Saturday, April 29, 2017

Thursday, April 27, 2017

Raspberry Pi 3 APRS IGate : Secara asasnya.


Kali ini, saya menggunakan Raspberry Pi sebagai platform utama bagi projek IGate. Sebelum ini saya menggunakan PC untuk tujuan tersebut, kali ini saya cuba pula dengan Pi 3. Saja suka-suka, Bagi yang ingin mencubanya di bawah ini saya sertakan langkah-langkahnya.

Langkah pertama, update firmware dahulu.

sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade
sudo rpi-update
sudo reboot

Langkah kedua, install libasound2.dev

sudo apt-get install libasound2-dev

Langkah ketiga, download Dire Wolf

cd ~
git clone https://www.github.com/wb2osz/direwolf
cd direwolf

untuk dapatkan version yang paling stabil bagi Dire Wolf, taip

git tag

kemudian akan keluar senarai version yang ada, jika tidak tahu nak pilih yang mana satu, taip 

git checkout dev

Langkah keempat, compile dan install

cd ~/direwolf
make
sudo make install
make install-rpi
make install-conf

Langkah kelima, percubaan pertama, taip

cd ~
direwolf

sepatutnya paparan seperti di bawah ini, akan kelihatan, jika tidak, sila ulangi langkah pertama kembali.

Dire Wolf version …
Audio device for both receive and transmit: default
Could not open audio device default for input
No such file or directory
Pointless to continue without audio device.

jika paparan diatas kelihatan, ini bermakna anda sudah pun berjaya dan mari kita teruskan setup kita.

Langkah keenam, audio input / output

Sebenarnya Raspberry Pi sudah ada built-in output audio tetapi untuk input, ianya tidak ada. Tiada audio input. Untuk memastikannya ada atau tidak output audio devices pada Pi3, taip ini pada terminal

aplay -l

paparan ini akan kelihatan,

 **** List of PLAYBACK Hardware Devices ****
card 0: ALSA [bcm2835 ALSA], device 0: bcm2835 ALSA [bcm2835 ALSA] 
Subdevices: 8/8
 Subdevice #0: subdevice #0
 Subdevice #1: subdevice #1
 Subdevice #2: subdevice #2
 Subdevice #3: subdevice #3
 Subdevice #4: subdevice #4
 Subdevice #5: subdevice #5
 Subdevice #6: subdevice #6
 Subdevice #7: subdevice #7
card 0: ALSA [bcm2835 ALSA], device 1: bcm2835 ALSA [bcm2835 IEC958/HDMI]
 Subdevices: 1/1
 Subdevice #0: subdevice #0

Jadi nampaknya memang sahlah ada output audio. Mari kita semak samada ada atau tidak input audio device yang built-in bagi Pi3 ini, untuk itu, taip ini pada terminal

arecord -l

saya percaya, paparan ini akan muncul,

**** List of CAPTURE Hardware Devices ****

Jadi bermakna sahlah tiada audio input device, Maka disini saya cadangkan kepada rakan-rakan guna USB sound card. Macam saya, saya guna C-Media USB Sound Card. Gambar dibawah

kemudian cucuk usb external sound card ini pada Pi3 anda, dan untuk memastikan yang ianya dikesan, taip semula 

arecord -l

sepatutnya paparan ini akan kelihatan,

**** List of CAPTURE Hardware Devices ****
card 1: CODEC [USB Audio CODEC], device 0: USB Audio [USB Audio] 
Subdevices: 1/1
Subdevice #0: subdevice #0

jika nampak paparan di atas, maknanya oklah tu.

Langkah ketujuh : direwolf.conf

Kali ini, kita setup callsign kita, kedudukan station kita seperti long-lat, server aprs, beacon dan pelbagai lagi perkara berkaitan dengan IGate kita. Untuk itu, ianya perlu di edit pada file direwolf.conf. Fili ini berada di 

/home/pi/direwolf.conf

buka file direwolf.conf dan edit pada bahagian yang saya hitamkan itu, tapi jangan hitamkan pula dalam file tu, ni hanya utk panduan


#
# Sample configuration for SDR read-only IGate.
#

# We might not have an audio output device so set to null.
# We will override the input half on the command line.
ADEVICE null null
CHANNEL 0

# Put your callsign in place of xxx below.
MYCALL XXX

# Pick appropriate servers for your geographical region.
#
#      noam.aprs2.net    - for North America
#      soam.aprs2.net     - for South America
#      euro.aprs2.net      - for Europe and Africa
#      asia.aprs2.net       - for Asia
#      aunz.aprs2.net      - for Oceania
#
# Change the following line if you are not in North America.
IGSERVER asia.aprs2.net

# You also need to specify your login name and passcode.
# This is the same passcode you would use with any other IGate
# application. Contact the author if you can't figure out
# how to generate the passcode.

IGLOGIN XXX 123456

# That's all you need for a receive only IGate which relays

# messages from the local radio channel to the global servers.

Gantikan dengan callsign sendiri siap dengan SSID pada XXX dan pada 123456 tu, gantikan ia dengan passcode anda sendiri.

Langkah kelapan : Ujian sebenar

Dengan menggunakan handy/mobile rig/scanner 2m band anda. Cucuk kabel stereo ke speaker handy/mobile rig/scanner anda dan tune ke 144.390mhz. Hujung stereo kabel satu lagi anda cucuk pada MIC External USB Sound Card anda. Kini anda sudah bersedia untuk ke udara.

reboot Pi 3, dan pada terminal, taip

cd ~
direwolf

Jika paparan lebih kurang macam ini kelihatan, anda sudah pun berjaya. Jika tak, sila ulang langkah pertama




Semoga posting kali ini memberi manfaat kepada kita. 73 Zaki 9M2ZAK



My new DXCC #231 : A25UK from Botswana


Kejadian baru berlaku 15 minit yang lalu, sebenarnya daripada petang tadi kawan memburu callsign ini. Dengan penuh kesabaran memanggil di 18073.00 mhz. Akhirnya kesabaran kawan mendapat pulangannya. Tiba-tiba callsign kawan dipanggil olehnya. Sungguh tidak disangka kerana pada ketika itu, A25UK ini mendapat pileup yang hebat dari station Jepun dan mereka pula datang dengan kuasa tinggi (BIG GUN). Namun dengan berbekalkan sedikit ketabahan dan kesabaran, ianya berhasil dan menambahkan lagi bilangan DXCC kawan, iaitu menjadi #231 DXCC. Bagi yang belum mendapat lagi, jangan risau kerana mereka akan ke udara dari 25 April hingga 5 May 2017, dalam mode phone, cw dan rtty dari 160m hingga 10m. Selamat memburu...73 Zaki

27/4/2017 12:45:12 UTC / A25UK / 18073.00 / CW / 599 599  

Sunday, April 23, 2017

Worked with TC571SAV, callsign istimewa untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad (SAW)


TC571SAV to Commemorate the Birth of Prophet Muhammed (SAV)

Malam tadi semasa DX, kawan dihubungi oleh sebuah station dari Turki, selepas kawan semak di QRZ.com, ternyata ianya adalah sebuah callsign istimewa. Istimewa kerana di dalam callsign tersebut ada maksudnya iaitu 571. Seperti mana yang kita maklum 571 itu merujuk kepada tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, iaitu 20 April 571 Masihi bersamaan dengan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah


TC571SAV adalah sebuah callsign istemewa untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang di uruskan oleh Abdul Kadir TA3AER yang bertapak di Balikesir, Turki. Signal kedua-dua station itu kuat dan berjaya menindan barisan callsign-callsign semasa kawan pile-up malam tadi. Semoga Abdul Kadir TA3AER sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH SWT. 73 zaki




TA3AER

Saturday, April 15, 2017

CQMM DX 2017 Contest


Menerima jemputan dari Ed, PY4WAS iaitu Presiden kelab CWJF untuk sertai contest anjuran mereka iaitu sebuah kelab radio dari Brazil, iaitu CWJF Group. Jadi sebagai seorang kawan, saya memenuhi jemputan dia. CQMM DX ini akan bermula sebentar lagi, iaitu jam 8.00 malam waktu tempatan hingga jam 7.59 pagi hari Isnin nanti.

                                                                  Selamat Berjuang


Friday, April 14, 2017

Russian Meteor M2 Satelite Image : 15 April 2017


QYT KT-8900D : Review from Kulai


Pada posting kali ini, saya ingin berbicara mengenai sebuah VHF/UHF transceiver keluaran syarikat Fujian Nanan Quan Yi Electronics Co., Pada kali ini, saya ingin berbicara tentang model QYT-KT-8900D. Model ini pada masa kini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada peminat band 2m dan juga 70cm. Ini adalah kerana keupayaannya yang boleh Dual Band iaitu VHF dan UHF dan yang paling menarik sekali ialah keupayaannya untuk standby empat freq sekaligus. Nak lebih ranggi lagi, disebut Quad-standy serta mempunyai paparan jenis LCD dan boleh ditukar kepada 9 warna mengikut selera anda, iaitu Black, White, Red, Blue, Green, Yellow, Indigo, Purple dan Gray. Wow!!!


QYT-8900D ini mempunyai keupayaan memancar pada 20w dan boleh dinaikkan ke 25w maksimun. Ianya juga mempunyai port untuk external speaker. Namun oleh kerana audionya yang kuat, saya rasa external speaker tidak perlu kut. Audionya kedengaran agak treble sikit, namun itu bukanlah satu masalah kerana ketajaman audionya itu sebenarnya banyak membantu kita mendengar dengan lebih baik jika si kecil ini dipasangkan di dalam kereta atau lori atau bas atau sebagainya. Freq bagi band 2m ialah 136mhz hingga 174mhz, manakala bagi band 70cm plak, ianya bermula dari 400mhz hingga 480mhz. Paparan hadapan transceiver comel ini amat menarik sekali, dimana apabila kita hidupkan ia (knob sebelah kiri) Perkataan Welcome KT-8900D akan kelihatan. Manakala apabila dimatikan, paparan Goodbye akan menjelma sebelum ianya terus padam.


Butang FM yang berada di sebelah kanan itu pula akan membawa kita terus ke freq Radio FM Tempatan seperti HotFM dan sebagainya. Tetapi yang menariknya, paparan 4 freq yang kita sedang monitor tadi masih ada dibahagian atasnya. Rig ini juga mempunyai keupayaan untuk diprogramkan melalui komputer. Pada bahagian belakangnya, ada disediakan port untuk Data. Untuk memastikan yang rig ini sentiasa sejuk, kipas juga disediakan pada bahagian belakangnya. 


Oleh kerana kuasa pemancarannya sekitar 20w hingga 25w. Jadi disini saya sarankan rakan-rakan semua sediakan power supply yang mempunyai nilai amp yang tinggi. Audio TXnya pula adalah baik, dimana audio saya jelas kedengaran dan tiada distortion. Untuk memory pula, kita boleh simpan maksimun 200 memory. Jadi... makna kata (gaya orang Perlis cakap) kita boleh simpan semua freq Simplex Channel dan juga semua freq repeater di seluruh Malaysia. Lupa nak bagitau, rig ini ada dua pilihan bahasa, iaitu bahasa inggeris dan juga bahasa Chinese. Apabila anda membeli transceiver ini, anda akan dibekalkan dengan senarai peralatan berikut:

1 x Microphone
1 x Car Power Cable
1 x Clip untuk Mic
1 x Mounting Braket
1 x bungkus skru
1 x buku manual dalam bahasa inggeris


                           

Jadi secara keseluruhannya. Saya amat berpuashati dan tertarik dengan transceiver ini dan sememangnya ianya akan kekal berada dalam mobile kawan kerana ianya kecil, mudah untuk install dimana celah sekalipun, audionya yang baik, boleh monitor 4 freq sekaligus, jadi boleh moni 4 repeater sekaligus. Sudah pasti urusan untuk lompat ke repeater-repeater yang akan jadi lebih mudah serta menambahkan lagi keceriaan perjalanan kita dengan paparan yang berwarna-warni itu.   
                                                       
                                                            73 9M2ZAK Zaki, Kulai, Johor

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d