Sunday, August 13, 2017

Pengurusan bencana : senarai definisi

Agensi Bantuan dan Pemulihan ertinya agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bantuan kebajikan, khidmat kaunseling, logistik dan sebagainya dalam pengurusan bencana negara; 

Agensi Kerajaan ertinya semua agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan di semua lapisan pentadbiran sama ada di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah termasuk Pihak Berkuasa Tempatan; 

Agensi Peneraju Utama ertinya agensi yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk menerajui pengurusan Bencana Negara secara keseluruhannya iaitu Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri

Agensi Peneraju ertinya agensi yang dipertanggungjawabkan mengurus sesuatu kejadian Bencana mengikut bidang kepakaran masing-masing; 

Agensi Penyelamat ertinya agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat serta memberi perkhidmatan perubatan kecemasan dan bantuan logistik lain ketika sesuatu kejadian bencana;

Bencana ertinya suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif;

 Darurat Bencana ditakrifkan sebagai satu keadaan Bencana besar yang melibatkan banyak nyawa terkorban, kemusnahan harta benda yang ekstensif, menggugat keadaan sosial, ekonomi dan politik serta keselamatan dan ketenteraman awam;

Kejadian Bukan Bencana ertinya kejadian atau kemalangan yang bersifat kecemasan yang melibatkan sejumlah kecil mangsa dan kesannya hanya kepada mangsa terlibat. Kejadian atau kemalangan yang bercorak ini tidak mempunyai kemungkinan untuk merebak. Kejadian atau kemalangan ini kebiasaannya dapat dikendalikan dalam tempoh masa yang singkat oleh agensi-agensi yang berkenaan dengan menggunakan sumber atau kemudahan yang minima di peringkat tempatan;

Kesedaran Awam ertinya pengetahuan umum mengenai Bencana dan risiko serta faktor berlakunya Bencana dan tindakan yang boleh diambil secara individu atau secara kolektif untuk mengurangkan kejadian dan kesan Bencana;

Kesiapsiagaan ertinya pengetahuan dan keupayaan yang dibangunkan oleh agensi, masyarakat dan individu supaya berkebolehan untuk menjangka, bertindak balas, dan pulih daripada kesan-kesan Bencana secara efektif;

Pemulihan ertinya proses membaikpulih dan menambahbaik yang bersesuaian terhadap kemudahan dan kehidupan masyarakat yang terjejas akibat Bencana termasuk langkah mengurangkan faktor risiko Bencana;

Pencegahan ertinya usaha-usaha yang dijalankan bagi mengelak sesuatu kejadian Bencana daripada berlaku; “Pengurangan Risiko Bencana” ertinya satu konsep dan amalan secara sistematik untuk menganalisa dan menguruskan faktor penyebab Bencana, termasuk mengurangkan keterdedahan terhadap bahaya Bencana dan kemusnahan harta benda, mengamalkan pengurusan tanah dan alam sekitar yang mapan, serta mempertingkatkan Kesiapsiagaan individu, masyarakat dan agensi untuk menghadapi Bencana; 

Peredaan ertinya usaha-usaha yang dijalankan bagi mengurangkan impak sesuatu kejadian Bencana; “Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)” ertinya tempat di mana Komander Operasi Bencana menyelaras dan menentukan aturgerak Agensi Penyelamat dan Agensi Bantuan dan Pemulihan bagi mengendalikan operasi mencari dan menyelamat di samping memastikan perkara-perkara berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam dikendalikan dengan baik;

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) ertinya tempat di mana Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana setiap peringkat menyelaras dan mengawasi perkembangan usaha-usaha menangani Bencana, operasi mencari dan menyelamat serta bantuan kecemasan dilaksanakan dengan segera, teratur, terselaras dan berkesan; 

Sistem Amaran Awal ertinya sistem untuk menjana dan menyebarkan amaran berkenaan sesuatu kejadian Bencana dalam tempoh masa yang bersesuaian bagi membolehkan individu, masyarakat dan organisasi bersiap sedia dan bertindak sewajarnya dalam tempoh masa yang mencukupi untuk mengurangkan kemungkinan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa; 

Tindak Balas ertinya tindakan penyediaan perkhidmatan kecemasan dan bantuan awam semasa atau sebaik sahaja berlakunya Bencana dengan tujuan menyelamatkan nyawa, menjamin keselamatan awam dan membantu dari segi keperluan asas mangsa Bencana. 

No comments:

HF Mobile QSQs : 9M2PUL/M - 9M2YOT/M - 9W2RUT/M

Petang tadi sekitar jam 7 pm, aku berkesempatan ke udara melayan 3 station yang sedang mobile di 7130mhz. Iaitu 9M2PUL/M ( Alor Setar),...