Wednesday, April 18, 2018

APRS Satellite : Eksperimen dengan Baofeng UV-5RU dan APRS 51TNC


Oleh kerana satellite PSAT (NO-44) dan PCSAT-1 (W3ADO-1) aktif pada freq 145.827mhz. Maka saya perlu mencari dan menggunakan transceiver atau receiver yang berkeupayaan boleh monitor pada kedua-kedua freq secara serentak. Setelah mencari-cari dan memikir, akhirnya saya baru teringat yang saya ada dual band UHF/VHF. Jadi kira settle-lah masalah saya. Ini adalah kerana Baofeng UV-5RU ini berkeupayaan untuk RX pada dua-dua freq secara serentak dimana ianya akan aktif pada freq yang ada aktiviti. Sehubungan dengan itu, maka bolehlah saya jadikan ia sebagai alat untuk monitor dan tangkap packet bagi satellite yang aktif pada 145.825mhz dan juga pada 145.827mhz. 

Namun ada juga sedikit masalah, jika dilihat pada screen Baofeng tu, ianya menunjukkan freq 145.8275mhz. Rasanya ok kut sebab saya setkan bandwidth wide. so secara teorinya ia akan ok. Namun untuk mendapatkan kepastian, tengoklah pada keesokkannya nanti. samada dapat atau tidak packet dari PSAT dan PCSAT-1. Jika bagi Lapan-A2 dan ISS, rasanya tiada masalah kerana 145.825mhz. Memang UV-5RU boleh capai freq tersebut. Masalah ini terjadi kerana pada model UV-5RU ini, freq step-nya adalah min 2.5khz. Inilah punca sebenarnya.

Tapi seperti yang saya maklumkan tadi, saya akan cuba dahulu sebab jika kita tidak cuba maka kita tidak akan tahu. Disini saya ulang papar sekali lagi senarai satelite yang aktif berserta freqnya.

  1. Lapan-A2 (IO86) 145.825mhz
  2. ISS RS0ISS, ARISS 145.825mhz
  3. PSAT (NO-84) 145.825mhz
  4. PSAT (NO-44) 145.827mhz (waktu siang sahaja)
  5. PCSAT-11 Navy-OSCAR 44 (PCSat) 145.825mhz
  6. PCSAT-1 145.827mhz (W3ADO-1)
73 ZAKI

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...