Sunday, April 27, 2014

Looking some gentlemen : 80m band

Mencuba nasib di  3.515.00mhz
Pukul 1.30 pagi tadi, mata kawan masih segar bugar akibat tidur pada waktu petang tadi. Petang tadi dalam pukul 5.00 petang, WX di Kulaijaya hujan, tetapi tidak disertai dengan kilat ataupun guruh. Hanya hujan turun membasahi bumi, suasana dingin dan nyaman serta tenang itu membuatkan mata kawan menjadi layu dan terus terlelap diatas sofa semasa sedang asyik menonton King of Restoration di History Channel. Alunan irama bunyian deruan hujan seolah-olah membuai kawan untuk terus bermimpi di siang hari. Kawan terjaga pada pukul 7 lebih selepas dikejutkan oleh XYL untuk solat maghrib. Tertidur aku rupanya...maknanya aktiviti DX Expedition di Pulau Spratly itu tadi hanyalah mimpi rupanya. Alangkah indah jika mimpi itu jadi kenyataan.

Mata masih segar, manakala semua krew dalam base kawan sudah melayari bahtera masing-masing. Entah kemana mereka pergi agaknya. Harmonik yang bongsu tentu sekali dengan imaginasi Boboboi-nya, manakala angah pulak tak habis-habis dengan Star War Legonya dan kakak pula fanatik dengan Let it go dari filem animasi Frozen.

Selepas selesai membacakan mereka buku cerita (Bed time story) dan masing-masing dibuai mimpi...kawan menuju ke bilik radio untuk aktiviti selanjutnya. Projek malam ini adalah untuk mengkaji fungsi Transporter yang ada pada TS-2000. Dimana fungsi ini membolehkan kita mengawal TS-2000 dari jauh. Kita boleh melakukan apa sahaja dengannya jika TS-2K ini berjaya dilakukan. Tetapi ianya bukan semudah ABC, perlu banyak RnD dan try and error untuk menguasainya. Masa yang lama juga diperlukan untuk memahirkan diri dengan selok belok settingnya dan memahami konsepnya agar dapat menguasainya.

Semasa sedang asyik study SKY-Command, kawan tiba-tiba teringat kepada antenna 80m yang baru kawan naikkan pada hari Sabtu semalam. Belum dicuba antenna ini lagi. Pada hari Sabtu lepas, kawan ada setup satu antenna dipole 80m monoband yang dipasang menghadap 30 darjah Utara. Kawan qsy ke 3.5mhz, kedengaran band 80m membuka dengan cantik. Signal noise pulak rendah, iaitu sekitar S1-S2 sahaja. Berbeza dengan malam semalam, noise stabil pada S-7. Maka peluang ini kawan gunakan sepenuhnya. Segala peralatan untuk RnD tadi disimpan semula pada bawah katil dan mental kawan kini bersedia untuk beraksi diudara pulak menguji keupayaan antenna 80m.

80m monoband
Frequency 3515.00mhz menjadi pilihan pada ketika itu kerana ianya tidak diduduki. Selepas semuanya selesai, iaitu setting power dan setting SWR. Kawan pun memulakan dayungan. Pada mulanya, cq kawan tidak mendapat respon...hmm...tetapi kawan terus bersabar dan bersabar meneruskan dayungan. Berkat kesabaran kawan. Beberapa stesen berjaya dipukat, antaranya:

R3NN-RD1AH-UA3YFL-UX4U-RV9WP-RM1A-R9DA-UA9WOB-RT9C-US2IZ-UX1IL-UR7MZ

Oklah tu walaupun tidak banyak. Yang penting sekali antenna ini berfungsi dengan baik dan stabil bacaan SWRnya. Tetapi apabila diteliti semula, rata-rata yang masuk adalah dari Eropah dan Russia. Memang gentlemen sungguh mereka ini. Apabila dilihat pada QRZ mereka, ternyata terserlah gentlemen-nya.

R3NN
Selfie

RT9C
Kemudian noise kembali menggila, ianya stabil pulak pada S-8. Akibatnya...semua stesen yang cuba masuk ke CQ kawan hilang ditenggelami oleh noise. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian. kawan tidak menggunakan RX ant. Antenna dipole itulah kawan gunakan sebagai TX dan RX antenna. Kawan percaya, jika kawan ada RX antenna. Masalah noise ini pasti dapat diatasi. Dulu ada RX ant, iaitu semasa kawan setup ant 160m. Tetapi sekarang RX antenna itu kawan convert menjadi dipole 80m. Pinjam sekejap sebab wayar tak cukup panjang. hehe.

Baiklah rakan-rakan yang budiman sekalian, jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. kawan akhiri catatan kawan pada pagi ini dahulu. Kawan perlu masuk tidur kerana esok ada sekolah yang perlu kawan hadiri. Semoga rakan-rakan sekalian terhibur membaca coretan yang tak seberapa ini dari kawan. Sampai kita berjumpa lagi dalam post-post yang akan datang. 73 de 9M2ZAK.

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d