Friday, January 18, 2019

My 20m band Dxing Report : 18 Jan 2019


Callsign : 9M2ZAK
Country : West Malaysia
Locator : OJ11TP
Sunrise : UTC 23:14
Sunset : UTC 11:17
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Operators : 9M2ZAK
Start date : 17-Jan-2019 23:33
End date : 18-Jan-2019 00:48
Participation time : 01:15 (75 min)
Operating time : 00:24 (24 min)
Total QSOs : 21
Mode : CW
Power : 100W
Antenna : Dalbeam Tribander Yagi 
Beam Heading : 35 N
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Callsign:
JA2VMU - JA0CXQ - VE7DZO - W2VJN - N6FX - K5DU - VE7CV - JA6BDB - JH1LMG - PY5DK - N5AA - JA8GAK - XV1X - N7CW - JA7UMN - W7WW - JA2PVE - K6XT - K7EKD - KJ6Y - JP1FHC
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Countries :
Vietnam - Japan - United State - Brazil - Canada
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Prefixes :
Vietnam : XV1
Japan : JA0 - JA2 - JA6 - JA7 - JA8 - JH1 - JP1
United States : K5 - K6 - K7 - KJ6 - N5 - N6 - N7 - W2 - W7
Brazil : PY5
Canada : VE7
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Distance :
  1. 2220km : XV1X Hanoi, Vietnam
  2. 5070km : JA2VMU Aichi, Japan
  3. 5350km : JA0CXQ Nagano, Japan
  4. 5290km : JA6BDB Fukuoka, Japan
  5. 5350km : JH1LMG  Tochigi, Japan
  6. 5140km : JA8GAK Gifu, Japan
  7. 5070km : JA2PVE Shima, Japan
  8. 5290km : JP1FHC Ibaraki, Japan
  9. 5700km : JA7UMN Miyagi, Japan
  10. 12970km : VE7DZO  Prince George, Canada
  11. 12900km : VE7CV Kamloops, Canada
  12. 12990km : K7EKD Washington, USA
  13. 13250km : W2VJN Oregon, USA
  14. 13970km : N6FX California, USA
  15. 13970km : KJ6Y California, USA
  16. 14540km : N7CW Arizona, USA
  17. 14530km : W7WW Arizona, USA
  18. 14700km : K6XT Colorado USA
  19. 15880km : K5DU Texas, USA
  20. 15880km : N5AA Texas, USA
  21. 16530km : PY5DK Parana, Brazil
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Continents :
  1. North America : 11 QSOs
  2. South America : 1 QSOs
  3. Asia : 9 QSOs
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CQ Zones :
  1. Zone 3 : 8 QSOs
  2. Zone 4 : 3 QSOs
  3. Zone 11 : 1 QSOs
  4. Zone 25 : 8 QSOs
  5. Zone 26 : 1 QSOs
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
ITU Zones : 
  1. Zone 2 : 2 QSOs
  2. Zone 6 : 6 QSOs
  3. Zone 7 : 3 QSOs
  4. Zone 15 : 1 QSOs
  5. Zone 45 : 8 QSOs
  6. Zone 49 : 1 QSOs
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, January 4, 2019

Digital Mobile Radio DMR : Basic Setup

Langkah pertama yang perlu dan wajib anda lakukan adalah dengan mendapatkan DMR ID. DMR ID DMR ID pula lebih tepat dirujuk sebagai pengenalan radio, untuk kefahaman mudah nombor badan, seakan² pengenalan diri radio kepada dunia dimana ianya akan membolehkan kita masuk ke dalam DMR Network dan rangkaian pengulang DMR di seluruh dunia. Katakan anda sudah ada DMR ID dan semua setup sudah siap, Sejurus selepas anda tekan sahaja PTT, semua orang dari seluruh dunia akan nampak anda dan komunikasi antara benua akan terus boleh dilakukan. Dunia sedang menanti anda jika system DMR ini ada di shack anda. Boleh dikatakan bahawa DMR ini juga wajib ada di shack kita. Jadi dalam post saya kali ini, mari kita setup system DMR-Radio untuk membolehkan kita turut serta dalam rangkaian DMR seluruh dunia ini.

Seperti yang saya katakan tadi, kita perlu dapatkan DMR ID, jadi untuk itu kita boleh mendaftar dengan klik pada link dibawah.


Proses pendaftaran selalunya mengambil masa untuk diluluskan. Sebaik sahaja lulus, admin akan email kepada anda dan memberikan Radio ID dalam bentuk turutan nombor. contoh, 5XXXXX.

Sementara menunggu, anda bolehlah mencari dan mengumpul peralatan untuk membolehkan anda beroperasi dalam mode DMR ini. Antara peralatan yang perlu disediakan ialah:
           
TYT MD2017
  1. Transceiver yang berkeupayaan DMR, seperti TYT MD2017, TYT MD380, Anytone AT-D868UV, Retevis RT83, Motorola XPR 7000 series, XPR 3000 series, SL 7000e Series), Hytera TD-560 dan lain-lain lagi DMR transceiver di pasaran.
JumboSpot MMDVM DStar/DMR/C4FM/P25
  1. DMR Hotspot, Saya cadangkan JumboSpot MMDVM DStar/DMR/C4FM/P25 kerana settingnya senang.
  2. Rasberry Pi Zero W (Wireless) atau Raspberry Pi 3.
Pi Zero

Raspberry Pi 3
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang mari kita setup setiap peralatan yang disenaraikan di atas untuk membolehkan kita beroperasi dalam mode DMR. Kita mulakan dengan TYT MD2017. 

TYT MD2017

Download MD-2017 CPS 1.22 (klik) dan install. Kemudian buka CPS 2017 anda. Klik trus pada General Setting dan isikan butiran pada ruang Radio Name dan Radio ID. Radio ID tu ialah nombor yang anda terima dari email tadi.

CPS 2017
kemudian klik pula pada Digital Contact. Pada tingkap Digital Contact. Isikan 3 Talk Group (TG) ini dahulu, iaitu TG 91 iaitu Talk Group World, TG Malaysia 50210 dan TG Parrot 502999.


kemudian klik pula Digital RX Group Call, pindahkan World, Parrot dan Malaysia dari ruang Available Contact ke Contact Member dengan pilih dan tekan Add.

dalam kes saya, saya namakan GroupList1. Kemudian terus ke Channel information. Dalam ruangan channel information. Kita akan buat 3 channel dahulu iaitu channel untuk World, Malaysia dan Parrot.
channel world
Channel Malaysia
Channel Parrot
kemudian pergi ke ScanList, pilih ScanList1 dan pindahkan channel World, Malaysia dan Parrot ke Channel Member.
Scan List
kemudian klik Zone, pindah dan agihkan setiap channel mengikut selera anda. Saya namakan zone saya sebagai 9M2ZAK.


Kemudian klik button Write yang berada di bawah perkataan Setting pada CPS2017 dan klik OK.


Pastikan MD2017 disambung kepada computer dengan menggunakan programing kabel yang dibekalkan. Pastikan port dan driver programing kabel itu berfungsi dengan baik seadanya.


 Maka siap sudah setup kita untuk TYT MD-2017. Mari kita terus ke setup yang seterusnya.        Iaitu JumboSpot MMDVM DStar/DMR/C4FM/P25 dan Pi-Zero W
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita mulakan dengan Pi-Zero dahulu. 

Pi Zero W dengan Micro SD Card.
Langkah yang seterusnya ialah dapatkan OS Pi-Star. Tujuannya adalah untuk RUN Pi Zero ini. OS Pi-Star ini hendaklah dimuat-turun dahulu. Kita boleh muat-turun Pi-Star dari laman web ini. Iaitu 
http://www.pistar.uk/downloads/ dan pilih Pi-Star_RPi_V3.4.16_30-Dec-2018.zip.

Sila Download Pi-Star_RPi_V3.4.16_30-Dec-2018.zip
sebaik sahaja urusan download selesai, bagi yang ada internet laju. mungkin ambil masa tak sampai 5 minit. Manakala bagi yang tak laju macam saya ni, masa berjam-jam diperlukan. Malah mungkin jejak hari. Jika anak tak layan Youtube. Sebaik sahaja urusan download selesai, saya anggap 5 minit sahaja download. Kemudian terus ke Zip file tersebut dan unzip. Ingat dengan betul-betul dimana anda letak file unzip tersebut. Ini amat penting untuk proses seterusnya. Proses seterusnya ialah Flash Pi-Star image ke SD kad.

Untuk itu, apa yang anda perlukan adalah sekeping Micro SD Card. Tidak kisah berapa kapasiti memorinya. Tetapi dalam pasaran, hanya ada 8GB, 16GB dan 32GB dan sebagainya. Baiklah, kita terus ke proses flashing. Pastikan SD Card anda sudahpun berada dan bersedia di dalam memory kad reader atau memory kad adapter pada PC atau laptop anda. Kemudian pergi ke laman web ini. 

https://www.balena.io/etcher/

Dari laman web ini, sila download perisian tersebut mengikut PC masing-masing. Bagi kes saya, saya adalah Windows x64.


Tunggu hingga proses download selesai. Tunggu lagi dan tunggu lagi. Kemudian sebaik sahaja selesai. Install perisian tersebut. Paparan seperti dibawah akan muncul.


Klik pada Select image dan pergi ke file pi-star yang anda unzip tadi dan tekan open. Kemudian klik Select Drive, dan pilih SD Card, bagi kes saya. SDHC Card, sebab saya guna adapter.


kemudian klik FLASH. Sebaik sahaja proses flash selesai. Ambil Mikro SD kad tersebut dan masukkan ke dalam Pi Zero anda.

Pi Zero yang siap dengan kad.
kemudian pasangkan pi-zero dengan JumboSpot MMDVM DStar/DMR/C4FM/P25. Biarkan dahulu Pi-Zero dan jumbospot anda dahulu.

Pi Zero ( bawah) Jumbospot (atas)
Apa yang kita nak lakukan selepas ini adalah untuk aktifkan wifi pada Pi-Zero. Jika kita tak aktifkan wifi, maka nanti macam mana kita nak online dan setup Jumbospot pula sekiranya SSID dan paswed wifi kita tak berikan kepada Pi Zero. Untuk itu, buka laman web ini.



Kemudian terus ke Pi-Star Tools >>>WIFI Builder dan isikan SSID wifi rumah anda serta paswednya. PSK tu adalah password dan tekan submit.


kemudian copy dan paste file wpa_supplicant.conf ke dalam Micro SD kad tadi. Kad yang ada pada Pi-Zero tadi dan paste dalam kad tersebut. Kemudian hidupkan JumboSpot anda dengan cucuk usb power kabel. Tunggu sekejap sekitar 30 ke 40 saat untuk Pi-Zero boot. Apabila muncul MMDVM pada skrin Jumbospot. Maka setup kita sudah berjaya.


Tapi jangan celebrate dahulu, masih ada beberapa step lagi sebelum kita boleh pergi ke oversea dengan walkie talkie sahaja nih. Langkah yang seterusnya adalah setup pada web pi-star. Pada browser anda, taipkan pi-star dan tekan enter. Nanti akan muncul tingkap yang meminta kita untuk isi User Name dan Password. Isi Username : pi-star dan Password: raspberry.


kemudian log in. Sebaik sahaja log in, terus pergi ke Configuration dan isi maklumat berikut. Kalau nak mudah, ikut sahaja setting saya. Lihat gambar dibawah.


isikan DMR ID anda sendiri dan Lat/Long lokasi anda sendiri

Jika anda bercadang untuk bawa Jumbospot anda ke luar kawasan, contohnya ke kedai mamak, ke sekolah, atau kemana sahaja. Anda juga boleh masukkan beberapa lagi password dan SSID wifi untuk membolehkan Jumbospot ini terus hidup. Untuk itu, apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada Configure WIFI dan masukkanlah seberapa banyak paswed dan SSID wifi kejiranan anda. So nanti mudahlah untuk QSO di taman permainan atau pun di hadapan rumah. Password Wifi Hotspot handphone anda pun boleh juga. No problem.

jangan lupa klik Apply Changes bagi setiap perubahan yang telah anda lakukan. Kemudian klik Dashboard. Pada Dashboard, klik pada configuration dan kali ini, klik pula pada perkataan Expert.

Kemudian klik pula pada perkataan MMDVMHost.


kemudian terus pergi ke bahagian Modem. Ubah nilai pada RXoffset dan TXoffset. Berapa nilai yang perlu diletakkan? Nilai tersebut ada dilekatkan dibawah board Jumbosport anda. Sila tengok di bawah board tu. Ada stiker warna putih. 

nilai yang perlu diubah
stiker ni ada bawah board.
Pada stiker tersebut dinyatakan RXoffset = 500 dan TXoffset=500, kemudian isikan nilai tersebut pada ruangan yang dibulatkan dengan merah tadi. iaitu 500 bagi kedua-duanya dan klik apply changes.


kemudian, pada radio anda, pergi ke zone, bagi kes saya, zone 9M2ZAK dan pilih Channel Parrot. Tujuan kita pilih Parrot adalah untuk test pancaran kita. Talk Group Parrot ini dia akan ulang pancar semula apa yang kita sebut semasa tekan PTT

MD 2017
jika tiada apa-apa respon, iaitu tiada audio kembali kepada anda. Patah balik ke Configuration dan pergi ke Expert semula dan ubah nilai RXoffset dan TXoffset tersebut kepada mana-mana nilai yang anda fikirkan, samada tambah atau kurang dari yang asal dan balik semula ke Dashboard. Proses ini berulang sehingga anda dapat nilainya. Perlu ingat, setiap kali anda ubah nilai, Apply Changes mesti klik. Dan sentiasa perhatikan nila BER, pastikan BER sentiasa berwarna hijau. Jika merah selepas anda tekan PTT, maknanya nilai yang anda letak itu jauh tersasar. 



Bagi kes saya, saya mendapat nilai 704 bagi RXoffset dan 701 bagi TXoffset dan BER saya pula hijau serta 0.2%. ok dah tu. Janji hijau.


Maka siaplah sudah setup Hotspot anda. Untuk monitor DMR, katakan anda ingin monitor Talk Group World, pada radio anda, pergi ke channel World dan tekan PTT. sebaik sahaja anda tekan PTT, callsign anda akan terpapar pada dashboard dan audio dari TG91 akan kedengaran jika ada orang QSO, selain itu, ianya juga menunjukkan anda kita sudah bersedia untuk QSO dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Jika nak QSO dengan rakan di Malaysia, pilih sahaja channel Malaysia dan tekan PTT, jika ada yang memantau, 9M2TPT mungkin akan jawab panggilan anda.


Jika TG Malaysia 50210 sunyi tiada aktiviti, anda boleh patah balik ke TG World 91, iaitu dengan pilih channel World dan tekan PTT. Jangan risau, channel World TG91 ni 24 jam ada sahaja orang. Sebab ianya adalah seluruh dunia.

selain daripada melihat paparan Gateway Aktiviti pada skrin komputer, sebenarnya juga boleh melihat siapakah gerangan orang yang sedang QSO pada JumboSpot anda. Pada screen JumboSpot anda, akan terpapar nama dan callsignnya.

Seperti gambar di atas, kelihatan station dari Israel, iaitu 4Z5OT dengan nama Louis sedang monitor di TG 91 iaitu World. Dibawah ini adalah contoh video aktiviti monitoring saya di TG91.



Maka selesailah sudah setup DMR secara asasnya. Untuk mendapatkan semua kelengkapan ini, anda bolehlah Whatapps kepada Ikmal 9M2EDU. Insyallah Ikmal akan menolong anda. Jumpa kita di TG91. 73 Zaki

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d