Friday, February 3, 2017

80m band report : 3 Februari 2017


Pagi ini, band mencatatkan bacaan noise yang rendah. S2 dan S1 tercatat di Kulai. Bacaan tersebut dicatatkan di Kulai pada pukul 4. 15 pagi waktu tempatan. Kawan merayau seketika iaitu sekitar 3.500 hingga 3.535. Memang ada kedengaran station yang sedang dx tetapi ianya agak terlalu lemah. Kawan ada dua pilihan pada masa itu, yang pertama...adakah aku akan CQ atau merayau-rayau sekitar band mencari stesen yang CQ. Keputusan segera perlu diambil kerana band 80m ini kadar masa pembukaannya adalah singkat. Jadi kawan ambil keputusan untuk CQ. Objektif utamanya ialah untuk melihat keupayaan ant sebenarnya. Melihat dan memantau prestasinya.

Sebaik sahaja parking di 3511.00 mhz, kawan tidak mengambil masa yang lama untuk CQ. Panggilan kawan disambut dengan kuatnya oleh sebuah stesen dari  Lithuania, iaitu LY7M, dan selepas itu terdapat beberapa stesen dari Eropah menerjah masuk. Kemudian selepas 25 minit berhempas-pulas bertarung dengan stesen eropah di 3511mhz. Kawan terpaksa angkat kaki kerana secara tiba-tiba sahaja noise naik mencanak di freq tersebut. Kawan berpindah ke 3509 pula selepas itu.

Kawan masih menerima hujanan callsign dari serata eropah dan malah kadangkala, stesen dari negara matahari terbit untuk kadangkala mencelah sama pada freq 3509.00 mhz. Selepas itu, band tiba-tiba menjadi sangat bising dan situasi kembali menjadi sangat bising. Fahamlah kawan... band sudah tidak cantik seperti awalan tadi. Namun kawan rasa amat berpuas hati dan gembira sebab berkesempatan merasai nikmat pile-up di band 80m walaupun seketika. Hasil pile-up seketika tadi, kawan berjaya mengutip 52 stesen dengan 17 DXCC masa lebih kurang 35 minit. Terima kasih rakan-rakan kerana menceriakan pagi kawan yang indah ini. Antara stesen yang berjaya kawan kutip ialah :

LY7M - OH2KI - DF2BO - IZ8XQC - S50YI - SP3DV - RW3DW - UA3DBH - VK2BJ - RD3K - US1IX - RL4A - RU3FM - HA8FK - UN7TX - UA0ZC - S51IV - SP9AQF - HA8KE - VK7CW - IK5CVV - EA3QP - EA1ALE - OK2ZA - JH1PXH - JA7BXS - JA0JWQ - JF1FSR - JA0XE - JH8LIY - JA1NVF - JA0FSB - JA3FSZ - JH6CDI - JF3BHV - JA1FHL - JA5BZL - IK6WEZ - JA8XOK - EA2KR - RW5C - RD4A - OK2RRR - RY4AEE - RZ3AM - OH2MA - RW3XW - JA4DND - PA3AKE - SM6NOC - SP3CFM -SP3DVG 

No comments:

Testing aprs yaesu FT2DR