Monday, November 10, 2014

Operation Samba : # 4

Jika dilihat jadual diatas, kawan hanya perlu mencari 4 callsign sahaja lagi. Usaha yang gigih serta perancangan yang teliti perlu dilakukan demi mencapai hasrat dan cita-cita tersebut. Berdasarkan kepada pengalaman Operasi Kanggaroo, kawan yakin kejayaan pasti akan mencium kawan. Apa yang perlu dilakukan adalah teruskan usaha dan yakin kepada diri sendiri.

Band 10m menjadi pertaruhan kerana pertembungan masa. Kawan akan beroperasi sekitar jam 11.00 malam pada waktu malam dan 7.30 pagi pada waktu pagi (hari cuti) jika ada kesempatan. Jika dilihat waktu tersebut, band 10m dan 15m aktif bagi mereka disebelah dunia sana. 

"Dimana ada kemahuan disitu ada jalan"

Sunday, November 9, 2014

Operation Samba : Day # 3

Petang tadi dengan tidak SENGAJA kawan terdengar PY2XU sedang CQ di 28030.00. Tetapi dia CQ sekejap sahaja. Baru sahaja kawan masuk ke dalam CQ beliau, dia terus hilang. Pada awalnya signalnya begitu kuat. tetapi kemudian terus lenyap. Lenyap ditelan oleh kebisingan band. Kawan cuba menanti beliau. Mana tahu jikalau dia sambung semula aktiviti CQ beliau. Tetapi sayangnya... dia terus QRT.

PY2XU
Malam tadi, sekitar jam 11.00 malam. Kawan sambung semula aktiviti memburu stesen South Amerika. Seperti biasa, antenna dihalakan ke sana. Tetapi sebelum memulakan CQ, kawan meneliti dahulu setiap khz untuk mencari stesen yang aktif CQ. Rezeki malam ini, kawan terserempak dengan 3B9FR di freq 28003.00mhz.


Signalnya tidaklah sekuat mana, hanya dalam 559 - 569 sahaja. Tetapi segala butiran callsignnya dapat dicopy dengan baik. Kawan cuba masuk, kali pertama beliau hanya copy 9m2 sahaja. Kemudian sekali lagi kawan hulur callsign kawan. Akhirnya beliau dapat juga copy panggilan kawan.

Percubaan kawan untuk menembusi Amerika Selatan diteruskan lagi. Kali ini, freq 28012.00 menjadi pertaruhan. Kawan terus dan terus CQ tanpa jemu. Menanti panggilan kawan disahut...tiba-tiba kawan disahut oleh PY1AX. Mula-mula tak percaya. Setelah beberapa kali kawan soal. Maka betullah dia. 

PY1AX
 
Terima kasih atas QSOnya. Ianya amat bermakna sekali bagi kawan. Signal kawan telah sepenuhnya mendarat di sebalik dunia sana. Selepas itu, kawan meneruskan CQ kawan...dengan tanpa jemunya...


Tiba-tiba, masuk PY4VB. Kuat sungguh dia. Macam datang dari sebelah rumah. Asalnya kawan dah nak QRT. Tetapi apabila dapat satu lagi stesen PY, kawan cuba bertahan 30 minit lagi. CQ dan CQ. Kawan masih CQ di freq yang sama iaitu 28012.00. CQ dengan penuh kasih sayang dengan harapan yang menggunung. Mengharapkan keajaiban terus berlaku.

Sedang asyik melayan CQ, kedengaran pula audio seperti seseorang sedang tuned, kawan bersedia disini menanti apakah callsignnya pula. Tapi lain pula jadinya, dia CQ rupanya, Z21GC dengan selambanya CQ di 28012.00 Maka dengan pantas kawan respon kepada CQnya itu dan menyatakan freq ini telah diduduki dan sila pindah ke freq lain sebelum kejadian tidak diingini berlaku. Waktu itu jam menunjukkan pukul 12:45 pagi. Kemudian dia pun akur dan CQ di sebelah kawan. 28015.00mhz. Maka kawan sambung CQ kawan seterusnya sehingga jam 1 pagi.Jam sudah pukul 1 pagi. Aktiviti pemburuan terpaksa dihentikan. Esok kerja. Hasil malam ini ialah:

3B9FR - PY1AX - PY4VB

Monday, November 3, 2014

Terima kasih Mohamad Norzam Abas 9W2WWW

Nota rujukan yang amat berguna bagi para dx'er yang sedang meningkat naik mahupun yang telah lama berkecimpung dalam arena ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan memahami dengan lebih jelas lagi keadaan band 10m agar tidak sesat ditengah lapisan F1 dan F2 Layer.  Dalam post kali ini, kawan ingin berkongsi hasil pemerhatian dan pengalaman serta penjelasan yang amat jelas daripada seorang Dx'er yang berpengalaman. Petikan ini kawan ambil daripada sebuah laman sosial yang terkenal, hasil perbincangan disana, maka lahirlah kenyataan ini. Kebenarannya memang ada... terima kasih Mohamad Norzam Abas


Tuan-tuan dan puan-puan, Please enjoy your reading: 

Can anyone tell me is the band 'opening' ?

Sekarang ini solar index mungkin telah mencapai ke kemuncaknya dan ia akan menurun. Berdasarkan rekod aktiviti dxing saya, masa yang terbaik yang saya pernah alami adalah daripada pertengahan tahun 2011 sehingga ke penghunjung 2012 dimana hampir setiap hari ada sahaja band opening. Tapi kalau kita lihat kadar SFI, kadarnya tidaklah tinggi sangat, iaitu sekitar 60 ~ 70 bacaan indeknya. Sekarang ini bacaan indeknya hanya dalam 90. Pada pemerhatian saya, dalam band 10m ini kalau SFI tinggi sangat pun tidak bagus, bacaan rendah sangat pun tidak bagus, jadi kita lihat dan ambil perhatian pada bacaan yang sedang-sedang saja. Pada pemerhatian saya, kita masih boleh merasai nikmat dxing semasa aliran yang menurun ini.


         Untuk makluman sekalian, rekod dan pemerhatian saya ini mungkin tidak tepat, jadi sila rujuk daripada sumber rujukan yang lebih konsisten daripada pakar-pakar yang lain. Pada kebiasaannya band akan membuka pada waktu awal pagi hingga ke sekitar jam 10 pagi iaitu membuka ke kawasan Amerika Utara (NA) dan Amerika Selatan (SA). Selepas itu ia akan membuka pula ke kawasan Australia (VK) dan New Zealand (NZ). Pada waktu tengah hari hingga ke awal petang ianya hanya akan membuka ke kawasan sekitar Asia / Russia. Manakala pada jam 4 petang ke atas, selalunya saya akan fokus ke EU dan AF sehingga ke waktu tengah malam.          
                                               
          Semua penerangan ini berdasarkan penggunaan antenna jenis beaming, contoh antena jenis ini adalah Yagi, jika anda menggunakan antenna jenis Omni direction, waktu awal pagi iaitu sejurus selepas matahari terbit dan waktu petang iaitu sehingga matahari terbenam adalah sesuai untuk antenna jenis Omni ini. Manakala dalam pemerhatian saya, para dx'er di seluruh dunia pun mengalami situasi yang serupa dengan kita. Mereka juga aktif pada masa-masa begini.                                                  ~ Mohamad Norzam Abas

Terima Kasih Mohamad Norzam Abas.

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d