Wednesday, September 11, 2013

Kulikovo Polye Contest


Kulikovo Polye Contest :Contest are timed to the anniversary celebration of the victory of Russian troops in the Battle of Kulikovo Kulikovo battle - a battle with troops of the Russian principalities Horde September 8, 1380 in Kulikovo field between the rivers Don, Nepryadva and Krasivaya Mjecha.

Contest Purpose - to identify the strongest ham-radio contest-man, the expansion of amateur radio contacts between Russia and other countries.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang budiman sekalian. bertemu kita sekali lagi setelah lama kawan  update blog ini. Kawan akui, sejak kebelakangan ini, kawan agak sibuk dengan pelbagai tugasan sehingga tiada masa untuk kawan mencoretkan sesuatu diblog ini. Namun apabila ada kesempatan, kesempatan ini kawan gunakan sepenuhnya.

        Topik kita pada hari adalah berkaitan dengan aktiviti contest, iaitu salah satu cabang aktiviti dalam hobi radio amatur ini. Aktiviti contest ini semakin hari ramai peminatnya. Peningkatan ini menunjukkan bahawa aktiviti Radio Sport ini semakin mendapat tempat dihati peminat radio tempatan, khususnya bagi pemegang lesen radio amatur kelas B dan A. Masing-masing sudah berani untuk mencuba dan berani untuk meneroka ruang udara dunia ini dengan gelombang radio. Syukur ke hadrat Ilahi kerana perkembangan positif ini sedikit sebanyak dapat memupuk budaya sains dan teknologi dalam masyarakat kita. Satu budaya yang mampu meningkatkan kemajuan dan taraf sesebuah negara. Difahamkan juga pada 15 dan 16 Sept ini, MARL - Malaysian Amateur Radio League akan menganjurkan NFD iaitu National Field Day dimana ianya melibatkan hampir 12 stesen dari seluruh negara. Antaranya ialah :

  1. 9M2SHQ - Sg. Congkak Hulu Langat, Selangor (MARES) : Station Master : 9M2SQL
  2. 9M2STR - Paka Industrial Park, Terengganu : Station Master : 9M2AVB
  3. 9M2SJR - Rumah Kelab JASRA, Bandar Baru Uda, Johor Bahru : Station Master : 9M2BAL 
  4. 9M2SRT - Bkt. Kledang, Ipoh, Perak (PARTS) :Station Master : 9M2SLJ
  5. 9M2SKK - Taman Rekreasi JPS Kuala Kangsar :Station Master : 9M2AGC
  6. 9M2SPG - Fort Cornwallis, Penang : Station Master : 9M2DY
  7. 9M2SKB - Kuala Kubu Baru, Selangor (HUSAR) : Station Master : 9M2YRS
  8. 9M2SMM - Pulau Besar, Melaka : Station Master : 9M2YOT 
  9. 9M2SKT - Kelantan* 
  10. 9M2SPJ - Tasik Berjemur, Sg. Tekal, Jerantut, Pahang : Station Master : 9M2RDX
  11. 9M8SKS - Sarawak* 
  12. 9M6SWR - Sabah*
         Jadi nampaknya pada hujung minggu ini, ruang udara tanah air kita akan dipenuhi dan bersimpang siur dengan gelombang Short Wave yang diaktifkan oleh rakan-rakan kita. Syabas dan tahniah kawan ucapkan. Terutama sekali kepada 9M2BAL saudara Iqbal yang cemerlang menguruskan segalanya. Penganjuran event bertaraf dunia ini bukan semua orang boleh menguruskannya. Ianya menuntut komitmen yang tinggi terutamanya dari segi masa dan tenaga. Semangat cintakan tanahair sempena Hari Malaysia ini dapat dizahirkan oleh kita melalui event-event seperti ini. Semangat inilah yang kawan inginkan sebenarnya, bersatu hati dan tenaga menyemarakkan nama negara yang tercinta dipersada dunia melalui gelombang radio yang tidak kenal erti sempadan dan ideologi, masing-masing bersatu dibawah panji yang sama, iaitu Radio Amatur.

           Berbalik kepada topik kita pada petang ini, sebenarnya pada hujung minggu ini iaitu pada 14 dan 15 Sept terdapat beberapa aktiviti contest yang boleh kita sertai. Antaranya ialah Kulikovo Polye Contest, FOC QSO Party, WAE DX Contest, CIS DX QPSK63 Contest, ARRL September VHF Contest dan Run for the Bacon QRP Contest. Kawan hanya senaraikan contest-contest yang besar sahaja, namun jika rakan-rakan sekalian ingin mengetahui dengan lebih lanjut, maka sesuailah rakan-rakan sekalian klik pada link ini :

Kawan memilih untuk menyertai Kulikovo Polye Contest kerana beberapa faktor. Antaranya ialah :
  1. Contest ini bermula pada hari Sabtu jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 8.00 pagi keesokkan harinya. iaitu Ahad.
  2. Pada hari Ahad, kawan ada tugasan yang perlu diselesaikan.
  3. Kawan belum pernah menyertai contest ini lagi, jadi bercadang untuk menambah koleksi contest.
  4. Contest ini lain sikit kerana pemenang contest akan diberikan Medal.
  5. Contest ini hanya dibuka pada band 20m sahaja dan mode CW sahaja yang dipertandingkan.
medal utk para pemenang
 Dalam contest ini, bagi stesen luar dari negara Russia, iaitu Malaysia. Contest Exchange adalah RST dan nombor siri, contohnya 599001, 599002, 599003 dan seterusnya. Stesen yang mendapatkan kutipan mata yang tertinggi akan diangkat sebagai pemenang dan ranking mengikut benua dan negara masing-masing. Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

LP - LOW POWER 100 watts,
HP - HIGH POWER 1000 Watts
S - SUPER no limits
H - Hero of Russian Folk Legends (for Russian participants and participants from Lithuania)
Note:
Hero of folk Russian legends (epic heroes) - radio amateurs of the Tula, Rostov, Bryansk, Novgorod, Pskov, Arkhangelsk, Moscow, Tver, Smolensk and Nizhny Novgorod Regions, Lithuania, Moscow city.
Participants in the above areas be raised in groups LP, HP, S. They can use transmitters with output power up to 1000 watts.

 Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat satu kategori yang agak unik sikit, iaitu Kategori S atau SUPER, dimana dalam kategori ini kuasa pemancarannya tidak ada had, tetapi ingat, kita perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh SKMM dalam lesen kita. Jadi, jika tidak inginkan sebarang masalah, pilihlah kategori yang bertetapan dengan lesen kita supaya tidak muncul masalah dikemudian hari.

Seperti biasa, log mestilah ditukarkan kepada format Cabrillo sebelum dihantar kepada pihak penganjur, anda boleh emailkan terus Cabrillo anda ke alamat email yang berikut : log@kpctest.ru 
 Jangan lupa tuliskan callsign anda sebagai nama fail cabrillo tersebut.

Sekian dulu daripada kawan untuk paparan kali ini, sehingga kita berjumpa lagi pada post-post yang akan datang. Good Luck in your contest and good DX. Best 73 de Zaki 9M2ZAK. :)

Warning from apt-key: Key is stored in legacy trusted.gpg keyring (/etc/apt/trusted.gpg)

  This worked for me... Code:  Select all sudo cp /etc/apt/trusted.gpg /etc/apt/trusted.gpg.d