Monday, December 1, 2014

CQWW CW 2014 : 9M2SM




Saturday 29 Nov 2014 
Tepat jam 8.00 pagi, cabaran CQWW CW 2014 dimulakan. 9M2SM dihidupkan oleh 9M2AGC Azlan di band 10 meter. Pada masa itu, band 10m membuka dengan cantiknya. Kami memilih untuk CQ di 28050.00mhz. Pada permulaannya, didapati begitu sukar untuk mendapatkan ruang untuk lepak kerana hampir setiap khz telah diduduki. Namun setelah meluangkan masa beberapa minit meneliti setiap kilohertz, ALLAH SWT telah memberi 28058.00 untuk 9M2SM beraksi di CQWW CW 2014 Contest ini.

9m2agc
Pada waktu ini, antenna dihalakan ke arah Jepun. Ini bertujuan untuk mengutip seberapa banyak callsign dari negara matahari terbit itu untuk dibawa bekal ke band-band yang seterusnya. Jangkaan kami memang tepat, Sebaik sahaja Cikgu Azlan CQ, berduyun-duyun callsign dari Jepun dan Amerika Utara menerjah masuk. Malah yang manis sekali, PW2D sebuah stesen dari Brazil turut kedengaran. Stesen kegemaran kawan tu.


Cuaca pagi ini pulak amat baik. Kedengaran dengan jelas suara burung tekukur dan burung pipit berkicauan menyambut kehadiran bang Salehan dipagi Arau. Namun kemerduan suara burung-burung tadi terus hilang dalam sekelip mata apabila Dalbeam mula mengeluarkan pancarannya. 300 watt disalurkan ke Dalbeam untuk meneroka kawasan Thailand-Vietnam-Hong Kong - Taiwan - China - Jepun-Korea Selatan-Russia-Amerika Utara. Ternyata band 10m masih unggul. Ini adalah kerana stesen - stesen dari Amerika Utara dan Jepun bersilih ganti masuk ke dalam CQ Azlan. Antenna Tribander Dalbeam dikerah sepenuhnya keupayaannya.

qsy 28036.00 mhz

Kami terpaksa QSY ke bawah sikit kerana pada 28057 diduduki oleh orang. Manakala 28059 pun sama. Maknanya jika ingin stesen kami didengari, stesen itu perlu ada filter yang berkeupayaan 300hz. Tapi rasanya tidak semua memilikinya. Jadi untuk memudahkan stesen-stesen lain copy stesen Arau ini. Maka satu keputusan besar perlu diambil. Sehubungan dengan itu, pengurus 9M2SM dipanggil untuk menyelesaikan permasalahan ini. Setelah beberapa minit membuat perbincangan, kata sepakat telah diambil. Risiko meninggalkan freq 28058 ini diharungi dan kami pula berlegar-legar disekitar band untuk mencari freq yang tidak diduduki. Telahan kami memang tepat. Agak sukar pada permulaannya untuk mendapatkan ruang. Namun dengan izin ALLAH SWT, 28036 tidak diduduki. Freq itu senyap sahaja tidak berpenghuni. Jadi tanpa berlengah lagi, 9M2GET selaku pengurus besar 9M2SM terus parking disitu.

9m2get

Selepas itu, operator bertukar tangan. Setiap operator akan hanya CQ dalam beberapa jam sahaja. Ini bertujuan untuk memberikan kesegaran otak kepada setiap operator. CW ini lain sikit daripada SSB. Dimana otak perlu berkerja keras bergandingan dengan telinga. Jadi untuk mengelakkan berlakunya kesilapan. Kami berpakat untuk main dalam jangka masa tersebut. Kualiti itu penting daripada kuantiti.

9m2zak
Kini kawan pula mengambil alih 9M2SM. Masih CQ di band yang sama kerana prestasi band masih mantap. Hampir seminit 4-3 stesen masuk. Jadi keputusan untuk QSY ke 15m ditangguhkan dahulu. Ini adalah kerana masih berduyun callsign dari Jepun dan Amerika Syarikat memecah gegendang telinga kami. Signal yang sampai di Arau masih kuat. Mereka datang dengan kekuatan 15dB hingga 18dB. Tidak ada masalah untuk copy callsign mereka. Syukur alhamdulillah. Cuaca semakin baik, seolah-olah merestui perjuangan 4 anak melayu ini bertanding dan memberi persaingan kepada dunia dalam arena radio sport ini. Selepas beberapa jam, kawan past baton kepada Syed 9M8SYA pula untuk meneruskan cabaran.

9m8sya

Ternyata band masih unggul. Band 10m masih lagi berdentum. Banyak stesen dari Japan dan NA menghujani 9m2sm. Segala pengalaman yang ada pada Syed dikerahkan bagi menguruskan timbunan callsign yang tidak berhenti-henti melalui telinga sakti beliau. Kemudian antenna dihalakan ke eropah, pada masa itu berduyun-duyun stesen eropah menerjah Arau. Tetapi semua itu bukanlah masalah bagi beliau, berkat kesabaran berlatih siang dan malam di morse runner ternyata membuahkan hasil. Segala timbunan callsign itu dapat diuruskan dengan baik oleh beliau. Teruskan perjuangan Syed, sat lagi hang berhenti sat. Makan nasik dan rehat kepala dulu. Lepas tu, AGC pulak akan ambil alih.

9m2agc

9M2AGC menghadapi cabaran besar, stesen daripada EU masih bersepah dan tanpa belas kasihan menghujani 9M2SM. Peluh jantan kelihatan mengalir di pipi cikgu Lan. Tetapi cikgu berjaya jugak mengharunginya dengan penuh kesabaran. Tahniah cikgu. Teruskan perjuangan kita. Lawan tetap lawan. Jangan sesekali mengalah dengan pelbagai asakan dari eropah. Eropah dan Jepun berlainan. Jepun penuh dengan adat ketimuran manakala Eropah seperti biasa...tidak menunjukkan belas kasihan. Nanti pukul 4 kawan akan ambil pula. Menyambung perjuangan rakan seperjuangan di kawasan eropah yang terkenal dengan kerakusannya.

9m2zak

No mercy, begitulah ayat kawan terhadap stesen-stesen dari eropah. Mengapa kawan berkata sedemikian. Ini adalah kerana...mereka tidak sabar dalam menunggu. Jika kita memanggil stesen yang lain untuk disahkan callsignnya, mereka yang lain tidak akan menunggu. Mereka akan terus cuba masuk menindan callsign yang separuh tadi. Jadi urusan untuk mendapatkan callsign penuh bagi weak signal itu akan menjadi lebih sulit dan lama. Disinilah perbezaan antara Jepun dan Eropah. Bagi mereka, jika kamu weak, kamu akan ditindas. Yang lemah akan ditindas oleh yang kuat. Senario itu sebenarnya biasa bagi mereka disana. Malah senario ini juga berlaku dalam kelompok masyarakat mereka. Selepas dua jam lebih kawan beraksi dan bertarung dengan Eropah. Kini 9M2SM diambil alih oleh 9M2GET pula. Menyambung perjuangan yang tidak sudah. Good Luck kanda.

9M2GET

Selepas 10m banyak memberi sumbangan. Kini beralih pula ke band 15m. Mujurlah band 15m pun membuka dengan baik. Hanya sekali henjut sahaja, eropah terus beratur untuk mendapatkan signal report dari Arau. Hari ini maknanya band 10m dan 15m membuka dengan baik. Pada 15m, 9M2SM cq pada 21020.50mhz. Walaupun band penuh sesak dengan stesen yang CQ, namun kami berjaya juga mendapatkan tempat parking untuk stesen Arau ini dan meneruskan cabarannya di CQWW CW. Disaat kawan menulis artikel ini, kami sudah pun berjaya mengutip 1081 QSOs. Sememangnya satu pencapaian yang amat mengagumkan.

Sunday 30 Nov 2014
Oleh kerana kawan tidak tidur pada malam tadi, jadi segala perkembangan pada waktu pagi hingga pukul 2 petang tidak dapat kawan kemaskinikan. Malam tadi kawan CQ di band 40m. Bermula jam 3 pagi hinggalah pada pukul 6.30 pagi. Pada masa itu, band 40m membuka ke arah eropah. Hasilnya banyak stesen dari Eropah masuk ke dalam CQ 9m2sm. Keadaan band 40m pula pada ketika penuh sesak dengan ratusan stesen dari seluruh dunia. Band menjadi terlalu padat sehinggakan selang 2.5khz dihuni oleh para contester. Selalunya selang 5khz, tapi malam tadi ianya mencecah 2.5khz. Keupayaan filter dikerah sepenuhnya. Tetapi agak malang bagi kawan kerana TS 940 ini hanya mempunyai 1000khz sahaja keupayaan filternya maka stesen yang berada disebelah kawan masih jelas kedengaran CQ mereka.
TS 940s
Satu keistimewaan rig ini adalah ianya berkeupayaan memancar pada kekuatan 250Watt. Kuasa pemancarannya pula begitu stabil dan tetap tanpa mengalami sebarang masalah. Manakala kualiti audionya pula begitu merdu sehingga boleh membuatkan pendengar hilang arah tujuan kerana begitu asyik dengan kualiti audio yang dipersembahkan oleh mesin yang panjangnya hampir satu kaki lebih ini. Walaupun keupayaan filter CWnya agak terbatas, namun kawan masih boleh menangkap setiap stesen yang masuk kerana rig ini juga mempunyai keupayaan DSPnya tersendiri. Memang rig ini masih unggul.

Pada hari ini, menurut pengurus 9M2SM, 9M2GET, band 10m membuka dengan baik. Begitu juga dengan band 15m. Kedua-dua band tersebut masih unggul. Menyumbang lagi dalam peningkatan jumlah QSO stesen 9M2SM. Hasil kutipan stesen arau sehingga waktu petang ini sudah mencecah 1467 QSOs. Itu adalah catatan pada pukul 6.04 petang. Dijangka kutipan akan meningkat lagi selari dengan perkembangan positif band-band tersebut.

Pukul 11.00 malam 30 Nov 2014
Selepas mendapat rehat yang secukupnya dan tidur sepuas-puasnya. Kawan kini bertugas pula di shack 9M2SM. Semasa kawan mengambil alih stesen. Kutipan 9M2SM sudah mencecah 1646 QSOs. Maka kini menjadi tanggungjawab kawan pula untuk menambah lagi kutipan agar dapat mencecah angka 2000. Sehubungan dengan itu, keadaan band perlu diteliti semula agar hasrat dan cita-cita kami menjadi kenyataan.
Setelah berhempas pulas berebut dan bergaduh serta tindan-menindan. Maka kami berjaya merampas atau hijack freq 14015mhz. Kenapa kawan berkata sedemikian... ini adalah kerana pada masa itu, setiap khz telah diduduki. Tiada lagi ruang untuk stesen yang baru hendak CQ mencari tapak baru untuk memulakan CQ. Taktik kotor ini terpaksa diambil. Maaf kawan. Bukan niat kami untuk hijack freq anda. Tapi keadaan yang memaksa kami bertindak sedemikian.

9m2zak
Selepas itu, kawan pun memulakan CQ difreq tersebut. Ternyata band masih unggul. Ramai stesen dari eropah, amerika selatan dan Africa masuk ke dalam cq kawan. Walaupun ramai yang check in tetapi yang bagusnya mereka tidak rakus. beratur satu persatu masuk dalam barisan umpama tingkahlaku stesen Jepun. Macam inilah kawan. Baru bagus, senang nak copy. Jangan terburu-buru, usah risau. Kawan akan pick-up juga stesen yang lain cuma yang penting. Kita perlu bersabar sahaja. Selepas dua jam beraksi di band 20m. Kawan berjaya mengutip 464 QSOs dan seterusnya menjadikan kutipan 9M2SM menjadi 2110 QSOs. Selepas itu band 20m menjadi tidak keruan. Noise kembali menggila dan tiada lagi stesen yang masuk ke dalam CQ kawan. Ini bermakna band perlu tukar. Secara keseluruhannya, band 20m mencatat 508 jumlah QSOnya. Kepala kini sudah pening dan berdenyut. Ini pun satu lagi tanda juga. Tanda untuk rehat dan berhenti sebentar. Maka seperti yang dirancang pada awal petang tadi. 9M8SYA pula akan mengambil alih shack 9M2SM.

9m8sya
Syed kini mengendalikan band 40m. Band 40m pada kali ini, kami menggunakan TS2000 kerana TS940S tidak mempunyai filter yang cukup bagi mengharungi noise di band 40m. Menurut Syed lagi, pada waktu itu, band 40m penuh. Penuh dengan stesen dari Eropah. Agak sukar untuk mencari tempat parking. Jadi setelah sekian lama merayau-rayau disekitar band, syed memilih freq 7028.15mhz untuk beliau beraksi. Duduk tersepit ditengah-tengah antara 7028 dan 7029. Namun perkara tersebut tidak menjadi masalah masalah bagi TS2000. Rig ini berkeupayaan untuk menapis sehingga 150khz, jadi syed telah setkan 400khz pada freq tersebut. Hilang terus audio dari rakan yang CQ di 7028 dan 7028.5mhz.

Selepas itu, beliau pun memulakan cabaran. tidak perlu tunggu lama. Hanya selepas dua kali CQ, syed terus pile-up di 40m. Berduyun-duyun stesen dari eropah beratur dan berbaris untuk check in dalam CQ beliau. Hilang terus rasa mengantuk beliau. Sebenarnya semasa kawan CQ di band 20m tadi. Syed sebenarnya sedang enak dibuai mimpi melayan pile-up dari Brazil. Ewah-ewah...pile-up dari Papayankee nampak...banyak cantik muka hang. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian. Bagi band 40m, kami menggunakan antenna dipole yang dipasang pada ketinggian 30kaki dari tanah dan menghadap NorthEast. Monoband 40m dipole ini  menggunakan Balun BU50 dan dipasang secara inverted V. Boleh tahan juga prestasinya. Meletup di 40m. Masuk eropah senang-senang sahaja.

9m8sya in action
Rata-rata stesen yang check in dalam CQ Syed adalah dari kawasan Eropah. Manakala bacaan pada RBN pula menunjukkan yang signal 9M2SM pernah mencapai 40dB. 40dB di eropah, patut ler pileup.

Jadi ini bermakna, rakan-rakan kita di eropah sana dapat mendengar dengan jelas sekali audio dari Arau. Disaat kawan sedang menulis catatan ini, syed telah berjaya mengutip 2169 QSOs. Kemudian kawan pula mengambil alih 9m2sm. Ini bermakna 9m8sya berjaya mengutip 269 QSOs. Tahniah Syed. Kemudian kawan pula mengambil alih stesen 9M2SM. Pada ketika itu, Jam menunjukkan tepat pukul 4.00pagi. Ada baki 4 jam lagi sebelum tamatnya cabaran CQWW CW 2014. Segala kudrat dan kekuatan perlu dikumpul demi mengharungi cabaran getir ini. Walaupun badan terasa letih, namun kawan gagahkan juga demi negara Malaysia yang tercinta.


Untuk melawan rasa mengantuk yang teramat sangat, kawan layan beberapa tin Nescafe. Terima kasih diucapkan kepada Syed kerana membekalkan Nescafe bagi memastikan semua krew 9M2SM sentiasa berjaga. Sekurang-kurangnya hilang sikit rasa mengantuk. Sebenarnya, untuk menghilangkan rasa mengantuk, ubatnya adalah tidur sahaja. Itu adalah ubat yang paling mujarab. Tapi kalau tidur, sudah pastilah 9M2SM akan mengalami masalah. Lawan tetap lawan. Maruah negara tetap dipelihara.

Kawan sambung perjuangan Syed di band 40m. Band masih sesak dengan stesen dari Eropah. Perjuangan diteruskan. CQ demi CQ diteruskan bagi mencapai sasaran 2 juta kutipan. Namun setakat pukul 6.00 pagi kawan hanya berjaya mengutip 1990436 mata dengan tambahan 130 QSOs. Ada baki 2 jam lagi sebelum tamat Contest CQWW CW 2014. Kawan terpaksa mengejutkan GET yang sedang enak dibuai mimpi kerana badan ini sudah tidak mampu lagi. Sebenarnya kawan sudah beberapa kali tersengguk dihadapan radio kerana mengantuk. Untuk mengelakkan kesilapan dan kecuaian berlaku, lebih baik kawan berundur sahaja.
9w2sbd
Difahamkan dan berdasarkan kepada log, Hairie telah QSY ke band 20m dan juga band 15m. Menurut beliau, pada ketika itu, stesen Jepun dan Amerika Utara aktif. Memang tepat tafsiran beliau, selepas 10 minit, beliau telah pile-up dengan stesen Jepun dan Amerika Utara. Hairie 9M2GET berjaya menambah kutipan QSOs lagi. Beliau berjaya mengutip 130 QSOs dan seterusnya menjadikan jumlah kutipan QSOs adalah 2430 dengan mengumpul sebanyak 2 128 180 mata.

Dua juta seratus dua puluh lapan ribu satu ratus lapan puluh mata. Itulah kutipan mata yang berjaya kami kumpul setelah berhempas pulas selama 48jam tanpa henti. 48 jam ke udara. 48 jam transceiver dan amplifier bekerja. 48 jam juga antenna dipanaskan dengan kuasa 300 watt memancar ke seluruh dunia.
9m2sm
Secara keseluruhannya, 9M2SM berjaya mengutip :
1. QSOs  : 2430
2. DXCC : 281
3. ZONE : 38
4. WPX Prefix : 1530

Pada 29 Nov 2014, jumlah QSO adalah 1220. Manakala pada 30 Nov 2014, jumlah QSO adalah 1210. Nampaknya jumlah QSO bagi dua hari itu adalah lebih kurang sahaja. Manakala band 10m pula mencatatkan kutipan yang tertinggi sekali iaitu 815 QSO diikuti oleh band 15m 723 QSO, band 20m 568 QSO dan 40m 324 QSO. Stesen yang paling banyak sekali dilog oleh 9M2SM adalah stesen dari Jepun iaitu :  649 station. Selain daripada jumlah QSO, 9M2SM juga berjaya worked all prefix, antaranya ialah :

  1. Germany : DL0-DL1-DL2-DL3-DL4-DL5-DL6-DL7-DL8-DL9
  2. Hungry : HA0-HA1-HA2-HA3-HA4-HA5-HA6-HA7-HA8-HA9
  3. Jepun : JA0-JA1-JA2-JA3-JA4-JA5-JA6-JA7-JA8-JA9
  4. Jepun : JH0-JH1-JH2-JH3-JH4-JH5-JH6-JH7-JH8-JH9
  5. Amerika Utara : K0-K1-K2-K3-K4-K5-K6-K7-K8-K9
  6. Amerika Utara : W0-W1-W2-W3-W4-W5-W6-W7-W8-W9
  7. Czech Republik : OL0-OL1-OL2-OL3-OL4-OL5-OL6-OL7-OL8-OL9
  8. Russia : R0-R1-R2-R3-R4-R5-R6-R7-R8-R9
  9. Russia : RW0-RW1-RW2-RW3-RW4-RW5-RW6-RW7-RW8-RW9
  10. Slovenia : S50-S51-S52-S53-S54-S55-S56-S57-S58-S59
  11. Serbia : YT0-YT1-YT2-YT3-YT4-YT5-YT6-YT7-YT8-YT9
Tahniah diucapkan kepada semua krew 9M2SM kerana berjaya membuat kutipan yang amat mengagumkan ini. Segala penat lelah kita bersengkang mata dan berhempas pulas kini sudah nampak hasilnya. Rekod tahun lepas juga telah berjaya dipecahkan. Terima kasih diucapkan kepada Mak Jah dan Oja 9M2OUT kerana sudi dan membenarkan kami bermalam di Arau. Terima kasih Hairie 9M2GET kerana sudi membenarkan kami running shack anda. Terima kasih bang Salehan 9W2SBD kerana tidak jemu-jemu memberi sokongan padu kepada kami untuk terus berjuang mempertahankan negara Malaysia dalam arena radio sport ini. Terima kasih juga kepada Afiq, 9W2AHU kerana sudi meluangkan masa dan menyuntik semangat kami untuk terus berjuang. Terima kasih bang Hanapi 9W2TZ, Dollah 9M2AAA kerana sudi melawat kami yang sedang sibuk contest. Lawatan tersebut amat bermakna sekali bagi kami walaupun ianya hanya sekejap sahaja. Terima kasih juga diucapkan kepada cikgu Rahman 9M2AR diatas jamuan makan malam yang begitu hebat dan sedap sekali di Kepala Batas. Akhir sekali... kawan hulurkan rasa penuh kehormatan dan penuh hormat kepada operator utama 9M2SM seperti Hairie 9M2GET, Syed 9M8SYA dan Azlan 9M2AGC. Kawan berasa amat bertuah dan beruntung sekali kerana dapat beraksi dengan kalian semua, kehebatan kalian semua amat mengagumkan...

9m2sm

Akhir sekali...sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tapi...satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak. Oleh kerana itu, setiap gesekan kecil...sang mancis akan terus terbakar. Kita juga mempunyai kepala dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.

Ketika burung masih hidup, makanan utamanya adalah ulat. Namun apabila burung itu mati, ulat pula yang akan makan burung kembali. Waktu akan terus berputar siang dan malam dan silih berganti. Dimana kitaran hidup akan terus berlaku. Jangan merendahkan sesiapa pun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka tetapi kerana siapa diri kita.

Ini adalah kerana kita mungkin sedang berkuasa tetapi waktu dan masa itu lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting dan jauh lebih penting dari harta.

Sudah tibalah masanya kita bersama-sama membuat hidup lebih berharga. Saling menghargai, saling membantu dan memberi dan juga saling menyokong antara satu sama lain.... 73 de Zaki 9m2zak

2 comments:

9W2ORB said...

1210 QSO 48 jam...kalau lah single suffix mungkin boleh mencecah 2k QSO dalam masa 48 jam..kalau M (dah dah)dapat dikeluarkan dari 9M2SM...boleh jimat masa 1 second per call...

Zaki Din said...

yayaya....betul tu bang man... alangkah indahnya kalau dapat single..

YB0X-1 APRS Packet : 24 July 2017

Hari aku hanya dapat satu packet sahaja daripada satellite lapan-A3 (IO-86) satellite. Ada sedikit peningkatan dan kekerapan, tidak meng...