Wednesday, November 29, 2017

CQWWCW : CQ World Wide Continuous Wave 2017 : HS0ZAR

Pasukan HS0ZAR ini beroperasi di Ban Tabong, Phinmai, Korat Thailand. Dimana Ban Tabong ini adalah sebuah perkampungan kecil di Phinmai, Thailand. Kawasan ini bebas dan jauh dari segala arus pembangunan, hanya ada kedai-kedai kecil dan kebanyakkannya penduduk di kampung ini bekerja sebagai petani dan peladang. Dimana hasil pendapatan mereka adalah terdiri daripada hasil tanaman dan ternakan. Untuk sampai ke Ban Tabong, kami perlu menaiki kereta dan menempuh kesesakan traffik dari bandaraya Bangkok ke Korat. Perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira 6 jam. Tetapi selalunya ianya ambil masa lebih jika dicampur dengan masa yang digunakan untuk berhenti makan dan mengisi minyak kereta dan sebagainya.
 
Pada tahun ini, pasukan HS0ZAR ini disertai oleh beberapa lagi operator cw yang hebat dari beberapa buah negara. Antaranya ialah John P Gagen W2YR dari Amerika Syarikat, Bob Henderson 5B4AGN dari Cyprus, Andy Chadwick G3AB dari North Yorkshire, England, Don I Field G3XTT dari Peppard Common, England dan dua lagi muka baru dari Thailand seperti Pas Anantra HS3ANP dan Yoyo HS3XVP.  Manakala selebihnya pula adalah crew yang sama seperti tahun lepas iaitu Fred K3ZO, Stiq LA7JO, Sam HS0ZDX, Tony HS0ZDY, Ray HS4RAY, Goi E20NKB, Dietmar DL3DXX, Champ E21EIC dan saya 9M2ZAK dari Kulai, Johor.
  
Bagi pembaca yang baru membaca dan mengikuti penulisan saya ini, sebenarnya pasukan HS0ZAR ini sudah hampir 50 tahun terbentuk. Dimana ahli pasukan mereka yang asal dan masih ada ialah Fred, Stiq, Tony, Sam, Popa dan ada yang sudah meninggal dunia. Kumpulan mereka ini telah mengembara hampir ke serata dunia sepanjang tempoh tersebut dengan objektif pengembaraan mereka ialah mengaktifkan DXCC dari kawasan-kawasan yang rare dan eksotik. Mereka semua ini sungguh berpengalaman dan ilmu mereka dalam dunia radio amatur ini tidak ternilai harganya. Selain daripada terlibat secara aktif dalam DXpedition, mereka juga aktif dalam aktiviti radiosport seperti CQWW dan CQWPX. Ini adalah kali yang ke-3 semenjak tahun 2015 saya dipilih dan dipanggil oleh mereka untuk menyertai cabaran CQWW CW yang berlangsung pada setiap tahun. CQWW ini adalah sebuah acara yang amat penting sekali dalam radio sport kerana pungutan mata yang dipungut dalam CQWW ini akan dikira untuk satu lagi kejohanan yang terbesar dalam dunia radio amatur iaitu WRTC World Radio Team Championship yang berlangsung pada setiap empat tahun sekali. Nanti saya akan ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan WRTC ini.

Ban Tabong antenna farm
Pada CQWW kali ini, HS0ZAR akan mencuba nasib sekali lagi dalam kategori Multi Two. Dimana dalam kategori ini, dua transceiver akan digunakan sebagai run 1 dan juga run 2 dan akan beroperasi selama 48jam tanpa henti. Untuk itu, stamina dan keazaman yang tinggi diperlukan dan dituntut daripada operator yang dipertanggungjawabkan. Tanggungjawab ini sebenarnya amat besar sekali kerana pasukan ini adalah sebuah pasukan yang mendapat perhatian dari seluruh dunia dan mempunyai pengikutnya sendiri serta mempunyai pesaing serta  pencabarnya yang juga dari seluruh dunia dalam kategori tersebut. Sudah tentu ianya sedikit sebanyak memberi tekanan dan mengusik emosi kami dalam mengharungi cabaran tersebut. Setelah 48jam berhempas pulas memberi tentangan dan menerima asakan daripada station - station lain, maka kami berjaya menamatkan cabaran CQWW CW 2017 tanpa mengalami sebarang kesulitan dan yang penting sekali semua crew masih berada dalam keadaan baik. Still in the one piece... 
 Kami telah berjaya mengutip sebanyak 7 075 678 juta mata secara keseluruhannya dan mata ini diperoleh daripada pungutan contact sebanyak 5299 QSOs. Jumlah bilangan multiply station adalah 470 buah station. satu kutipan yang boleh dibanggakan kerana keadaan band dan cuaca yang tidak menentu ini. Saya berasa amat bertuah kerana masih lagi diberi kepercayaan dalam mengharungi cabaran CQWWCW bersama pasukan besar ini. Terima kasih diucapkan kepada Champ E21EIC kerana masih lagi percaya dan menyakini kawan serta memilih kawan untuk sama-sama berjuang dalam contest ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan kekal selamanya demi kelangsungan aktiviti radiosport kawasan Asia Tenggara ini. Sekian dahulu daripada saya, Zaki 9M2ZAK 73.

" Teman sepermainan ditengah halaman, pakat bersama menunggang kuda, persahabatan bertaut sepanjang zaman, sisihkan sengketa sekiranya ada..."

Gambar ini diambil oleh Andy Chadwick G3AB

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...