Monday, November 3, 2014

Terima kasih Mohamad Norzam Abas 9W2WWW

Nota rujukan yang amat berguna bagi para dx'er yang sedang meningkat naik mahupun yang telah lama berkecimpung dalam arena ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan memahami dengan lebih jelas lagi keadaan band 10m agar tidak sesat ditengah lapisan F1 dan F2 Layer.  Dalam post kali ini, kawan ingin berkongsi hasil pemerhatian dan pengalaman serta penjelasan yang amat jelas daripada seorang Dx'er yang berpengalaman. Petikan ini kawan ambil daripada sebuah laman sosial yang terkenal, hasil perbincangan disana, maka lahirlah kenyataan ini. Kebenarannya memang ada... terima kasih Mohamad Norzam Abas


Tuan-tuan dan puan-puan, Please enjoy your reading: 

Can anyone tell me is the band 'opening' ?

Sekarang ini solar index mungkin telah mencapai ke kemuncaknya dan ia akan menurun. Berdasarkan rekod aktiviti dxing saya, masa yang terbaik yang saya pernah alami adalah daripada pertengahan tahun 2011 sehingga ke penghunjung 2012 dimana hampir setiap hari ada sahaja band opening. Tapi kalau kita lihat kadar SFI, kadarnya tidaklah tinggi sangat, iaitu sekitar 60 ~ 70 bacaan indeknya. Sekarang ini bacaan indeknya hanya dalam 90. Pada pemerhatian saya, dalam band 10m ini kalau SFI tinggi sangat pun tidak bagus, bacaan rendah sangat pun tidak bagus, jadi kita lihat dan ambil perhatian pada bacaan yang sedang-sedang saja. Pada pemerhatian saya, kita masih boleh merasai nikmat dxing semasa aliran yang menurun ini.


         Untuk makluman sekalian, rekod dan pemerhatian saya ini mungkin tidak tepat, jadi sila rujuk daripada sumber rujukan yang lebih konsisten daripada pakar-pakar yang lain. Pada kebiasaannya band akan membuka pada waktu awal pagi hingga ke sekitar jam 10 pagi iaitu membuka ke kawasan Amerika Utara (NA) dan Amerika Selatan (SA). Selepas itu ia akan membuka pula ke kawasan Australia (VK) dan New Zealand (NZ). Pada waktu tengah hari hingga ke awal petang ianya hanya akan membuka ke kawasan sekitar Asia / Russia. Manakala pada jam 4 petang ke atas, selalunya saya akan fokus ke EU dan AF sehingga ke waktu tengah malam.          
                                               
          Semua penerangan ini berdasarkan penggunaan antenna jenis beaming, contoh antena jenis ini adalah Yagi, jika anda menggunakan antenna jenis Omni direction, waktu awal pagi iaitu sejurus selepas matahari terbit dan waktu petang iaitu sehingga matahari terbenam adalah sesuai untuk antenna jenis Omni ini. Manakala dalam pemerhatian saya, para dx'er di seluruh dunia pun mengalami situasi yang serupa dengan kita. Mereka juga aktif pada masa-masa begini.                                                  ~ Mohamad Norzam Abas

Terima Kasih Mohamad Norzam Abas.

3 comments:

Zainal Abidin Ghazali said...

panduan yang elok..
sesuai utk kami yg bru mencuba.

Zaki Bin Din said...

Betul tu...panduan ini juga berguna kepada sesiapa sahaja yang ingin meneroka band 10m.... :-)

9W2ORB said...

terbaikk...layer ionosphere memang main peranan besar dalam jarak propagasi

9m2mdx Great Dxer From Alor Gajah, Melaka

9m2mdx Nazmi adalah satu lagi tanda panggilan yang tidak asing lagi dalam dunia radio amatur. Khususnya dalam aktiviti radio contest. ...