untuk kita memajukan kebolehan penerimaan CW kita dengan pantas. Jika pada tahun 1980an dan 90an dulu, mereka terpaksa menggunakan kaset dan radio untuk mendengar serta membuat latihan mendengar CW, sudah pasti lagi banyak masa dan pengorbanan dilakukan. Namun kita pada hari ini, sepatutnya bersyukur dan lebih maju lagi daripada mereka kerana pada masa kini, kita sudah ada Smart Phone dan fungsinya membuatkan seolah-olah dunia ini sudah berada didalam poket kita. Hanya sebesar beberapa inci sahaja, dunia berada dalam genggaman kita. Jadi sepatutnya kita patut maju dan hebat dalam pembelajaran dan pengajaran CW ini. Tepuk dada tanya selera. Semoga paparan kali ini, akan membakar sedikit sanubari para pembaca sekalian untuk terus menerokai ilmu ciptaan ALLAH SWT ini. Selamat Berpuasa dan selamat mendengar CW. 73 de 9m2zak.

Mengintai LU4AA, memburu Amerika Selatan...

Pukul 6.11 petang, apabila monitor di 10m, band nampaknya macam kurang menyengat. Selama 11 minit monitor ( 28200), hanya kedengaran Beacon JA2IGY saja. RST 559. Beacon-beacon yang lain, langsung tidak kedengaran. Pukul 6.16 petang, beralih ke 15m (21150) pula selepas hanya JA2IGY sahaja yang kedengaran...Band 15m pula lagilah, Beacon JA2IGY hanya datang dengan RST 469. Lagi teruk 15m berbanding 10m. Pukul 6.22 petang, Band 15m tiba-tiba kedengaran ZS6DN 599. Kuat dan jelas sekali signalnya. ZS6DN ini adalah beacon dari Africa Selatan.

LU4AA adalah beacon yang diburu pada petang ini. Hmm...nampaknya kena tukar band ni. 
Ok, jom ke 20m pula.....dapat sahaja LU4AA, kawan akan CQ ke Benua Amerika sana.

6:28 petang, 14100.00 mhz...
6:31 petang = JA2IGY RST 559
6:33 petang = JA2IGY RST 559
6:37 petang = JA2IGY RST 579....makin kuat nampak...
6:39 petang = W6WX RST 559...band semakin meluas
6:40 petang = KH6WO RST 559
6:43 petang = JA2IGY RST 599....wow!!!
6:46 petang = W6WX RST 579
6:49 petang = langsung tidak dengar apa-apa....hanya signal Noise
6:52 petang = Signal noise meningkat ke S4, tetapi JA2IGY masih lagi boleh mencelah QRM, terbaik...
6:56 petang = QRM semakin tinggi...macam bunyi ribut pasir pun ada juga..tetapi JA2IGY masih lagi boleh menembusinya....hmm...Noise ini mungkin terjadi akibat peralihan matahari dari siang ke malam...teori sahaja.

Lari sekejap ke 21150, masih seperti tadi. Band berada dalam keadaan rangup. band tutup. Kemudian lompat ke 28200...macam ada sinar..sebab terdengar CW sekejap tadi..tapi tak sempat nak copy sepenuh..
Lepak 10m pulak, 28200mhz

7.00 petang = band 10m, tiada apa-apa aktiviti, closed pula band ni. nampaknya kena beralih 20m pulak.

14100mhz...noise level: S1-S2, ok la tu...

7:06 petang = VK6RBP 559 - JA2IGY 559...tu dia....dia mai dah...
7:07 petang = ZL6B 559...uikksss..pi sebelah Oceania pulak...
7:39 petang = JA2IGY 599...kuat nampak...
7:42 petang = KH6WO 599..ulala...
7:48 petang = KH6WO 559...hmm...
7:51 petang = langsung tiada apa-apa..

Lari sekejap ke 15m, nampaknya 15m pada petang ni...lebur..begitu jugak 10m. Kembali ke 20m.

7:54 malam = tu dia...KH6WO 599 clear...
7:55 malam = JA2IGY plak...599 juga... mana LU4AA nih...
7:57 MALAM = KH6WO/JA2IGY 599...
7:57 malam = 5Z4B 579 tu dia...5Z4B... beacon dari Kenya, Benua Africa.
8.00 malam = aktiviti monitor beacon dihentikan.

Objektif pada petang ini, untuk mendengar beacon dari Benua Amerika Selatan tidak berjaya. Namun beberapa beacon masih juga kedengaran, bermakna band 20m pada petang ini sedang membuka ke arah Africa, Australia, Jepun dan Hawaii. Tak pa..kata orang Perlis. Esok masih ada, lusa pun ada lagi jika umur masih panjang. Sasaran Benua Amerika Selatan tetap menjadi keutamaan. Hayati maksud ayat ini.

  
Surah Yunus. Ayat 006.


Yang bermaksud:
Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa.
73 de 9m2zak

Friday, July 5, 2013

Independence of Venezuela Contest 2013 : Bagai orang mengantuk disorongkan bantal

Saya rasa pembaca sekalian tentu maklum kenapa saya selitkan peribahasa melayu ini, Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Peribahasa ini bermaksud : gembira kerana mendapat mendapat sesuatu yang diingini. Dalam konteks pemikiran saya pula, saya amat gembira kerana apa yang inginkan dalam seminggu dua ini bakal dinikmati. Sebelum ini, kita sibuk mengejar mereka (Amerika Selatan) tetapi pada hujung minggu ini pula, mereka pula yang akan sibuk mengejar kita ( DX Station). Jadi apakah kebaikannya kepada kita?

Baiklah, antara kebaikannya kepada kita adalah :
  1. Kita akan dapat mengenalpasti dengan lebih tepat pada waktu bilakah mereka akan muncul?
  2. Kita akan dapat mengenalpasti dengan lebih tepat apakah frequency kegemaran mereka?
  3. Kita akan dapat mengenalpasti dengan lebih tepat dimanakah arah atau sudut mereka berada?.
  4. Kita akan dapat membuat ramalan atau andaian ringkas mengenai (clue station) berdasarkan logbook, iaitu station dari negara manakah yang akan kedengaran dulu sebelum mereka (Amerika Selatan) didengar.
  5. Kita dapat menambah koleksi DXCC kita, hehe
Sebelum ini, berdasarkan pengamatan dan perhatian saya, stesen dari Korea Selatan adalah (clue station) bagi pembukaan propogasi ke Benua Amerika Selatan. Dimana, apabila kedengaran atau kelihatan mereka ( Korea Selatan) di frequency atau DX Cluster, station dari negara-negara Benua Amerika Selatan pasti akan muncul. Tetapi maklumat dan data ini kawan perolehi dari Long Path. Jadi peluang keemasan ini akan saya gunakan untuk mencuba dari sebelah lain pula, iaitu dari Short Path. Dimana persoalannya ialah :

  1. Apakah (Clue Station) bagi laluan Short Path ini?
  2. Bilakah masanya mereka ( Benua Amerika Selatan) muncul?
  3. Apakah sudut yang tepat untuk mereka?
Berbalik kepada  Independence of Venezuela Contest 2013 ini pula, butirannya adalah seperti berikut:


STARTS         :   00:00 UTC JULY 06, 2013
ENDS             :   23:59 UTC JULY 07, 2013
MODES         :   SSB, CW and PSK

Categories     :


1. Single operator, single band. SSB, CW, PSK or Mixed.
2. Single operator, all bands. SSB, CW, PSK or Mixed.
3. Multioperator single transmitter. Only Mixed.
4. SWL all bands. Only Mixed.

BANDS            10, 15, 20, 40, 80 and 160 meters.

EXCHANGE   :  RS(T) report plus QSO number starting at 001. 

 POINTS:
1. Contacts between stations in the same country one (1) point.
2. Contacts between stations on the same continent but different countries, three (3) points.
3. Contacts between stations on different continents five (5) points.

 MULTIPLIERS:
1. One (1) for each YV call area contacted on each band.
2. One (1) for each different country contacted on each band (included own) regardless the mode.
3. Two qso's are allowed with a station in the same band, one in SSB,   one in CW and one in PSK (but only one will count as multiplier).

 SWL 
 A station can be reported in the log only 2 times on the same band, one as sending and one as receiving.

SCORING 
Total QSO points from all bands, multiplied by the sum of the multipliers from each band.

AWARDS/PLAQUES 
A plaque to the highest scorer in each class and certificates to stations working more than twenty per cent (20 %) of the score reached by winner in the same class. To achieve a plaque at least 100 valid QSO's must be logged.

LOG INSTRUCTIONS 
All times must be in UTC. Must show date, time, station call, report and number sent, report and number Received, indication for new YV call area or country and points. Use a separate LOG sheet for each band, and a summary sheet showing your call sign, name and address, as well as the scoring and the usual signed declaration stating that all CONTEST RULES and regulations for amateur radio in the country of the contestant have been observed. Each YV call area (9) and each country (DXCC + WAE country list) should be  entered only the first time they are contacted in each band regardless the mode. If more than one band is present in the log without single band indication, the entry will be catalogued as All Band entry.

              Contest logs are welcome in CABRILLO or ASCII format.         

 DEADLINE 
 Mail/email deadline is : July 31th.  (to all entries). Logs received will be published on the RCV’s WEB   page at http://www.radioclubvenezolano.org

 e-MAIL ADDRESS: contestyv@cantv.net or contestyv@gmail.com  e-mails will be confirmed, if you don’t get the receipt in 72 hours please resubmit the log.

 REGULAR MAIL ADDRESS:

RADIO CLUB VENEZOLANO
CONCURSO INDEPENDENCIA DE VENEZUELA
P O Box 20285
CARACAS 1020 A
VENEZUELA

DISQUALIFICATIONS: Violation of amateur radio regulations in the country of the contestant, or the rules of the contest, unsportsmanlike conduct, taking credit of excessive duplicate QSO’s (> 3%) will be deemed as sufficient cause for disqualification.
All decisions by the contest committee are finals.

Kawan harap para pembaca sekalian faham tentang segala butiran undang-undang contest ini seperti diatas kerana bahasa inggeris yang mereka gunakan itu adalah simple. Jika masih ragu-ragu, anda boleh PM kawan di facebook untuk keterangan dengan lebih lanjut lagi, perkara yang baik tidak elok disimpan lama-lama, nanti kemuruq nanti...Kalau tak faham maksud kemuruq tu...anda boleh tanya kepada rakan-rakan dari Utara...

 Jadi disini, saya akan menyertai contest ini sebagai :

9M2ZAK : Single Operator : All Band : Low Power : CW

 Kenapa 9M2ZAK? kenapa tidak menggunakan 9M2SD?

Kawan menggunakan callsign 9M2ZAK kerana contest ini adalah contest pertama yang kawan sertai selama kawan memegang tanda panggilan 9M2ZAK ini. Dengan itu, ianya akan menambahkan lagi mata terkumpul kawan dalam WRTC 2014 dimana pada kedudukan sekarang, kawan berada pada kedudukan nombor 4 secara keseluruhannya. Manakala callsign 9M2SD kawan gunakan pada contest-contest yang sudah disertai oleh 9M2ZAK sebelum ini. Jadi tujuannya adalah untuk memberi pengalaman baru kepada 9M2SD Team dalam mengharungi cabaran Radio Sport ini. Agar menjadi kesinambungan kepada pengiat-pengiat HF di sekitar Kulaijaya dan Johor Bharu secara amnya.

Ok, berbalik semula sekali lagi kepada topik utama kita, Contest ini kawan akan sertainya pada sebelah petang pada hari Sabtu kerana pada hari Sabtu tersebut kawan ada tugasan ditempat kerja, Hari Terbuka dan Hari Kecemerlangan SMK Senai akan diadakan pada esok hari. Jadi secara automatiknya, cabaran meneroka Amerika Selatan akan bermula lewat 8-10 jam dari permulaannya. Ini bermakna kawan sudah terlepas detik pertama kegelinciran matahari pada pagi Sabtu tersebut. Tapi kawan tidak gundah, sebab kawan masih berpeluang mencubanya lagi pada petangnya dan sekali lagi pada pagi Ahad dan petang Ahad. Ini bermakna... kawan mempunyai 3 fasa kegelinciran matahari yang perlu diterokai untuk masuk ke Benua Amerika Selatan.

Baiklah para pembaca yang budiman sekalian, sekarang jam pada screen desktop kawan menunjukkan pukul 5.58 petang, bermakna berlaku gelincir matahari di Benua Amerika sana. Jadi kawan angkat kaki dulu dan ingin CQ sebentar mencuba nasib dimana-mana band mencari Amerika Selatan. 73 de 9M2ZAK. 

Tuesday, July 2, 2013

Rahsia Pembelajaran CW : Asas kepada penguasaan CW.

Rahsia Pembelajaran CW 


Sebelum ini, saya telah menerima banyak emel dan Private Message (PM) daripada rakan-rakan yang ingin menerokai mode CW ini. Tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Kebanyakkan emel dan PM (Private Massage) tersebut bertanyakan soalan dan perkara yang sama. Iaitu, apakah rahsianya sehinggakan kami nampak macam senang sahaja cikgu copy CW? dan cikgu nampak macam mode CW ini bukannya sebagai bebanan minda malah cikgu enjoy menggunakannya?

Pertama sekali, disini kawan ingin menyatakan yang mode CW ini adalah mudah dan senang dipelajari. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, cuba kalian fikirkan...jika CW ini susah, kenapa ada berjuta-juta pengikut dan pengamalnya. Ini terbukti apabila sesuatu contest ( salah satu aktiviti radio amatur ) dianjurkan, penglibatan yang tertinggi sekali adalah datangnya dari mode CW, diikuti phone dan digital seperti PSK-31 dan RTTY. Yang kedua, Jika CW ini susah...kenapa ada pelbagai lapisan umur yang boleh menguasainya, seawal umur 5-8 tahun hinggalah ke umur 70-80 tahun. Kenapa? jawapannya adalah kerana CW ini adalah mudah dan senang untuk menguasai dan pelajarinya. Sila lihat video ini:


Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi mengenai pembelajaran CW ini, perkara asas dalam CW perlu dipastikan. Antaranya ialah system pendengaran. Adakah anda mengalami masalah pendengaran? Tidak mampu mendengar dengan baik sehinggakan terpaksa memakai alat bantu mendengar? Jika tidak, syukur alhamdullilah kerana ALLAH SWT telah mengurniakan sepasang telinga yang sempurna kepada anda untuk anda mendengar dan menghayati segala ilmu dan kebesaran ALLAH SWT yang ada dimuka bumi ciptaanNYA itu.

Langkah seterusnya adalah menyediakan segala kelengkapan pembelajaran. Disini kawan menyarankan agar anda bersedia dan menyediakan kelengkapan agar sesi pembelajaran itu nanti akan berjalan dengan sempurna. Sudah pastinya focus yang jitu dapat diberikan agar tidak membuang masa dan tenaga.
Antara peralatan yang wajib ada semasa sesi pembelajaran CW adalah :

1.    Pensel
2.    1 @ 2 buah buku nota ( 300 – 400 mukasurat)
3.    Komputer @ laptop
4.    Software CW Player
5.  Head Phone yang bersaiz besar ( supaya cuping telinga selesa dan tidak sakit jika memakainya lama-lama)

Jika anda perhatikan senarai peralatan diatas, pemadam kawan tidak sertakan kerana kawan tidak mahu anda memadam segala kesilapan. Jika berlaku kesilapan, tinggalkan ia dan bulatkan kesilapan itu. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita mengenalpasti dimana kesilapan dan kelemahan kita, huruf / nombor dan tanda apakah yang agak susah untuk kita copy. Belajar dari kesilapan akan membuatkan kita lebih cepat dan lebih mudah menguasainya dan kita akan ingat sampai bila-bila. Bak kata pepatah melayu, tempat jatuh lagi dikenang…

Langkah pertama:
·    Menguasai A hingga Z, dan 1 hingga 0 dalam bentuk penulisan.

Dengan menggunakan pensel dan buku nota, sila tulis senarai huruf dan nombor dibawah ini pada belakang kulit hadapan buku nota anda:

A : DIT DAH ( .- )
B : DADIDIDIT ( -... )
C : DADIDADIT( -.-. )
D : DADIDIT( -.. )
E : DIT ( . )
F : DIDIDAHDIT ( ..-. )
G : DADADIT ( --. )
H : DIDIDIDIT ( .... )
I  : DIDIT ( . . )
J : DIDADADAH ( .--- )
K : DADIDAH ( -.- )
L : DIDADIDIT ( .-.. )
M : DADAH ( -- )
N : DADIT ( -. )
O : DADADAH ( - - - )
P : DIDADADIT ( .--. )
Q : DADADIDAH ( --.- )
R : DIDADIT ( .-. )
S : DIDIDIT ( ... )
T : DAH ( - )
U : DIDIDAH ( ..- )
V : DIDIDIDAH ( ...- )
W : DIDADAH ( .-- )
X : DADIDIDAH ( -..- )
Y : DADIDADAH ( -.-- )
Z : DADADIDIT ( --.. )
          
0 : dadadadadah ( ----- )
1 : didadadadah ( .---- )
2 : dididadadah ( ..--- )
3 : didididadah ( ...-- )
4 : dididididah ( ....- )
5 : dididididit ( ..... )
6 : dadidididit ( -.... )
7 : dadadididit ( --... )
8 : dadadadidit ( ---.. )
9 : dadadadadit ( ----. )

Kemudian, apabila sudah selesai dan habis anda menulisnya. Berehat sebentar selama 5 minit dengan minum air atau sebagainya.

Kemudian, tengok balik senarai diatas dan baca serta sebut dengan kuat. Tetapi jangan kuat sangat, cukuplah hanya sekadar nada percakapan biasa sahaja. Sebut huruf dan nombor serta sebut sekali kod CWnya dan pada masa yang sama lihat patern kod tersebut. Ulangi langkah tersebut sehingga anda berjaya kenal setiap huruf dan nombor dengan tanpa melihatnya. Untuk lebih memudahkan dan seronok, lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Jika tiada pasangan, anda juga boleh merakam suara sebutan anda dengan menggunakan handphone. Selepas itu, anda boleh menyemak sendiri samada betul atau tidak sebutan anda itu tadi. Ulangi proses ini berulang – ulang kali sehingga anda menguasai sepenuhnya kod – kod tersebut. . Ini adalah perkara asas yang perlu anda kuasai dahulu sebelum melangkah ke tahap yang seterusnya. Selalunya, ianya mengambil masa 1 minggu untuk menguasainya. Tetapi cepat atau lambat, itu bergantung kepada keupayaan setiap individu masing-masing.
Langkah kedua
·    Menterjemahkan ayat atau perkataan kepada kod CW.
Jika anda sudah berjaya menguasai langkah diatas, kini anda sudah pun tahu
CW pada asasnya. Kini…anda layak untuk ke peringkat yang seterusnya. Dalam peringkat ini, apa yang diperlukan adalah sebatang pensel, sebuah buku nota, surat khabar lama atau baru dan kesabaran. Bermula pada hari ini,  apa yang anda perlu lakukan adalah terjemahkan setiap ayat atau petikan yang anda baca itu kepada kod CW. Ada dua cara pelaksanaannya, antaranya ialah:
1.    Baca petikan/ayat tersebut sepintas lalu dan cuba ingat. Kemudian dengan menggunakan pensel dan buku nota, tulis ayat yang anda baca itu tadi kepada kod CW ( spt .- ) sehingga selesai. Pastikan anda meninggalkan ruang sebaris dalam buku nota itu untuk tujuan mendekodnya semula kepada huruf atau nombor. Ulangi proses ini sebanyak yang mungkin sehingga anda mampu terjemahkan ayat tersebut secara spontan dan laju. Selalunya, proses ini mengambil masa satu minggu untuk menguasainya.
2.    Cara yang kedua, apabila anda membaca surat khabar/majalah/sms dan sebagainya. Cuba decode terus ke CW dengan menyebutnya secara perlahan atau sederhana kuat. Tujuannya adalah untuk melatih telinga dan otak kita mendengar butiran CW dan menyimpannya ke dalam otak. Disamping itu juga, ianya juga melatih otak kita untuk mengaitkan bunyi yang didengar itu dengan visual. Contohnya, apabila mata melihat huruf K, otak akan terus menghantar signal ke mulut untuk menyebut DADIDAH dan seterusnya bagi huruf-huruf yang lain. Lakukan latihan ini ditempat yang tertutup dan jauh dari segala perhatian. Tujuannya adalah untuk mengelak tanggapan negatif orang sekeliling mengenai anda. Cuba bayangkan jika anda melakukan latihan ini di kedai makan atau di kantin tempat kerja anda, mesti dalam hati orang akan berkata “ gila ke dia nih..dok dit dah dit dah…”
Lakukan latihan ini selama seminggu dan ini adalah contoh hasilnya:



Langkah ketiga
  •  melakukan latihan mendengar dan receiving
Untuk latihan ini, kawan menyarankan agar anda memuat turun perisian cwplayer. Anda boleh klik pada link yang berikut untuk memuat turun perisian tersebut.




















Setelah memuat turun perisian tersebut, kini ada boleh memulakan langkah yang seterusnya iaitu mendengar CW. Pertama sekali, sila klik pada ruangan Alphabet. Apabila anda klik sahaja, paparan ini akan kelihatan,


















Setkan speed wpm kepada 30 wpm ( bulatan merah). Kemudian halakan mouse anda ke huruf A dan klik pada huruf A tersebut. Sebaik sahaja anda klik pada huruf A tersebut, sesuatu bunyi akan kedengaran. Untuk pengetahuan anda, itulah bunyi bagi huruf A dalam CW. Kliklah seberapa banyak yang anda suka sehinggakan anda kenal bunyi huruf tersebut. Kemudian, jika sudah menguasai huruf A, anda bolehlah ke huruf-huruf yang seterusnya. Untuk nombor pula, anda hanya scroll ke kanan dan paparan nombor akan kelihatan. Pastikan anda memandang kepada huruf A dan simbolnya semasa anda klik huruf tersebut. Ini bertujuan untuk melatih minda dan meningkatkan data memori bagi huruf A itu dimana mata melihat huruf A dan pada masa yang sama telinga mendengar huruf A manakala otak pula memproses gabungan lihat dan dengar itu sebagai huruf A. Lakukan secara berulang-ulang sehingga anda kenal kesemua huruf dan nombor itu tadi.

Lakukan Proses pembelajaran ini selama seminggu secara tetap dan berkala. Luangkan masa selama 15 minit setiap hari untuk proses ini. Masa yang sesuai untuk aktiviti ini adalah pada awal pagi iaitu selepas subuh dan sebelum masuk tidur. Tujuannya adalah untuk menjadikan CW ini adalah perkara yang pertama anda dengar pada hari itu dan juga perkara yang terakhir anda dengar pada hari itu juga. Selepas seminggu, kawan yakin, anda akan menguasainya jika anda konsisten mendengarkannya.

Selepas seminggu, anda kini sudah boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya...KUIZ


















Klik pada ruangan Quiz ( bulatan) dan setkan wpm ke 30wpm (bulatan), setkan lesson #16 (bulatan), setkan number of character kepada 100(bulatan) dan akhir sekali setkan delay kepada 3 (bulatan). 

Sekarang anda sudah pun bersedia untuk menjalani receiving CW. Tarik nafas dalam dalam, pastikan volume disetkan pada kadar yang sesuai, dan pastikan headphone anda selesa. Jika semuanya sudah sedia, anda boleh klik pada ruangan OK cuba dengar dengan teliti bunyi yang dihantar kepada anda. Pada permulaannya memang agak sukar kerana 30wpm adalah laju bagi permulaannya. Tetapi percayalah, jika anda ingin menguasai 13 wpm dengan selesa. Kekalkan kelajuan 30wpm ini. Alah bisa tegal biasa bang...

Jika masih gagal, naikkan delay sehingga 5 saat, sebut kembali bunyi yang dihantar itu dengan perlahan dan jika perlu, rujuk semula buku nota anda tadi. Perlu diingat semua ini anda perlu lakukannya dalam 5 saat, jika anda mengambil masa yang lama, bunyi buzzle akan kedengaran dan anda akan dihidangkan dengan bunyi yang seterusnya sehingga mencapai 100. Lakukan latihan ini sehingga anda mencapai markah 100 %. Kemudian turunkan nilai Delay kepada 4, 3, 2, dan 1. Apabila anda sudah mencapai Delay 1 dengan markah 100%. Barulah anda boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya. Selalunya proses untuk sampai ke peringkat Delay 1 ini mengambil masa 3 minggu. Selagi anda tidak mendapat markah 100%, cuba dan cuba lagi sehingga berjaya. Jangan putus asa, sahut cabaran ini kawan...

Langkah keempat

  • Dengar dan tulis

















Pertama sekali, setkan WPM ke 13wpm, kemudian klik Random, dan setkan 200 bagi characters. Sediakan buku nota anda dan pasti pensel anda sudah diasah tajam. Setkan vibrate mode pada handphone anda, ini untuk elakkan gangguan semasa proses receiving itu nanti. Apabila semuanya sudah sedia, klik pada Option, sila lihat gambar rajah dibawah:


















Klik Option; Random characters; Letters, kemudian...


















klik Option; pilih Spacing between characters; dan paparan ini akan kelihatan,


















pilih no 1 dan klik OK. Kemudian...klik Options semula...

Kali ini, pilih Spacing between words; klik x2
Kini anda sudah boleh memulakan latihan receiving dan menulis anda...lakukan latihan received dan copy ini setiap hari sehingga tiba hari ujian CW itu nanti. Jika anda inginkan cabaran, anda juga boleh meminta bantuan rakan-rakan untuk menghantar teks dalam bahasa melayu pula sebagai simulasi peperiksaan itu nanti.

Jika sudah mencapai 100% sesi penerimaan random, anda bolehlah mencuba pula dengan teks yang sebenar. Teks tersebut anda boleh copy dari mana-mana laman web dan  pastekan pada perisian notepad. Namakan file tersebut dan anda boleh mainkan teks tersebut melalui cara ini:

Klik File dan pilih file notepad yang anda save itu tadi. dan tekan Play untuk mainkannya. Sila lihat video ini :


Lakukan latihan receiving ini, pada setiap malam sehingga anda mendapat keputusan 100 %. Apabila sudah mencapai 100%, barulah anda boleh memulakan latihan sending atau menghantar pula. Jangan risau, anda akan boleh sending secara automatiknya jika anda menguasai sepenuhnya receiving. Lagipun, semasa ujian itu nanti, pihak SKMM tidak menetapkan kelajuan yang tertentu dalam ujian sending tersebut, Jadi, take ur time dan hantarlah ikut citarasa anda. Anda pasti berjaya.


Secara keseluruhannya, proses pembelajaran ini, mengambil masa kira-kira 4 bulan dan ianya bergantung kepada prestasi dan komitmen anda. Jika komitmen anda tinggi, maka cepatlah anda menguasainya, paling cepat pernah dicatatkan adalah 9m2ody, beliau berjaya menguasai CW ini hanya dalam masa 4 minggu, iaitu sebulan. Kebetulan ianya berlaku dalam bulan ramadan, Ody 9m2ody telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, walaupun dalam keadaan berpuasa, beliau mampu melakukannya. Jadi ambillah peluang bulan Ramadan yang mulia ini untuk kita menerokai ilmu ALLAH ini disamping meningkatkan ibadat kepadaNYA. Tidak perlu lama-lama, hanya 20 hingga 30 minit sahaja bagi setiap sesi.



Selain Ody 9M2ODY, ada seorang lagi calon CW yang telah berjaya melakukannya. Siapa yang tidak kenal dengan Bilal Ilyas dari Skudai, Johor. Beliau mengambil masa 4 bulan untuk menguasai CW ini. Dan yang menariknya, kini beliau adalah High Speed CW Operator dan pencapaiannya telah diiktiraf dunia. Semua pencapaian ini akan datang kepada kita jika kita berusaha bersungguh-sungguh. Ayuh kawan, ramai telah berjaya dan membuktikannya...CW ini senang sahaja...dan yang terakhir, ini adalah kaedah saya, jika anda mempunyai kaedah lain dan serasi dengan anda. Teruskan dengan kaedah tersebut. Penulisan ini hanyalah sebagai panduan sahaja dan menambahkan bahan rujukan online untuk tatapan rakan-rakan semua. Sehingga kita berjumpa lagi pada post-post yang akan datang.
                                                                                                                                             73 de 9m2zak

Monday, July 1, 2013

Dari Kulaijaya ke Benua Amerika Selatan : Bahagian 6

Hari ini seperti biasa, cabaran diteruskan. Frequency 14025.00 menjadi pilihan. Band 20 meter kawan pilih pada petang ini sebab hanya band itu sahaja yang cantik. Maksud cantik disini adalah signal noisenya. agak rendah berbanding dengan band-band yang lain. Band-band yang lain mencatat kadar noise yang tinggi iaitu sekitar S2 - S4.

Cuaca pula cantik, tiada hujan atau mendung. Keadaan amat baik sekali. Jadi kesempatan ini kawan gunakan sepenuhnya. Memandangkan segala tugasan sudah selesai, maka pada petang ini kawan belayar awal sikit dari kebiasaannya. Semua element ini jika digabungkan nampaknya macam akan memberikan sesuatu. Selagi kita tak mencuba...kita tidak akan tahu hasilnya. Maka dengan itu, aktiviti DX dimulakan.

Masa : 6.30 petang
Antenna : Dalbeam 6 ele yagi
Power : 100 watt
Trx : TS-2000
Mode : CW
Fre : 14025.00 mhz

Selepas 4 minit CQ, panggilan kawan disahut oleh stesen dari Australia, Signalnya amat kuat, berdentum masuk ke Kulaijaya. VK8CAW dari Australia Tengah, zone 8.

Karl VK8CAW
Jika stesen VK atau Stesen Australia masuk, ianya membawa maksud yang band hanya membuka pada kawasan sekitar sahaja, iaitu sekitar 5000 hingg 8000 kilometer sahaja dari kawasan CQ. Sejurus selepas hati kawan sudah rasa lain macam sahaja kerana berdasarkan logbook yang lepas, jika ada VK maka akan ada stesen DU ( Filipine) atau mana-mana negara serantau.

Gerak hati kawan tepat, sejurus kawan habis QSO dengan Karl, stesen dari China pula masuk, sama jugak...ianya datang dengan kuat dan jelas sekali. Band open Local ni, getus hati kawan. Stesen China tersebut ialah BA5CJ/5.

Gao BA5CJ
 Kemudian kawan teruskan CQ kawan. Sepanjang CQ tersebut, kawan asyik terfikir petanda - petanda atau clue jika stesen VK dan BA ini masuk. Yang kawan pasti ialah jika stesen-stesen VK dan BA kedengaran, band tidak membuka luas kerana fenomena SKIP tidak berlaku. Jika kita ingin signal kita pergi jauh, pasti kita tidak kedengaran atau terjumpa dengan stesen - stesen dari negara yang disebutkan tadi. dan fenomena SKIP berlaku. Fenomena SKIP ini amat bagus untuk kita sebenarnya, bagus untuk kaki dxer macam saya ini. Tetapi jika kita ingin local QSO, fenomena SKIP ini pula tidak disukai kerana kita tidak boleh copy signal rakan kita dinegeri lain. 

Kemudian tiba-tiba....DU1WGA pula masuk. Ianya datang dari Filipina. Signalnya juga kuat dan jelas....dengan masuknya stesen ini, kawan terus jadi lemah dan longlai. Band confirm tidak membuka luas. Hanya membuka dikawasan Asia Tenggara sahaja. Jadi bagaimana nak tembus ke Brazil sana. Jadi selepas QSO dengan stesen dari Filipina itu, kawan pun QRT dan turun bawah bancuh milo panas...

Hasil DX petang tadi :

VK8CAW - Australia
BA5CJ/5 - China
DU1WGA - Filipina

                                                                                                                                          73 de 9M2ZAK

Dari Kulaijaya ke Benua Amerika Selatan : Bahagian 5

Setelah 4 hari bersabar dan tekun CQ di kedudukan yang sama, akhirnya ianya membuahkan hasil. Selama empat hari kawan hanya CQ di kedudukan 30 darjah Utara mencari stesen Brazil yang mana kawan yakin bahawa mereka akan muncul juga. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, pepatah ini memang ada kebenarannya, jika kita usaha kita pasti akan dapat mengecapi kemanisannya.

Pada petang 6 June tersebut, kawan memulakan cabaran Benua Amerika Selatan agak awal iaitu sekitar jam 5.20 petang waktu Malaysia Barat. Ini adalah kerana jika berdasarkan kepada peta DXwatch.com, pada ketika itu, negara Brazil sudah pun pagi dan menerima cahaya matahari pagi. Selepas 4 minit CQ, tiba-tiba panggilan kawan telah disahut oleh sebuah stesen dari Korea Selatan. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan masa-masa lalu, jika ada stesen Korea Selatan masuk, maka peluang untuk signal kita masuk ke benua Amerika Selatan amat cerah dan tinggi.

Dengan kemasukkan stesen Korea Selatan itu, naluri kawan telah berkata yang pada petang ini, kawan nampaknya macam ada peluang untuk dapat stesen dari Benua Amerika. Jadi dengan rasa penuh semangat dan berkeyakinan tinggi, kawan terus dan terus CQ di frequency. Kemudian kawan terpaksa berhenti sebentar pada jam 5.40 petang kerana ada tugasan lain yang perlu ditinggalkan. Tetapi dalam sanubari kawan, masih lagi menaruh harapan yang tinggi bahawa akan ada contact pada hari ini.

































Aktiviti pemburuan disambung semula pada pukul 7.25 petang, pada ketika itu, band 15 meter masih lagi cantik. Signal noise yang dicatatkan hanya S0 dan stabil, bermakna keadaannya amat terbaik sekali. Peluang ini jangan dilepaskan, CQ dan CQ kawan hulurkan agar sampai ke Benua Amerika sana. Setiap CQ kawan kali ini disahut oleh stesen dari Jepun, memang tidak dapat dinafikan, stesen Jepun ini amat aktif sekali, panggillah pada waktu mana sekalipun, mereka pasti akan muncul membalas CQ anda. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, Jepun adalah negara yang paling ramai sekali pemegang lesen radio amaturnya di dunia ini. Jadi tidak hairanlah jika kita halakan antenna kita ke arah mereka, CQ kita nanti pasti ada jawapannya. 

Kemudian selepas beberapa minit, kedengaran callsign yang asing dan lain daripada yang lain. Ianya datang dengan kuat sekali, 599 kekuatan signalnya. Tergamam sebentar apabila melihat callsign PY1ON di dalam logbook kawan. Yesssss...kawan menyebutnya di dalam hati, berjaya juga akhirnya. Kawan berjaya mendapatkan stesen dari Brazil melalui Long Path dengan kekuatan 100 watt dan signal kawan telah berjalan sejauh 24271.7 km dari Kulaijaya ke Sao Pedro, Brazil. Ini bermakna signal yang dibawa oleh tenaga 100 watt ini telah bergerak hampir mengelilingi dunia ini. Subahanallah, sungguh hebat sekali kuasa gelombang radio ciptaan ALLAH SWT ini. Ini berdasarkan kepada fakta yang diameter bumi ini adalah
39,842 kilometer.

Selepas itu, kawan meneruskan cabaran dengan harapan ada lagi stesen dari sana yang masuk. Tetapi selepas itu, kawan pileup pula dengan stesen dari Jepun dan akhirnya band 15m menutup tirainya dengan kehadiran QRM dan noise yang tinggi sehingga S5. Sehubungan dengan itu, kawan pun menamatkan cabaran Benua Amerika Selatan dengan senyuman sehingga ke telinga sebelah lagi. 

PY1ON op LIU
Terima kasih diucapkan kepada saudara Liu PY1ON kerana merealisasikan impian kawan untuk masuk ke benua Amerika Selatan ini. Semoga anda dipanjangkan umur dan murah rezeki hendaknya. Dan diharapkan juga agar kita dapat berjumpa lagi pada waktu dan band yang lain pula jika keadaan band mengizinkan. Cabaran kawan tidak akan berhenti disini sahaja, kawan akan meneruskan cabaran ini kerana objektif utama cabaran ini adalah untuk mendapatkan PILEUP dari benua Amerika Selatan. 

Secara kesimpulannya, dapat dikatakan disini bahawa jika ada stesen Korea Selatan masuk, peluang atau potensi untuk masuk ke Benua Amerika Selatan adalah cerah dan tinggi. Selamat mencuba dan Good Luck in your Dx, Best 73 de 9m2zak.

Saturday, June 29, 2013

Dari Kulaijaya ke Benua Amerika Selatan : Bahagian 4

Semalam hanya enam stesen sahaja yang masuk, seperti biasa Stesen dari Jepun mengungguli carta
Tetapi ada satu stesen yang baru masuk, tetapi kali ini datangnya dari belakang. Walaupun ianya datang dari belakang, namun signalnya kuat dan tiada masalah untuk menerimanya. Stesen yang dimaksudkan itu adalah YB2HM Pak Andreas. Seperti biasa, apabila ada stesen dari negara-negara serantau masuk, ianya memberitahu bahawa band tidak membuka dengan luas. Dalam ertikata lain, signal tidak pergi jauh. Sehubungan dengan itu, kawan pun menangguhkan cabaran hari ini. Lagipun kawan ada tugasan yang lain yang perlu dilakukan...

Hasil senja semalam di 20m band:
JH1HWM JH8RXM YB2HM JA3ALO JA6BJT JR2MPR JA9LJS
 

Cara Update Radiosonde Auto-RX Dengan Selamat Tanpa Rosakkan Setup KA9Q + Airspy Mini

  Kalau anda menggunakan Radiosonde Auto-RX bersama KA9Q dan Airspy Mini, proses update sepatutnya dibuat dengan berhati-hati. Update Docker...