Sunday, September 29, 2013

CQ World Wide RTTY 2013 : Suatu catatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua para pembaca yang budiman sekalian. Diharapkan rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera disamping keluarga dan sahabat handai hendaknya. Walaupun difahamkan ada juga rakan yang kurang sihat, ada yang demam, ada yang kena chicken pox namun kawan disini tetap berdoa untuk kesejahteraan semua walaupun kawan sendiri pun turut mengalami masalah yang sama. Jadi sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan bersama demi kemajuan negara Malaysia.

Pada hari Sabtu yang lepas, iaitu pada 28 September 2013, telah berlangsung satu lagi contest besar dalam aktiviti Radio Sport ini. Contest ini berlangsung selama 48 jam, iaitu bermula dari Sabtu jam 8.00 pagi (waktu tempatan) hinggalah pada hari Isnin jam 8.00 pagi (waktu tempatan). Contest yang dimaksudkan itu adalah CQWW RTTY 2013 yang dianjurkan oleh CQWW Magazine.
 
9m2sgn
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, CQWW RTTY 2013 Contest ini adalah contest digital yang pertama kawan sertainya. Sebelum ini, pernah juga kawan menyertai contest yang serupa modenya tetapi lain objektif iaitu CQWW WPX. Namun pada asasnya ianya adalah sama. Difahamkan juga rakan kita dari Kuala Kangsar, 9M2SGN juga sudah mula memberanikan diri menyertai contest ini. Tahniah diucapkan kepada saudara Shahrul 9M2SGN kerana berjaya mengutip 2310 mata daripada 27 QSOs. Pengalaman beraksi dalam contest adalah suatu pengalaman yang amat berharga sekali. Tidak ada perkataan yang dapat ditulis untuk menggambarkan cabaran dan pahit getir semasa menyertai contest ini. Untuk mengetahuinya, kenalah sertainya : pepatah melayu ada menyebut, Tak kenal maka tak cinta.










Berdasarkan pemerhatian kawan dalam 48 jam yang lepas, terdapat juga rakan dari Kepulauan Borneo yang turut serta dalam contest ini. Semasa kawan sedang CQ, 9M6XRO telah check in dalam CQ kawan. Jadi fahamlah kawan yang ada juga stesen dari Sabah yang turut serta memeriahkan contest ini. Tetapi kawan tidak pasti apakah kategori beliau, tetapi jangan risau – kita boleh semak nanti pada ruang Log received dalam website CQWW. Namun setakat blog ini ditulis, hanya kelihatan callsign kawan dan callsign Arie 9W2VVH sahaja. Mungkin 9M2SGN dan 9M6XRO belum berkesempatan untuk upload log mereka lagi. Insyaallah dalam dua atau tiga hari lagi, akan uploadlah tu. 
9w2vvh Arie
Arie 9W2VVH sebuah stesen dari Sungai Besar, Kuala Selangor juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi dalam contest ini. Walaupun hanya di 10m, namun beliau berjaya membuktikannya. beliau berjaya mengutip sebanyak 6251 mata daripada 48 QSOs.  Kawan percaya, beliau masih berpeluang merajai carta, berdasarkan rekod CQWW WPX, beliau cemerlang di band 10m, Bagaimana pulak dengan nasib beliau di CQWW ini, sama-samalah kita menantikan keputusannya pada tahun hadapan. Jika dibandingkan dengan CQWW WPX RTTY 2013 dengan CQWW RTTY 2013. Berlaku sedikit penurunan dalam kutipan mata beliau. Dalam CQWW WPX 2013 beliau berjaya mengutip 6578 mata manakala dalam CQWW 2013 sebanyak 6251 mata berjaya dikutipnya. Pengurangan mata sebanyak 327 telah berlaku antara kedua-dua contest tersebut. Tetapi jika dilihat dari sudut lain pula, beliau berjaya sebenarnya – Berjaya mengekalkan rentak beliau dalam mode digital ini. Perbezaan 1-2 QSOs tidaklah menjejas sangat. Itu dikira sebagai adat permainan.
            Difahamkan juga, beliau hanya memulakan cabaran contest pada hari Ahad, iaitu semalam. Ini bermakna beliau terlepas 24jam aktiviti contest. Dapat dibayangkan jika beliau memulakan contest ini pada hari Sabtu, mungkin sesuatu keajaiban akan terjadi….
Ini adalah ringkasan pencapaian CQWW RTTY 2013 9W2VVH :
QSOs : 48
Zone : 14
DXCC : 30
Points : 6251
Manakala bagi stesen Kulaijaya pulak, penurunan jugak berlaku. Semasa CQWW WPX RTTY 2013 tempohari kawan berjaya mengutip 25758 mata dan CQWW RTTY 2013 pula sebanyak 22357 mata. Ini bermakna berlaku penurunan sebanyak 3401 mata. Berikut adalah ringkasan pencapaian kawan dalam CQWW RTTY semalam :
 QSOs : 110
Zone : 25
DXCC : 51
Points : 22357
Terdapat pelbagai factor yang menyebabkan penurunan ini. Antaranya ialah:
  1. Terlewat 8 jam pada hari Sabtu kerana bertugas : memulakan cabaran pada pukul 3.00 petang hari Sabtu.
  2. Badan yang kurang sihat – Demam dan selesema.
  3. Tidur awal : 11:00 malam Sabtu. Demam.
  4. WX hujan dan petir pada petang Ahad. Stesen terpaksa ditutup.
  5. Malam Ahad : tidur awal – sekitar jam 12 lebih (Isnin bertugas)
Jadi tidak hairanlah mengapa penurunan ini berlaku, namun perlu diingat semua itu adalah ketentuan Ilahi, mungkin ada hikmah disebaliknya. Apabila kawan meneliti senarai log rakan-rakan yang lain, pencapaian mereka amat hebat sekali. Kutipan mata mencecah ratusan ribu malah ada yang berjuta. Apakah rahsia kejayaan mereka? Kawan ada email kepada beberapa rakan seperjuangan untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana mereka mendapat kutipan yang banyak itu. Rata-rata mereka menyatakan yang factor antenna dan Amplifier memainkan peranan. Manakala keadaan band pulak dianggap sebagai bonus jika ianya terjadi. Jadi bagaimana pula dengan stesen yang Low Power @ QRP? Stesen Low Power/QRP boleh dikatakan 70% bergantung kepada keupayaan dan kecekapan antenna mereka. Manakala 30% adalah keadaan band. Jadi disini, kecekapan antenna memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu contest.
Selain daripada kecekapan antenna, factor pemilihan band juga memainkan peranan. Setiap band mencatat mata tersendiri. Contohnya band 10m selalunya mencatat 2 -3 mata bagi sesuatu contest, begitu juga dengan band 80m dan 160m, kadangkala boleh mencecah sehingga 4-6 mata. Kedudukan benua juga memberi perbezaan mata. Benua Amerika Utara dan Eropah (3 mata) dan Asia ( 1-2 mata) manakala Oceania juga menyumbang 3 mata. Semua kutipan mata ini berdasarkan kedudukan kita iaitu 9M2/9M6/9M8.
Jadi apakah strategi kita sebagai stesen Low Power/ QRP ini? Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian kawan. Kita sebagai Low Power Station juga boleh mencatat point yang tinggi. Berikut adalah strategi yang dicadangkan:
1.      Menggunakan antenna yang tinggi dBnya. Cadangan : Yagi/Hex
2.     Menggunakan low loss COAX cable.
3.     Meninggikan kedudukan antenna ( 30 – 40 kaki ke atas )
4.    Menambahkan SSB/CW filter ke dalam rig
5.     Mengorbankan/mengurangkan masa tidur. ( Contest setahun sekali sahaja, apa salahnya)
6.    Memastikan GND ada dan berfungsi dengan baik. Bagus utk meningkatkan receiving.
7.     Utamakan stesen dari Oceania/Eropah dan NA. Kalau boleh halakan terus antenna anda ke sana.
8.     Perlu tahu waktu mana setiap benua itu aktif. Contohnya, NA ( awal pagi dan tengah malam), Eropah ( petang sehingga Maghrib dan selepas jam 10 malam) Jepun ( awal pagi dan sepanjang masa). 
Namun. Strategi ini adalah strategi yang terhasil daripada pengamatan kawan selama ini. Jika rakan-rakan ada cadangan lain atau strategi yang lain, boleh diemailkan kepada kawan untuk kawan masukkan ke dalam blog ini untuk perkongsian ilmu bersama.
Baiklah kawan-kawan, sampai disini sahaja dulu coretan saya untuk kali. Sehingga kita berjumpa lagi pada post-post yang akan dating. 73 9m2zak.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...