Monday, July 21, 2014

CW : Gaining skill and error


Jika diteliti video di atas, kawan masih lemah dalam RX, dimana kawan perlu request dua tiga kali untuk ulang semula callsign yang masuk Malah ada yang tercicir juga. Simulasi ini bagus untuk kita memperbaiki kemahiran RX kita sebelum keluar bertanding dalam contest yang selalunya ada pada setiap hujung minggu.

Antara huruf yang selalu menjadi masalah adalah huruf O, dalam kes K8OM, pada mulanya kawan rasa macam dengar MM, tetapi apabila diminta ulang, rupanya ianya huruf O, yang mana callsignnya ialah K8OM. Dalam kes ini, apabila huruf O dan M dihantar pada gap yang rapat sekali. Kita akan kedengaran seperti MM kerana DAH yang pertama itu seolah-olah hilang dan hanya dapat tangkap DAH yang kedua dan seterusnya sahaja. Disini apa yang kawan sedar adalah fokus 100% perlu diberikan kepada untuk kita tangkap secara keseluruhannya.

Dalam kes N8XX, sebenarnya apabila diulang beberapa kali. Rupa-rupanya callsign tersebut adalah N8BV, tetapi pada ketika itu kawan rasa macam XX, ini adalah kerana kelemahan kawan apabila tiada spacing, rasanya N8BV ini menghantar pada kelajuan 48-50wpm dan tiada spacing langsung. Jadi ianya agak sukar sedikit bagi kawan untuk menangkapnya. Jesteru itu, latihan mendengar perlu digiatkan lagi.

Selalunya, jika stesen dari negara Jepun masuk. Kawan tidak akan mengalami masalah untuk copy. Ini adalah kerana, disiplin mereka serta kualiti penghantaran mereka. Kebanyakkan stesen Jepun akan datang dengan rythm dan lengkok yang cantik sekali. Tambahan pula, spacing antara huruf dan nombor pulak agak baik dan tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh. Hasilnya... satu signal yang berkualiti dan secara tidak langsung memudahkan kita untuk menerimanya. Sebab itu stesen Jepun kawan akan pick-up dulu panggilan mereka sebab kualiti yang ada pada penghantaran CW mereka.

K8LOV dan W0BH juga amat baik penghantaran CW mereka. Baik dari segi spacing dan tempo penghantaran. Hasilnya, kita akan selesa dalam menerima kunjungan callsign mereka. Dalam CW ini, kualiti penghantaran menjadi nombor satu berbanding dengan kelajuan. Kualiti penghantaran ini bermaksud jarak spacing dan rythm yang elok. apabila kedua-dua ini digabungkan. Maka, sudah pasti orang akan selesa menerimanya. Jika kita ingin pergi dengan laju sekalipun, kedua-dua element tersebut perlu dititikberatkan agar orang dapat menerima dengan selesa.


Bagaimana pula jika berlaku pile-up? 
Pada pandangan kawan, fokus yang tinggi amat diperlukan. Ketahanan mental juga perlu dan kemahiran mendengar pada tone tertentu amat diperlukan. Apa yang kawan perhatikan, apabila dua atau tiga callsign masuk secara serentak, mental dan telinga kita perlu bersedia untuk memilih satu callsign. Wujudkan target callsign dahulu. Tangkap Prefix dahulu, kemudian cuba dengar dan asingkan dalam minda kita Prefix yang lain-lain tu. Cuba dengar hanya callsign target kita sahaja. Dalam kes ini, fokus perlu jitu dan kemahiran mendengar pada tone tertentu perlu ada untuk mengatasinya. Jika tidak, kita hanya akan kedengaran seperti dalam ZOO sahaja.

Selamat Mencuba dan Good Luck In Your DX, de Zaki 9M2ZAK 73

Tuesday, July 8, 2014

Setelah sekian lama....

Kali terakhir kawan mendengar irama CW dan berlatih dengan perisian CW Player adalah pada dan sebelum  DXpedition Pulau Undan tempohari. Iaitu kira-kira  sebulan lebih yang lalu. Selepas pulang dari DXpedition tersebut, kawan agak sibuk dengan pelbagai tuntutan kerja dan juga kerja-kerja sampingan. Dalam sanubari kawan sebenarnya masih teringat kepada CW, tetapi kawan tidak mampu untuk mencuri waktu dan meluangkan sedikit waktu untuknya. 

Syukur alhamdulilah, rezeki pula bertambah selepas DXpedition tersebut, dimana ada juga job yang masuk, dapat juga kawan menambah pendapatan keluarga. Maklumlah, hanya kawan sahaja dalam family ini yang membanting tulang siang dan malam mencari sesuap nasi untuk disuapkan kepada 4 lagi mulut yang setia menanti di rumah. Tanggungjawab ini kawan pikul seadanya, Tidak pernah terlintas dihati kawan untuk menzahirkan keluhan, tetapi kawan pikul ia sebagai satu tanggungjawab dan cabaran yang perlu diharungi untuk meneruskan kelangsungan hidup ini.

Apa yang aku merepek ni, baiklah....berbalik kita kepada topik utama dalam post kali ini. Dalam post ini, kawan berlatih RX dengan menggunakan perisian CW Player. Dimana seperti biasa, untuk meningkatkan tahap kepekaan kita terhadap bunyi atau code yang disampaikan kepada kita. Kita sebenarnya tiada pilihan, latihan dan latihan mesti diteruskan walaupun secara rasminya seseorang itu sudah dinobatkan sebagai pemegang lesen kelas A ataupun CW Operator ataupun apa-apa gelaran yang seangkatan dengannya. 

Jika kita tinggalkan CW untuk sekian beberapa lama. Sebenarnya keupayaan kita untuk ingat dan kenal bunyi dan huruf/nombor tidak akan hilang. Dengan sedikit latihan, kita pasti akan mengingat kembali semua perkara mengenai CW kerana otak kita amat unik sekali. Unik kerana ia tidak ada istilah full seperti alat penstoran yang lain seperti hard disk ataupun pendrive. Cuma kecekapan kita sahaja yang akan berkurangan atau menurun graf prestasinya. Untuk meningkatkan tahap kecekapan kita, tiada jalan pintas....ataupun tiada juga pil - pil yang boleh ditelan untuk meningkatkan kecekapan. Kita perlu berlatih dan terus berlatih. Dalam bahasa lain, kita sebenarnya senantiasa belajar. Sama sahaja konsepnya dengan apa jua aktiviti yang lain. Jika seseorang itu minat bola sepak, maka dia perlu berlatih untuk meningkatkan tahap kecekapannya.

Begitu juga dengan kawan, untuk mendapatkan keselesaan semasa mendengar CW pada kelajuan 33WPM-35WPM. Kawan tiada pilihan, terpaksa berlatih mendengar 50WPM untuk menguasai 35WPM. Kenapa 35WPM? ini adalah kerana, kelajuan 35wpm ini boleh dikatakan kelajuan biasa bagi para DXer di seluruh dunia. Kebanyakkan mereka pergi dengan 33-35wpm semasa DX, Contest malah ada yang ragchew dengan kelajuan tersebut. Kawan tidak salahkan mereka sebab kawan mengerti, keadaan band selalunya tidak stabil, dengan kelajuan ini, segala info dapat dihantar pada masa yang singkat malah mungkin sempat dihantar pada jeda masa band yang agak goyang atau menuju ke arah penutupannya. Begitu juga sekiranya mereka ber'contest' seperti yang kita sedia maklum, masa yang diberikan semasa contest itu amat terhad. iaitu 48 jam, jadi masing-masing mengejar masa untuk mencapai matlamat mereka. Inilah cerita sebenarnya mengapa 33-35wpm menjadi kelajuan lazim jika kita monitor di jalur. Tetapi jangan risau, jika anda selesa dengan 18wpm - 25wpm, anda pun boleh teruskan aktiviti DX atau contest anda kerana tiada undang-undang atau akta yang menyatakan bahawa anda mesti tx/rx 33/35wpm jika hendak dx atau contest. Ini adalah hobi, dan terpulang kepada anda sendiri bagaimana untuk menikmatinya. 

 
Selamat mendengar dan selamat berpuasa
73 Zaki 9M2ZAK

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d