Wednesday, July 12, 2017

Installing multi-channel ACARS decoder - Acarsdec 3.4 Part #1

Sedikit info mengenai ACARS.


ACARS (Aircraft Communications Addressing and Report System) atau (Sistem Pengesanan dan Laporan Komunikasi Pesawat) adalah satu sistem digital yang menghantar mesej pendek antara pesawat dan ground-station melalui gelombang radio samada dalam mode VHF atau HF serta mode satelite (Iriduim / Inmarsat). Protokol ini direka oleh ARINC (Radio Aeronautical, Incorporated) dan mula digunakan pada tahun 1978 sehingga kini dengan menggunakan format Telex. 

Pada posting kali ini, saya akan cuba menangkap mesej ACARS ini dengan menggunakan Raspberry Pi3 dan juga dongle RTL-SDR. Baiklah... mari kita mulakan:

Pertama sekali :

sudo apt-get update
sudo apt-get install git-core
sudo apt-get install git
sudo apt-get install cmake
sudo apt-get install libusb-1.0-0-dev
git clone git://git.osmocom.org/rtl-sdr.git
cd rtl-sdr
mkdir build
cd build
cmake ../ -DINSTALL_UDEV_RULES=ON
make
sudo make install
sudo ldconfig
cd ~
sudo cp ./rtl-sdr/rtl-sdr.rules /etc/udev/rules.d/
sudo reboot

kemudian, untuk elak Raspberry load kernel module,
edit /etc/modprobe.d/rtl-sdr-blacklist.conf file
Untuk tujuan itu, maka...

sudo nano  /etc/modprobe.d/rtl-sdr-blacklist.conf

dan tambah line ini,

blacklist dvb_usb_rtl28xxu
blacklist dvb_usb_v2
blacklist rtl_2830
blacklist rtl_2832
blacklist r820t
reboot
sudo reboot

Install acarsdec

sudo apt-get install libsndfile1-dev
sudo apt-get install libasound2-dev
sudo apt-get install librtlsdr
git clone https://github.com/TLeconte/acarsdec.git
cd acarsdec
make
sudo ldconfig
Test acarsdec decoder
cd acarsdec
./acarsdec -o1 -v -p -22 -g 400 -r 0 131.450 131.550

Jika berjaya, paparan ini akan muncul selepas beberapa minit, bergantung
kepada trafik udara kawasan anda

Found 1 device(s):
  0:  Generic, RTL2832U, SN: 77771111153705700
Using device 0: Generic RTL2832U
Found Rafael Micro R820T tuner
Tuner gain : 40.200000
Set center freq. to 131575000Hz
Exact sample rate is: 2500000.107620 Hz
Decoding 2 channels
#1 (L: -32 E:2) 12/07/2017 14:27:19 .9M-AHT        2 _d 

Jika dilihat, dari data diatas, sebuah kapal terbang dari Malaysia  (9M-AHT) baru sahaja melintas atau berada berdekatan dengan kawasan saya iaitu Kulai, Johor.

Jika tiada apa-apa yang berlaku, sila pastikan nilai PPM dongle anda itu.

./acarsdec -o1 -v -p -22 -g 400 -r 0 131.450 131.550

Jika dilihat line diatas, nilai -p (PPM) dongle saya itu adalah -22.
Angka ini saya perolehi dari software kalibrate. Untuk tujuan itu,
software kalibrate rtl digunakan,

cd ~/
sudo apt-get install libtool autoconf automake libfftw3-dev 
librtlsdr0 librtlsdr-dev libusb-1.0-0 libusb-1.0-0-dev
git clone https://github.com/asdil12/kalibrate-rtl.git
cd kalibrate-rtl
git checkout arm_memory
./bootstrap
./configure
make
sudo make install
sudo reboot

kemudian, kita boleh calibrate dengan program calibrate-rtl ini,
untuk itu... GSM dijadikan sebagai panduan.
run command ini, utk scan GSM.

kal -s GSM900



ini adalah senarai freq GSM dikawasan saya, pilih sahaja mana-mana
dan run command ini,

kal -c 97



97 tu adalah channel GSM yang saya pilih dari gambar di atas. jadi secara tidak langsung, kita akan dapat nilai PPM dongle kita, dalam kes saya, dongle DVB-T+DAB+FM yang warna hitam dan nilai PPM ialah -22.442 ppm. tapi saya hanya ambik -22 sahaja. sebab kalau lari pun, ianya sikit sahaja.
Kemudian dimasukkan ke dalam line dibawah ini, untuk run-test dekoder kita samada elok atau tidak.

./acarsdec -o1 -v -p -22 -g 400 -r 0 131.450 

Freq 131.450mhz adalah freq yang digunakan sekitar kawasan Southeast Asia iaitu (Thailand, Malaysia, Singapore, Philippines). Dibawah ini adalah contoh mesej yang diterima oleh saya daripada kapal terbang yang berdekatan dengan menggunakan dekoder acarsdec ini.


Jumpa lagi pada post bahagian kedua, dimana kita akan teroka dengan lebih dalam lagi acarsdec ini. 73 Zaki

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...