Sunday, June 4, 2017

APRS I-gate with Bearcat 210xl



Semalam, saya cuba hidupkan kembali scanner usang ini. Lama juga ia duduk terperam begitu sahaja. Daripada duduk lepak begitu sahaja, baik ia diberikan tugas atau kerja. Baru ada sumbangan sikit kepada shack saya. Ingat duduk free apa, daripada rugi ruang atau space, baik berbakti kepada tuannya, lagipun... tugas yang saya akan berikan kepadanya ini amat mulia sekali. iaitu menangkap packet aprs daripada digipeater atau tracker dan sumbatkan ia ke dalam aprs.fi Sumbangan yang dilakukan ini adalah amat bermakna sekali kepada kaki aprs sekitar JB...tetapi apabila di monitor, ianya macam cover satu JB punya packet. Habis semua packet yg berkeliaran di Johor disedutnya. 


Faktor kedudukan merupakan kunci utama kenapa ia boleh tarik packet dari segenap johor. Lokasi base saya terletak di atas puncak bukit, Sea Level adalah 73m. manakala ant yang saya gunakan untuk I-Gate ini ialah dari Diamond, iaitu F23h. F23h ini pula di pasang di atas bumbung base. Base saya pula double story, jadi .... that's it.

Baru semangat nak mulakan projek, tiba-tiba terpandang pula pada bahagian ant scanner ini. Sebelum ini, memang tiada masalah sebab saya gunakan teleskopik. Rupanya untuk sambung ke external ant, scanner ini guna conector jenis lain. Jenis sama macam ant radio FM kereta. Tengok ni...


jadi modifikasi untuk sambungkan ia ke ant diperlukan, tanpa perlu potong coax. Untuk itu, saya buat satu adapter, adapter untuk membolehkan ia disambungkan kepada f23. Bukannya susah pun, mujur segala barang dan keperluan ada disekeliling, jadi mudahlah untuk buat semua ini.


Kemudian konektor ini disambungkan ke coax, dan seterusnya dicucuk masuk ke scanner. Jumper ini saya buat pendek sahaja supaya tidak nampak serabut. Lagipun nanti pada masa hadapan senanglah untuk saya cabut atau tukar balik, mana tahu...kut - kut nak guna f23 tu untuk check in dalam 2m net ka atau qso pada band 2m. 


Masalah antenna selesai, kemudian muncul satu lagi masalah. Masalah untuk hidupkan menatang ni. untuk itu, kawan tarik dari PSU yang ada ni dan ianya hidup. semua function yang ada pada scanner ini berfungsi seperti biasa, seperti auto search, scan, malah keypadnya pun masih elok dan berfungsi seperti sediakala. Ni scanner model lama ni, rasanya usia dia dah nak hampir sama dengan usia saya. Dia punya sensitif pula masih cun, kawan bandingkan dengan icom 2200h, mereka dapat copy sama dan serentak signal tu masuk. Tiada kelewatan berbanding Baofeng. Baofeng dia lewat sikit dalam satu saat macam tu. Kiranya... baofeng kalah lah dengan si tua nih.



Apabila semuanya sudah selesai, maka kini tibalah masanya untuk ke udara. Untuk menjadikan scanner buruk ini sebagai igate, kawan gunakan dua software, iaitu aprsis32 dan jugak agwpe. dua-dua sofware ini adalah percuma. cari sahaja di google, anda pasti akan mendapatkannya.


Baiklah, sampai disini sahaja dahulu cerita saya untuk hari ini. Jika ada kelapangan waktu, kita boleh bertemu lagi pada post-post yang akan mendatang. Selamat berpuasa, 73.

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d