Tuesday, January 1, 2019

December 2018 : APRS I-Gate report : 9m2zak-10

Bulan Disember 2018, berlaku peningkatan penerimaan packet bagi satellite YB0X-1 iaitu 188 packet berbanding November iaitu 171 packet. RS0ISS 11 packet berbanding bulan November 9 packet dan PSAT-1 13 packet berbanding Nov hanya satu packet. Peningkatan ini berlaku mungkin disebabkan oleh perubahan kedudukan antenna QFH. Pada bulan Disember lepas saya telah ubah kedudukan antenna dengan meninggikan sedikit dari kedudukan asal. Antenna dinaikkan sebanyak 7 kaki lagi.

Perubahan amat ketara selepas antenna dinaikkan, ianya ditunjukkan dengan pemerolehan beberapa packet daripada satellite jenis CubeSat iaitu BIRDBT dan BIRDMY. Seperti yang kita sedia maklum, satellite jenis CubeSat ini hanya sebesar lebih kurang bola baling sahaja. Jadi sudah tentulah kuasa pemancarannya amat kecil sekali.

contoh saiz sebuah satellite jenis CubeSat
                                                      Selamat Tahun Baru 2019, 73 Zaki.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...