Tuesday, May 1, 2018

How to Connect Iambic CW Paddle to CW_Player 4.5.7


Sebelum kita mulakan, kita perlu sediakan peralatan (hardware dan software) dahulu. Antaranya ialah :

  1. USB converter 
  2. DB9 male
  3. 3.5mm stereo cable
  4. CW Iambic Paddle
  5. Virtual audio cable (VB audio Virtual)
  6. CW Player Ver 4.5.7 
Langkah 1 ( Interface )


Sila solder kabel stereo ke DB9 mengikut diagram diatas. Hati-hati semasa proses solder kerana ianya panas dan bahaya. Sila ambil langkah berjaga-jaga. Jika anda ingin gunakan straight key, short-kan Dah dengan Common atau Dit dengan Common.

Langkah 2 ( USB Converter)
Cucuk usb converter ke PC/laptop dan biarkan system window 10 anda kesan dan install drivernya secara automatik. Bagi pengguna win7, sila ke laman ini untuk muat-turun drivernya.


dan muat turun PL2303 Prolific Driver Installer v1.19.0.zip pada laman web tersebut.



install dan terus ke device manager untuk tahu apakah port USB Converter itu berada. Dalam kes saya, ianya berada di COM7. Ingat dan hafal com tersebut. Jika tidak mampu, sila tulis di atas kertas.


Langkah 2 (sound card)

 Virtual Audio Cable :  Sila klik pautan ini untuk mendapatkannya http://vb-audio.pagesperso-orange.fr/Cable/VirtualCables.htm . Setelah download dan setup. Pergi kepada Sound, right klik dan pergi ke Recording, dan cari device yang bernama Cable output dan setkan sebagai Default Device. dan klik OK.

Langkah 3 (CW Player)
Download perisian CW Player disini. Jangan risau, ianya adalah percuma.


install cw player dan terus ke bahagian port. dan sila setup seperti gambar dibawah.


Jika anda hendak tukar samada dit sebelah kanan atau dit sebelah kiri paddle. Apa yang diperlukan hanyalah pada ruangan KEYER COM, dibawah section DOT, tick DSR atau CTS dan pada ruangan DASH/Straight key, tick DSR atau CTS. Perlu diingatkan, DSR dan CTS tidak boleh sama pada kedua-dua bahagian. Jangan lupa tick DTR dan RTS pada ruangan POWER (on button)


kemudian, pergi ke Sound card. dan tick I choose my sound card dan pilih record inputs Cable Output (VB Audio Virtual cable) dan Playback ke Speaker atau mana2 yang anda suka.


Kemudian, klik ke Monitoring dan tick Dual key normal atau reverse, ikut suka mana-mana dan transmitlah. Kini kita sudah boleh berlatih tx dengan paddle dimana sahaja tanpa perlu menggunakan electronik keyer dan ianya amat menjimatkan dan berkesan sekali.

Kelajuan kita dapat dikawal sepenuhnya oleh CW Player dan yang paling penting sekali. Kita dapat monitor samada TX kita semasa menggunakan paddle itu betul atau tidak, kerana ianya akan di paparkan terus pada skrin komputer. Jadi kita boleh tahu samada spacing dan gap kita itu betul atau tidak. sila lihat video di bawah.



Jadi, saya menggunakan sepenuhnya kemudahan ini untuk latihan CW saya. Selepas ini semakin mudahlah kerana saya dapat berlatih dimana sahaja. Sekian dahulu dari saya, 73 Zaki.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...