Monday, June 1, 2015

9M2M : Ara Boys Contest Team : CQ WPX CW 2015

Team 9M2M : 30 May 2015
Perjalanan sejauh 800km lebih merentasi semenanjung Malaysia tidak begitu dirasakan kerana hati ini begitu teruja untuk menyertai rakan-rakan seperjuangan dalam menghadapi cabaran contest yang hanya berlangsung setahun sekali sahaja. Kami berkumpul di Ara Boys Contest Station yang terletak di Arau, Bandar Diraja Negeri Perlis. CQWPX CW 2015 akan berlangsung pada Sabtu 30 May jam 8.00 pagi hingga 1 Jun jam 7.59 pagi. Ini bermakna kami berlima akan bertungkus - lumus selama 48 jam CQ di udara mencari dan mengutip mata demi negara Malaysia tercinta. Dalam cabaran contest kali ini, kami mempertaruhkan 5 station untuk beraksi bersama. Antaranya ialah, berdasarkan gambar di atas, dari kiri Salehan 9W2SBD, Hairi 9M2GET, Zaki 9M2ZAK, Prof Noh 9W2MNW dan Syed 9M2SYA. Semua station ini selamat tiba di Ara Boys Contest Station pada jam 8.00 malam pada hari Jumaat 29 May 2015.


4O3A High Power Band Pass Filter
Pada malam tersebut, disebut juga malam raya bagi para contester. Kami bertungkus lumus menyiapkan station bagi persediaan menghadapi contest pada esok pagi. Oleh kerana kategori yang kami akan masuk ialah multi multi, maka persediaan rapi perlu dititikberatkan seperti amplifier, antenna, power supply, tuner, lambic, logging system dan band pass filter.

Semua radas tersebut perlu disiapkan pada malam tersebut juga. Ujian band pass filter juga dijalankan pada malam tersebut bagi memastikan tiada langsung kebocoran atau interferen bagi setiap band. BPF yang digunakan ialah BPF band 10m, 15m, 20m dan 40m. Semuanya adalah daripada 4O3A. Syukur alhamdulillah, apa yang dirancang, semuanya berjalan mengikut perancangan. BPF tersebut berfungsi dengan baik. Tiada langsung kebocoran walaupun dengan pancaran kuasa 400watt.

band 15m dan 20m
Pagi Sabtu, kami memulakan aktiviti CQ pada band 20m dan 15m dan antenna yang digunakan adalah Quad dan Yagi. Yagi ditalakan ke Utara manakala Quad pula ke Eropah. Tujuan yagi dihalakan ke Utara adalah untuk mengutip sebanyak mana yang mungkin stesen dari negara matahari terbit itu untuk dibuat bekalan untuk band-band yang lain. Jangkaan kami memang tepat, kami dihujani oleh Ja stesen bertali arus sehinggakan tiada masa untuk bangun atau melakukan kerja-kerja yang lain. Hampir setiap CQ ada jawapannya. Begitu hebat sekali penangan dari Jepun ini.


Menjelang tengahari, asakan dari Jepun semakin berkurangan. Kedengaran pula stesen dari Eropah sayup sayup cuba mengatasi kekuatan Jepun. Maka, antenna Quad dikerahkan untuk menangkap Eropah pula. Band 20m di tugaskan untuk melayan Jepun manakala band 15m ditugaskan untuk menangkap Eropah. Bertali arus stesen dari EU beratur masuk ke dalam CQ kami. Dalam pada itu juga, terdapat juga beberapa stesen dari kawasan timur tengah dan asia barat yang masuk. Ini menunjukkan band membuka dengan luas tanpa mengira sempadan.


Pile-up ini berlarutan sehingga petang. Namun aktiviti CQ terpaksa dihentikan seketika kerana cuaca semakin buruk. Kilat dan guruh kedengaran dan bersahutan di Arau pada ketika itu. Maka langkah pencegahan dan keselamatan diambil. Coax dipisahkan dari BPF dan diletakkan pada tempat yang selamat dan dinyahcaskan agar statik yang terhasil semasa aktiviti kilat tadi tidak mencium radas-radas kami yang begitu sensitif dengan cas statik Awan hitam tadi berlaku tidaklah lama, hanya dalam 45 minit sahaja, kemudian keadaan kembali tenang. Maka aktiviti contest disambung seperti sediakala. 9M2M kembali pileup di udara.
9W2SBD in action
Pagi Ahad, Band 20m dan 15m sekali lagi menunjukkan taring mereka. Stesen dari Jepun dan Amerika Utara berpusu-pusu masuk ke Arau. Di selang-seli juga beberapa stesen dari Brazil serta Chile. Kadangkala stesen dari Russia mencelah masuk. Semuanya datang dengan kekuatan dB yang maha hebatnya. Setiap RF yang dipancarkan itu tidak disia-siakan walaupun 0.5 watt sekalipun. semuanya disapu habis oleh stesen dari Jepun ini. Mujurlah ada stesen Jepun yang menjadi penyeri majlis CQWPX. Tanpa Jepun, rasanya kurang meriah contest ini. Kawan salute sama mereka.

pukul 1:30 petang di Arau
pukul 7.00 petang di Arau
Menjelang tengahari, cuaca menjadi kelam dan semakin kelam. Tiba-tiba...kedengaran dentuman diluar sana. Apabila kami keluar, rupanya awan kelam sedang marak kemari. Maka sepantas kilat, coax dicabut dan system dimatikan. Tidak lupa plug dicabut agar tidak ada langsung ikatan antara system dengan pendawaian rumah. langkah ini terpaksa kami ambil demi keselamatan radas ribuan ringgit dan keselamatan kami sekeluarga. Keadaan kilat dan guruh ini berlarutan sehingga waktu senja. Ini bermakna, kami telah berhenti CQ selama hampir 6 jam. Namun tiada langsung rungutan dari kami kerana sudah maklum. Ini semua adalah ketentuan Ilahi. Kesempatan ini, kami gunakan untuk merehatkan badan seketika agar dapat beraksi sepenuhnya pada malam ini sehingga ke titisan yang terakhir. Masing-masing melabuhkan punggung masing-masing di atas tilam empuk bertemankan pusingan kipas level 2. Cuaca sejuk, maka kipas disetkan pada kekuatan 2. Kemudian, kipas di off-kan terus sebab sejuk.

Apabila keadaan kembali tenang. Masing-masing pun bangun dari mimpi indah masing-masing. Sebelum aktiviti disambung. Sekali lagi peralatan disetup semula sebab semasa keadaan hujan tadi. Semua coax dan wayar dicabut dari system. Amplifier dimasak semula agar kembali panas dan sedia untuk beraksi. Pada malam tersebut, kami mulakan dengan band 40m. pada awalnya band 40m membuka dengan cantik. Namun selepas 30 minit beraksi. Band tersebut tiba-tiba mengganas. Signal Noise tiba-tiba mencanak naik sehingga mencecah S-7. Riak wajah hampa jelas terpapar pada wajah kami sekeluarga. Ini adalah kerana semasa di 40m tadi, banyak stesen Amerika Utara malah stesen dari Brazil dan Chile juga kami berjaya kutip pada band 40m. Kehampaan terpampang kerana pada masa itu, stesen dari Amerika Utara dan Selatan itu senang-senang menghadiahkan kami 6 mata bagi setiap QSO. Namun apa boleh buat, kita hanya merancang Allah SWT juga yang menentukannya.

9M2GET
"Memandangkan kutipan kita pada band 20m pada ketika ini kurang memberangsangkan, apa kata kita stay di band ini dan kutip seberapa banyak contact sementara band ini membuka dengan cantik ini. Jangan kita sia-siakan peluang keemasan ini".

Jam di dinding menunjukkan pukul 9 malam. Selepas meneliti freq di band 20m. Ternyata band ini sedang menggila. Stesen-stesen dari eropah sana jelas kedengaran pancaran mereka. Tanpa melengahkan masa, kami terus CQ dan CQ. Kemudian...kami terus menerima asakan bertali arus dari stesen eropah sehingga jam 3 pagi. Seperti ada seseorang yang mengunci band. Tepat jam 3 pagi, tiba-tiba band 20m terus senyap. Pile-up dari eropah tadi terus senyap dan keadaan menjadi tenang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Maka maklumlah kami bahawa band tersebut telah tutup. Pancaran dari eropah sudah tidak kedengaran lagi. Kemudian kami beralih pula ke band 40m. Boleh tahan jugak band ini, stesen eropah kuat kedengaran disini.
9m2sya
Kesempatan itu jugak kami tidak sia-siakannya. Di band 40m tersebut kami juga berjaya mengutip beberapa stesen dari eropah. Tapi...secara tiba-tiba band 40m terus naik signal noise-nya. Maka tenggelamlah habis semua stesen dari eropah sana kerana kekuatan signal yang masuk dalam system kami adalah S-7 membawa ke S-8. Memang no-point jika terus berada disini. Maka dengan berat hati, kami melangkah semula ke band 20m. Walaupun tahu yang band tersebut agak kurang baik prestasinya pada ketika itu dan terus CQ sehinggalah tamat masa untuk ber-contest. Iaitu pada Isnin jam 7:59 am.

Perlis Harumanis Manggo
Disini kawan ingin mengucapkan billion terima kasih Hairie 9M2GET dan Oja 9M2OUT kerana sudi memungut kawan untuk menjadi operator dan juga krew 9M2M dan keluarga Ara Boys Contest Team. Terima kasih juga kawan ucapkan kepada bang Salehan 9W2SBD kerana bersusah-payah menyediakan BBQ Kambing untuk semua krew 9M2M. Terima kasih juga diucapkan kepada Prof Noh kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan kepada kami yang jahil dan seba kekurangan ini. Tidak lupa juga, terima kasih kawan ucapkan kepada Syed 9M2SYA diatas komitmen yang diberikan dimana impaknya adalah sangat besar sekali kepada negara tercinta ini. Kenapa kawan berkata sedemikian, ini adalah kerana secara tidak langsung kami sebenarnya telah mewakili negara Malaysia dan bertanggungjawab untuk menjaga nama baik negara melalui aktiviti Radio Sport ini.

Tuntasnya, 9M2M berjaya mengutip :

QSOs  = 1600
WPX   = 697
Point    = 2 597 719

9M2M CQ WPX Picture Galery :















73 de Zaki 9M2ZAK

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...