Sunday, January 1, 2017

Defining moments 2016

Selamat tahun baru 2017 diucapkan kepada semua rakan pembaca tidak kira dimana sahaja rakan sekalian berada. Pada tahun ini, marilah kita bina kehidupan yang lebih baik daripada tahun 2016. Marilah kita kecapi pelbagai kejayaan dan kenangan manis yang lebih lagi daripada tahun 2016 dan tahun -tahun sebelumnya. Biarlah apa yang berlaku pada tahun 2016 itu kita jadikan ia sebagai pengajaran dan panduan untuk kita supaya kita tidak ulanginya lagi pada tahun 2017 yang dijangka lebih mencabar ini. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

WAEDC Plaque
Pada 2 February 2016, pasukan 9M2M berjaya menjuarai contest WAEDC 2015. Pada masa itu, 9M2M hanya menghantar 3 operatornya sahaja ke udara iaitu 9M2GET, 9W2RUT dan saya 9M2ZAK. Kami bertiga berhempas-pulas selama 48jam tanpa henti dalam memberi cabaran kepada stesen-stesen lain dalam contest tersebut. Sebenarnya...kami tidak langsung menduga akan mengecapi kejayaan sebegini. Semasa berlangsungnya contest tersebut, kami hanya melakukannya sebaik yang mungkin dan fokus 200% kerana cabaran contest ini amatlah getir sekali. Perlu mendapatkan seberapa banyak yang mungkin stesen dari eropah sana.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



15 May 2016, menerima kunjungan rakan radio amatur dari negara Africa Selatan iaitu ZS6EZ iaitu Chris. Beliau sebenarnya baru balik dari DXpedition di Pulau Layang-Layang dengan callsign 9M0Z. Difahamkan, pada DXpedition tersebut, mereka hanya berdua sahaja iaitu James Brooks 9V1YC dan Chris ZS6EZ. Sebenarnya..selepas saya berjaya berkerja dengannya di band 40m. Beliau terus ingin berjumpa dengan kawan dan terus hubungan antara Malaysia dengan Africa Selatan terus terjalin. Kisahnya....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mendapat tempat pertama dalam kategori Single Operator Low Power Band 40m dan tempat ke-3 di dalam asia bagi kategori yang sama jugak. Contest ini, kawan mendapat tentangan yang sengit daripada station local dan juga dari station negara jiran kerana mode phone ini adalah kegemaran ramai. Sememangnya kawan tidak mengharapkan apa-apa pun semasa menyertainya...hanya sekadar untuk memeriahkan dan mengambil bahagian sahaja kerana menyedari kekurangan yang ada. Apa-apa pun kawan anggap ini semua adalah rezeki daripada tuhan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekali lagi kejutan berlaku, kawan langsung tidak menduga akan mendapat kedudukan seperti ini, dalam contest CQWW WPX RTTY 2016, kawan berjaya mengekalkan kejuaraan dengan mendapat tempat pertama bagi kategori Single Operator Low Power All Bands. Mode ini paling mencabar...kerana susah untuk mendapatkan ruang dek kerana bandwith yang sangat kecil. Maka terpaksa kami berasak-asak di ruang yang sempit dan aksi tindan-menindan seringkali berlaku dalam perebutan mendapatkan ruang. Hukum hutan belantara memang 100% diikuti pada masa itu, dimana siapa yang lemah..dia-lah yang akan ditindas...fuhhh..kejam dan sungguh kejam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1 April 2016 : 9M2ZAK Zaki Din Net Controller Malaysian CW Net on 7.025MHz 

Menjadi net controller pada Malaysian CW Net pada freq 7.025mhz. Terima kasih diucapkan kepada semua rakan yang check in terutama dari Malaysia, Indonesia, India, Japan, Filipina dan Thailand. Hanya menggunakan monoband dipole yang sudah bertahun tergantung di atas bumbung base kawan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 28 May - 29 May 2016. CQWPX CW 2016.

Pasukan 9M2M yang dianggotai oleh 9M2GET, 9M2AGC, 9M2SYA, 9M2NOH, 9M2PUL, 9W2SBD, 9W2AHU ( sekarang 9M2KDX) dan 9M2ZAK telah berjaya mengutip 2311083 mata dalam contest tersebut dengan jumlah QSO sebanyak 1553. 9M2M telah mendapat tempat pertama dalam kategori Multi - Operator Single Transmitter dan tempat ke-8 dalam Asia serta ke 45 dalam dunia.


9m2zak

9m2pul

9w2sbd

9M2M
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12 June 2015 : 9M2RDX Silent Key

9M2RDX ( silent key) no 2 from left
Dunia radio amatur tanahair telah digemparkan dengan berita kematian sahabat kita iaitu allahyarham Mohd Rizal bin Mahmud iaitu 9M2RDX yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disamping keluarga dan sahabat-sahabat allahyarham di Hospital Kuala Lumpur. Kehilangan dan pemergiannya itu amat terasa sekali oleh kita warga radio amatur Malaysia kerana allahyarham Rizal ini amat aktif dan selalu menyokong setiap apa jua aktiviti yang berkaitan dengan radio amatur mahupun di dalam negara ataupun di luar negara sekalipun. Allahyarham pasti akan turut serta menyumbangkan bakti dan pengalaman beliau kepada warga radio amatur. Sikap tidak lokek dengan ilmu radio ini begitu amat di hargai dan disanjung tinggi.

Semoga roh allahyarham Mohd Rizal dicucuri rahmat dan aman serta tenteram disana. Ilmu yang dicurahkan oleh allahyarham akan terus kami manfaatkannya demi pembangunan Radio Amatur Malaysia. Kami warga radio amatur Malaysia akan meneruskan lagi perjuangan allahyarham dalam bidang ini demi menyambung cita-cita allahyarham untuk terus memajukan dan mengembangkan bidang ini seluasnya. Kepada keluarga allahyarham, kami amat berharap agar puan tabah dan menerima ujian ini seadanya. Sesungguhnya, memang getir sekali ujian yang diberikan kepada puan, namun percayalah... setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Itu janji ALLAH SWT. Jadi kita perlu redha akan setiap ketentuan yang telah diberikan olehNYA.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
18 June 2016

CQ All Asian DX CW 2016 Contest.. Pasukan 9M2M sekali lagi menyertai contest ini sebagai memberi cabaran kepada station-station yang lain. Kali ini, 9M2M disertai oleh 9M2PUL, 9M2GET, 9M2MDX dan 9M2ZAK. Hidup ini perlu diteruskan....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

26 November - 28 november 2016

CQWW CW 2016 : Pada CQWW CW kali ini, kawan dan 9M2PUL diterbangkan ke Thailand untuk menyertai pasukan HS0ZAR yang akan beroperasi di Ban Ta Bong, Korat, Thailand. Dalam contest ini, kami akan menyertai kategori Multi Two yang terdiri daripada 12 gabungan station dari seluruh dunia.


Dari kiri ialah 9M2PUL, HS4LKW, HS4RAY, 9M2ZAK, DL3DXX, E21EIC, E20NKB, HS0ZDY
duduk hadapan ialah HS0ZDX, YU7EF, K3ZO, LA7JO

Dalam contest ini, kami berjaya mengutip sebanyak 7 911 594 mata dengan jumlah QSOs sebanyak 5457 QSO. Sebuah pasukan yang mantap dari segala aspek. Semangat setiakawan dan kerjasama yang padu diperingkat antarabangsa ini telah membuahkan hasil nampaknya... Pasukan HS0ZAR ini terdiri daripada gabungan beberapa buah negara seperti Thailand, Malaysia, USA, Serbia, Germany, Sweden, Britain dan Norway. Bersatu kita teguh...bercerai kita roboh. ini buktinya.
_________________________________________________________________________________

Begitulah serba ringkas tentang apa yang berlaku sepanjang tahun 2016 yang lepas. Semoga tahun 2017 ini membawa lebih kejayaan dan kemanisan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Usaha yang berterusan serta perancangan yang rapi tetap akan diteruskan. Hidup ini perlu diteruskan...setiap cabaran yang datang perlu diatasi, pengalaman masa lalu dijadikan sebagai pedoman untuk harungi ombak tahun 2017. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kasih sayang kepada isteri saya, Siti Amera yang telah memberi inspirasi dan dorongan dalam segala pencapaian kawan sepanjang tahun 2016. Bab kata orang puteh,...

There is always a woman behind every man's success

Selamat Tahun Baru 2017 dari saya Zaki 9M2ZAK, 73.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...