Showing posts with label qrp. Show all posts
Showing posts with label qrp. Show all posts

Friday, March 30, 2012

40m Band QRP Dxing Report



Band agak cantik, dengan kadar signal noise sekitar S0 ke S1. Pada
kadar kebisingan ini, ianya amat sesuai untuk aktiviti QRP, samada
ragchew ataupun dxing. Terpulang kepada selera masing - masing.

Selari dan sejajar dengan dengan keadaan cuaca yang baik di Kulaijaya,
kesempatan ini digunakan sepenuhnya. Sekitar jam 7.10 petang lokal,
atau UTC 11:10 zulu aktiviti dxing dimulakan. Frekuensi 7013.5 menjadi
pilihan kerana disini tiada orang atau " not occupied" kata orang puteh.

Kali ini, antenna wayar digunakan. G5RV Junior diberi tanggungjawab pada
sore ini. Seperti yang sedia maklum, G5RV ini mantap pada 40m,
dimana ia resonan. Malah ia boleh juga mencapai 30m, 20m, 17m,
15m, 12m, dan 10m. Dapat disimpulkan disini...ianya multi band antenna...



Stesen yang dihubungi adalah stesen dari USA, W9NGA Donald
dari Green Valley, Arizona. Pancaran yang diterima olehnya adalah sangat
kuat sekali, iaitu 599. Jarak antara aku dengan Donald ini adalah sekitar
25198.4 km. Bayangkan betapa jauhnya pancaran aku diterima. Semua ini
hanya dengan 5 watt dan wayar hijau dari kedai elektrik Teck Seng, Indahpura.



Tapi jikalau aku TX dengan 2.5 watt, mungkin ianya lagi dahsyat...
2.5 watt adalah agenda yang seterusnya. Bergantung juga kepada
keadaan band dan propogasi. Band 40 meter ini lain sikit. Ianya agak
mencabar, mencabar kerana kita perlu bertarung dengan rakan yang
menggunakan mode LSB dan SSB di frekuensi CW. Berbeza dengan
band di high Frequency. Jika band itu low noise, dengan 0.5 watt pun
kita masih mampu keliling dunia...tiada yang mustahil dalam permainan
ini...

Tidak ada seorang pun di dunia ini yang mencapai kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata, sebaliknya mereka yang maju adalah mereka yang gigih berusaha...

Do more with less... 73, 9m2zak

Monday, February 27, 2012

QRP : Low Power Operating

Banyak telah ditulis mengenai operasi QRP ini, dan banyak juga dipaparkan di youtube dan website dari seluruh dunia mengenai aktiviti yang mencabar ini. QRP atau Low Power Operating juga dikenali sebagai Flea Power bagi sesetengah orang yang mengikutinya.



Kenapa hendak QRP? sedangkan pada masa kini berlambak di pasaran rig yang mempunyai kuasa yang tinggi dan berkeupayaan tinggi. Jawapan kepada soalan ini adalah sama juga dengan soalan Kenapa perlu memancing ? kan banyak ikan dipasar.

Semuanya adalah kerana cabaran, mendapat contact dengan kuasa 50 watt adalah tidak sama kepuasannya dengan mendapat contact dengan kuasa 5 watt. Kemahiran dan kesabaran diuji dalam konteks ini. Individu yang berjaya mendapat contact dengan 5 watt adalah individu yang berkemahiran dan mempunyai skill tersendiri dalam menangani QRM dan QRN untuk mencapai objektifnya. Kesabaran yang tinggi juga diperlukan kerana QRP menuntut semua ini dari peminatnya...

QRP adalah operasi yang menggunakan kuasa 5 watt ke bawah bagi mode CW dan 10 watt bagi phone mode. Dalam aktiviti QRP, kualiti antenna tidak menjadi masalah sangat. Apa-apa jenis antenna anda boleh gunakan, Asalkan anda TX 5 watt ke bawah, anda dikira sebagai QRPer. Jika anda TX kurang dari 1 watt, ianya di panggil milliwatting operasi. QRP juga adalah aktiviti yang popular dalam dunia HF dan secara keseluruhannya, ianya dilakukan dalam mode CW kerana keberkesanannya.

Untuk memulakan aktiviti QRP, pastikan frequency yang hendak digunakan itu kosong dan tidak ada orang. Contohnya, jika kita hendak QRP di 28.485, pastikan frequency 28.480 dan 28.490 itu juga tiada orang kerana takut nanti signal kita akan tenggelam oleh signal yang kuat dari sebelah.

Kita juga tidak perlu menyebut CQ QRP ketika dxing, tetapi jika kita ingin memanggil rakan yang QRP juga, maka sesuailah menyebut CQ QRP.

Selain itu, kita juga tidak perlu menyebut atau menghantar /QRP di akhir callsign kita untuk menyatakan yang kita sedang QRP kerana ianya nanti akan mengelirukan rakan-rakan kerana kuasa pemancaran kita lemah. Di sebelah station penerima mungkin mempunyai banyak QRM, adalah lebih mudah untuk diterima callsign kita jika kita hanya menyebut prefix dan suffix callsign kita sahaja. Selepas itu barulah nyatakan yang kita dalam keadaan QRP dalam perbualan selanjutnya.

Berikut disertakan senarai Frequency bagi operasi QRP.



Sekian sahaja buat kali ini, insyallah jika ada kelapangan kita akan berjumpa lagi.

Do more with less

9m2zak

Tuesday, January 17, 2012

QRP : 5 watt on 40m band



Pesawat : Yaesu FT 77
Kuasa Pemancaran : 5 watt
Antenna : G5RV Junior
Band: 40 meter
Fre : 7016
Mode : CW

Petang tadi, iaitu sekitar jam 6.00 petang. Band 40m membuka dengan cantik. Kedengaran amat senyap sekali iaitu sekitar S0 - S1 signal noisenya. Ini membawa petanda bahawa pada petang ini sesuai sekali untuk operasi QRP.

Pada mulanya, kuasa 2 watt digunakan. Tetapi apabila aku cuba untuk menangkap BU2AQ, ianya amat sukar sekali. Maka kuasa pemancaran dinaikkan kepada 5 watt pula. Hanya sekali saja callsign aku dihulur, terus aku mendapat sentapannya. Syukur alhamdullilah, signal report yang diterima amat baik sekali iaitu 599. Cantik band petang ni.

Selepas berjaya dengan stesen dari Taipei, Taiwan ini. Operasi QRP aku diteruskan, kali ini stesen dari Japan pula masuk, iaitu JJ1KZZ. JJ1KZZ pun dalam mode QRP dan kuasa pemancarannya adalah 5 watt juga. Tetapi signal yang aku terima daripadanya adalah sekitar 559 tidaklah begitu kuat tetapi masih boleh dibaca dengan baik.

JR2UBS pula masuk, amat kuat sekali pancarannya. 10 db diterima. Kuasa pemancarannya hanya 80 watt. Selang 11 minit iaitu pada 1051 utc, YC0BNX pulak muncul. signalnya amat kuat sekali. YC0NBX pun dalam mode QRP, 599 diterima di Kulaijaya. Menerusi QRZ.com dapat diketahui bahawa beliau juga adalah peminat QRP. Tahniah OM CAHYO. Semoga kita ketemu lagi...

Selepas itu, JA8WKE dan JA3KBS pula masuk dan semestinya signal yang diterima adalah 599. Itulah kuasa QRP...itulah keunikkan QRP... hanya dengan 5 watt kita dapat meneroka alam ini...hanya 5 watt kita dapat menjalinkan hubungan persahabatan antara benua dan hanya 5 watt jugalah kita dapat menyatukan pelbagai bangsa dan agama dibawah bumbung Radio Amatur ini.

73 de 9m2zak

Install M5Stick-Launcher for Lilygo T-Deck

 Step 1 : Pergi ke github ini,   https://github.com/bmorcelli/M5Stick-Launcher/ kemudian klik pada release yang terkini, ada sebelah kanan s...