Friday, March 10, 2017

Operasi repeater dan FM mode


Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang lulus RAE baru-baru ini. Jadi apabila sudah mendapat lesen, maka secara automatiknya kalian semua sudah bebas terbang dengan menggunakan callsign anda sendiri pada freq yang ditetapkan oleh SKMM. Pada post kali ini, saya akan fokus kepada mode FM dan repeater.

Repeater atau pengulang secara asasnya memancar ulang atau repeat kembali signal FM yang didengarinya pada sesuatu freq dan memancar kembali pada freq yang berlainan. Signal yang diterima oleh pengulang tersebut tidak disimpan atau di-save ke dalam memori pengulang tetapi signal tersebut dipancarkan semula pada freq yang berlainan pada masa yang sama dikala signal itu diterima. Proses ini dikenali sebagai Duplex atau Operasi Duplex. 

Kebanyakkan repeater menggunakan mode FM kerana faktor kemudahan. Iaitu peralatannya mudah didapati, mudah diapatasi dan mudah dibaiki serta mudah mencari alat ganti jika berlaku sebarang masalah. Di atas faktor tersebutlah maka FM repeater menjadi sangat popular di kalangan pengamal radio amatur di serata dunia secara amnya. Lagipun mode FM ini adalah KEBAL dari gangguan statik berbanding dengan mode AM ( LSB-SSB) dan jika signal kita cantik dari segi kuasa dan kedudukan kita (LOS), maka kita akan menghasilkan satu pancaran yang amat baik kualiti audio dan kekuatan signalnya. Jadi sebab itulah FM mode ini sangat sesuai untuk lokal dan segala operasi berbentuk regional.

Jika repeater tersebut diletakkan di kawasan yang tinggi seperti di puncak gunung atau bukit, ianya akan menjadi sangat sensitif kerana faktor LOS ( Line Of Sight). Sangat sensitif ini bermakna ianya akan mudah menangkap signal yang dipancarkan dari transceiver berkuasa rendah seperti walkie talkie ( 0.5watt - 5 watt) dan mengulang pancar signal tersebut pada kekuatan tertentu bergantung kepada jenis transceiver yang digunakan sebagai TX pada pengulang tersebut. Kebanyakkan repeater homebrew menggunakan handy 5w sebagai TX manakala bagi pengulang komersil, mereka menggunakan transceiver berkeupayaan 15w ke 25w untuk mengulang pancar kembali signal yang diterima itu. Kawasan liputan pula selalunya dalam lingkungan 30km ke 50km bergantung kepada kecekapan ant RX repeater tersebut dan window atau kedudukannya di puncak atau di atas bukit sana.

Kebanyakkan Ham Radio FM Repeater ini diselenggara sendiri oleh kelab atau persatuan yang memasangnya. Di Malaysia, kita ada beberapa persatuan atau kelab radio amatur yang aktif dan mereka mempunyai rangkaian pengulang mereka sendiri. Antara yang aktif dan popular ialah JASRA, MARTS, ASTRA, SARES, ARCS, KARTS, KRATA, NESRAC, PERAMAH, MARES, RAKL, PEMANCAR, HUSAR, ARECTMJ, PARTS, SCORE, AKRAB, ARKB, dan SPARC, Anda boleh google untuk mendapatkan senarai freq dan kedudukan repeater mereka. 

Untuk berkomunikasi dengan menggunakan repeater, kita mestilah tahu apakah freq yang digunakan untuk TX dan apakah freq yang digunakan untuk RX bagi sesuatu repeater tersebut. Freq untuk RX dipanggil repeater input freq manakala freq TX (freq yang kita dengar orang QSO) dipanggil output freq. Perbezaan freq (khz) tersebut dinamakan OFFSET. Contohnya adalah seperti berikut:

Repeater TX Freq : 146.650 mhz, dan Repeater RX Freq : 146.050 mhz. Maka offset-nya ialah -600Hz. 

Oleh kerana di Malaysia kita ada banyak Kelab dan Persatuan Radio Amatur dan setiap kelab dan persatuan ini mempunyai repeater mereka masing-masing. Maka untuk mengurangkan interference daripada setiap repeater ini, fungsi tone-acces digunakan. Tone ini jugak dipanggil sub-audible, PL, atau CTCSS ( Continuous Tone Coded Squelch System) bagi sesetengah jenama walkie talkie. Lain jenama lain istilahnya tetapi functionnya adalah sama. Tone-acces ini akan membuatkan repeater itu pekak dan tidak akan respon pada freq yang tidak sama tone-nya. Dalam erti kata lain, repeater tersebut tidak akan ulang pancar signal terbabit walaupun freqnya sudah betul.

Baiklah, disini saya terangkan secara mudah dan ringan, bagaimana tone acces ini berkerja.

Apabila kita cuba ingin berkomunikasi dengan menggunakan repeater, kita mesti masukkan atau tambah atau injek low freq tone ( 69 ke 255 Hz) bersama audio pemancaran kita. Senarai tone ini saya percaya ianya ada disertakan dalam manual operasi transceiver anda. Kemudian, repeater akan menerima pancaran kita dan ianya akan periksa samada signal kita tadi ada atau tidak membawa tone yang sama dengan tone-nya (tone repeater). Jika sama, repeater tersebut akan mengulang-pancar pancaran kita semula pada freq TX-nya. Manakala jika tidak sama, repeater tersebut tidak akan mengaktifkan fungsi TX pada transceiver yang berkerja untuk TX. Tujuan system ini digunakan adalah untuk mengelakkan kejadian repeater transmit sendiri jika ada gangguan atau ada signal lain yang sama freqnya datang membuat kacau.

Kebanyakkan model FM tranceiver pada masa kini sudah tersedia fungsi tone dekoder didalamnya. Jadi kita tidak perlu gusar apakah tone yang digunakan oleh sesuatu repeater tersebut. Manakala, jika anda masih menggunakan model lama atau purba. Anda jangan khuatir, anda masih lagi boleh menikmati komunikasi dengan menggunakan repeater di kawasan lokalan anda dengan mendapatkan senarai freq dan tone daripada pelbagai sumber, seperti google, tanya kawan-kawan, dan yang terkini sudah ada aplikasi android. Anda boleh cari di Play Store app ini, repeater.my. Aplikasi ini adalah percuma dan dibangunkan oleh rakan radio amatur kita sendiri iaitu Mohammad Hafiz bin Ismail. Nama gelarannya, mypapit...hehehe.

Baiklah rakan-rakan, sampai disini sahaja dahulu topik kita pada hari Jumaat yang indah ini. Semoga post kali ini, sedikit sebanyak memberi gambaran yang jelas mengenai repeater dan kaitannya dengan FM mode. Salam 73 dari saya Zaki 9M2ZAK.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...