Thursday, October 25, 2018

9M4SJJJ Station JOTA Johor Bharu

Peserta JOTA 2018, station 9M4SJJJ Johor Bharu
Pada hari Sabtu yang lepas, iaitu pada tanggal 20 Oktober 2018, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bharu telah menyertai Jambori On The Air atau lebih popular dengan panggilan JOTA. Jambori ini adalah satu aktiviti tetap yang dilaksanakan setiap tahun pada minggu ketiga bulan Oktober dan ianya dilaksanakan serentak di seluruh dunia. Terima kasih diucapkan kepada JPN Johor dan PPD Johor Bharu kerana memberi pelepasan murid dan guru bagi mereka menyertai Jambori bertaraf dunia ini. 

JOTA ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 1957 dan ini bermakna, Jambori di udara pada tahun ini sudah masuk tahun yang ke-61. Ianya bermula di Malaysia selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Menurut WOSM, JOTA ini disertai lebih daripada 150 buah negera di seluruh dunia dan melibatkan hampir 1.8 juta peserta. 


Kesemua ahli pengakap diseluruh dunia akan berkampung atau berkumpul di sesuatu lokasi dan dengan kerjasama kelab atau persatuan radio tempatan atau dengan inisiatif para pemimpn pengakap yang mempunyai lesen radio amatur sendiri, sebuah station radio amatur khas untuk JOTA akan dibina dan diwujudkan. Bagi daerah Johor Bharu, Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru bertuah kerana menjadi tuan rumah untuk daerah Johor Bharu dan station ini direalisasikan oleh barisan utama seperti berikut:



Pengarah Program   : Encik Adi Sofan bin Md Yusof
                                   (ADC Radio Amatur Johor Bharu)

Penyelaras Program : Encik Rodyisnansyah bin Julaini
                                   (PKPPNJ Pengakap Kanak-kanak)

Station Master         : Encik Zaki bin Din
                                   (PKPPNJ Radio Amatur)

Pen. Station Master : Encik Jayakanthan a/l Lachmanan
                                   (PKPPNJ Media, Publisiti & Imej)

                                : Encik Raymond Wong 
                                  (Pengakap Kelana JB)

                                : Encik Mohd Zahril bin Saleh
                                  (Pengakap Kelana JB)
                               
   
                           
Antara aktiviti yang dijalankan di station JOTA SK Sri Tebrau ini ialah :

  1. Station 1 : Alphabet Phonetic
  2. Station 2 : Q-Code
  3. Station 3 : Fox Hunting
  4. Station 4 : VHF 
  5. Station 5 : Morse code
  6. Station 6 : Emergency Communication
  7. Station 7 : Basic HF
  8. Station 8 : HF station
Setiap peserta perlu mengikuti semua station tersebut sebelum dibenarkan on air pada station 8, iaitu HF station. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan ajk kecil yang menguruskan ke semua station-station tersebut dengan cemerlangnya sehinggakan semua peserta JOTA yang berjumlah 450 orang itu berjaya melengkapkan cabaran di setiap station dengan jayanya. 




Antara station JOTA yang berjaya dihubungi oleh station JOTA 9M4SJJJ ialah :
  1. YC3ZJQ    (Jawa Timur, Indonesia)
  2. 9M4SJSU  (Tuaran, Sabah)
  3. 9M4CAS   (Ipoh, Perak)
  4. 9W6MHJ  (Keningau, Sabah)
  5. 9M4SJB    (PPM Selangor)
  6. 9M4SJD    (PPM Kelantan)
  7. 9W2SBD   (Sri Iskandar, Perak)
  8. YF2ZJU    ( Indonesia)
  9. 9M4CSB   (Sungai Besar, Selangor)
  10. YB4ZKZ  (Sumatra Selatan, Indonesia)
  11. YC1ZOL  (Bekasi, Indonesia)
  12. 9M4SJJB (Batu Pahat, Johor)
  13. 9M4CHQ (Kuching, Sarawak)
  14. YC5ZJE ( Sumatra, Indonesia)
  15. 9M4CSR (Kuching, Sarawak)
  16. 9M4SJM (Melaka)
  17. 9M4SJKY (Yan, Kedah)
  18. 9W2GNU (Kajang, Selangor)
  19. 9W2AZT (Terengganu)
  20. 9M4CPB (Bintulu, Sarawak)
  21. YC1ZOP ( Jakarta, Indonesia)

Kesimpulannya, aktiviti JOTA 2018 pada kali ini berjaya dan segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan sepenuhnya dan lancar sekali. Tahniah diucapkan kepada pengarah program kerana berjaya menganjurkan aktiviti JOTA ini di SK Sri Tebrau, Johore Bharu. Salam Pengakap dari saya, 9M2ZAK Zaki, 73.

jumpa lagi pada tahun hadapan

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...