Monday, May 4, 2015

Dalbeam Tribander Yagi (20m-15m-10m) : Full servis.

Pada hari Sabtu yang lalu, bersamaan dengan 2 May 2015, kawan dengan Zalfan 9W2ZJB berkesempatan untuk menurunkan antenna Yagi kawan iaitu Dalbeam Tribander Beam yang telah dibina pada tahun 2009 yang lalu. Ini bermakna antenna tersebut telah berada di atas selama 6 tahun dan telah menghadapi dan mengharungi pelbagai keadaan cuaca seperti hujan, panas, ribut dan juga kilat. Sebenarnya tribander ini adalah antenna eksperiment bagi band 20m-15m-10m. Sebelum ini, Daniel dan kawan selalu menjalankan eksperiment antenna jenis monoband sahaja, iaitu 20m monoband, 15m monoband dan 10m monoband yagi.

Memandangkan kami tinggal di kawasan bandar, maka masalah ruang amatlah dirasai. Jika hendak pasang ketiga-tiga monoband tersebut. Tentulah akan mengalami sedikit kesukaran, kesukaran bergelut dengan ruang dan juga jelingan jiran sebelah menyebelah. 3 band pada satu yagi adalah pilihan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

Tribander ini sebenarnya adalah Multi-monoband Yagi. Jadi performancenya juga sama seperti kita menggunakan 3 monoband yagi pada satu pole atau tower. Tetapi bagi konsep yagi ini, 3 band pada satu boom, dimana matching pada band 20m. Untuk itu, balun 1:1 digunakan.

Cabaran yang paling besar dan getir sekali ialah pada feed line, walaupun ianya 3 band, tetapi ia menggunakan single feed line untuk 3 antenna. Walaupun nampak macam 6 element, tetapi sebenarnya ianya adalah 2 element bagi setiap band. Konsep Forward Stagger diguna pakai dalam antenna ini. Reflektor bagi band 15m diletakkan pada hadapan reflektor band 20m supaya reflektor band 20m tidak mengganggu reflector band 15m. Manakala reflektor band 10m pula di letakkan dihadapan band 15m bertujuan untuk tidak mengganggu band 15m.

Yagi ini tidak menggunakan trap, jadi apabila ia tidak menggunakan trap, maka kecekapannya juga akan semakin baik sebab tiada istilah loss dalam pemancarannya. Selain itu, kita juga akan mendapat bonus beberapa band lagi. Bonus yang kawan maksudkan itu ialah band 17m dan 12m. Walaupun tiada element untuk band tersebut untuk memacunya, tetapi keajaiban telah berlaku. Band 17m dan 12m boleh ditune pada tribander ini. Untuk itu, antenna tuner diperlukan.

Semua element pada antenna ini sebenarnya adalah insulated. Untuk itu, paip PVC putih digunakan sebagai insulator antara element dan boom. Manakala pada Driver element-nya pula, Balun 1:1 digunakan. Jika tiada balun, RF Choke juga boleh digunakan. Kenapa RF Choke atau Balun 1:1 perlu digunakan? RF Choke atau Balun perlu digunakan untuk choke off antenna current. Jika anda bercadang untuk beroperasi pada kuasa pemancaran yang besar, kawan cadangkan supaya rakan-rakan sekalian menggunakan balun yang boleh handle 1000watt ke atas. Mana tahu, pada masa-masa akan datang, anda beralih pula ke BIG GUN pula.


bagi yang ingin mencuba antenna ini, diatas kawan bekalkan diagram untuk kawan-kawan mencubanya. Masa yang diperlukan untuk memasang antenna ini tidaklah lama, hanya 3 jam sahaja siap dengan pemasangan pole. tetapi kalau hendak dipasang pada tower, mungkin masa yang lama diperlukan. Kelebihan antenna ini ialah daya ketahanannya. Selama 6 tahun beliau berada diatas sana, ianya langsung tidak memberi apa-apa masalah. Kes kawan pada hari itu pun, bukanlah berpunca dari antenna, tetapi ianya berpunca dari coax. Coax kawan telah bocor atau luka. Punca luka - coax bergesel dengan guide wayar semasa proses rotate antenna. Akibatnya, band 15m tidak dapat tune. pelik...coax luka sahaja, band 15m out. Tapi itulah dia...radio amatur. Kita akan senantiasa berhadapan dengan pelbagai perkara yang baru dan sentiasa belajar untuk lebih memahaminya.

luka parah
Setelah siap semuanya. Ternyata ianya tidak menghampakan. Berikut adalah keputusan SWR antenna tersebut.

Band 10M
  1. 28220 = 1:1
  2. 28270 = 1:1
  3. 28320 = 1:1
  4. 28370 = 1:1
  5. 28400 = 1:2
  6. 28450 = 1:3
  7. 28500 = 1:3
  8. 28500 = 1:5
Band 15m
  1. 21100 = 1:1
  2. 21150 = 1:1
  3. 21200 = 1:1
  4. 21250 = 1.1
  5. 21300 = 1:1
Band 20m
  1. 14000 = 1:1
  2. 14050 = 1:1
  3. 14090 = 1:1
  4. 14150 = 1:2
  5. 14200 = 1:2
  6. 14250 = 1:3
  7. 14300 = 1:3
  8. 14350 = 1.3
Apabila merujuk kepada bacaan diatas, maknanya ant tuner tidak diperlukan. Dan ianya terbaik pada band 20m. Bagi kawan, bacaan ini sudah mencukupi dan sudah memadai untuk beraksi semasa DX atau contest. Semalam kawan sempat test ini antenna. Hasilnya:

Band 20m =  93 QSOs
Band 15m = 107 QSOs
Band 10m = 37 QSOs
DXCC = 61

Selepas habis menulis blog ini, kawan nak mencuba lagi untuk melihat prestasinya macam mana, sebab hari ini seharian hujan, jadi nak tengok bagaimana balun 1:1 tu bertindak dalam keadaan sejuk pula. 

Baiklah, sampai disini saja penulisan kawan. Semoga kita berjumpa lagi pada post-post yang akan datang.
73 Zaki


No comments:

Testing aprs yaesu FT2DR