Monday, September 29, 2014

Operasi Kanggaroo part #3

Terima kasih abang Salehan 9W2SBD diatas poster diatas.
Hari ini operasi kanggaroo disambung lagi. Pada hari ini, kawan halakan yagi ke arah 135 darjah East-South. Hujung minggu tempohari kawan sibuk dengan contest CQWWRTTY 2014. Dimana ianya adalah pertama kali menyertainya, itu pun selepas seharian menyelongkar mencari dimana letak PSK31-RTTY-SSTV interface kawan. Rupanya sudah hilang. Hilang ditelan zaman...mungkin tiada kawan rezeki nampak gayanya. Dengan berbaki setengah hari sahaja lagi sebelum contest berlangsung, maka kawan dengan pantasnya membuat satu lagi interface. Mujurlah semua komponen yang diperlukan dan interface tersebut berjaya disiapkan.

CQWW RTTY 2014 Contest bersama Champ Dx
Dalam pemburuan hari ini, kawan mendapati band 10m membuka dengan baik sekali. Dimana kadar noise yang dicatatkan di Kulaijaya amat rendah sekali. Iaitu S-0. Jadi kesempatan ini kawan curi seketika dengan cuba memancar pada band tersebut. Selang beberapa minit, CQ kawan berjaya mencuri perhatian sebuah stesen dari Jepun.

JG1AUI / UTC 16:01 / 28033 / CW / 599 599 / JA

Masuk ke dalam CQ kawan dengan kuat sekali. Entah dari mana datangnya stesen ini. Jika difikirkan kembali, kawan halakan ke 135 darjah. Mungkin dia datang dari tepi, maknanya band begitu senyap, sehinggakan rakan di Jepun sana dapat mendengar CQ kawan.

Kawan cuba moni RBN, tetapi website itu langsung tidak memaparkan apa-apa spot mengenai callsign kawan. Biar betul...sebab berdasarkan pemantaun beacon, band memang membuka. Ditambah pula kedengaran terdengarnya beacon dari Jepun, Hong Kong, Africa Selatan dan Darwin. Jadi sudah sah la yang band membuka.

Kemudian, apabila kawan meneliti semula senarai skimmer yang online pada ketika itu, barulah kawan mengerti kenapa callsign kawan tidak dispot.  Rupa-rupanya, tiada skimmer dari VK ataupun ZL pada ketika itu di 10m. Tetapi kawan dispot oleh skimmer dari Eropah, iaitu ON5KQ dari Belgium.

Maknanya disini, signal kawan telah melepasi Australia dan New Zealand dan seterusnya jatuh di Belgium. Oleh kerana pada ketika itu, hanya skimmer ON5KQ sahaja yang online, maka hanya dari dia sajalah kawan dapat report ini. Maksud tersiratnya... pancaran kawan sekali lagi telah melangkaui Benua Australia dan New Zealand. Perkara ini terbukti dengan kemasukkan beberapa lagi stesen dari Eropah. Tetapi bukan dari band 10m, ianya dari band 20m, kerana pada waktu itu band 10m sudah tutup. Noise tiba-tiba naik menggila.


Jika diamati betul-betul log di atas, kebanyakkannya adalah stesen dari Eropah. Semua stesen ini masuk melalui Long Path. Manakala stesen dari Indonesia, YC1ME masuk melalui hadapan kerana ianya berada dalam laluan beaming yagi, jadi tidak hairanlah jika belaiu dapat copy pancaran kawan. Cuma yang jadi misterinya adalah stesen dari Jepun, dari mana datangnya stesen tersebut? adakah beliau copy bias signal kawan? rasanya mungkin. Kawan rasa JH1RLT dan JI3KHV serta JG1AUI dapat copy signal kawan dari tepi, dan memberi respon kepada CQ kawan dengan report 5NN @ 599. Hakikatnya....beliau hanya mendengar dengan lemah pancaran kawan, namun...dek kerana ingin menjaga hati. Diberinya report 5nn. 

Kawasan laluan pancaran signal 9M2ZAK pada sudut 135 darjah
Baiklah para pembaca dan dxer-dxer tegar sekalian, sampai disini dahulu coretan kawan. Sampai kita berjumpa lagi dengan lebih laporan terkini mengenai Operasi Kanggaroo. 

73 de 9m2zak

Eqsl yang baru diterima sejurus habis QSO.



Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d