Saturday, March 28, 2015

9M2M : CQWPX SSB 2015 : Pengembaraan bermula...


Pada tahun ini, Ara Boys Contest Team melebarkan sayapnya lagi dengan tanda panggilan yang baharu iaitu 9M2M. Saya mewakili pasukan 9M2M mengucapkan jutaan terima kasih kepada SKMM kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk memancar dengan menggunakan tanda panggilan ini. 


9M2M terdiri daripada 11 orang ahli yang berada di sekitar semenanjung Malaysia. Mereka adalah pemegang lesen radio amatur yang sah disisi undang-undang negara Malaysia. Hampir kesemua ahlinya adalah daripada pasukan 9M2SM. Setelah berjaya meletakkan 9M2SM di persada dunia, maka pada kali ini. 9M2GET (Pengurus 9M2M) ingin meluaskan lagi pengaruh dan kemashyuran Ara Boys Contest Team dengan lebih serius lagi seiring dengan anugerah 9M2M ini.

pasukan lama 9m2sm
9M2M dianggotai oleh Hairie 9M2GET, Oja 9M2OUT, Hans 9W2SBD, Own 9W2SBL, Syed 9M2SYA, Prof Noh 9W2MNW, Afiq 9W2AHU, Rizal 9M2RDX,  Azlan 9M2AGC, Zaki 9M2ZAK dan Weerut 9W2RUT.

CQWPX SSB 2015 ini menjadi medan pertempuran yang utama bagi 9M2M bagi menguji tanda panggilan ini. Segala perancangan telah dibuat. Persediaan selama berbulan - bulan sebelum ini akan diuji sepenuhnya pada contest kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Weerut 9W2RUT kerana make it happen. Segala komitmen dan buah fikiran anda amatlah dihargai sepenuhnya. Semuanya akan teruji pada contest yang sedang giat berlangsung ini.

Afiq bersama bang Hans CQWPX 2015
Sebenarnya...aktiviti contest ini banyak mengajar kita mengenai erti persahabatan. Mengajar kita mengenai erti kepercayaan dan kesabaran. Tanggungjawab kita sesama insan serta pemupukan semangat setiakawan akan wujud secara tidak langsung dengan aktiviti contest ini. Aktiviti contest ini bukan berkisar sangat kepada siapa yang menang atau siapa yang kalah, tetapi ianya berkisar kepada siapa yang join atau tidak...Disini ianya menunjukkan betapa besarnya kuasa yang wujud dalam aktiviti radio sport ini. Maka tidak hairanlah kenapa aktiviti ini mendapat penglibatan yang amat baik sekali.

Yang paling penting, ianya melibatkan seluruh warga radio amatur dari SELURUH pelusuk dunia. Boleh dikatakan...ianya adalah satu acara yang benar-benar bertaraf dunia. Truly World Class. Kenapa saya berkata sedemikian, Bola Sepak Piala Dunia pun pada dasarnya hanya 18 pasukan daripada seluruh dunia yang akan bertanding pada musimnya. Tetapi... dalam aktiviti contest ini, secara statistiknya. ianya melibatkan hampir 5500 stesen dari seluruh dunia dan dijangka ianya akan meningkat lagi selari dengan perkembangan teknologi internet dan pengkomputeran.

Perlu diingat...pada tahun 2015, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh majalah CQ. Hampir 5500 stesen dari seluruh dunia menyertai contest ini. 5500 stesen dalam masa 48 jam. 5500 stesen berkampung atau berkumpul untuk menjalankan aktiviti CQ. 5500 stesen juga rasanya menjalankan aktiviti BBQ... itulah kuasa yang kawan maksudkan itu dalam aktivti Contest CQWPX ini.

Dalam menghadapi cabaran contest ini, kawan senantiasa membuat muhasabah diri dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Hal ini penting bagi membolehkan kawan mengetahui "untung atau rugi" dari sesi contest yang lepas. Biasanya pada awal contest, kawan akan membuat azam, tekad dan cita-cita. Hal ini penting bagi kawan kerana ianya boleh dijadikan sebagai satu momentum untuk membentuk keyakinan diri, menaikkan semangat dan menentukan hala tuju contest. Kawan juga meletakkan sasaran yang ingin dicapai pada setiap sesi.
9m2m multi 
Sesungguhnya setiap kita perlu meletakkan suatu matlamat yang tinggi. Namun, sasaran itu biarlah sesuatu yang mampu dicapai. Contest tanpa matlamat diibaratkan seperti belayar di lautan luas tanpa menggunakan kompas. Bagi rakan yang baru hendak menyertai contest, masih belum terlambat untuk meletakkan sasaran anda. Biarpun separuh perjuangan untuk contest ini sudah berlalu, hakikatnya masih belum terlewat untuk memulakan suatu azam yang baharu. Pengalaman ini perlu dikutip dan harus dijadikan pengajaran dan kesalahan yang dahulu pula janganlah diulangi lagi.

Kehadiran CQWPX SSB 2015 ini perlu dijadikan momentum ke arah anjakan paradigma contest yang bakal kami tempuhi sepanjang tahun ini. Masih teringat lagi pesanan arwah bapa kawan pada setiap kali kawan bersalaman dengannya...


"Kita hendaklah lebih berdisplin, bersemangat, jujur serta mengutamakan kebaikan dan menjauhkan segala keburukan jika ingin berjaya. Tidak ada perkara yang mustahil untuk dicapai dalam hidup ini, kecuali mereka yang lemah semangat, tidak menghargai masa dan tidak menggunakan anugerah akal dengan sebaiknya.....

Difahamkan juga, semasa kawan sedang memerah otak menulis blog ini. Ada juga rakan-rakan seperjuangan yang turut serta dalam akitviti contest bertaraf dunia ini. antaranya ialah :

9M2SI
9M6SDX
dan banyak lagi, Bagi stesen yang belum kawan nyatakan disini, mungkin kawan akan update-kan selepas kesemuanya menghantar log masing-masing. Apapun disini, kawan ingin mengucapkan :

"All The Best To All Contester in CQWPX SSB 2015 Contest"

Tujuhtiga daripada Zaki 9M2ZAK

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d