Saturday, December 16, 2017

WRTC : World Radiosport Team Championship


WRTC World Radiosport Team Championship adalah satu lagi cabang dalam aktiviti radio amatur selain daripada aktiviti satellite, dxing, ARDF, field day, jota, dan radio contest serta pelbagai lagi. Para peserta WRTC ini dipilih daripada best of the best peserta berdasarkan ranking dan pungutan mata mereka dalam setiap aktiviti radio contest yang mereka sertai bagi setiap benua. 



WRTC ini juga boleh diibaratkan sebagai sukan olimpik bagi penggiat aktiviti radio amatur terutamanya bagi peminat aktiviti radio sport seperti contest, sprint dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, WRTC ini telah bermula sejak tahun 1990 lagi. Berikut adalah senarai tuan rumah WRTC yang terdahulu:

  1. Seattle, USA - 1990
  2. San Francisco, USA - 1996
  3. Slovenia - 2000
  4. Finland - 2002
  5. Brazil - 2006
  6. Russia - 2010
  7. Boston, USA - 2014
  8. Germany - 2018

Antara contest yang dikira mata untuk WRTC ialah seperti berikut:

1.  CQ WW DX CW
2.  CQ WW DX SSB
3.  CQ WW WPX CW
4.  CQ WW WPX SSB
5.  IARU HF Championship
6.  Russian DX Contest
7.  ARRL Int. DX CW
8.  ARRL Int. DX SSB
9.  WAE DX CW
10. WAE DX SSB
11. All Asian DX CW
12. All Asian DX SSB
13. EUHFC
14. WAG
15  IARU R1 FD CW
16. IARU R1 FD SSB














Daripada 16 contest yang tersenarai di atas, hanya 12 contest yang mempunyai mata yang tertinggi sahaja dikira untuk markah terkumpul bagi penentuan ranking dalam setiap benua. Untuk menambahkan lagi peluang, setiap benua pula dibahagikan kepada beberapa kawasan. Jadi peluang terbuka sedikit bagi setiap kawasan dalam sesuatu benua agar semua orang dapat merasainya. Berikut adalah pecahan bagi setiap benua:
  1. Benua eropah dipecahkan kepada 7 kawasan iaitu :
  • EU #1ES, JW, JX, LA, LY, OH, OY, OZ, SM, TF, YL )  4 team.
  • EU # 2 ( C3, EI, F, G, GD, GI, GJ, GM, GU, GW, HB9, HB0, LX, ON, PA) 3 team
  • EU # 3 ( ER, EU, HA, OE, OK, OM, SP, UR) 5 team
  • EU # 4 ( 3A, 9H, CT, CU, EA, EA6, I, IS0, T7, TK, ZB ) 3 team
  • EU # 5 ( 4O, 9A, E7, LZ, S5, SV, SV5, SV9, YO, YU, Z3, ZA) 3 team
  • EU # 6 ( UA1-6, UA2 ) 3 team
  • EU # 7 ( DL ) 3 team

    2. Benua Amerika Utara : 9 kawasan
  • NA # 1W1, W2, W3, 4U1UN ) 3 team
  • NA # 2 ( W4 ) 2 team
  • NA # 3W8, W9 ) 1 team
  • NA # 4 W5 ) 1 team
  • NA # 5 ( W0 ) 1 team
  • NA # 6 W6, W7 ) 3 team
  • NA # 7 ( VE1, VE2, VE3, VE9, VO, VY2, VY0 ) 1 team
  • NA # 8 ( VE4, VE5, VE6, VE7, VE8, VY1, KL7 ) 1 team
  • NA # 9 ( NA Zones 6, 7, 8; VP9 ) 1 team
   3. Benua Asia : 6 kawasan
  • AS # 1 ( CQ Zone 17, UA9 in Zone 16 ) 1 team
  • AS # 2 ( CQ Zones 18, 19, 13 (except BY) ) 1 team
  • AS # 3 ( CQ Zone 20 (AS portion) ) 1 team
  • AS # 4 ( CQ Zone 21 ) 1 team
  • AS # 5 ( CQ Zones 22, 24, 26, BY/23,9M2, 9V ) 1 team
  • AS # 6 ( CQ Zone 25 (HL-JA) ) 1 team
  4. Amerika Selatan : 2 kawasan
  • SA # 1CQ Zone 11 /PY-ZP) ) 1 team
  • SA # 2 ( SA North - or - SA South ) 1 team
  5. Africa : 
  • AF ( AF North/West - or - South/East ) 1 team
  6. Oceania : 2 kawasan
  • OC # 1 ( CQ Zones 27, 28, 31 ) 1 team
  • OC # 2 ( CQ Zones 29, 30, 32 ) 1 team
Setiap benua hanya akan menghantar beberapa team berdasarkan list di atas, Bagi setiap team akan ada 2 peserta sahaja iaitu TL Team Leader dan TM Team Mate. TL automatik terpilih berdasarkan rankingnya, iaitu ranking #1 dalam benua tersebut manakala bagi TM pula, ianya adalah dipilih oleh TL sendiri. TL mempunyai kuasa untuk memilih sesiapa sahaja untuk menyertai pasukannya asalkan rakan pilihannya itu berada dalam ranking WRTC.

Bagaimana dan apakah yang dipertandingkan dalam WRTC ini?

Setiap pasukan akan ditempatkan di dalam khemah pada sesuatu kawasan yang sama keadaan bentuk muka bumi, bebas daripada segala noise dan setiap station akan diletakkan dalam selang jarak minimun 1km.


Sebelum hari pertandingan ( 2-3 hari sebelum)

Pihak WRTC akan menyediakan senarai kelengkapan berikut untuk setiap station :

  1. 12m mast tower dengan antenna rotator dan control unit
  2. Antenna Spiderbeam 20m/15m/10m
  3. Antenna 40m shortened dipole
  4. Antenna 80m Inverted V dipole
  5. Coax 50m bagi setiap antenna
  6. 2 channel power monitor
  7. 2 x 1 meter coax jumper
  8. khemah 4.6m x 2.7m x 2m (seperti gambar diatas)
  9. Meja dan kerusi kayu
  10. 2 KW Generator (Honda EU20i)
  11. Minyak untuk generator tadi
  12. Ground wire
  13. 2 extension wire ( 6 port)
  14. 2 kipas angin
  15. 2 lampu
  16. 3 meja lipat
  17. 3 kerusi
  18. air minuman
  19. makanan dan jajan

Manakala bagi radio dan bandpass filter serta headphone, setiap pasukan dikehendaki membawanya sendiri asalkan radio tersebut tidak melebihi 100w dalam kuasa pemancarannya. dibawah ini adalah contoh setup setiap peralatan tersebut.



















semua peralatan tersebut akan dipasang oleh ahli sukarelawan WRTC. Setiap peserta hanya perlu pasang coax dan power supply sahaja pada radio masing-masing. Manakala bagi logging system pula, setiap peserta perlu membawa laptop mereka sendiri untuk dipasang bersama dengan radio. Oleh kerana penggunaan amplifier tidak dibenarkan, maka proses untuk pemasangan radio akan menjadi sangat mudah dan cepat. Lupa pula nak habaq, morse key atau lambic paddle peserta kena bawa sendiri juga.
contoh sebuah station WRTC, ni WRTC 2014
Apabila semua sudah sedia, setiap peserta akan menghadiri satu majlis cabut undi, dimana dalam majlis tersebut setiap team leader akan mencabut sendiri sampul yang akan mengandungi dimanakah kedudukan station mereka nanti dan juga cabutan siapakah yang akan menjadi pengadil mereka nanti. Setiap peserta pada ketika itu masih belum tahu apakah callsign WRTC mereka. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penipuan dan sebagainya. Zaman ini kan zaman Whattapps, so pihak penganjur amat berhati-hati dalam menangani perkara tersebut.


WRTC 2018 test station
Apabila setiap pasukan sudah tahu kedudukan khemah mereka, mereka boleh terus pergi pasang peralatan radio mereka dan membuat ujian pemancaran. Oleh kerana peserta WRTC ini datangnya dari seluruh dunia, maka peserta akan diberikan callsign sementara seperti DL/9M2PUL untuk mereka membuat ujian pemancaran dan sebagainya. Bagi yang ada FCC, maka bolehlah apply terus guna lesen FCC mereka. Manakala bagi callsign WRTC, ianya masih lagi menjadi misteri...


VE2TZT as a AK1W in WRTC 2014
Hari Pertandingan
Pertandingan WRTC 2018 akan bermula pada 14 Julai 2018, iaitu pada pukul 12:00 UTC, bersamaan dengan pukul 2 petang waktu German dan pukul 8.00 malam waktu Malaysia dan akan berakhir pada hari Ahad 15 Julai 2016 pada pukul 11:59 UTC bersamaan dengan pukul 1:59 petang waktu German dan pukul 7.59 malam waktu Malaysia. 

Pada 14 Julai 2018, iaitu pada pukul 7.45 malam waktu Malaysia, callsign WRTC akan diberikan dan sejurus selepas mendapat callsign, setiap peserta perlu setupkan callsign tersebut pada system log masing-masing dan tepat jam 8.00 malam, pertandingan WRTC dimulakan.

Frequency yang digunakan semasa WRTC adalah seperti berikut:
  • 3500 - 3800 kHz
  • 7000 - 7100 kHz
  • 14000 - 14350 kHz
  • 21000 - 21450 kHz
  • 28000 - 29700 kHz

Saya percaya setiap peserta akan terus CQ dan CQ selama 24 jam kerana ini adalah peluang seumur hidup mereka dalam pertandingan bertaraf dunia ini. Bab kata orang, esok pun boleh tidurlah. Seperti biasa dan kelaziman bagi setiap contest, setiap station perlu mengutip seberapa banyak callsign dalam masa 24 jam dan station yang mengutip paling banyak mata adalah pemenang.

Mode yang digunakan adalah mode CW dan SSB manakala bahasa pertuturan diwajibkan menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya. Contest exchange pula adalah ITU zone, untuk pengetahuan semua, ITU zone bagi Germany adalah 28. Bagi mode CW, speed yang dibenarkan adalah 50wpm maksima dan bagi mode SSB pula, penggunaan voice recorder dibenarkan semasa pertukaran contest exchange. Kuasa pemancaran adalah 100w sahaja.

Untuk mata pula, QSO antara station Eropah akan diberikan 2 mata bagi setiap QSO untuk semua band, manakala bagi QSO dengan DX station, 5 mata akan diberikan. Pengiraan mata keseluruhan adalah jumlah multiplier di darab dengan jumlah QSO. Jadi disini sudah nampak yang station multiplier ini amat penting sekali dalam mempengaruhi jumlah pungatan mata.

Untuk memberi peluang kepada semua, Pihak WRTC ada menyediakan 4 hadiah lagi selain hadiah tempat pertama iaitu :
  1. Pungutan mata tertinggi bagi SSB
  2. Pungutan mata tertinggi bagi CW
  3. Pungutan station multiplier tertinggi
  4. Station yang paling kurang peratus exchange atau callsign error

Perkara-perkara yang boleh menyebabkan station tersebut dibatalkan
  1. Peserta tidak dibenarkan mendedahkan callsign mereka sendiri semasa WRTC berlangsung.
  2. Peserta tidak dibenarkan mendedahkan callsign yang mereka perolehi kepada rakan lain semasa WRTC melalui radio, telefon, internet, FB, whatapps, twitter, IG, email dan sebagainya.
  3. Peserta juga tidak dibenarkan menggunakan apa jua perisian berkaitan dengan propogation seperti DX Skimmer, DX spotting, RBN dan sebagainya.
Oleh kerana ada dua radio, maka kategori yang dipertandingkan adalah multi two, dan penggunaan band pass filter dibenarkan. Tapi dengan syarat, bandpass filter tersebut mestilah dibawa sendiri oleh peserta. Manakala sebagai backup, setiap team dibenarkan untuk standby 2 unit radio incase jika dua unit radio yang lain itu berasap.

Pengadil duduk ditengah station monitor 24 jam
Pengadil pula akan mendengar setiap QSO yang berlangsung bagi kedua-dua radio. Pengadil akan duduk ditengah-tengah radio A dan radio B. Pihak peserta boleh juga sediakan headphone tambahan untuk pengadil ataupun jika pengadil tersebut sudah ada headphone dia sendiri, dia boleh menggunakan headphone sendiri. Itu tidak jadi masalah. 

Apabila contest sudah selesai, pihak peserta perlu meninggalkan station segera dalam keadaan radio masih hidup dan komputer masih hidup kepada pengadil. Pengadil akan copy log tersebut ke dalam usb drive dan membawanya kepada HQ. Audio rakaman juga dicopy ke dalam USB Drive untuk disemak semula oleh panel pengadil bagi menentukan yang log serta audio itu selari, selain daripada proses log cross checking oleh komputer.


Ini bermakna, dalam WRTC 2018 itu nanti. Kemahiran atau skill peserta adalah dituntut serta amat penting sekali dalam mengendalikan peralatan radio, dalam membaca keadaan band berdasarkan telinga dan stamina dalam aktiviti CQ selama 24 jam. Namun saya percaya, jika peserta itu sudah sampai ke tahap WRTC, maka semua kemahiran tersebut adalah dikuasainya sepenuhnya. Cuma yang membezakan antara peserta adalah pengalaman mereka. Akhir sekali semoga paparan kali ini, sedikit sebanyak memberi gambaran sepenuhnya kepada para pembaca sekalian mengenai apa yang berlaku sebenarnya dalam WRTC itu nanti. Sekian, Terima Kasih. 73 Zaki.


Sumber Rujukan : 
  1. http://wrtc2018.de/index.php/en/
  2. http://wrtc.info/
  3. https://en.wikipedia.org/wiki/World_Radiosport_Team_Championship
  4. https://www.facebook.com/wrtc2018/
  5. www.wrtc2014.org/

WRTC 2014 Documentary from James Brooks, 9V1YC on Vimeo.

No comments: