Tuesday, June 6, 2017

10 Meter Band Report : Monitoring NCDXF Beacon


Dengan menggunakan CW Skimmer dan RBN Aggerator V4.4, pada hari ini saya berjaya menangkap beberapa signal dari beacon NCDXF/IARU International Beacon Project. Beacon NCDXF ini ada 18 kesemuanya dan ia bertaburan di seluruh dunia. Lihat gambar di bawah.


Beacon-beacon ini bertaburan pada hampir segenap pelusuk dunia. Objektif projek ini tidak lain tidak bukan adalah menyediakan data mengenai propogation terkini bagi setiap band HF. Data ini amat penting bagi radio amatur seluruh dunia kerana ianya secara tidak langsung memberitahu keadaan terkini sesuatu band dan arah mana pembukaan band secara tepat dan bukannya secara ramalan seperti perisian-perisian atau program ramalan propagation yang ada di internet. Data ini adalah real-time dan sudah pasti kebenarannya adalah 100% tepat.

Untuk itu, beacon-beacon ini akan memancar pada 5 band, iaitu band 10m, band 12m, band 15m, band 17m, dan band 20m. Dimana frequency-nya adalah seperti berikut bagi setiap band.
  1. Band 20m : 14.100 mhz mode CW
  2. Band 17m : 18.110 mhz mode CW
  3. Band 15m : 21.150 mhz mode CW
  4. Band 12m : 24.930 mhz mode CW
  5. Band 10m : 28.200 mhz mode CW
Setiap beacon ini akan memancar pada setiap 3 minit - 24 jam sehari  - 7 hari seminggu. Makna kata, ianya memancar pada setiap masalah, jadi sebab itu kita boleh jadikan ia sebagai rujukan terkini keadaan sesuatu band. Ia akan memancar pada kekuatan 100w pada transmisi pertama disertai dengan callsign beacon tersebut, kemudian di ikuti dengan 10w pada tone yang kedua, 1 watt pada tone yang ketiga dan 100 miliwatts pada tone yang keempat.

Apakah kegunaan keempat-empat tone tersebut?
Banyak kegunaan sebenarnya, kegunaan yang saya tulis dalam blog ini adalah dari perspektif saya sahaja, jika kalian ada idea yang lain, silakan... jadi antara kegunaannya ialah :
  1. Jika kita dengar ke semua 4 tone itu, bermakna band membuka sangat cantik, noise level adalah sangat rendah sekali. Jadi kita tidak perlulah transmit dengan high power, cukuplah sekadar 50% - atau 40% kuasa station kita. Jimat tenaga sikit.
  2. Jika kita dengar ke semua 4 tone itu, maknanya pancaran 100 miliwatt dari beacon itu jelas kedengaran. Maka..masa inilah peluang kita untuk mencuba operasi QRP. Masa inilah peluang kita untuk tambahkan /QRP di belakang callsign kita. Ingat... mode QRP ini pun ada ganjaran awardnya.
  3. Jika kita dengar satu tone sahaja, maknanya kita mendengar pancaran 100w dari beacon tersebut. Maka jika anda bercadang untuk ke udara pada masa itu, maka saya cadangkan QRO kuasa anda dan jika ada RF Amp, maka sesuailah gunakan ia supaya panggilan CQ anda itu akan di jawab.
  4. Jika kita tidak dengar keempat-empat tone tersebut, maknanya band tidak membuka pada arah antenna yang anda halakan itu, jadi sesuailah tukar arah beaming yagi anda ke arah yang lain pula.
Jadi berbalik kepada report saya pula...dah jauh tersasar dari objektif utama posting ini, iaitu report mengenai band 10m. Semasa pemantauan saya mengenai band 10m ini, didapati pada hari ini band 10m membuka sekejap sahaja dan ianya membuka ke arah jepun. Ini berdasarkan pada data transmisi beacon yang dikutip oleh CW Skimmer dan RBN Aggerator. 

Menggunakan CW Skimmer dan RBN Aggerator ini adalah sangat bagus sekali dalam usaha kita memantau keadaan band. Ini adalah kerana kita tidak perlu terpacak dihadapan radio untuk mendengar dan key-in kedalam cluster. Dengan CW Skimmer dan Aggerator, semua akan diuruskan oleh komputer.

Signal beacon yang didengar oleh radio akan pergi ke CW Skimmer untuk di dekodkan. Data yang telah di dekod itu pula akan di hantar ke Aggerator dan aggerator itu pula akan masukkan data tersebut ke dalan server RBN. Seterusnya akan terpampang pada website RBN, iaitu http://www.reversebeacon.net. Contohnya adalah seperti gambar di bawah.


Saya sengaja memilih untuk memantau band 10m kerana ingin melihat patern dan keadaannya. Sejak kebelakangan ini, band ini amat teruk sekali. Pembukaannya jarang-jarang berlaku. Jika dilihat pada gambar di atas, ianya membuka tidak menentu dan tidak stabil. Pukul UTC 0707z ianya membuka, kemudian senyap selama hampir sejam lebih, membuka pula pada UTC 0828. Kemudian senyap terus. Jadi disini nampak dengan jelas bagaimana keadaannya. Membuka selama beberapa minit sahaja. Dan membuka ke arah Jepun. Jika kita CQ sepanjang jam tersebut, mungkin satu atau dua contact akan berjaya dilakukan tetapi selepas itu....senyap. Berbeza dengan band 20m...band 20m lain la wei.... 

Nampaknya band 10m pada hari ini amat teruk sekali. Membuka pada masa singkat sahaja. Tetapi ingat..ianya tetap membuka juga, bukannya mati terus seperti dakwaan yang terdapat dalam beberapa software ramalan kaji propogation. Inilah kelebihan beacon sebenarnya...data ia adalah tepat. Bak kata 9M2MDX, RBN tidak menipu wei... 73 zaki 9m2zak.

p/s esok kita kaji lagi.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...