Wednesday, June 8, 2016

9M2M : Mengaum dari Utara....



Kisah 9M2M asalnya bermula daripada 9M2SMC, iaitu pada tahun 2010 dimana contest pertama 9M2SMC ialah CQWW SSB 2010. 9M2SMC pada ketika itu dianggotai oleh 9M2GET, 9M2OUT dan 9M2YAS. Mereka bertiga bertanding dalam kategori Multi-Operator-Single Transmitter dan berjaya mencipta kejayaan dengan mendapat tempat pertama dalam kategori tersebut. Pada tahun 2011, 9M2SMC telah menukar tanda panggilannya kepada 9M2SM dan memenangi tempat pertama dalam dua mode berturut-turut iaitu mode SSB dan mode CW dalam CQWW pada tahun 2011


Kejayaan berganda ini telah membuatkan pengurus 9M2SM, Hairie 9M2GET tidak menoleh kebelakang lagi. Mereka terus mara dan mara kehadapan dalam memberi persaingan kepada pasukan yang lain di seluruh dunia. Untuk menguatkan dan melebarkan lagi sayap 9M2SM, pengurus 9M2M Hairie 9M2GET telah mengambil dua operator lagi sebagai ahli keluarga 9M2SM. Kali ini Salehan 9W2SBD dan Own 9W2SBL dijemput untuk menyertai pasukan 9M2SM. Misi mereka adalah besar, iaitu untuk memecah rekod tahun 2011 dalam mode SSB. Dengan skill dan komitmen yang tinggi yang ditonjolkan oleh mereka pada ketika itu, pasukan baru 9M2SM 2012 telah berjaya memecah rekod tahun 2011 dengan kutipan mata yang pada ketika itu adalah sangat membanggakan.


Malah kecemerlangan YL CW operator 9M2SM iaitu 9M2OUT Oja juga semakin meningkat. Beliau sekali lagi telah berjaya memecah rekod tahun 2011 dalam kategori Single Operator. Ternyata pengalaman yang dikutip pada tahun 2011 sedikit sebanyak telah mematangkan mereka dalam memberi persaingan yang sihat kepada station-station yang lain.

CW YL 9M2SM Opr, Oja  9M2OUT
Berikut dibawah ini adalah pencapaian keseluruhan 9M2SM di dalam contest CQWW SSB dan juga CQWW CW.

9m2sm cqww
CQWW 2013 jika diperhatikan berlaku peningkatan yang amat drastik sekali. Peningkatan ini sebenarnya berpunca daripada kefahaman para operator dan pengurus pasukan didalam teknik dan cara contest sebenarnya. Sebelum ini, 9M2SM masih lagi old fashion dalam mengejar mata, namun selepas beberapa teknik dan kaedah dikenalpasti. Nilai juta-juta kini sudah menjadi permainan bagi sebuah pasukan contest kampung dari Utara Malaysia ini. Terima kasih diucapkan kepada Hairie 9M2GET kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam mengharungi cabaran contest ini dan berkongsi suka duka dalam mengharungi pelbagai cabaran yang datang menguj kita.

9m2sm cqwpx
Manakala bagi CQWPX pula, peningkatan amat ketara berlaku pada mode SSB. Kutipan QSO sebanyak 1207 memberi impak yang besar berbanding 1193 QSO. Hanya berbeza 14 station sahaja, perbezaan mata menjadi 270 000. Belajar dari pengalaman ini, kami terus tidak membazirkan setiap saat yang ada dan tidak melepaskan setiap station yang check in memandangkan sumbangan besar yang bakal mereka berikan jika berjaya meletakkan mereka dalam log 9m2sm. Justeru itu, satu lagi langkah besar diambil oleh pengurus pasukan.... iaitu dengan memohon tanda panggilan 9m2m daripada SKMM. Keputusan untuk memohon 9M2M ini dibuat selepas beberapa kajian dilakukan oleh 9W2SBD Bang Salehan mengenai impak dan kesannya jika 9M2M ini digunapakai dalam contest seperti CQWW dan CQWPX ini. Kajian 9W2SBD memang tepat, hasilnya... 9M2M terus melonjak dan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Kutipan mata terus melonjak dengan rakusnya. kutipan QSO sebanyak 1207 terus menjadi 1552 QSO dengan 9M2M. Manakala bagi CW pula, Kutipan terus melonjak ke 1520 QSO. Satu kutipan yang tidak pernah dibayangkan oleh kami warga 9M2M. Jumlah mata pula terus menjadi 2267460 mata bagi mode SSB dan 2293813 mata bagi mode CW. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan boleh dapat sagunya. Sagunya kini kami kutip perlahan-lahan selepas mengetahui bagaimanakah cara ruyung itu hendak dipecahkan...Pencapaian 9M2M menjadi lebih manis lagi apabila kami sekeluarga berjaya pula memenangi plaque. Antara plaque yang berjaya kami raih adalah:

Continental Winner 2015 SSB 
Asean Winner dalam CQWW CW 2013
Segala kegigihan dan pengorbanan dalam mengharungi cabaran contest samada CQWW ataupun CQWPX kini telah menampakkan hasilnya. Dunia juga telah mengenali dan mengikuti perkembangan 9M2M. Cerita mengenai Ara Boys Contest Station kini sudah tersebar ke seluruh dunia dan yang pastinya. Hairie 9M2GET tidak akan berhenti dan berputus asa dalam melatih anak watan menjadi operator setaraf World Class dan senantiasa berusaha menaikkan nama radio amatur Malaysia di peringkat antarabangsa. Bukan ganjaran wang ringgit yang dipinta..cukup sekadar ucapan terima kasih tanda penghargaan kerana setiap tindakan dan usaha beliau itu adalah ikhlas semata-mata demi kelangsungan hidup aktiviti Radio Amatur Malaysia.


Kini, ahli keluarga 9M2M semakin bertambah, patah tumbuh hilang berganti. 9M2MDX dan 9M2PUL kini menjadi saudara baharu dalam keluarga 9M2M. Manakala Weerut 9W2RUT terus diserap dan menjadi ahli tetap dalam keluarga 9m2m setelah kesepakatan semua ahli majlis tertinggi 9M2M bersetuju menerima mereka masuk menyertai keluarga 9M2M.  Jadi secara rasminya kini 9M2M dianggotai oleh :
  1. Hairie 9M2GET
  2. Oja 9M2OUT
  3. Salehan 9W2SBD
  4. Own 9W2SBL
  5. Syed 9M2SYA
  6. Rizal 9M2RDX (SK 12 June 2016 )
  7. Azlan 9M2AGC
  8. Prof Noh 9M2NOH
  9. Zaki 9M2ZAK
  10. Ruth 9W2RUT
  11. Afiq 9W2AHU
  12. Nazmi 9M2MDX
  13. Syaiful 9M2PUL
Setiap ahli ada tugas dan peranannya masing-masing, bermula dari bahagian teknikal sehinggalah ke bahagian dapur. Masing-masing memainkan peranan masing-masing bagi melancarkan perjalanan contest agar operator utama tidak hilang fokusnya semasa bertarung di udara. Operator utama pula saling bertukar tempat dan peranan apabila tiba masanya. Jadi boleh dikatakan bahawa, semua krew adalah operator utama dan semua krew amat penting bagi pasukan ini. Antara tugas yang diagihkan ialah :

Operator Phone Mode
Semua ahli pasukan

Operator CW
Semua ahli pasukan

Logging system/Technician
9W2RUT

Logistik
9M2GET - 9M2SYA - 9W2AHU

Dokumentasi
9M2ZAK

Rawatan dan Kesihatan
9M2RDX (SK)

Timetable
9M2AGC

Makanan dan minuman
9M2NOH - 9W2SBD

Antenna
9M2GET - 9W2SBL - 9M2SYA - 9W2AHU

Siaraya
9M2MDX - 9W2SBL - 9M2PUL

Log Checking
9M2ZAK - 9M2GET

Ramalan Kaji Cuaca
9M2PUL - 9M2MDX

Band and Propogation
9M2GET - 9M2ZAK - 9M2AGC

Pileup Operator SSB
Low Band - 9W2SBL - 9W2AHU - 9W2SBD
High Band - 9W2RUT - 9M2RDX (SK) - 9M2NOH

Pileup Operator CW
Low Band - 9M2ZAK - 9M2SYA - 9M2GET
High Band - 9M2AGC - 9M2MDX - 9M2PUL

13 saudara ini bersatu hati dan berganding bahu berkongsi suka duka pahit getir dalam mengharungi cabaran contest yang semakin getir dan penuh dengan cabaran dan pancaroba. Persaingan daripada negara jiran dan juga dari dalam negara akan cuba kami tempuhi dengan penuh kesabaran. Masing-masing tahu dan tugas masing-masing. Tidak seperti enau dalam belukar, yang hanya melepaskan pucuk masing-masing, tetapi.... kami boleh diumpamakan seperti sebatang lidi yang diikat bersama....jika sebatang lidi, memang mudah dipatahkan...tapi jika diikat bersama pasti akan kukuh dan kuat bergandingan bersama. Itulah rahsia kejayaan 9M2M, bersatu hati bergandingan bahu dan bekerjasama dalam menghadapi setiap cabaran yang mendatang.






Terima kasih Hairie 9M2GET dan Oja 9M2OUT kerana masih mempercayai kami sekeluarga. Memberi kepercayaan kepada kami untuk run contest dari Arau dan berkampung disana selama 48 jam. Memang agak sukar dan susah untuk mencari dan jumpa pasangan seperti ini. Pasangan yang sehati sejiwa dan sehobi malah memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan sesuatu event atau contest. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami ditemukan dengan pengurus yang cemerlang ini. Pengurus yang berjaya menaikkan nama Malaysia dan nama Arau di mata dunia. Semoga kecemerlangan ini diteruskan lagi oleh 9M2GET demi kelangsungan radio sport Malaysia.


" GuRuh Berdentum Bumi Bergegar, Ayam Jaguh Sedang Bertarung, Jangan Cakap Sahaja Berdegar, Hulur Senjata Kita Bertarung...."
                                                                                    73 de 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...