Friday, April 6, 2018

20m band dxing report : Pile-up sekejap di North America


Malam tadi, aku bereksperimen lagi. Ant yagi Tribander dihalakan ke North America. Kali ini ikut Short Path. Malam sebelumnya itu, ant ini dihalakan ke Long Path, namun objektif untuk jejak ke NA gagal kerana pancaran aku asyik dipintas oleh station dari eropah.

Jadi pada malam tadi, taktik untuk jejak ke NA kawan tukar. Kali ini ikut SP. Sebenarnya memang sebelum ini kawan ikut SP pun, namun...dek kerana asyik dipintas oleh station dari Jepun maka kawan cuba laluan lain. Namun ternyata malam tadi ada sedikit perbezaan.

Hanya ada satu dua station sahaja dari Jepun yang memintas kawan. Selalunya mereka beratur masuk CQ. Namun malam tadi ada sedikit perbezaan. Station Jepun hanya 3 station sahaja.


Manakala stesen dari Eropah pula sebenarnya mereka datang ikut LP. Jadi, jika kelihatan EU masuk ikut LP. Maka band buka DX. Station local seperti Jepun, Indonesia dan sebagai tidak akan mendengar signal saya sebab fenomena SKIP. Maka tidak hairanlah kenapa tiada pintasan dari negara Jepun. Jadi station dari NA dapat masuk dengan sedikit kemudahan. 

Keadaan band 20m pula pada malam tadi tidaklah bagus sangat. Noise level sekitar S-6 ke S-9. Kebanyakkan station yang dapat tu saya korek dari dalam noise. Oleh kerana bacaan RBN menunjukkan yang signal saya baik di NA, maka saya nekad juga untuk harungi noise. Noise memang tinggi di lokalan saya, Jadi terpaksa berkerja keras sedikit untuk tidak menghampakan rakan-rakan di NA sana. 

Prefix America Utara yang berjaya dikutip pada malam tadi ialah :
United States : AA7, K2, K3, K6, K8, KE5, KJ6, N2, N5, N6, NU2, W0, W2, W8, WA9 dan WQ7
Canada : VE3

Malam ini aktiviti Dxing tidak dijalankan kerana hendak beri laluan kepada SP DX 2018 Contest. Semoga kita berjumpa lagi, 73 Zaki.








How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...