Wednesday, October 4, 2017

9M2PUL : Harapan Singa Utara

Syaiful 9M2PUL
Syaiful atau lebih dikenali sebagai 9M2PUL dalam dunia radio amatur antarabangsa kini semakin melonjak naik dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang amat menakjubkan. Beliau bermula dengan callsign 9w2cyr kemudian berjaya lulus dalam ujian CW dan seterusnya menukar jersi kepada 9M2PUL. anak kelahiran Perlis ini pada masa kini amat dikenali dan sangat popular di kalangan dxer-dxer antarabangsa. Tanda panggilan 9M2PUL sering menjadi topik perbualan mereka seiringan dengan pelbagai kejayaan yang telah beliau kecapi sepanjang bergiat aktif dalam dunia radio-sport ini.

Antara kejayaan-kejayaan beliau adalah seperti berikut:

  1. Russian World Wide Multimode Contest (Single Operator All Band CW)
  2. CQWW WPX Contest SSB 2016 (Single Operator Low Power All Band)
  3. Black Sea Cup International 2017 (Single Operator High Power CW)
  4. CQ-M 2016 (Single Operator Low CW)
  5. A.R.I International DX Contest 2016 (Single Operator Low CW)
  6. Russian DX Contest 2016 (Single Operator Low CW)
  7. CQMM DX Contest 2016 (single Operator 20m Low CW)
  8. Seanet 2016 (Single Operator Mixed)
  9. CQWW SSB 2016 (Single Operator High Power All Band)
  10. CQWW CW 2016 ( Multi Two) as a HS0ZAR
  11. CQWPX CW 2016 (Multi one High) as a 9M2M
  12. CQWPX SSB 2017 (Multi two) as a 9M2M
  13. CQWPX SSB 2016 ( SO LP ALL)
Beliau juga turut mendapat jemputan antarabangsa dimana beliau telah dipanggil untuk turut serta dalam pasukan gabungan antara negara dalam CQWW CW 2016 iaitu sebagai operator utama bagi callsign HS0ZAR. Pasukan HS0ZAR ini merupakan gabungan beberapa station dari pelbagai negara seperti Thailand, USA, England, Sweden, Serbia, Norway, Germany dan Malaysia. Gabungan ini seterusnya berentap dan memberi cabaran kepada station-station lain di seluruh dunia dalam contest CQWW CW 2016.

9M2PUL as a HS0ZAR dalam CQWW CW 2016
Selain itu, 9M2PUL juga diserap masuk ke dalam pasukan contest tersohor utara tanahair, iaitu 9M2M. Pengurus pasukan 9M2M telah memanggil beliau untuk turut serta dalam CQ WPX CW 2016 di Arau. Encik Hairie, 9M2GET telah memberi kepercayaan penuh kepada beliau untuk run 9M2M dalam contest tersebut, ternyata pilihan Encik Hairie memang tepat. Beliau telah berjaya membantu pasukan 9M2M mengukir kejayaan lagi dalam pertandingan tersebut.

sebagai 9M2M dalam CQ WPX 2016
Kecemerlangan 9M2PUL tidak terhenti disitu sahaja. Beliau terus mengukir dan mengorak langkah dalam bidang ini. Baru-baru ini, beliau juga telah dipanggil oleh Tacticom, untuk menjadi Morse Code Trainer dalam Kursus Pegawai APM 2017 yang berlangsung di Pulau Redang, Terengganu. Pihak APM telah memberi kepercayaan penuh kepada beliau untuk membimbing para pegawai APM dalam mengenali dan menguasai morse code. Segala kemahiran dan ilmu pengetahuan beliau dalam ilmu morse kod ini beliau kongsi bersama dalam kursus tersebut. Terima kasih 9M2PUL.

Syaiful menjadi tenaga pengajar kepada pegawai APM Malaysia
Semoga beliau, 9M2PUL terus mengukir kejayaan demi kejayaan dalam dunia radio-sport ini. Kemahiran yang tinggi serta ilmu radio yang mantap akan menyemarakkan lagi api kejayaan beliau. Semoga 9M2PUL terus menjadi operator yang berkualiti dan seterusnya menjadi pemangkin untuk menghidupkan semangat operator-operator tanahair yang lain agar mengikuti jejak langkah kejayaan beliau. Mudah-mudahan dengan kekuatan kemahiran dan pengetahuan beliau, ianya dapat mencipta kecemerlangan dan memartabatkan radio amatur tanahair ke mercu kejayaan dengan lebih cemerlang lagi. 

"Di dahan bebaru bergurit kedidi, seolah berpesan ulang-ulangan, kesungguhan Syaiful sungguh menjadi, Kejayaan berkesan cemerlang gemilang...." 73 Zaki. 

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d