Monday, July 23, 2018

WRTC Germany 2018 : Bahagian kedua

Luther Hotel, Wittenberg
Luther Hotel adalah HQ bagi WRTC 2018. Disinilah segala aktiviti berkaitan perjalanan WRTC 2018 dibuat. Segala keputusan, perbincangan, pergaduhan, dan perancangan dibuat disini. Pihak WRTC telah menempah semua bilik yang ada disini, boleh dikatakan Luther Hotel ini kini ditakluki sepenuhnya oleh pengendali radio amatur dari seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, pihak hotel telah bermurah hati sponsor breakfast dan dinner kepada semua peserta WRTC kecuali makan tengahari. Makan tengahari bayar sendiri lah. Tapi itu sudah dikira ok, berbanding kena bayar sendiri breaksfast dan dinner. Yang penting ada makan - makan. Malah seperti biasa, perkhidmatan wifi percuma juga disediakan. Yang menariknya... internet sini umang aiii, lajunya. Berdesut dia pi. disini kami layan whattapps video call sahaja untuk call ke rumah di kampung. Benda free kan...so layan sajalah.


Proses pendaftaran tidak rumit seperti yang disangka. Sebelum ini saya membayangkan kami perlu mengharungi pelbagai pengisian borang itu ini dan yang paling fobia sekali ialah bahasa jerman. Namun apa yang kami perlu lakukan untuk proses pendaftaran ialah turunkan tandatangan pada list nama senarai peserta dan thats it! settle. Kemudian semua peserta dikehendaki berkumpul di dewan besar hotel untuk sesi taklimat.


Semua peserta berkumpul di dewan besar Luther Hotel pada pukul 7.00 malam. Pada ketika itu, suhu persekitaran sudah pun menurun. Kesejukkan sudah menggigit tulang orang asia tenggara ini. Namun kami cuba mengatasinya dengan berlakon buat-buat macam tiada apa-apa. Kelihatan para peserta yang lain sudah mula mengambil bir di bar hotel. Untuk makluman semua, pihak hotel juga belanja minum semua peserta, lalu kami pun bergerak ke bar dan meminta coke dan air fanta oren seorang satu. Suasana di sekitar bar dan lobby hotel begitu meriah dengan gelak ketawa dan gurau senda mat - mat salleh ni. Kebanyakkannya mereka kenal di antara satu sama lain kerana hampir keseluruhan peserta di WRTC ini adalah perserta yang sama bagi setiap musim. Ada la sorang dua muka baru seperti aku ni. Jadi kesempatan ini kami bergaul dan beramah mesra bersama peserta-peserta yang lain sambil mendengar cerita mengenai pelbagai kenangan pengalaman mereka semasa WRTC yang lepas. Malah ada juga diantara mereka ini ahli DXpedition, mereka pernah bersama sebelum ini di dalam pelbagai aktiviti DXpedition. Nampak sangat ketara kemesraan yang terjalin itu sangat rapat dan tali persahabatan antara benua itu sememangnya sangat erat. 
Christian Janen

peserta berkumpul

Taklimat diberikan oleh President (executive management) iaitu Christian Janen DL1MGB. Namanya jika kita sebut akan bunyi lain macam sikit sebab kita ni orang melayu. Tapi memandangkan saya seorang sahaja melayu disini, maka saya pun sebutlah ikut pelaq orang melayu. Saya pasti para pembaca tahu apa bunyinyakan... President WRTC ini hebat orangnya. Beliau pernah menjadi pengadil semasa WRTC 2010 di Russia, pernah dianugerahkan anugerah SWODXA DXpedition of the year. Jadi sudah pastilah beliau memang layak untuk mengemudi WRTC Germany 2018 ini.


Sesi taklimat dan perbincangan ini menjadi semakin panas apabila pihak WRTC memberi ruang kepada para peserta untuk bertanya itu dan ini. Kebanyakkannya berkisar mengenai peraturan pertandingan dan pelbagai lagi aspek teknikal berkaitan dengan pertandingan. Sesi ini amat penting kerana pada keesokkan harinya, kami akan ke site untuk setup dan sebagainya. Jadi sebelum bergerak dan setup, kami perlu mendapat butiran dan penerangan yang selengkapnya bagi mengelak kami melakukan kesilapan dan dipotong markah. Dipotong markah itulah sebenarnya mimpi ngeri bagi setiap peserta kerana perbezaan 0.001 markah akan membezakan antara juara dunia WRTC dan naib juara. Jadi semuanya mengambil dengan serius akan perkara ini. Rumusan dari perbincangan panas ini ialah :

  1. Setiap station WRTC mestilah stop CQ pada 15 minute sebelum masa contest tamat, iaitu pada pukul 11:45 UTC.
  2. Kedua-dua radio mestilah dibiarkan dan peserta mestilah bangun dan keluar dari khemah, pengadil akan uruskan semuanya seperti logging system dan audio recording. 
  3. Telefon bimbit akan diambil 15 minit sebelum pertandingan bermula.
  4. Callsign akan diberikan didalam khemah dan persekitaran khemah mestilah tiada orang lain diluar. Hanya ada pengadil, dan dua peserta sahaja.
  5. Laptop dan PC mestilah tidak mempunyai internet. Penyokong juga tidak dibenarkan berada disekitar kawasan pertandingan.
  6. Bahasa mestilah menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya.
  7. Peserta tidak dibenarkan memperkenalkan dirinya atau callsignnya atau nama teamnya semasa beroperasi callsign WRTC.
  8. Peserta juga tidak dibenarkan menggunakan fungsi "CHECK" yang ada pada N1MM untuk mengenalpasti apakah callsign sebenarnya. 
  9. Penggunaan monitor tambahan dibenarkan
  10. Penggunaan skimmer, cw decoder tidak dibenarkan
  11. Bagi radio yang ada dua VFO, salah satu VFO mesti dimatikan
  12. Setiap pasukan hanya dibenarkan ada max 2 radio sahaja untuk backup
  13. Max power adalah 100w, penggunaan amplifier tidak dibenarkan
  14. Setiap laptop atau PC tidak dibenarkan mengaktif fungsi wireless
  15. semua perkara mengenai antenna hanya antenna staff sahaja yang boleh menguruskan. Peserta tidak dibenarkan untuk membaiki ant jika ant itu rosak.
  16. Peserta juga tidak dibenarkan menukar coax cable mereka sendiri atau membawa coax sendiri. Peserta mestilah menggunakan coax yang disediakan oleh pihak penganjur.
  17. Para peserta WAJIB duduk didalam khemah atau sekitar khemah bermula pada 14 Julai pukul 11:45 UTC hingga pukul 12:30 UTC 15 Julai 2018. Telefon bimbit akan dipulangkan pada pukul 12:31 UTC
Majlis Pembukaan


Exerzierhalle Wittenberg
Majlis pembukaan WRTC 2018 ini diadakan di dewan besar Exerzierhalle Wittenberg. dimana dewan ini terletak hanya 700m dari Luther Hotel. Dewan besar Exerzierhalle ini dibina dengan ciri-ciri rekaan eropah dan kelihatan amat cantik serta mempunyai kemudahan parking kereta yang luas. Semua peserta WRTC 2018 bergerak dari hotel seawal jam 6.00 petang dan berkumpul di sekitar dewan sambil menikmati minuman percuma yang ditaja oleh pihak WRTC. Semua peserta dikehendaki berkumpul mengikut negara masing-masing mengikut turutan abjab yang telah disediakan berpandukan papan tanda yang telah disediakan. Alangkah syahdunya rasa dijiwa ini apabila terpandang papan tanda negara Malaysia berada sebaris dengan negara-negara lain di eropah, dan yang paling menyentuh perasaan sekali ialah ramai peserta dari negara-negara lain mengucapkan tahniah dan syabas kepada team asia #5 kerana ada menghantar wakil yang benar-benar orang asia pada WRTC kali ini.

negara peserta disusun mengikut turutan abjab
Menurut pihak penganjur, mereka tidak meletakkan setiap peserta mengikut benua atau pasukan kerana ingin mengeratkan lagi tali persaudaraan. Jika kami berada dalam kelompok masing-masing, maka sudah pastilah pergaulan antara satu sama lain di antara negara lain akan terbatas, jadi untuk memesrakan dan mengeratkan jalinan hubungan antara negara dan benua, kami diletakkan mengikut taburan turutan huruf. Maka Thailand dan Malaysia berpisah pada petang yang berbahagia itu. Selepas itu, semua peserta diarahkan untuk mengambil papan tanda negara masing-masing dan duduk berbaris diluar dewan kerana upacara pembukaan akan dijalankan tidak beberapa lama lagi.




muka-muka asia
Saat yang tunggu telah pun tiba, kami berbaris panjang untuk memasuki dewan. Suasana menjadi semakin meriah dan gamat dengan sorakan serta tepukan yang jelas kedengaran dari luar dewan ini. Perlahan-lahan setiap peserta melangkah masuk ke dalam dewan. Walaupun pergerakkan perbarisan masuk ke dewan semakin perlahan kerana pintu depan dewan kecil, namun kadar denyutan jantung saya pula semakin kuat dan kencang. Denyutan nadi bertambah kencang apabila saya semakin menghampiri pintu masuk ke dewan, suasana riuh rendah muzik juga semakin kuat dan suasana begitu gamat sekali, kedengaran President WRTC di atas pentas sambil memegang microfon dan menyebut satu-satu negara yang melaluinya. Oh...rupa-rupanya kami akan bergerak naik atas pentas rupanya. Tubuh kecil orang Perlis ini akan tenggelam rasanya jika saya berada di dalam kelompok peserta dari seluruh dunia yang rata-ratanya bertubuh besar dan tinggi-tinggi belaka.

semua peserta di atas pentas
Kemudian kami pun bergerak satu-satu dan menuju ke pentas. Perkara yang saya fikirkan tadi menjadi kenyataan. Saya semakin tenggelam didalam kumpulan manusia bertubuh besar dan tinggi. Dalam hati saya, biar saya tidak nampak, tetapi nama Malaysia mesti juga kelihatan kerana peluang ini hanya sekali datang dalam seumur hidup. Demi nama negara malaysia, saya hanya pegang kayu papan tanda Malaysia itu dihujung kayu sahaja agar nama negara kita kelihatan dan tidak terlindung oleh negara lain (boleh besarkan gambar diatas untuk lihat), kemudian kaki saya pula saya berjengket pada kedua-dua belah kaki dengan harapan saya akan sama tinggi dengan mat-mat salleh yang tinggi-tinggi dan besar-besar belaka. Kami berada di atas pentas agak lama jugak, dalam hati saya bila la nak suruh turun pentas ni, tapak tangan sudah semakin sakit kerana saya genggam hujung kayu dan ibu jari dan jari telunjuk semakin sengal sebab kedua-dua jari tersebut sebenarnya jari utama yang grip batang kayu tersebut. Kemudian kami di arahkan untuk turun dari pentas...fuhhh lega rasanya kaki dan tangan. 

barisan pengadil WRTC 2018
Kemudian, selepas kami barisan peserta turun dari pentas. Kini tiba pula giliran para pengadil. Para pengadil yang memakai t-shirt warna hijau ini diminta untuk naik ke pentas. Pengadil-pengadil ini akan bersama dengan para peserta WRTC selama 24 jam sepanjang pertandingan yang akan berlangsung nanti. Mereka ini kebanyakkannya adalah bekas-bekas peserta WRTC yang pernah menyertai WRTC sebelum ini. Jadi sudah pastilah mereka amat berpengalaman dan penuh ilmu didada dan memahami sepenuhnya undang-undang pertandingan. Mereka ini dijemput khas oleh pihak WRTC dan diberi layanan istimewa kerana merekalah penentu kalah menang sesuatu pasukan. Jadi untuk mengelakkan perbuatan berat sebelah, setiap pengadil ini tidak tahu apakah negara atau pasukan yang akan mereka adili serta callsign mereka. Semua ini akan tahu pada pagi pertandingan nanti. Berikut adalah senarai pengadil tersebut:

  1. AA4NC - USA
  2. DL7FER - Germany
  3. CE3CT - Chile
  4. DM5EE - Germany
  5. DK3GI - Germany
  6. DL9EE - Germany
  7. DL2OBF - Germany
  8. ES5RY - Estonia
  9. G0CKV - Great Britain
  10. HB9DHG - Switzerland
  11. G4BUO - Great Britain
  12. I2WIJ - Italy
  13. HA3NU - Hungary
  14. IK1HJS - Italy
  15. HB9CAT - Switzerland
  16. JH4RHF - Japan
  17. JK3GAD - Japan
  18. K4BAI - USA
  19. K1CC - USA
  20. K5GN - USA
  21. K1RX - USA
  22. K7BV - USA
  23. K4AB - USA
  24. K7GK - USA
  25. KC7V - USA
  26. N2GA - USA
  27. KU5B - USA
  28. N2IC - USA
  29. LY7Z - USA
  30. N6AN - USA
  31. N0AX - USA
  32. NF4A - USA
  33. NN3W - USA
  34. OK2FD - Czech Republic
  35. OE5OHO - Austria
  36. OM7JG - Slovakia
  37. OE6MBG - Austria
  38. OZ1IKY - Denmark
  39. OH1RX - Finland
  40. PA3AAV - Netherlands
  41. PP5BZ - Brazil
  42. S50XX - Slovenia
  43. PY8AZT - Brazil
  44. S53R - Slovenia
  45. RM2D - Russia
  46. S56A - Slovenia
  47. S50R - Slovenia
  48. S57AL - Slovenia
  49. SP4Z - Poland
  50. VE3EY - Canada
  51. UA9MA - Russia
  52. VE3XB - Canada
  53. UT7QF - Ukraine
  54. W0YK - USA
  55. VA2WA - Canada
  56. W1UE - USA
  57. W1VE - USA
  58. YL2KL - Latvia
  59. W6OAT - USA
  60. YT7AW - Serbia
  61. W6PH - USA
  62. YU1EA - Serbia
  63. YL1ZF - Latvia
  64. YU1LA - Serbia
  Majlis pembukaan pada malam tersebut tamat pada jam lebih kurang 8.00 malam dan dikuti dengan jamuan makan malam Stadthaus yang terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki ke sana. Kami berjalan ramai-ramai melangkah kaki ke satu lagi dewan. Iaitu Stadthaus Wittenberg. Banyaknya dewan disini.

ruang makan utama

ruang pencuci mulut
Pelbagai makanan dan minuman disediakan disini. Untuk makanan pula semuanya tidak halal-halal belaka, jadi boleh tengok sajalah. Kemudian saya ternampak sudut pencuci mulut. Ah haa... dengan pantas pada malam tu saya menuju ke sudut pencuci mulut dan ianya penuh dengan bahan-bahan untuk salad dan buah-buahan. Kemudian sambil dok enak melayan salad dan buah epal dan pisang dan strawberry dan blueberry bagai. Saya disapa oleh seorang mat salleh iaitu OZ1AA Thomas Andersen.

bersama Thomas OZ1AA
Jika saudara dan saudari pernah terbaca blog cikgu Arie 9w2vvh, saya rasa pasti akan teringat kembali akan mamat salleh ni. Si Thomas yang berbasikal dari Pulau Pangkor hingga ke Johor pada tahun 2011. Dimana beliau ada membuat solo riding dari KL ke Johor, manakala kawannya pula ke Kelantan. Saya bertanya kepadanya, bagaimana hang boleh cari aku disini, dia jawab... dah hang sorang ja muka melayu disini, maka senanglah aku cari...kekekeke. Tapi Thomas bukan cakap kedah lar. Sekarang Thomas menetap di Spain, dan memegang callsign EA7/OZ1AA. Kami menghabiskan masa di sini sehingga pukul 10.00 malam. Malam ini kena tidur awal sebab esoknya adalah hari besar bagi kami, iaitu hari upacara cabut undi penentuan tapak khemah dan jugak cabut undi siapakah pengadil kami daripada senarai pengadil di atas.

bersama team AS #5
Lupa pula nak beritahu, team AS #5 adalah terdiri daripada Team Leader E21EIC (Thailand), Team Mate 9M2ZAK (Malaysia), dan dibantu oleh Ralf Klingler DF6RK dan Benji DJ5BK. Kredit dan salute diberikan kepada Ralf dan Benji, kerana banyak membantu dari segi teknikal - logistik - dan seribu satu macam perkara disini yang mereka berdua hulurkan bantuan. Boleh dikatakan juga, mereka berdua ini adalah tulang belakang team AS #5. Tanpa mereka...siapalah kami disini. Thank You very much Ralf and Benji. May god bless u and yours. best 73.

                                                                                                                       bersambung.....

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...