Monday, April 20, 2015

Memilih HF transceiver yang terbaik

Terdapat banyak pilihan HF transceiver di pasaran. Bermula dari RM19XX hinggalah ke RM24XXX. Jadi kita sebagai peminat tegar hobi ini perlulah berkira-kira untuk membuat pilihan yang terbaik Agar mendapat kepuasan yang maksimun dengan nilai yang dikeluarkan.


Pada masa kini, teknologi yang ada pada setiap HF transceiver semakin bertambah. Ada diantaranya memiliki keupayaan untuk TX/RX dari 500khz hinggalah ke 1.2GHz dengan keupayaan DSP (Digital Signal Processing). Memiliki keupayaan filter yang boleh diubah-ubah khz-nya dan keupayaan AGC yang efektif serta pantas. Antenna Tuner yang built-in, dan keupayaan komunikasi satelite. Malah sudah menjadi trend kepada para pengeluar pada masa kini iaitu mengubah skrin utama transceiver dari dot matrik ke paparan LCD yang berwarna-warni. Terbaru dipasaran...touch skrin pula diperkenalkan dan banyak lagi pelbagai fungsi tambahan diperkenalkan oleh pengeluar.

Bagaimanapun...HF transceiver yang ditawarkan di pasaran pada ketika ini ada pelbagai pilihan model, jenama, saiz, spesifikasi dan harga. Jadi, kita sebagai pembeli yang bijak jangan terus membelinya kerana dipengaruhi oleh trend atau pendapat kawan-kawan. Sebaliknya, kita perlu fikirkan dahulu beberapa penting supaya transceiver yang akan dibeli itu memenuhi keperluan dan bajet poket kita. Perkara yang pertama yang perlu dititikberatkan ialah:

Kegunaan utama transceiver tersebut : 
Jika anda baru atau ingin berjinak-jinak dengan dunia HF ini. disarankan agar anda mendapatkan transceiver dengan spesikasi biasa dan tidak terlalu mahal. Contoh HF transceiver yang dikatakan itu ialah:
  • Icom 718
  • Yaesu FT-450
  • Alinco DX-77T
Jika anda selalu bergerak atau travel.
Carilah transceiver tidak memiliki saiz yang besar dan  mudah    untuk dibawa serta diletakkan di dalam beg. Terdapat pelbagai pilihan yang ada dipasaran untuk transceiver jenis ini. Antaranya ialah:
  •   Kenwood TS 480HX/TS 480SAT
  •   Yaesu FT 817 dan FT 857D
  •   Elecraft KX1, KX2 atau KX3
 Jika anda seorang pemburu DXCC atau Contester ( masih dalam bajet)
Jika anda sudah sampai ke tahap ini. Maka disarankan agar anda upgrade transceiver anda tersebut. Transceiver yang dibeli semasa baru berjinak-jinak dalam dunia HF itu boleh dijadikan back-up transceiver. Kini, carilah sebuah transceiver yang mempunyai keupayaan yang berikut agar proses pemburuan DXCC anda itu berjalan dengan lancar tanpa mengalami sebarang masalah. Antara kriteria yang perlu di ambil perhatian ialah:
  • Mempunyai filter ( SSB dan CW) amat berguna semasa contest.
  • Mempunyai DSP ( Digital Signal Processing) diperlukan ketika signal noise terlalu tinggi
  • Port RS-232 ( untuk sambungan ke komputer-memudahkan proses logging dan kawalan freq/mode)
  • Keupayaan untuk SPLIT ( diperlukan semasa memburu DXCC, kebanyakkan rare station guna split)
  • Keupayaan RX ant - diperlukan untuk low band, terutama band 80-160m
  • Cover band 160m-80m-40m-30m-20m-17m-15m-12m-10m- 6m ( hampir semua DXpedition beroperasi pada jaringan band tersebut)
  • Built-in antenna tuner.
  • Berkeupayaan untuk auto-CQ
Pada masa kini, para pengeluar memang ada mengeluarkan transceiver yang mempunyai kriteria - kriteria seperti yang tertera di atas. Antaranya ialah:

  • Yaesu : FT991 / FTDX 1200 / FT 950 / FTDX 3000/ FTDX 2000
  • Icom  : IC 7200 / IC 7410 / IC 7600 / IC 7700 / IC 7851
  • Kenwood : TS590 / TS 2000 / TS 990S
  • Elecraft : K2, K3
Terpulanglah kepada selera dan kemampuan diri masing-masing untuk memilih HF transceiver yang mana satu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Buat perbandingan harga dan spesifikasi untuk mendapatkan nilai yang terbaik. Terdapat sesetengah pengeluar tidak fokus kepada design atau kosmetik transceiver tersebut, tetapi mempunyai spesifikasi yang lebih canggih berbanding dengan pengeluar-pengeluar yang lain. Selain itu, pastikan harga yang dibayar itu merangkumi dan tidak melebihi bajet yang kita rancangkan sebab sekali kita terbelinya tiada istilah refund atau trade-in untuk masa depan. Gunalah ia selagi ia tidak memberikan kita sakit kepala kerana peminat hobi ini boleh dikira dengan jari sebenarnya. Susah senang kita yang tanggung sendiri. 73 Zaki.

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d