Monday, June 29, 2015

20 Meter Band Report : Sunday 28 June 2015


Malam tadi kawan rasa amat bertuah, rasa bertuah kerana stesen dari Brazil telah masuk ke dalam CQ kawan. Bukan satu, malah dua stesen yang masuk. Stesen yang pertama ialah PY2KA dan yang kedua ialah PY2DV. Kedua-dua stesen tersebut datang dengan kuat. 599 masuk ke Kulaijaya. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, pada masa itu kawan hanya berkaki ayam sahaja (100w) dan antenna yang digunakan adalah antenna jenis yagi 6 element. Tetapi 3 bander-lah. Bukan monoband dan antenna tersebut dihalakan ke arah 35 darjah Utara. Maknanya rakan dari Brazil itu tadi datang dari long path. Wow!!!

Masa pula sekitar UTC 11.00z ini bermakna di Brazil sana sedang waktu pagi. Disini ada dua kemungkinan, kemungkinan yang pertama ialah rakan tersebut mengadap radio dia sejurus selepas dia bangun tidur atau kemungkinan yang kedua pula, rakan tersebut mengadap radio dia sebelum beliau berangkat ke gereja. Namun apa pun, signal mereka memang kuat. Kuat seperti stesen Jepun. Pada awalnya kawan hanya dapat copy 2KA. Dalam hati kawan, ini mungkin Japan stesen. Tetapi apabila kali kedua kawan minta pengesahan, beliau menghantar PY2KA, bukan sekali dia hantar. Tetapi 3 kali dia hantar callsign dia. Mungkin dia juga teruja sama seperti kawan teruja. Jadi kami masing-masing menggengam tangan dan berkata YESS!!! sambil menghentap tangan kanan ke bawah. Gamaknya....

Dalam pada itu kedengaran juga ada lagi stesen PY yang cuba masuk. Tetapi sayang, signal mereka terlalu lemah. Kawan hanya mampu copy PY sahaja. Apabila kawan kembali CQ seperti biasa. Masih kedengaran lagi stesen PY yang lemah itu cuba untuk mendarat di tanah Kulaijaya. Kawan cuba jugak membantu beliau dengan melebarkan filter, mengaktifkan butang NR, mengaktifkan PRE AMP tetapi agak malang. Rakan PY itu tadi masih tidak dapat diselamatkan. Beliau terus tenggelam bersama-sama noise yang tiba-tiba mencanak tinggi. Noise itu terjadi apabila matahari tenggelam atau berada di bawah horizon. Kawan sudah perasan, semasa peralihan siang ke malam, atau malam ke siang...akan berlaku sedikit peningkatan noise pada band.

Kemudian pada malam tersebut, kawan menyambung kembali aktiviti memburu kawan dengan antenna masih teguh menghala ke Amerika Utara. Namun dalam pada itu, masih ada juga stesen dari eropah yang melompat masuk. Kebanyakkannya dari Russia dan Utara Eropah. Mereka datang dari long path juga. Hari ini hari long path gamaknya.... hasil CQ DX pada malam tadi, kawan berjaya mengutip 79 QSOs dengan 23 DXCC. Tiada langsung DXCC yang baru, semuanya yang sudah ada....jadi la... 73 Zaki.

Saturday, June 27, 2015

20m band report : 27 June 2015

Malam ini kawan segar. Jadi bolehlah menyambung aktiviti yang tertunggak pada malam semalam. Pada malam semalam kawan kecundang ditangan eropah. Jadi, misi malam ini, kawan ingin menebus kembali kejadian malam semalam. Apa yang berlaku pada malam semalam, diminta saudara sekalian membaca kembali post yang semalam.

Semalam kawan berada di 15m. Pada mulanya kawan ingin berada disana juga tadi. Tetapi apabila diteliti dengan betul-betul, band 15m noise dia tinggi. Jadi sebelum orang gelar kita pekak, baik kita cabut ke band yang lain. Kemudian kawan dapati band 20m kurang noise-nya. Masih ok, malah apabila kawan monitor beacon, tone yang kedua itu masih jelas kedengaran. Untuk pengetahuan saudara-saudari sekalian. Freq beacon bagi band 20m ialah 14200mhz, dimana pada freq tersebut, akan kedengaran beacon NCDXF/IARU dari seluruh dunia yang memancar pada mengikut callsign masing-masing dan diakhiri dengan empat tone iaitu tone yang pertama 100w, kedua 10w dan ketiga 1w dan yang keempat 100miliwatt.


Jadi dengan tone beacon tersebut, ianya boleh membantu kita untuk merancang berapakah kuasa pemancaran yang ingin dipancarkan. Jika kedengaran tone 100w sahaja, maka kita perlu main high power iaitu 100w atau lebih, jika dengar tone yang kedua, kita boleh main low power, iaitu 50w atau 30w. dan jika kedengaran juga tone ketiga, maka operasi low power secara ekstrem boleh dilaksanakan, dan...jika tone yang ke-4 kedengaran, maka sesuailah kita tambah dibelakang callsign kita dengan /QRP. Inilah salah satu teknik yang digunakan oleh para-para dxer diluar sana untuk mereka menentukan jenis operasi mereka samada mahu main QRP atau tidak. Hendak main QRP ini, bukannya boleh main TX sahaja. Akal kena panjang sikit. Barulah berjaya. Jika tidak...nanti kita akan cepat bosan dan mengalah kerana tidak mendapat contact. Tapi malam ini kawan main low power. Jimat karan sikit.

Ok, berbalik kita kepada band 20m itu tadi. Malam tadi kawan berjaya mengutip 67 stesen dengan 20 DXCC pada freq 14031.50. Dimana kawan mula DX pada jam 10.00 malam hingga 11.00malam. Sengaja kawan DX dalam masa sejam sahaja kerana ingin mengetahui berapa contact yang boleh dicapai dalam masa tersebut. Jadi ok-lah tu dengan kutipan sedemikian rupa. Lagipun hari ini hari sabtu, maka masih ramai warga ham diseluruh dunia yang bekerja. Kita tengok esok pula. Bagaimana pula ceritanya kerana esok Ahad. Mesti akan ada sedikit peningkatan. Itu ramalan kawan sajalah. Tuhan juga yang menentukannya.

Ok, sampai kita berjumpa lagi pada post-post yang akan datang. Selamat berpuasa. Salam 73 dari saya Zaki 9M2ZAK.

Friday, June 26, 2015

32 minit DX di 15m band : 21.028.00MHZ


Kawan sempat meluangkan 32 minit melakukan aktiviti DXing di band 15m. Kawan pun tak tahu kenapa kawan DX. Badan terasa penat selepas seharian menjalankan ibadah berpuasa. Entah kenapa, masuk sahaja shack, kawan terus on radio dan terus dx. Boleh tahan juga sambutannya. Sekali CQ sahaja terus disahut. Apabila check pada RBN...patut ler pun, band 15m membuka cantik disebelah eropah sana. Tapi kawan beam Amerika Utara. Maknanya datang dari long path-lah itu station eropah itu tadi. Tetapi station Jepun pun ada juga menyelinap masuk berselang-seli dengan eropah. Maklumlah...melintas kawasan mereka.

Tiba-tiba kawan tertidur...maknanya badan kawan letihlah tu. Tersengguk-sengguk pun ada jugak sambil menerima asakan dari Eropah. Kawan mengalah malam ini. Kalah pada asakan eropah. Maaf kawan...bukannya kawan tidak sudi, tetapi kawan mengantuk sangat. Baru kawan faham kenapa mengantuk sangat...sebab siang tadi selepas sahur, kawan tidak tidur sehingga kini. Hanya mampu bertahan selama 32 minit sahaja. Selamat tinggal pile-up kawan tidur dahulu...esok kita jumpa lagi.

Hasil DX sebentar tadi:

35 station : 17 DXCC
  1. JA2PVE
  2. UN2GDX/7
  3. RX4CD
  4. F5IN
  5. IT9AOI
  6. YU4DX
  7. RK3ER
  8. UY5AB
  9. UA3ARF
  10. RV9UAF
  11. DL2HWT
  12. DL6OS
  13. 7N4TJR
  14. JR2EER
  15. JH1HIC
  16. OK1NG
  17. JA2PVE ( MASUK DUA KALI DIA)
  18. SQ9UM
  19. RA9OG
  20. UY2LA
  21. IT9ELD
  22. UN6GDX
  23. RA9MA
  24. JF8DIC
  25. DL1JEE
  26. 9A8DX
  27. UA9OBW
  28. JA7XRH
  29. DJ1KJ
  30. F5VV
  31. JR1BGK
  32. JH5FTY
  33. LZ3ZX
  34. HB9AQW
  35. RK9C
Selamat Berpuasa, kawan tidur dahulu, 73 de 9m2zak


Saturday, June 13, 2015

Starter Rig : Yaesu FT-450 : All Mode Transceiver -Compact HF/50MHz

FT-450 in box
Kesempatan cuti persekolahan selama dua minggu ini membolehkan kawan meneroka kehebatan FT-450. FT-450 adalah satu lagi produk keluaran syarikat Yaesu Musen Co.LTD yang berpengkalan di Shinagawa-ku, Tokyo, Japan. Selain di Jepun, Yaesu juga ada cawangannya di California - USA, Hamsphire - UK dan di Kowloon - Hong Kong. Di kawasan Asia Tenggara, radio ini boleh didapati di Kuala Lumpur atau di Singapore pada harga yang sangat berpatutan dengan prestasinya. Dengan berat sekitar 3.6 kilogram atau 7.9 lb, sudah pasti ianya tidak menjadi masalah untuk dibawa ke sana kemari atau dihantar ke seluruh dunia dengan menggunakan khidmat kurier service.

Dalam blog ini, kawan akan cuba menerangkan sedikit sebanyak beberapa features yang kawan telah analisis dan yang menarik perhatian kawan. Walaupun ada banyak lagi, tapi kawan fokus kepada feature yang menarik dan berkelebihan sahaja.

Dua IF DSP
FT-450 dibina dengan dengan dua Interference Filtertering (IF) dimana ianya berfungsi untuk menghilangkan atau mengurangkan noise pada band untuk menghasilkan audio yang jelas dan berkualiti. Ianya boleh dilaksanakan dengan mengaktifkan DSP dengan menekan butang DSP dan aktifkan fungsi Contour-Notch-DNR-IF Width mengikut selera telinga masing-masing sehingga audio stesen yang kita kejar itu jelas kedengaran. Contohnya, untuk mengurangkan interference, kita hanya aktifkan SHIFT dan adjust sehingga interference itu hilang, manakala untuk mendapatkan audio yang jelas, fungsi CONTOUR pula diaktifkan. Selepas itu, jika masih kedengaran interference, fungsi NOTCH pula diaktifkan. Apabila semua interference sudah tiada, barulah DNR ( Digital Noise Reduction) dihidupkan untuk mengurangkan signal noise yang tersedia ada pada band jika keadaan band kurang menguntungkan. Akhirnya untuk mendapatkan lagi kejelasan audio, IF Width pula digunakan untuk mengurangkan lagi QRM yang ada pada band tersebut. 

DSP FT-450
     Selepas semua setting DSP digunakan untuk mendapatkan kejelasan audio stesen yang sedang DX. Kini tibalah masa untuk kita TX atau transmit pula bagi mendapatkan stesen tersebut. Untuk itu, FT-450 ada menyediakan fungsi Digital Microphone Equalizer (DME). DME ini berfungsi meningkatkan kualiti tone audio anda agar power yang keluar itu adalah maksimun tanpa bersusah payah menjerit atau mengubah cara kita bercakap. Semuanya boleh dilaraskan pada DME dan akan menghasilkan kualiti audio pemancaran yang padu dan berkesan.
MH-67 A8J
Auto-CQ
MH-67 A8J microphone ini disertakan sekali bersama pembelian FT-450. Stock mic ini saiznya agak besar sikit berbanding dengan jenama lain di pasaran. Sehingga kini kawan belum faham kenapa Yaesu menghasilkan mic yang saiznya gemuk sedikit. Tetapi sedap dipegang, dimana ianya memberi genggaman yang selesa dan mic-nya pula adalah jenis condenser mic. Tetapi jika anda malas untuk menekan PTT pada mic yang gemuk ini. Anda jangan risau, FT-450 ada menyediakan fungsi Auto-CQ. Satu kelebihan besar yang tiada pada jenama-jenama lain yang setaraf dengannya. dengan auto-cq, anda boleh menjimatkan tenaga anda apabila beraksi di udara dan membolehkan anda terus parking pada sesuatu freq tanpa rasa risau kerana anda akan terus memanggil tanpa henti walaupun sedang minum kopi atau makan kuaci.

port CW yang berada didepan
CW
Bagi peminat mode CW pula, sudah semestinya FT-450 adalah ada menyediakan ruang untuk mereka. Apakah yang FT-450 sediakan untuk peminat tegar CW? untuk itu, FT-450 mengandungi :
  1. Keyer Elektronik - kita boleh sambungkan key CW atau Lambic dan berlatih TX dengannya.
  2. Kelajuan WPM yang boleh diubah-ubah dari 4WPM hinggalah ke 60WPM.
  3. Boleh juga digunakan sebagai Beacon dengan 3 memory.
  4. Pitch CW yang boleh diubah bermula dari 400hz hingga 800hz, bergantung kepada telinga anda.
  5. Ada function Zero Beat, boleh dapatkan frequency tepat dimana rakan kita CQ
  6. Boleh beroperasi CW walaupun dalam mode SSB
  7. Ini kawan suka, ada function CW Training yang boleh menghantar Morse Code secara rawak kerana didalamnya sudah terbina Sidetone Generator.
Transmit Power
FT-450 boleh transmit sehingga 100watt maksimun. 100 watt pada 13.8volt. Apa yang menariknya, kotak hitam kecil ini juga boleh mengeluarkan kuasa 100watt juga pada 12 volt. Ini bermakna ianya boleh dibuat sebagai portable rig atau mobile rig dimana kita boleh menggunakan kuasa bateri atau solar untuk menghidupkan dan transmit full power dengannya. Berbeza sekali dengan jenama lain, maaf disini saya terpaksa sebut apa jenamanya. Jenama seperti ICOM tidak mampu untuk keluarkan full-power dengan kuasa bateri berbanding dengan FT-450 ini. Teringat pula pada abang kandungnya, FT-857/897. ianya juga sama dengan FT450, boleh tx full power pada voltan rendah dari sumber yang terhad seperti bateri atau solar panel. Ini bermakna, Final Stage FT-450 adalah sama dengan FT857/897. Legasi ini diteruskan oleh Yaesu. Syabas!!!

TCXO
Satu lagi kelebihan FT-450, TXCO iaitu ( Temperature Compensated Crystal Oscillators). TXCO ini berfungsi untuk menstabilkan freq semasa RX. Dimana fenomena freq drift tidak akan berlaku, jadi kita boleh tx pada freq yang sama dengan rakan yang sedang DX dan sudah pastinya audio kita tidak akan kedengaran seperti itik atau orang yang hidungnya tersumbat. Maka callsign kita pasti akan dicopy sepenuhnya oleh DX Chaser ataupun rakan taulan kita.

CAT System ( D-sub 9 pin) dan Data Jack
Digital Operation
Bagi peminat operasi Digital seperti RTTY-PSK31-SSTV dan sebagainya. Ianya amat mudah sekali dengan FT-450 kerana Yaesu ada menyediakan Data Jack pada FT-450. Jadi apa yang perlu dilakukan oleh Digital Dxer ini ialah sambungkan sahaja kepada interface yang berlambak dipasaran seperti Link2 atau homebrew dan sebagainya. Begitu juga dengan sambungan ke komputer. FT-450 juga boleh dikawal melalui komputer dengan menggunakan perisian HRD atau N1MM atau beberapa perisian yang serasinya dengannya dengan menyambungkannya kepada komputer atau laptop dari port CAT ini. Maka proses logging - contesting-Rig controlling akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa dengan keupayaan CAT ini. Sungguh beruntung sekali bagi sesiapa yang memiliki rig ini. Banyak sungguh kelebihannya.

9W2WWW Azam berkata... " Antara rig utama 9M2SE iota as-046 Pulau Tioman baru-baru ini. voice recordernya amat membantu. Mempunyai DSP and filter yang bagus. Saiz dan paparan yang mudah di operasikan. Cuma tombol VFOnya agak kecil bagi peminat tombol besar spt saya tetapi ia bukanlah kekurangan. Terbaik"

Kesimpulannya disini ialah FT-450 adalah sebuah HF transceiver mampu milik yang mempunyai banyak fungsi tersedia tanpa "optional" yang patut dimiliki oleh warga radio amatur yang mahu berjinak-jinak dengan dunia HF. Dimana kita boleh menghubungi dengan semua rakan dari seluruh dunia jika keadaan band mengizinkan serta boleh "on the go" jika berlaku sebarang bencana dan musibah kerana ianya boleh beroperasi walaupun pada voltan rendah. Tambahan pula, semua fungsi tersebut adalah user friendly. Mudah untuk dioperasikan walaupun pertama kali menyentuhnya. 73 Zaki 9M2ZAK 

Tuesday, June 2, 2015

9M2M : CQWPX CW 2015 : Log Analisis

Secara keseluruhannya, 9M2M berjaya mengutip 1600 QSO dengan kutipan 693 WPX dari seluruh dunia dalam masa 40 jam. Daripada jumlah 1600 QSO ini. Beberapa aspek boleh di analisis seperti :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DXCC

Jumlah DXCC ( DX Century Club) yang berjaya diperolehi oleh pasukan 9M2M adalah 85 DXCC. Antaranya ialah :
  1. DXCC 001 - CANADA ( VE )
  2. DXCC 006 - ALASKA ( KL )
  3. DXCC 015 - ASIATIC RUSSIA ( UA9 )
  4. DXCC 018 - AZERBAIJAN ( 4J )
  5. DXCC 021 - BALEARIC ISLAND ( EA6)
  6. DXCC 027 - BELARUS ( EU )
  7. DXCC 040 - CRETE ( SV9 )
  8. DXCC 046 - EAST MALAYSIA ( 9M6)
  9. DXCC 052 - ESTONIA ( ES )
  10. DXCC 054 - EUROPEAN RUSSIA ( UA3 )
  11. DXCC 075 - GEORGIA ( 4L )
  12. DXCC 091 - ARUBA ( P4 )
  13. DXCC 108 - BRAZIL ( PY )
  14. DXCC 110 - HAWAII ( KH6 )
  15. DXCC 112 - CHILE ( CE )
  16. DXCC 114 - ISLE OF MAN ( GD )
  17. DXCC 116 - COLOMBIA ( HK )
  18. DXCC 130 - KAZAKHSTAN ( UN )
  19. DXCC 135 - KYRGYZSTAN ( EX )
  20. DXCC 136 - PERU ( OA )
  21. DXCC 137 - REPUBLIC OF KOREA ( SOUTH KOREA ) (  HL )
  22. DXCC 143 - LAOS ( XW )
  23. DXCC 144 - URUGUAY ( CX )
  24. DXCC 145 - LATVIA ( YL )
  25. DXCC 146 - LITHUANIA ( LY )
  26. DXCC 149 - AZORES ( CU )
  27. DXCC 150 - AUSTRALIA ( VK )
  28. DXCC 170 - NEW ZEALAND ( ZL )
  29. DXCC 179 - MOLDOVA ( ER )
  30. DXCC 206 - AUSTRIA ( OE )
  31. DXCC 209 - BELGIUM ( ON )
  32. DXCC 212 - BULGARIA (LZ)
  33. DXCC 215 - CYPRUS ( 5B )
  34. DXCC 221 - DENMARK ( OZ )
  35. DXCC 223 - ENGLAND ( G )
  36. DXCC 224 - FINLAND ( OH )
  37. DXCC 225 - SARDINIA ( IS )
  38. DXCC 227 - FRANCE ( F )
  39. DXCC 230 - GERMANY ( DL )
  40. DXCC 236 - GREECE ( SV )
  41. DXCC 239 - HUNGARY ( HA )
  42. DXCC 245 - IRELAND ( EI )
  43. DXCC 248 - ITALY ( I )
  44. DXCC 254 - LUXEMBOURG ( LX )
  45. DXCC 256 - MADEIRA ISLAND ( CT3 )
  46. DXCC 263 - NETHERLANDS ( PA )
  47. DXCC 266 - NORWAY ( LA )
  48. DXCC 269 - POLAND ( SP )
  49. DXCC 272 - PORTUGAL ( CT )
  50. DXCC 275 - ROMANIA ( YO )
  51. DXCC 279 - SCOTLAND ( GM )
  52. DXCC 281 - SPAIN ( EA )
  53. DXCC 284 - SWEDEN ( SM )
  54. DXCC 285 - US VIRGIN ISLAND ( KP2 )
  55. DXCC 287 - SWITZERLAND ( HB9 )
  56. DXCC 288 - UKRAINE ( UR )
  57. DXCC 291 - UNITED STATE ( W )
  58. DXCC 292 - UZBEKISTAN ( UK )
  59. DXCC 293 - VIETNAM ( 3W )
  60. DXCC 296 - SERBIA ( YU )
  61. DXCC 299 - WEST MALAYSIA ( 9M2 )
  62. DXCC 318 - CHINA ( BY )
  63. DXCC 321 - HONG KONG ( VR2 )
  64. DXCC 324 - INDIA ( VU )
  65. DXCC 327 - INDONESIA ( YB )
  66. DXCC 336 - ISRAEL ( 4Z )
  67. DXCC 339 - JAPAN ( JA )
  68. DXCC 342 - JORDAN ( JY )
  69. DXCC 354 - LEBANON ( OD )
  70. DXCC 369 - NEPAL ( 9N )
  71. DXCC 370 - OMAN ( A4 )
  72. DXCC 375 - FILIPINA ( DU )
  73. DXCC 376 - QATAR ( A7 )
  74. DXCC 378 - SAUDI ARABIA ( HZ )
  75. DXCC 386 - TAIWAN ( BV )
  76. DXCC 387 - THAILAND ( HS )
  77. DXCC 390 - TURKEY ( TA )
  78. DXCC 446 - MOROCCO ( CN )
  79. DXCC 478 - EGYPT ( SU )
  80. DXCC 497 - CROATIA ( 9A )
  81. DXCC 499 - SLOVENIA ( S5 )
  82. DXCC 501 - BOSNIA ( T9 )
  83. DXCC 502 - MACEDONIA ( Z3 )
  84. DXCC 503 - CZECH REPUBLIK ( OK )
  85. DXCC 504 - SLOVAK REPUBLIK ( OM )
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAND

Dalam cabaran kali ini, band 20m dan 15m menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Kedua-dua band tersebut membuka dengan cantik dan mencatat bacaan signal noise yang rendah sekali. Iaitu sekitar S-0 membawa ke S-1. Manakala tempoh pembukaannya pula adalah lama. Iaitu melebihi 6 jam bagi setiap pembukaan.

Pada hari pertama, kami berjaya mengumpul 921 QSOs :

  • Band 40m = 3
  • Band 20m = 283
  • Band 15m = 518
  • Band 10m = 117
Manakala pada hari kedua, sebanyak 680  berjaya dikutip. Hari kedua mencatatkan penurunan kerana WX yang tidak beberapa baik pada sebelah petangnya. Kami berhenti CQ selama 6 jam. Berikut adalah catatan pada hari kedua.

  • Band 40m = 60
  • Band 20m = 415
  • Band 15m = 161
  • Band 10m = 44
Pada hari kedua, band 15m dan 10m mengalami penurunan. Manakala band 20m dan 40m berlaku peningkatan. Band 40m membuka dengan baik pada awal malam iaitu pada sekitar jam 7.30 hingga 9.00 malam. Kemudian ianya terus menjunam. Selepas itu, band 20m pula membuka. Manakala band 15m berada dalam keadaan tenat. Agak sukar bagi band 15m dan 10m untuk terus bertahan. Begitu juga dengan band 40m. Band 20m terus unggul sehingga beberapa jam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ZONE




Sebanyak 30 zone dari seluruh dunia telah berjaya dikutip dalam masa 2 hari. Zone 25 iaitu dari negara Jepun/Korea Selatan mencatat kutipan yang paling tinggi iaitu  402 station. diikuti oleh zone 14, zone 15 dan zone 16 iaitu zone kawasan eropah masing-masing mencatat 229, 331 dan 236 QSOs. Ini menunjukkan bahawa terdapat dua kawasan yang boleh dijadikan lubuk untuk pengumpulan mata. Iaitu kawasan benua eropah dan juga kawasan negara jepun. Zone - zone lain pun ada juga catatannya, tetapi tidak melebihi angka 100. Namun sumbangan mereka juga amat penting tidak kira dari mana zone yang mereka datang kerana setiap 1 mata itu membawa perbezaan yang besar antara johan dengan naib johan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WPX Prefix

Dalam timbunan station yang berjaya dikutip itu, apabila disusun semula mengikut turutan. Beberapa negara telah berjaya kami kumpul prefix-nya. Antaranya ialah :

  1. Germany ( DL0 hingga DL9 )
  2. Hungary ( HA0 hingga HA9 )
  3. Jepun ( JA0 hingga JA9)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Work All Continent

9M2M berjaya bekerja dengan 6 benua dari seluruh dunia. Antara benua-benua tersebut ialah:

  1. Benua Asia
  2. Benua Australia
  3. Benua Afrika
  4. Benua Eropah
  5. Benua Amerika Utara
  6. Benua Amerika Selatan

Monday, June 1, 2015

9M2M : Ara Boys Contest Team : CQ WPX CW 2015

Team 9M2M : 30 May 2015
Perjalanan sejauh 800km lebih merentasi semenanjung Malaysia tidak begitu dirasakan kerana hati ini begitu teruja untuk menyertai rakan-rakan seperjuangan dalam menghadapi cabaran contest yang hanya berlangsung setahun sekali sahaja. Kami berkumpul di Ara Boys Contest Station yang terletak di Arau, Bandar Diraja Negeri Perlis. CQWPX CW 2015 akan berlangsung pada Sabtu 30 May jam 8.00 pagi hingga 1 Jun jam 7.59 pagi. Ini bermakna kami berlima akan bertungkus - lumus selama 48 jam CQ di udara mencari dan mengutip mata demi negara Malaysia tercinta. Dalam cabaran contest kali ini, kami mempertaruhkan 5 station untuk beraksi bersama. Antaranya ialah, berdasarkan gambar di atas, dari kiri Salehan 9W2SBD, Hairi 9M2GET, Zaki 9M2ZAK, Prof Noh 9W2MNW dan Syed 9M2SYA. Semua station ini selamat tiba di Ara Boys Contest Station pada jam 8.00 malam pada hari Jumaat 29 May 2015.


4O3A High Power Band Pass Filter
Pada malam tersebut, disebut juga malam raya bagi para contester. Kami bertungkus lumus menyiapkan station bagi persediaan menghadapi contest pada esok pagi. Oleh kerana kategori yang kami akan masuk ialah multi multi, maka persediaan rapi perlu dititikberatkan seperti amplifier, antenna, power supply, tuner, lambic, logging system dan band pass filter.

Semua radas tersebut perlu disiapkan pada malam tersebut juga. Ujian band pass filter juga dijalankan pada malam tersebut bagi memastikan tiada langsung kebocoran atau interferen bagi setiap band. BPF yang digunakan ialah BPF band 10m, 15m, 20m dan 40m. Semuanya adalah daripada 4O3A. Syukur alhamdulillah, apa yang dirancang, semuanya berjalan mengikut perancangan. BPF tersebut berfungsi dengan baik. Tiada langsung kebocoran walaupun dengan pancaran kuasa 400watt.

band 15m dan 20m
Pagi Sabtu, kami memulakan aktiviti CQ pada band 20m dan 15m dan antenna yang digunakan adalah Quad dan Yagi. Yagi ditalakan ke Utara manakala Quad pula ke Eropah. Tujuan yagi dihalakan ke Utara adalah untuk mengutip sebanyak mana yang mungkin stesen dari negara matahari terbit itu untuk dibuat bekalan untuk band-band yang lain. Jangkaan kami memang tepat, kami dihujani oleh Ja stesen bertali arus sehinggakan tiada masa untuk bangun atau melakukan kerja-kerja yang lain. Hampir setiap CQ ada jawapannya. Begitu hebat sekali penangan dari Jepun ini.


Menjelang tengahari, asakan dari Jepun semakin berkurangan. Kedengaran pula stesen dari Eropah sayup sayup cuba mengatasi kekuatan Jepun. Maka, antenna Quad dikerahkan untuk menangkap Eropah pula. Band 20m di tugaskan untuk melayan Jepun manakala band 15m ditugaskan untuk menangkap Eropah. Bertali arus stesen dari EU beratur masuk ke dalam CQ kami. Dalam pada itu juga, terdapat juga beberapa stesen dari kawasan timur tengah dan asia barat yang masuk. Ini menunjukkan band membuka dengan luas tanpa mengira sempadan.


Pile-up ini berlarutan sehingga petang. Namun aktiviti CQ terpaksa dihentikan seketika kerana cuaca semakin buruk. Kilat dan guruh kedengaran dan bersahutan di Arau pada ketika itu. Maka langkah pencegahan dan keselamatan diambil. Coax dipisahkan dari BPF dan diletakkan pada tempat yang selamat dan dinyahcaskan agar statik yang terhasil semasa aktiviti kilat tadi tidak mencium radas-radas kami yang begitu sensitif dengan cas statik Awan hitam tadi berlaku tidaklah lama, hanya dalam 45 minit sahaja, kemudian keadaan kembali tenang. Maka aktiviti contest disambung seperti sediakala. 9M2M kembali pileup di udara.
9W2SBD in action
Pagi Ahad, Band 20m dan 15m sekali lagi menunjukkan taring mereka. Stesen dari Jepun dan Amerika Utara berpusu-pusu masuk ke Arau. Di selang-seli juga beberapa stesen dari Brazil serta Chile. Kadangkala stesen dari Russia mencelah masuk. Semuanya datang dengan kekuatan dB yang maha hebatnya. Setiap RF yang dipancarkan itu tidak disia-siakan walaupun 0.5 watt sekalipun. semuanya disapu habis oleh stesen dari Jepun ini. Mujurlah ada stesen Jepun yang menjadi penyeri majlis CQWPX. Tanpa Jepun, rasanya kurang meriah contest ini. Kawan salute sama mereka.

pukul 1:30 petang di Arau
pukul 7.00 petang di Arau
Menjelang tengahari, cuaca menjadi kelam dan semakin kelam. Tiba-tiba...kedengaran dentuman diluar sana. Apabila kami keluar, rupanya awan kelam sedang marak kemari. Maka sepantas kilat, coax dicabut dan system dimatikan. Tidak lupa plug dicabut agar tidak ada langsung ikatan antara system dengan pendawaian rumah. langkah ini terpaksa kami ambil demi keselamatan radas ribuan ringgit dan keselamatan kami sekeluarga. Keadaan kilat dan guruh ini berlarutan sehingga waktu senja. Ini bermakna, kami telah berhenti CQ selama hampir 6 jam. Namun tiada langsung rungutan dari kami kerana sudah maklum. Ini semua adalah ketentuan Ilahi. Kesempatan ini, kami gunakan untuk merehatkan badan seketika agar dapat beraksi sepenuhnya pada malam ini sehingga ke titisan yang terakhir. Masing-masing melabuhkan punggung masing-masing di atas tilam empuk bertemankan pusingan kipas level 2. Cuaca sejuk, maka kipas disetkan pada kekuatan 2. Kemudian, kipas di off-kan terus sebab sejuk.

Apabila keadaan kembali tenang. Masing-masing pun bangun dari mimpi indah masing-masing. Sebelum aktiviti disambung. Sekali lagi peralatan disetup semula sebab semasa keadaan hujan tadi. Semua coax dan wayar dicabut dari system. Amplifier dimasak semula agar kembali panas dan sedia untuk beraksi. Pada malam tersebut, kami mulakan dengan band 40m. pada awalnya band 40m membuka dengan cantik. Namun selepas 30 minit beraksi. Band tersebut tiba-tiba mengganas. Signal Noise tiba-tiba mencanak naik sehingga mencecah S-7. Riak wajah hampa jelas terpapar pada wajah kami sekeluarga. Ini adalah kerana semasa di 40m tadi, banyak stesen Amerika Utara malah stesen dari Brazil dan Chile juga kami berjaya kutip pada band 40m. Kehampaan terpampang kerana pada masa itu, stesen dari Amerika Utara dan Selatan itu senang-senang menghadiahkan kami 6 mata bagi setiap QSO. Namun apa boleh buat, kita hanya merancang Allah SWT juga yang menentukannya.

9M2GET
"Memandangkan kutipan kita pada band 20m pada ketika ini kurang memberangsangkan, apa kata kita stay di band ini dan kutip seberapa banyak contact sementara band ini membuka dengan cantik ini. Jangan kita sia-siakan peluang keemasan ini".

Jam di dinding menunjukkan pukul 9 malam. Selepas meneliti freq di band 20m. Ternyata band ini sedang menggila. Stesen-stesen dari eropah sana jelas kedengaran pancaran mereka. Tanpa melengahkan masa, kami terus CQ dan CQ. Kemudian...kami terus menerima asakan bertali arus dari stesen eropah sehingga jam 3 pagi. Seperti ada seseorang yang mengunci band. Tepat jam 3 pagi, tiba-tiba band 20m terus senyap. Pile-up dari eropah tadi terus senyap dan keadaan menjadi tenang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Maka maklumlah kami bahawa band tersebut telah tutup. Pancaran dari eropah sudah tidak kedengaran lagi. Kemudian kami beralih pula ke band 40m. Boleh tahan jugak band ini, stesen eropah kuat kedengaran disini.
9m2sya
Kesempatan itu jugak kami tidak sia-siakannya. Di band 40m tersebut kami juga berjaya mengutip beberapa stesen dari eropah. Tapi...secara tiba-tiba band 40m terus naik signal noise-nya. Maka tenggelamlah habis semua stesen dari eropah sana kerana kekuatan signal yang masuk dalam system kami adalah S-7 membawa ke S-8. Memang no-point jika terus berada disini. Maka dengan berat hati, kami melangkah semula ke band 20m. Walaupun tahu yang band tersebut agak kurang baik prestasinya pada ketika itu dan terus CQ sehinggalah tamat masa untuk ber-contest. Iaitu pada Isnin jam 7:59 am.

Perlis Harumanis Manggo
Disini kawan ingin mengucapkan billion terima kasih Hairie 9M2GET dan Oja 9M2OUT kerana sudi memungut kawan untuk menjadi operator dan juga krew 9M2M dan keluarga Ara Boys Contest Team. Terima kasih juga kawan ucapkan kepada bang Salehan 9W2SBD kerana bersusah-payah menyediakan BBQ Kambing untuk semua krew 9M2M. Terima kasih juga diucapkan kepada Prof Noh kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan kepada kami yang jahil dan seba kekurangan ini. Tidak lupa juga, terima kasih kawan ucapkan kepada Syed 9M2SYA diatas komitmen yang diberikan dimana impaknya adalah sangat besar sekali kepada negara tercinta ini. Kenapa kawan berkata sedemikian, ini adalah kerana secara tidak langsung kami sebenarnya telah mewakili negara Malaysia dan bertanggungjawab untuk menjaga nama baik negara melalui aktiviti Radio Sport ini.

Tuntasnya, 9M2M berjaya mengutip :

QSOs  = 1600
WPX   = 697
Point    = 2 597 719

9M2M CQ WPX Picture Galery :















73 de Zaki 9M2ZAK

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d