Sunday, July 30, 2017

acarsdec 3.4 : Monitoring Full Message Format Part #3


Eksperimen memantau ACARS iaitu (Aircraft Communication Addressing and Reporting System) diteruskan. Sebenarnya projek braket skrin 7 inci untuk raspberry pi3 aku ini adalah untuk inilah. Tujuannya adalah untuk senang memantau ACARS dan mengumpulkan mesej-mesej yang diterima daripada kapal terbang. Selain daripada mengumpul packet aprs daripada satelite, kumpul imej dari satelite, hobi mengumpul mesej daripada kapal terbang pun aku jadikan sebagai salah satu hobi kegemaran. Hobi manusia ni kan ada macam-macam jenis dan ragam. Tapi yang pastinya, setiap hobi itu ada kesamaan dari segi tingkahlakunya...iaitu mengumpul. Sebagai contoh, kita lihat hobi-hobi yang klasik seperti mengumpul setem, kumpul barangan antik, kumpul jam tangan, kumpul kereta, kumpul barangan coca-cola dan kumpul itu dan kumpul ini. Tetapi hobi aku ini agak berlainan sikit, iaitu mengumpul data, namun ianya masih dalam kategori hobi dalam kelas MENGUMPUL juga. 

Hari ini, lebih tepat pada malam tadi. Nasib baik rasanya...dapat pintas satu text mesej daripada kapal terbang. Lihat gambar dibawah.


Jika dilihat pada data tersebut, mesej tersebut datang dari channel #1, iaitu frequency 131.450mhz pada pukul UTC 13:40:09 dan ianya datang daripada sebuah kapal terbang yang berpendaftaran VH-QPH. Jika disemak aircraft registration, VH-QPH ini adalah sebuah kapal terbang dari negara  Australia. Jadi ok lah tu. Menambah koleksi mesej aku. Ok bye 73 

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d