Tuesday, January 6, 2015

Tahun 2015 : Mencari yang positif...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca tidak kira dimana sahaja kalian berada. Pada masa kini, mungkin saudara-saudara sekalian membaca coretan kawan ini melalui gadjet masing-masing seperti Telefon Pintar ataupun Tablet. Perkara sedemikian sebenarnya tidak pernah terlintas disanubari kawan semasa mula-mula menulis di blogspot ini. Zaman semakin berubah, kadangkala tidak terjangkau oleh pemikiran apa lagi yang akan muncul selepas ini.
Tahun baru...semangat yang baru serta misi yang baru, rasanya kawan masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca. Kawan amat mengharapkan agar kehadiran tahun 2015 ini dapat menyuntik tenaga baru, tenaga yang positif dalam diri kita agar terus positif dalam semua perkara. Oleh kerana post ini adalah yang sulung bagi tahun 2015 ini, maka eloklah kawan berkongsi perkara-perkara yang positif sahaja. Apabila kita senantiasa memikirkan yang positif, maka segala perkara atau kejadian atau info yang positif sahaja akan menelusuk masuk ke dalam kehidupan kita. Raut wajah kita juga akan menjurus kepada positif, sejuk mata memandang...senyuman kita pula akan bertambah manis...rasa macam nak cubit saja pipinya tu dan kesihatan kita juga akan bertambah baik. Semua element positif bergabung dan memainkan peranannya.

Bagaimana caranya untuk kita membentuk hidup yang positif? langkah yang pertama adalah cubalah menjauhi orang yang berfikiran negatif dan mempunyai aura negatif. Ini adalah kerana...orang yang selalu berfikiran negatif ini akan selalu dan cuba untuk mempengaruhi orang lain agar turut serta dalam kelompoknya. Contohnya seperti bergossip, mengutuk sana-sini dan menceritakan hal keaiban orang lain. Sebenarnya, tidak semua perkara atau kejadian yang berlaku itu perlu difikir atau diulaskan ke arah negatif. Ada hikmah sebenarnya. Hikmah itulah perkara positifnya. Negatif atau positif sebenarnya bermula dari pemikiran kita sebenarnya.


Sebagai contoh, jika saudara-saudari sekalian ingin atau merancang untuk melangkah setapak lagi dalam arena radio amatur ini, seperti menaiktaraf lesen anda dari B ke A. Pasti akan ada rakan-rakan disekeling yang akan cuba mematahkan semangat anda dengan menyuntik element negatif seperti "buat apa ambik CW, sekarang kan zaman moden"...."susah wei CW, tak payah ambik lah...buang masa saja"...."tu nak ambik CW nak glamerlah tu...boleh sain sana sini".... Disini kawan minta agar saudara-saudara sekalian anggap sahaja perkataan-perkataan itu sebagai dugaan semata-mata. Jadikan kata-kata pematah semangat itu sebagai semangat untuk meneruskan cabaran saudara saudari sekalian.

Jadi..apa kata kita jadikan tahun 2015 ini sebagai tahun pemula. Tahun untuk terus kehadapan, pedulikan dengan apa orang kata. Fikirkan tentang kejayaan bukannya kegagalan. Tetapkan misi masing-masing, kawan percaya, saudara saudari sekalian mesti sudah ada misi masing-masing dalam tahun 2015 ini, Contoh misi 2015 bagi perspektif radio amatur ialah :
  1. Membina tower
  2. Upgrade lesen
  3. Menambah koleksi radio
  4. Target plaque dalam contest
  5. Menambah kelajuan penerimaan CW
  6. Menambah jaringan repeater VHF seluruh semenanjung dan Kepulauan Borneo
  7. Homebrew antenna 11 element 10m yagi
  8. Menjalinkan hubungan dengan pihak kerajaan, terutamanya yang berkaitan kecemasan
  9. Membina shack atau club house
  10. Setup APRS
  11. ataupun kesemuanya seperti diatas
9m2pro Zanirul Akmal
Saudara-saudari sekalian juga boleh menambah lagi apa lagi misi yang saudara-saudari fikirkan dalam arena ini bagi tahun 2015. Selepas kejadian banjir yang berlaku di pantai timur semenanjung tempohari, ianya sedikit sebanyak telah membuka mata pelbagai pihak mengenai hobi kita ini. Sebelum ini, ada yang mengatakan hobi ini buang duit sahaja, hobi orang kaya dan macam-macam lagi. Jadi bertitik-tolak dari kejadian banjir tersebut, segala tohmahan negatif tersebut, terhapus dan washed away bersama-sama dengan air limpahan banjir tersebut. Apabila bencana berlaku, radio amatur bersedia menghulurkan bantuan.

Syukur alhamdulilah, pada tahun 2014 banyak kejayaan yang telah dicapai. Pada tahun ini, kawan mengharapkan situasi seperti 2014 berulang kembali, tetapi diulangi dengan kejayaan yang lebih besar lagi. Jika kita mudah berpuashati dengan kejayaan hari ini, maka hanya sekali itulah kita akan berjaya. Bukan berkali-kali...Untuk maju, kita perlu sentiasa memburu kejayaan atau kemenangan. ALLAH SWT sendiri berpesan, lima kali sehari pada setiap masjid dan surau malah dicorong-corong radio dan juga TV 50 inci.

  حَيَّى عَلىَ الْفَلاَحِ
HAYYA 'ALAL FALAAH
"Marilah mencapai kemenangan"
Sudah jelas disini, kita perlu memburu kemenangan. Kemenangan atau kejayaan ini bukan datang dengan sendiri. Perlu ada usaha yang luarbiasa untuk menikmatinya. Percayalah...dan kawan percaya. Setiap kejayaan yang saudara-saudari kecapi pada hari ini bukannya datang dengan sendirinya. Ianya adalah hasil titikpeluh saudara-saudari sekalian.
Sebelum kawan mengakhiri coretan sulung kawan pada tahun 2015 ini, marilah kita jadikan segala apa yang berlaku pada sepanjang tahun 2015 itu sebagai pengalaman dan pengajaran kepada kita. Kaji dan selidik semula apa yang tersilap pada tahun tersebut dan cuba jangan ulanginya pada tahun ini. Ingat.. tahun 2015 adalah tahun yang positif, perkara yang sudah itu, sudahlah...usahlah diungkit lagi. Kita sekarang sedang melangkah kehadapan, bukan berundur kebelakang. Marilah kita meneroka tahun 2015 ini dengan semangat yang baru serta dipenuhi dengan element positif. Insyaallah...ianya akan mematangkan kita. Tahun 2015...tahun mencari yang positif...  73 de Zaki 9m2zak.

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d