Friday, January 27, 2017

Imej Satelite Cuaca NOAA : Bagaimana untuk menerimanya dari rumah anda secara asas bagi beginner


Sebenarnya kita boleh mendapatkan imej satelite keadaan terkini tempat kita daripada beberapa satelite yang selalu melintas pada ruang udara di negara kita ini. Antaranya ialah satelite NOAA. Satelite NOAA ini akan sentiasa memancar signal yang mengandungi imej kawasan yang dilaluinya. Imej tersebut dipancarkan dalam bentuk mode APT, iaitu Automatik Picture Transmission pada frequency tertentu. Disini adalah senarai freq NOAA.

  • NOAA 15 – 137.6200 MHz
  • NOAA 18 – 137.9125 MHz
  • NOAA 19 – 137.1000 MHz














Jadi untuk memproses signal (APT) tersebut supaya menjadi imej, beberapa peralatan dan perisian diperlukan dalam usaha kita untuk mendapatkannya. Dalam blog ini, saya akan cuba guide rakan-rakan kaedah untuk merekod dan memproses signal NOAA supaya menjadi imej secara asas. Sebenarnya ada pelbagai cara lagi, tetapi seelok-eloknya untuk permulaan. Marilah kita kuasai perkara yang asas dahulu sebelum melangkah ke teknik yang lebih advance lagi. Untuk belajar berlari, kita perlu belajar berjalan terlebih dahulu, Baiklah, disini saya senaraikan resepinya.

1. RTL-SDR dongle : Dongle ini akan bertindak seperti sebuah receiver, dimana kita boleh setkan freq kepada freq NOAA iaitu 137 mhz. Dongle SDR ini boleh beroperasi dari freq 24mhz hingga 1.2 Ghz. Dongle ini boleh didapati dari Mudah.com.my dan juga ebay.










2. Perisian SDR# : Untuk mengawal RTL-SDR dongle seperti penetapan freq, mode dan sebagainya. Perisian ini boleh didapati secara percuma, sila klik pautan ini untuk mendapatkannya. http://airspy.com/download/









3. Virtual Audio Cable : Satu perisian yang berfungsi untuk memindahkan audio dari RTL-SDR ke perisian WXtoimage secara maya, tidak perlu menggunakan audio stereo cable. Perisian ini juga boleh didapati secara percuma di internet. Sila klik pautan ini untuk mendapatkannya            http://vb-audio.pagesperso-orange.fr/Cable/VirtualCables.htm . Setelah download dan setup. Pergi kepada Sound, right klik dan pergi ke Recording, dan cari device yang bernama Cable output dan setkan sebagai Default Device. dan klik OK.


4. 137 mhz QFH antenna : antenna ini boleh dibuat sendiri, terdapat banyak laman sesawang di internet yang menunjukkan cara-cara untuk membuatnya. Kunci kejayaan dalam aktiviti pencerapan ini adalah antenna. Faktor kedudukan antenna mempengaruhi imej yang dicerap itu. Jadi untuk mendapatkan imej yang baik. Letakkan ant anda di tempat yang bebas dari segala halangan dan setinggi yang boleh. Contoh laman sesawang yang saya gunakan ialah ini,
QFH antenna

http://www.jcoppens.com/ant/qfh/calc.en.php sejujurnya saya mengikut 100% ukuran daripada web yang saya nyatakan itu. Penggunaan bahan untuk membuat antenna ini adalah bebas dan bergantung kepada kreativiti masing-masing. Ada yang menggunakan paip pvc, wire, copper dan sebagainya. Yang penting, ianya berfungsi dengan baik. Dalam web tersebut diberikan secara detail setiap ukuran untuk membuat ant QFH ini. Jadi ikutilah setiap ukuran yang diberikan itu dan pasti akan mendapat hasilnya.











5. Perisian WXtoimage : Perisian ini boleh didapati secara percuma juga daripada internet. Sila klik pautan ini untuk mendapatkannya. http://www.wxtoimg.com/

6. Perisian Orbitron : ianya berfungsi untuk memantau pergerakkan satelite dan juga boleh didapati secara percuma di internet. Sila klik pautan ini untuk mendapatkannya. http://www.stoff.pl/

Baiklah, jika semua kelengkapan software dan hardware sudah mencukupi, Saya menganggap yang rakan semua sudah pun siap download segala perisian yang saya listkan diatas tadi. Marilah kita setup satu persatu. Kita mulakan dengan SDR RTL dongle. Untuk membolehkan dongle ini bertindak sebagai sebuah receiver, kita perlu install drivernya terlebih dahulu. Caranya ialah download perisian sdr#. dan sila ikut gambarajah dibawah ini.
 klik install rtlsdr
















kemudian Zadiq akan muncul di bawah sekali, klik pada zadiq tersebut








pada zadiq, sila pilih List All Device












kemudian pilih RTL2832U












pilih Install Driver, dan kini dongle anda sudah pun berfungsi sebagai receiver













Kemudian, buka sdr# anda, untuk setup dongle anda supaya dapat berfungsi dengan sdr#. Sila lihat gambar dibawah

Pada bahagian Source, pilih RTL-SDR (USB), kemudian pergi ke bahagian Radio, pilih  WFM, Setkan bandwidth 34000 - 40000, Order 400, tick Correct IQ. lihat gambar dibawah.




















kemudian, pergi ke Audio, pada bahagian Output ;pilih [MME] CABLE input (VB-Audio Virtual C
dan kosongkan (jangan tick) pada Unity Gain dan Filter Audio. lihat gambar di bawah:
















siap sudah bahagian sdr#, kini jom kita setup WXtoimage pula. Download WXtoimage dari website ini, http://www.wxtoimg.com/ kemudian buka WXtoimage dan terus pergi Options : Ground Station Location. pada ruangan City, masukkan nama bandar tempat anda, dan masukkan nama Malaysia pada ruangan Country dan klik Lookup Lat/Lon. Lihat gambar dibawah.

























kemudian, untuk setup supaya audio dari dongle masuk ke WXtoimage, pergi Options, Recording Options dan sila setup seperti gambar dibawah.


















Siap sudah bahagian audio, kemudian kita perlu update file Kepler, supaya ianya selari dan sama masa dan tarikh dengan satelite noaa yang akan melintas nanti. Untuk itu, sila pergi ke File dan klik Update Keplers. Update Kepler ini perlu dilakukan selalu. Tunggu beberapa minit dan ia akan update dengan sendirinya. kemudian, apabila data Kepler sudah update. kini kita sudah boleh tahu bila dan pada tarikh apakah satelite akan melintas dengan melihatnya pada Satelite Pass List. ianya amat penting sekali dalam menjayakan aktiviti pemburuan satelite kita.


Jadi, kini kita sudah bersedia untuk merakam. Untuk itu, pergi ke File, klik Record kemudian pada window Record itu, klik [Auto Record] dan pada bahagian bawah wxtoimage, akan kelihatan freq dan jenis satelite yang akan melintas dipaparkan.








Jadi, kita boleh gunakan data spt freq dan jenis satelite itu untuk disetup pada sdr# pula supaya ianya selari dan sama dengan WXtoimage. Contoh disini ialah, NOAA 19 dan freq 137.1000mhz. Jadi pada sdr#, sila setkan freq pada freq 137.1000mhz dan klik butang play pada sdr#. Untuk tahu kedudukan terkini satelite, Kita gunakan Orbitron untuk menjejakinya.











Pertama sekali ialah download Orbitron, kemudian selepas itu, klik pada hujung sebelah kanan paparan Orbitron untuk update TLE, lihat gambar dibawah:















kemudian klik load TLE dan pilih weather untuk gunakan data TLE yang baru sahaja dimuat turun itu supaya ianya sama dan selari dengan masa di wxtoimage.  Apabila kelihatan satelite sudah memasuki ruang udara kawasan yang disetkan itu, Maka secara automatiknya WXtoimage akan merekod dengan sendirinya dan memproses imej dengan sendirinya saja. lihat video ini.



dibawah ini adalah contoh imej yang terhasil daripada setup yang kita buat di atas tadi.













Ini imej yang diperolehi dari rakan kita, 9m2yot dari Melaka.



















































































imej tersebut adalah imej realtime keadaan terkini awan di kawasan kita. Jadi secara tidak langsung kita dapat meramal dan mengetahui status terkini keadaan cuaca di tempat kita. Jadi, bolehlah kita merancang aktiviti kita pada hari tersebut. Selamat mencuba.

How to run rtl-sdr over tcp with dsdplus fastlane

step 1 : build your own raspberry pi vpn server wget https://git.io/vpn -O openvpn-install.sh chmod +x openvpn-install.sh sudo apt update &a...