Tuesday, February 28, 2017

MMTTY and Kenwood TS 2000 setup with BD7JAD Link5 Interface


Pada komputer anda, pergi ke volume properties, dan setkan seperti di bawah.

setkan speaker dari Link5 itu sebagai Default

setkan usb mic sebagai Default Device
Kemudian, pada Kenwood TS2000, Pergi ke menu 50, tekan button SUB dan setkan seperti  ketetapan berikut:

Menu: 50A:  OFF
          50B:  4
          50C:  9
          50D:  4
          50E: MAIN
          50F: 1200bps
          55:   off


Sekarang kita beralih kepada MMTTY pula. Saya percaya, rakan-rakan semua sudah pun download perisian MMTTY dari internet. Baiklah, mari kita setup.

pergi ke setup MMTTY

pergi ke bahagian TX, masukkan callsign anda, dan pada bahagian lain jangan kacau.
klik radio command, pada window radio comamand, pilih port ikut radio masing-masing, macam saya, saya guna com1, setkan baud rate 9600, Char wait 0, Data length 8 bits, Stop 1bit, Parity None, Flow control tick XON/XOFF dan tick CTS, manakala DTR/RTS tick pada PTT, Selepas itu, klik OK

kemudian pergi ke Misc, tick Sound, manakala yang lain jangan kacau

pergi ke Soundcard, dan plih USB Mic untuk Rx dan USB Speaker untuk TX
ada juga model yang guna C-media, jadi anda pilih Mic C-media dan Speaker C-media. Kemudian klik ok.

klik CQ1, dan anda sepatutnya TX. Sila lihat pada radio anda samada keluar power atau tidak. Jika tidak, sila semak semula soundcard anda dan jadikan ia sebagai default. Jika keluar power, anda boleh semak TX anda samada berjaya atau tidak pada RBN. Seperti di bawah.



selamat mencuba, 73

Thursday, February 9, 2017

9M2GET : Kisahnya...

Panggilan 9m2get tidak lagi asing dalam kalangan penggemar aktiviti radio amatur di negara ini. Callsignnya kerap disebut-sebut, meniti bibir ke bibir dikalangan warga radio amatur tanahair. Beliau adalah peneraju utama pasukan contest tanahair iaitu 9M2M. Dimana pasukan ini, telah berjaya mendapat plaque daripada 2 contest utama dunia, iaitu CQWW CW 2013 dan WAEDC 2015 SSB.

Plaque dari CQWW CW dan WAEDC ini sudah cukup untuk membuktikan kehandalan beliau dalam memburu kejayaan dalam dunia radiosport ini. Sejak menjadi orang radio lebih 14 tahun ini, kini beliau hanya menghuni band 40m jika ada kelapangan pada waktu petang, dan turut serta dalam contest-contest besar seperti CQWPX dan JIDX.

Pada setiap tahun, pasukan 9M2M dibawah kepimpinannya itu akan secara tetap menyertai contest CQWW, CQWPX, JIDX, WAEDC, Russian DX demi memberi cabaran kepada pasukan lain di seluruh dunia.

9M2GET Hairie anak kelahiran Arau, Perlis sebenarnya lebih meminati aktiviti hamradio seperti contest berbanding dengan aktiviti yang lain. Bagi beliau, dengan aktiviti contest...ianya dapat menyatukan semua bangsa dan agama dibawah satu band ataupun frequency dan aktiviti ini sememangnya mencabar minda dan stamina serta memerlukan skill teknikal yang tinggi untuk memberi cabaran kepada para contester dari seluruh dunia.

Bagi beliau, kelebihan utama dalam aktiviti radio amatur iaitu contest ini adalah membolehkan setiap operator mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita tanpa melihat atau mengira perbezaan status. Dalam dunia radio ini, soal darjat tiada istilahnya. Setinggi mana pun darjat operator itu, beliau tetap akan dipanggil dengan tanda panggilannya...dan bukannya dengan taraf kedudukannya. Malah...jika seseorang itu masih berbangga dengan status dan pangkatnya...maka tidak sesuai baginya untuk menjadi seorang pemegang lesen radio amatur.

Semoga Hairie 9M2GET meneruskan kecemerlangan beliau dalam bidang ini demi kebaikan radio amatur di tanahair yang tercinta ini. 73 9m2zak.





Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d