Saturday, June 11, 2016

My 10m Band Report : 11 June 2016

Cuaca hari ini, pada sebelah paginya adalah cerah dan panas, manakala selepas tengahari hujan turun, tetapi tidaklah lebat dan tidak berangin serta kilat. Jadi suasana kawasan Kulai menjadi sejuk dan dingin. Syukur kepada tuhan kerana anugerahkan cuaca yang hujan dan mendung pada hari ini. Jadi tidaklah terasa panas sangat dan ibadah puasa pula menjadi lebih selesa. 

Pada mulanya kawan hanya DX di band 15m, iaitu pada freq 21040.00mhz. Hasil DX disana kawan hanya berjaya mengutip 8 station sahaja iaitu :

JR6RLV - JR6ITD - JA2QH - JG3QKO - JH9VLZ - JA0DVE - JA1HLR - JH6WXF

Kemudian band 15m menjadi bising sangat, dan terus tutup tanpa sebarang signal dan hanya bunyi noise sahaja. Justeru itu, kawan pun gatal tangan memusing VFO menuju ke band 10m. Sebaik sahaja tiba di 28040.00 kedengaran band amat sunyi sekali. Tiada langsung bunyi noise seperti sebelum sebelum ini. Signal noise pulak langsung tidak kedengaran...biar betul...kata aku didalam hati aku yang suci ini. Tiba-tiba....baru kawan perasan, rupanya antenna tidak ditukar lagi. Semasa kawan di 15m, kawan gunakan dipole sahaja. Sebaik sahaja kawan tukar antenna, karektor band 10m terus menonjol. Noise memang ada tetapi tidaklah tinggi seperti biasa, iaitu sekitar S1 dan S2 sahaja. Untuk mendapatkan pengesahan, kawan terus lompat ke 28200.00 untuk memantau ke arah manakah band 10m ini membuka. Kawan menunggu tidaklah lama, selepas seminit... dengan kuatnya JA2IGY iaitu beacon dari Jepun menerjah masuk ke dalam shack kawan di Kulai Johor ini. Jadi tanpa membuang sesaat pun masa yang ada, kawan terus melompat ke freq kegemaran kawan iaitu 28030.00mhz. Freq kegemaran kawan sebenarnya adalah 28040.00 sebenarnya. Tetapi apabila kawan menuju ke situ, kedengaran noise lain macam sikit, jadi kawan turun sikit untuk lari dari kebisingan itu. Setelah ant ditune molek SWRnya... kawan pun dengan penuh keyakinan menuju ke Jepun mencari sesuatu yang tidak pasti. Hasilnya... pada petang tadi 

BX4AD - YB2HM - JA4FKX - BH8ASZ - BD5FFK - YB8HZ - JA0CXQ - JF1KMC - JF3BHV - JR8DNK - JQ1COB - BW/G4TDS - JA2AC - JH3CUL - JG1GZH - JK7WQP - 8J1SMM - BV3TO

kawan berjaya menghubungi 18 station. Dua station adalah dari Indonesia. Ini bermakna, mereka datang dari arah belakang. Jadi jelas disini ianya menunjukkan bahawa band 10m pada petang tadi begitu senyap dan cantik sekali sehingga rakan yang berada dibelakang yagi pun masih dapat terima pancaran kawan yang menghala ke arah Jepun. Kawan terpaksa berhenti CQ kerana ada tetamu datang ke rumah. 73 Zaki

                    Tenang-tenang air laut
                    Sampan kolek mudik ke tanjung
                    Hati terkenang mulut menyebut
                    Budi baik rasa nak junjung

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...