Tuesday, July 4, 2017

Raspberry Pi – Installing On Screen Keyboard

On Screen Keyboard

7 inci touch screen display untuk Pi3 memang berguna. Berguna kerana kita akan menjimatkan penggunaan usb port pada pi3, jadi tidaklah akan nampak serabut, malah sedap mata memandang serta yang paling penting sekali, ianya akan memudahkan operasi pi3 kita, terutama bagi mereka yang sentiasa mobile ke hulur dan ke hilir, selepas ini tidaklah perlu usung keyboard mouse bagai.

Untuk itu, pada post ini saya akan gunakan software yang sangat popular bagi tujuan tersebut iaitu matchbox-keyboard. Jadi langkah pertama sekali ialah kita dapatkan dahulu software ini.

$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get upgrade 
$ sudo apt-get install matchbox-keyboard 
$ sudo reboot
selepas kita reboot, didapati ianya tiada dalam “Accessories” kerana Raspian versi yang terkini tidak ada, ianya hanya akan ada pada versi yang lama. Jadi di dalam post ini, kita akan letakkan icon keyboard pada accessories dan juga pada task bar untuk memudahkan lagi operasi kita semasa diperantauan, sebab jika kita di shack...ianya tidak jadi masalah sebab kita boleh guna VNC dan kawal dari PC utama.

Langkah Pertama : Creating a matchbox-keyboard Script

$ cd /usr

/usr $ cd bin

/usr/bin $ sudo nano matchbox-keyboard.sh 

masukkan line ini dan save


PID=`pidof matchbox-keyboard`
if [ ! -e $PID ]; then
  killall matchbox-keyboard
else
 matchbox-keyboard&
fi
Make the script executable....
/usr/bin $ sudo chmod +x /usr/bin/matchbox-keyboard.sh
maka siap...
Langkah Kedua : Add it to the Start Menu
$ cd /usr/share/applications
/usr/share/applications $ nano matchbox-keyboard.desktop
Edit file tersebut, dengan tambahkan line ini 


[Desktop Entry]
Name=Matchbox Keyboard
Comment=Run Matchbox Keyboard
Exec=matchbox-keyboard.sh
Type=Application
Icon=matchbox-keyboard.png
Categories=Panel;Utility;MB
X-MB-INPUT-MECHANISM=True
save dan exit...

Langkah Ketiga : Add it to the Task Bar 

Edit file /home/pi/.config./lxpanel/LXDE-pi/panels/panel


$ cd .config
$ cd lxpanel
$ cd LXDE-pi
$ cd panels
$ nano panel
pada nano, letakkan line ini diatas line bluetooth, 
copy kesemua line dibawah ini, dan paste pada nano, letakkan line ini di atas line bluetooth.
Plugin {
    type = launchbar
    Config {
        Button {
            id=matchbox-keyboard.desktop
        }
    }

Plugin {
    type = space
    Config {
        Size=2
    }
}
save dan exit dari nano, kemudian... restart.

$ /usr/bin/lxpanelctl restart

dan reboot, selepas itu pasti akan kelihatan icon keyboard pada sebelah icon bluetooth dan juga pada dalam Accessories.







Selamat mencuba dan semoga ianya bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. 73

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...