Wednesday, April 11, 2018

ISS : Cara-cara untuk mendapatkan imej SSTV dari Station Angkasa Antarabangsa (ISS) secara asas


Untuk memproses signal dari ISS supaya menjadi imej SSTV seperti di atas, beberapa peralatan dan perisian diperlukan dalam usaha kita untuk mendapatkannya. Dalam blog ini, saya akan cuba guide rakan-rakan kaedah untuk merekod dan memproses signal ISS supaya menjadi imej SSTV secara asas. Sebenarnya ada pelbagai cara lagi, tetapi seelok-eloknya untuk permulaan. 

1. RTL-SDR dongle : Dongle ini akan bertindak seperti sebuah receiver, dimana kita boleh setkan freq kepada freq NOAA iaitu 137 mhz. Dongle SDR ini boleh beroperasi dari freq 24mhz hingga 1.2 Ghz. Dongle ini boleh didapati dari Mudah.com.my dan juga ebay.











2. Perisian SDR# : Untuk mengawal RTL-SDR dongle seperti penetapan freq, mode dan sebagainya. Perisian ini boleh didapati secara percuma, sila klik pautan ini untuk mendapatkannya. http://airspy.com/download/











3. Virtual Audio Cable : Satu perisian yang berfungsi untuk memindahkan audio dari RTL-SDR ke perisian WXtoimage secara maya, tidak perlu menggunakan audio stereo cable. Perisian ini juga boleh didapati secara percuma di internet. Sila klik pautan ini untuk mendapatkannya http://vb-audio.pagesperso-orange.fr/Cable/VirtualCables.htm . Setelah download dan setup. Pergi kepada Sound, right klik dan pergi ke Recording, dan cari device yang bernama Cable output dan setkan sebagai Default Device. dan klik OK.



4. 137 mhz QFH antenna : antenna ini boleh dibuat sendiri, terdapat banyak laman sesawang di internet yang menunjukkan cara-cara untuk membuatnya. Kunci kejayaan dalam aktiviti pencerapan ini adalah antenna. Faktor kedudukan antenna mempengaruhi imej yang dicerap itu. Jadi untuk mendapatkan imej yang baik. Letakkan ant anda di tempat yang bebas dari segala halangan dan setinggi yang boleh. Contoh laman sesawang yang saya gunakan ialah ini, 

QFH antenna
http://www.jcoppens.com/ant/qfh/calc.en.php sejujurnya saya mengikut 100% ukuran daripada web yang saya nyatakan itu. Penggunaan bahan untuk membuat antenna ini adalah bebas dan bergantung kepada kreativiti masing-masing. Ada yang menggunakan paip pvc, wire, copper dan sebagainya. Yang penting, ianya berfungsi dengan baik. Dalam web tersebut diberikan secara detail setiap ukuran untuk membuat ant QFH ini. Jadi ikutilah setiap ukuran yang diberikan itu dan pasti akan mendapat hasilnya. Dalam kes ini, saya menggunakan wire hitam yang digunakan untuk wiring rumah.










5. Perisian MMSSTV : Perisian ini boleh didapati secara percuma juga daripada internet. Sila klik pautan ini untuk mendapatkannya. 

6. Perisian Orbitron : ianya berfungsi untuk memantau pergerakkan satelite dan juga boleh didapati secara percuma di internet. Sila klik pautan ini untuk mendapatkannya. http://www.stoff.pl/

Baiklah, jika semua kelengkapan software dan hardware sudah mencukupi, Saya menganggap yang rakan semua sudah pun siap download segala perisian yang saya listkan diatas tadi. Marilah kita setup satu persatu. Kita mulakan dengan SDR RTL dongle. Untuk membolehkan dongle ini bertindak sebagai sebuah receiver, kita perlu install drivernya terlebih dahulu. Caranya ialah download perisian sdr#. dan sila ikut gambarajah dibawah ini.
 klik install rtlsdr
















kemudian Zadiq akan muncul di bawah sekali, klik pada zadiq tersebut









pada zadiq, sila pilih List All Device













kemudian pilih RTL2832U













pilih Install Driver, dan kini dongle anda sudah pun berfungsi sebagai receiver














Kemudian, buka sdr# anda, untuk setup dongle anda supaya dapat berfungsi dengan sdr#. Sila lihat gambar dibawah. Sila tukar freq SSTV ISS iaitu 145.800.000

Pada bahagian Source, pilih RTL-SDR (USB), kemudian pergi ke bahagian Radio, pilih  WFM, Setkan bandwidth 16650, Order 1000, tick Correct IQ. lihat gambar dibawah. (gambar dibawah menunjukkan Bandwidth 34000 dan Order 400, jadi ubahlah ke 16550 dan order 1000.





















kemudian, pergi ke Audio, pada bahagian Output ;pilih [MME] CABLE input (VB-Audio Virtual C dan kosongkan (jangan tick) pada Unity Gain dan Filter Audio. lihat gambar di bawah:


















siap sudah bahagian sdr#, 

Kini MMSSTV pula, pertama sekali install MMSSTV dari link yang saya berikan di atas tadi, kemudian masukkan callsign anda.


kemudian terus ke Option dan setkan soundcard input level


kemudian setkan Virtual cable audio anda itu sebagai Default pada bahagian recording.


Maka siaplah. Kini anda sudah boleh mula untuk menangkap SSTV dari ISS. Langkah-langkahnya ialah.
1. Buka Orbitron dan pantau kedudukan terkini ISS. Jika sudah dekat,
2. Buka SDR# dan setkan freq 145.800.000, bandwidth 16550 dan Order 1000. 
3. Buka MMSSTV dan biarkan. Jika ISS melintas, saya pasti imej akan dipaparkan pada MMSSTV.
4. Pastikan sdr dongle anda itu dipasang dengan antenna QFH jika inginkan hasil yang memuaskan. Tetapi jika tiada QFH, anda boleh mencuba dengan apa-apa antenna juga untuk memahami bagaimana system ini berfungsi.

Ini ada contoh imej yang berjaya di dekod dengan menggunakan setup itu tadi. 



selamat memburu... 73 Zaki.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...