Thursday, April 27, 2017

My new DXCC #231 : A25UK from Botswana


Kejadian baru berlaku 15 minit yang lalu, sebenarnya daripada petang tadi kawan memburu callsign ini. Dengan penuh kesabaran memanggil di 18073.00 mhz. Akhirnya kesabaran kawan mendapat pulangannya. Tiba-tiba callsign kawan dipanggil olehnya. Sungguh tidak disangka kerana pada ketika itu, A25UK ini mendapat pileup yang hebat dari station Jepun dan mereka pula datang dengan kuasa tinggi (BIG GUN). Namun dengan berbekalkan sedikit ketabahan dan kesabaran, ianya berhasil dan menambahkan lagi bilangan DXCC kawan, iaitu menjadi #231 DXCC. Bagi yang belum mendapat lagi, jangan risau kerana mereka akan ke udara dari 25 April hingga 5 May 2017, dalam mode phone, cw dan rtty dari 160m hingga 10m. Selamat memburu...73 Zaki

27/4/2017 12:45:12 UTC / A25UK / 18073.00 / CW / 599 599  

No comments:

Testing aprs yaesu FT2DR