Sunday, December 1, 2013

9M2ZAK/P/QRP...belum ada kesempatan...

interface untuk 9M8SYA
Hari ini masuk malam ke-2 kawan berada di Padang Serai, Kedah. Belum ada kesempatan lagi untuk setup portable station disini. Semua kelengkapan kawan bawa, coax cable, G5RV Jr, transceiver, straight key, CW keyboard interface, malah kawan buatkan lebih. Satu untuk rakan seperjuangan CW iaitu Syed 9M8SYA yang tinggal di Perlis. Bilalah dia nak convert ke 9M2. Kawan rasa sesuai dah tu tukar ke 9M2.

sebelum bertolak ke Utara
Kawan akan portable 9M2ZAK/P/QRP selama lebih kurang 3 minggu di Utara ini. Jika tiada apa-apa permasalahan...kawan akan turun balik ke Selatan sebelum cuti Krimas ini iaitu 23 atau 24 Disember. Tapi rasanya macam 23 sahaja, sebab apa 23hb...sebab nak elak kesesakkan lalulintas. Dijangka kalau bergerak 24hb, keadaan traffik akan sesak. Pengalaman terperangkap dalam kesesakkan lalulintas semasa pulang beraya tempoh hari sudah cukup memeritkan. Cuba bayangkan...cuba bayangkan... kawan bumper to bumper dari tol Sungai Dua, Pulau Pinang hingga ke jambatan Sungai Perak. Dari tol Sungai 2...kenderaan kawan hanya bergerak sekitar 40 - 50km. Tetapi selepas melepasi RnR Sungai Perak. Keadaan traffik terus laju seperti biasa. Jarum meter baru dapat capai 100-110km setelah 9 jam bergerak dari Penang. Selalunya...kalau bergerak dari Penang...ianya akan ambil masa 2 jam sahaja untuk sampai Ipoh. Serik...serik kawan dah serik.
Eyeball bersama 9W2RUT dan 9M2RMT
Semasa dalam perjalanan ke Utara, kawan sempat juga eyeball dengan 9W2RUT Weerut dan Pak Rahmat 9M2RMT di Bukit Beruntung, Selangor. Sebenarnya...pertemuan itu adalah pertemuan kali pertama dengan mereka berdua. Selama ini, kami hanya berhubung melalui gelombang radio sahaja. Syukur... akhirnya kami ketemu jua. Terima kasih diucapkan kepada Pak Rahmat dan Weerut atas layanan first kelas yang diberikan kepada kawan yang hina ini. Inilah yang kawan selalu katakan kepada anak-anak murid kawan. Radio Amatur ini sebenarnya hobi yang menyatukan. Walaupun tidak pernah bersua ( EYEBALL) namun apabila bersua, silaturrahim yang terjalin itu umpama ikatan yang teguh, bertegur sapa dan beramah mesra bagai saudara seibu dan sebapa. 

Berbalik kita kepada 9M2ZAK/P/QRP. Pada kali ini, kawan bercadang untuk fokus kepada aktiviti QRP selama 3 minggu ini. Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana keupayaan G5RV Jr ini beroperasi dengan kekuatan 5 watt. Walaupun tranceiver yang akan kawan gunakan itu berkeupayaan 100watt, tetapi kawan akan QRP ke 5 watt. Ini bersesuaian dengan keadaan portable, dimana apabila portable kita perlu menjimatkan tenaga supaya jangka masa penggunaan tenaga dapat dipanjangkan. Lagipun...tenaga elektrik yang kawan gunakan itu adalah dibawah tanggunggan orang lain. Bukan bil itu ditanggung oleh oleh diri sendiri, jadi kawan sebagai tetamu perlulah bertindak sebagai orang yang menumpang. Dimana setiap perkara yang kita akan lakukan itu perlulah dikira segala aspeknya...terutama aspek penggunaan tenaga. 
Military Chinese CW Straight Key sentiasa dibawa kemana sahaja
Untuk itu, pada kali ini kawan ingin mencuba nasib kawan pada band 40m dan 20m. Manakala target DXCC pula adalah Eropah. Kenapa 40m-20m dan Eropah?. Jawapannya ialah...kawan memilih band 40m sebab kawan bercadang untuk ke udara pada sebelah lewat malam. Manakala target DXCC pula adalah kawasan Eropah sebab...pada waktu-waktu begini. Kita boleh mencapai Eropah dengan mudah. Jadi untuk merealisasikan misi kawan itu, G5RV Jr akan dipasang menghadap ke 300 darjah. Hmm...mungkin kawan akan dapat bonus station dari Australia dan New Zealand jika keadaan mengizinkan. 

Selamat bercuti dan Good Luck in Your DX, Zaki 9M2ZAK/P/QRP

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d