Tuesday, August 29, 2017

Portable Station : 9m2zak/p


Cuti seminggu sempena cuti pertengahan penggal kedua persekolahan, aku balik kampung. Balik ke Kuala Perlis. Menghabiskan seminggu di sini, dan terus menyambut hari raya korban di sini. Untuk itu, aku membawa balik Kenwood TS-50 siap dengan ATUnya sekali. Antenna yang digunakan adalah endfed yang cover band 160m hinggalah ke 6m. Power supply pula RM ITALY SPS1050 55amp.


Objektif pada kali ini ialah ingin melihat sejauh mana persembahan ant end-fed tersebut. Endfed tersebut berkeupayaan 200w. Tetapi aku hanya akan test pada kekuatan 100w sahaja. Setakat artikel ini ditulis, aku berjaya mengutip 33 station dari 19 buah negara. Semuanya dalam mode kegemaran, iaitu CW. Baiklah...sampai sini dahulu, nanti apa-apa aku akan update mengenai portable station ini lagi. Ni nak sambung cq sebenarnya...73 de Zaki

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d